HANTU PENANGGAL BURU WANITA LEPAS BERSALIN

6/08/2011 12:12:00 AM suria lekatlekit 24 Comments

Buat sekian kalinya sang lekit nak kongsi lagi kepercayaan Hantu di kalangan masyarakat melayu dulu kala. Kali ni sang lekit akan mengopek tentang Hantu Penangal. Hantu penanggal ni juga di kenali sebagai hantu hantu tengelong di negeri Kedah atau Balan-balan di Sabah. Jom kita kenali asal usul hantu penanggal/hantu tengelong/balan - balan ni.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Hantu ni berasal dari seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam. Mereka yang di katakan menuntut ilmu ni mampu memisahkan kepada dari badan dan kepala mereka mampu terbang di samping tali perut yang terburai. Darah yang menitik & kalau terkena pada sesiapa di katakan berbisa dan mampu menyebabkan kudis.

Mereka yang mengamalkan ilmu ni juga di percayai menyimpan cuka bagi tujuan memeram urat perut agar kecut sebelum di cantumkan kembali ke badan. Di cerita juga bahawa sekiranya ada orang yang terserempak dengan tubuh hantu ni kemudian di terbalikkan, hantu ini akan bercantum secara terbalik juga dengan kepalanya. Dengan itu rahsia hantu ni akan terbongkar.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Hantu ni juga di percayai suka menghisap darah wanita yang baru lepas bersalin & sekiranya darah wanita lepas bersalin ni di hisap,wanita tersebut akan mati akibat tumpah darah. Sebab tu orang dulu mengamalkan letak daun2 berduri di sekekeling rumah sebab mereka percaya hantu penanggal ni takut pada daun2 berduri kerana risau tali perutnya tersangkut pada duri2 daun tersebut.

Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain. Kini, penanggal bukan sahaja dituntut ole wanita malahan lelaki juga tidak kurang hebatnya.Daerah Kota Belud amat terkenal dengan balan-balan. Sebenarnya penanggal adalah sejenis penyakit keturunan, bagi pengamal-pengamal ilmu ini mereka akan menjangkitkan keturunan mereka melalui makanan. Itu kini ilmu ini disebut sebagai penyakit bagi zaman kini.

Hantu penanggal adalah seseorang yang menuntut ilmu hitam. Dengan itu ilmu tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu penanggal akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan. .Penanggal juga biasanya diwarisi dari ibu kepada anak secara turun-temurun.

Tapi zaman sekarang ni ada ke lagi orang percaya akan kewujudan hantu ni? Memang masih ada yang mengamalkan ilmu hitam tapi kes - kes wanita bersalin kena hisap darah dengan hantu penanggal belum lagi la kita pernah dengar kan?? Kalau betul ada, hantu penanggal ni tak payah merayap jauh2.. Cuma tunggu kat wad bersalin jer. Banyak hidangannya di sana.

Apapun kepercayaan kita harus percaya pada yang Satu, iatu Allah. Tiada kuasa yang mampu menandingi kuasa Allah jadi mohonlah perlindungan dari Nya agar di jauhi dari gangguan2 syaitan, jin & iblis. Entri ni sekadar berkongsi informasi tentang kepercayaan hantu di kalangan masyarakat melayu bukan untuk di percaya sehingga memesongkan akidah.

24 comments:

  1. best la citer2 pasal hantu nih...ade yg lagi seram x? ehehe

    ReplyDelete
  2. sis entry hantu2 ni macam bes je....sama macam abg mazidul dok korek cter hantu je...sis kalo sng buat r entry pasal highland tower...

    ReplyDelete
  3. mak oi..seram je bace entry hantu ni...da la bce d tgh2 mlm cenggini..sengsorang lak 2..mntk2 jdn termimpi2..=.="

    ReplyDelete
  4. aih, silap timing baca kul 200 pagi,haha

    ReplyDelete
  5. gua dahlah penakot.lu ni sje je en. (T_T)

    ReplyDelete
  6. abby punye n3 kebelakangan ni asik citer psl antoo jer..
    seram cma...huhuhu

    ReplyDelete
  7. err..kak...mish baca kol 3:57..sumpah seram sejuk baca dan tengok gmbar. err..

    ReplyDelete
  8. mak ai ayat akak...hohoohoo banyak hidangannye di sane huuhuhuu..menakotkan...akak manyak cite pasai anto..takotttttttttt!!!!! heheheh

    ReplyDelete
  9. segala organ dalaman tuh, kalo wat umpan ngail baung ngan lampan tu, peeerrrghhh, gerenti berkilo-kilo...muahahah

    ReplyDelete
  10. tunggu kat wad bersalin?LOL..hahahha.. abes satu spital kena buh daun duri lak..hehehe

    p/s: nak minta tolong VOTE boleh?

    step 1 : klik LIKE http://www.facebook.com/churpchurp
    Step 2 : Klik VOTE pic saya.. LINK PIC
    Step 3 : dah boleh klik PANGKAH.. hehehe..

    Thanks!

    ReplyDelete
  11. tak nak tengok gambar!!! aduh takooooot!!!!

    ReplyDelete
  12. hehe.. tipu daya syaitan untuk menyesatkan manusia yer tak... dok takut2 pegangan lari :)

    ReplyDelete
  13. hehe.. tipu daya syaitan untuk menyesatkan manusia yer tak... dok takut2 pegangan lari :)

    ReplyDelete
  14. huhu takutnya,,tapi suka tengok cerita hantu.

    Latest Entri :
    Glaukoma Membutakan Mata

    ReplyDelete
  15. oke 1st time tau cite psl hantu penanggal..huhu~

    yg pasti darah dan syaitan adlah sgt sinonim..pompuan bersalin mmg byk darah..somi kena men peranan penting ms bini nk bersalin tu kena rajin selawat, bc ayt2 quran..pendinding utk isteri..eh sy ni dgr cite dr abg ipar..hehe =)

    ReplyDelete
  16. seram gak bila baca citer nie...nie yang takut nak balik pantang kat kg nanti..hehhehe

    ReplyDelete
  17. nnt kat hospital pon kena letak duri gak ye,huhuhuhu takut2 ade lah penanggal ni,huhuhuhu

    ReplyDelete
  18. ala tak seram langsung cita ni kelaka ada la.......

    ReplyDelete
  19. kalau korang tak pernah alami,memang lah tak takut. ni tahun 2012 ni (april-mei),boleh2 tu benda kacau aku ni (lahir anak ke-2).setan betul dia.tapi dia tak dapat masuk rumah kerna selalu dibacakan ayat2 al quran dan dipagarkan kat rumah.(sebelum beberapa bulan nak bersalin pun dia dah datang,terkejut sakan aku dibuatnya).Dalam 21 hari bayi aku ni,dah ke 4 kali dia datang.dia bunyi2 dekat jendela dapur (dekat jendela dapur tu pokok kelapa).3kali tu suaranya nyaring.ke 4kali datang tu suaranya besar dan garau. bunyinya begini kwak3..yg ke 4 tu bunyi gwark3 (bunyi burung dgn benda ni lain sikit)..memang dia takut duri2 (aku guna duri limau),nak dia tak dapat masuk ke rumah melalui lubang udara..cuba pagar rumah dgn ayat al quran (aku baca ayat kursi). entah siapa lah yg amal ilmu ni.macam takde kerja lain je.-Mrs.sr,kobusak penampang kk sabah.

    ReplyDelete
  20. saya orang sabah. benda ni mmg ada. di sebelah kampung. selain pmpuan pregnant, yang baru mati pun jadi pilihan dia jg.urghh seram, kalau ada orang meninggal, kena simpan cermin atas katil, mengikut kepercayaan, kalau si balan2 dapat 'kacau' pakaian si mati, kubur pun dia dapat kacau gak. sebab tuh add di sesetengah kampung sini ada yang masih mengamalkan berjaga di kubur malam2. takut kubur kena kacau. huhu. orang period pun kna kacau, sbb tuh kna cuci darah tol2. huhu

    ReplyDelete
  21. pengalaman Mrs Sr tu menaikkan bulu romaku

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com