SIAPA EDIT BENDA NI KAT WIKIPEDIA SURIAFM? Isu hangat minggu ni berkaitan dengan stesen radio Suria.fm. Aku baca gitu gitu je la pasal kontroversi yang berlaku antara dj suriafm Tyzo vs pihak pengurusan di mana Dj lin antara yang di sebut dalam kontroversi tu. Sebagai netizen aku tak ada berkomen isu ni sangat. Aku ambil pendekatan tunggu kenyataan dari pihak pengurusan Suriafm. Cuma pagi ni terbaca kat blog hiburan isu berkaitan berapa sebenarnya umur Dj Tyzo ni? Ada kata dah lewat 50an.. ada kata lewat 40an walau ramai kata rupa dia macam 30an.
Jadi aku cuba google kot kot ada biodata lengkap pasal tyzo ni kan? Lain di cari lain pulak yang jumpa wei.. nak gelak pun ada tapi tak baik tau hangpa edit edit kat wikipedia gitu..
Netizen Malaysia ni memang bab menganjing orang A++ gitu. Memang bab cyberbully netizen malaysia antara top la. Cuma cyberbully ni ada situasi memang di perlukan ada situasi tak baik juga. Contoh cyberbully semua media media sosial Israhell.. memang beberapa kali dah account media sosial puak Israhell ni diserang oleh netizen malaysia. kalau dengan keyboard warrior netizen malaysia atau lebih di kenali sebagai onion army atau bawang rangers memang belum ada yang mampu kalahkan. Juara bertahan gitu. Memang untuk isu isu berkaitan kemanusian macam ni bawang rangers malaysia di perlukan untuk menyerang pihak pihak zalim di sosial tapi isu berkaitan suriafm ni tak baik tau hangpa usik usik djlin macam tu. Nakal na hangpa...
Buat dj lin tak payah sedih atau ambil serius. Wikipedia ni sesiapa je boleh edit. Nanti suruh staff suriafm edit balik yer.. Alah, anggap je bebudak nakal buat vandalisme gitu.
Hangpa pun nak melawak jangan la kasar sangat. Sikit sikit sudah la.. kita kena dengar dulu penjelasan kedua belah pihak dan selepas tu kita sebagai netizen akan menilai. Tak best la asyik netizen kena uturn. Sebab banyak isu isu viral sekarang mesti ada plot twist jadi lebih selamat kita tunggu & lihat sebelum memberi komen atau ulasan.
Apapun aku doakan kemelut antara Tyzo dan suriafm ada penyelesaian yang baik dan menguntungkan kedua belah pihak. Aku dah lama tak dengar radio. Dj lin ni aku dengar masa sekolah dulu je. Dari hari pertama dia bergelar Dj di RFM mengendalikan rancangan tak silap aku citra cinta masa tu. Aku sebenarnya suka dengar kc Ismail yang lebih havoc masa tu. Tapi jenis taksub ni.. aku dengar je semua rancangan kat rfm. Semua segmen aku call radio. Aku gila glemer sikit masa tu. Tapi suara je la orang kenal aku sebab selalu call radio sembang sembang on air dengan dj.
Sekarang dengar radio pun tak.. apa lagi nak call stesen radio. Eh.. eh.. termelalut pulak. Apapun, macam aku cakap tadi.. kita tunggu kenyatan dari pihak pengurusan Suriafm dulu sebelum membuat komen atau ulasan.
KISAH SERAM DI SEBALIK KEJADIAN BENCANA TSUNAMI. Kejadian Tsunami adalah bencana alam yang paling banyak mengorbankan nyawa manusia.. Haiwan tak pasti la banyak ke tidak tapi kuasa Allah jika Dia nak turunkan bencana ni kat manusia.. Tak mustahil yang terkorban lebih banyak manusia berbanding haiwan. Tapi Tsunami yang berlaku dulu memang trajedi paling menyayat hati.. Masa kejadian tu setiap kali tengok update - update terkini.. Menusuk kalbu beb! Ada juga saudara sebelah mak aku yang terlibat dalam trajedi tsunami & ada yang terkorban juga.
Semua tu walau dah bertahun lamanya berlalu masih memberi kesan di hati. Bencana Tsunami selain berlaku banyak kemusnahan ada macam - macam kejadian mistik & misteri selepas kejadian tu.. Biasa la kita berkongsi hidup dengan makhluk lain di dunia ni.. Apa ingat makhluk lain yang kita tak nampak ada bumi lain ke nak bermastautin. Depa cuma berbeza alam tapi masih berkongsi bumi Allah dengan kita. Jadi hidup baik baik yer sebagai insan yang berkongsi bumi yang sama..
Mukadimah dah kelaut china selatan.. Orang dok tunggu2 cerita seram tak muncul. Kesian hangpa kan.. dah stanby selimat bantal busuk bagai.. Ok kita mulakan segmen seram serik lekat lekit dengan koleksi cerita cerita seram selepas kejadian Tsunami
Semasa tsunami melanda acheh ada kejadian misteri berlaku yang mana, seorang kanak kanak berusia 7 tahun di temui di satu kawasan yang mana tiada mangsa terselamat di temui, hanya kanak kanak itu sahaja yang di temui selamat oleh pasukan sukarelawan selepas tujuh hari. Apabila di tanya bagaimana dia masih hidup dia menjawab ada lelaki berjubah putih memberikannya sebiji roti setiap hari. sesungguhnya kuasa allah tiada siapa boleh mempersoalkannya
Jepun juga antara negera yang di landa tsunami pada tahun 2011, mangsa yang terselamat mengakui sering melihat jiran mereka yang terkorban berdiri di depan rumah mereka pada waktu malam dengan keadaan basah kuyup.
Seorang anggota tentera yang bertugas mencari mangsa yang terselamat di sebuah hotel di pulau andaman yang musnah di landa tsunami pada tahun 2004, di hantui dengan suara pelancong asing yang meratap dan merayu pada waktu malam. Tiada mangsa terselamat di temui di hotel berkenaan.
Beberapa hari selepas majlis pembakaran mayat mangsa yang terkorban dalam tsunami 2004 di Thailand ahli keluarga dan rakan mangsa yang terkorban menerima panggilan telefon selama beberapa hari sama ada siang atau malam dan kedengaran suara mangsa yang terkorban merintih meminta tolong.
Selepas setahun kejadian tsunami melanda Thailand iaitu pada tahun 2005, pada suatu malam seorang pemandu teksi bernama lek telah tawar menawar harga dengan dua orang penumpang yang ingin ke sebuah pantai. Setelah harga rundingan di persetujui lek memandu teksi ke pantai tersebut dan apabila sampai lek mendapati teksinya kosong tanpa penumpang.
Tu dia antara cerita cerita seram yang aku cedok dari FB page Jangan Tutup Lampu SuriaFM. Nak baca atau tengok video cerita seram.. bukan drama atau filem seram yer. Rakaman video dari segmen cerita seram kat Radio SuriaFM sila ke page tersebut. Almaklum la segmen tu malam Jumaat pukul 1 pagi. Jadi mungkin tak sempat nak dengar kan.. Jadi Follow & Like Fb page Jangan Tutup Lampu SuriaFM.. So korang boleh maraton kat situ nanti.
Tadi masa Dj Bob Ringgo SuriaFM buat live video kat facebook (boleh rujuk entri tu kalau nak tengok video tersebut >>
DJ SURIAFM BACA CERITA SERAM DI BLOG LEKATLEKIT, BIAR BETUL.<< ). dia ada share kisah seorang dj SuriaFM yang kena rasuk masa tengah on Air segmen cerita seram sebab katanya ada satu lagu yang di mainkan macam menyeru syaitan. Boleh tahan penangan segmen cerita seram kat SuriaFM ni. Mula la tergugat iman aku nak kembali ke arena mendengar radio ni tapi mampukan mata aku bertahan macama zaman dulu yang selalu tidur lepas subuh? Tu yang agak susah sebab dulu & sekarang dah tak sama, kan? Status dah berubah.. komitmen pun tak sama dah. Kekangan masa lagi.. Kalau zaman aku moda rumaja dulu.. Dengar juga Dj Ismahalil Hamzah dok share kisah2 seram tengah malam..
Takpe la tak boleh dengar cerita seram kat radio aku share kisah seram kat blog je la yer. Profesion baru yang sesuatu dengan status aku sekarang hahahaha