TAK PUAS HATI SIAKAP KELI MENANG BLOG PILIHAN ONLINE APO
Semalam dok lalu jugak kat news feed FB aku ada insan2 yang tak puas hati dengan kemenangan Blog Siakap Keli. Katanya blog takde kualiti, blog gosip murah bla... bla.. dot com dot my. Pendek kata nak cakap tak layak menang la kot. Tapi majoriti yang tak puas hati tu dari geng blogger cik abang tu la. Alah.. cik abang mana tak payah sebut kang kena ugut saman lagi aku katanya. Almaklum la dia ada lawyer tajaan aku ni sapa nak taja kan.
Kiranya kalau orang lain menang tak layak lah yer.. Kena ketua darjah depa menang jugak kot baru menepati ciri2 pemenang sebenar. Hello.. Kemenangan tu atas dasar Vote. Bila berdasarkan undian ni bermakna sapa undi banyak dia la menang. Kau berkualiti ke, gosip murahan ke kalau itu yang orang vote kau nak cakap apa. Tak kira la dia upah orang vote ke, dia vote sendiri ke atau apa2.. Nak menang usaha la cari vote. Jangan dok confident konon popular sangat tak perlu nak raih undi pun boleh menang.
Kemenangan bukan di nilai dari kreativiti atau kualiti tapi atas dasar pilihan orang ramai. Kau nak cakap apa kalau dah orang suka blog cenggitu. Kau fikir semua orang suka ke baca kisah rumahtangga anak bini orang lain? Kau fikir semua orang suka ke kisah bini kau tak period bagai? Ada orang suka & ada orang tak suka. Tu normal la. Ingat semua yang dok cerita pasal rumahtangga anak bini laki atuk nenek moyang bagai tu tulis entri berilmiah & berkualiti sangat ke? Bergantung mesej yang di sampaikan. Tak semua yang tulis isu semasa, hiburan tanah air bagai tu semua blog murahan.
Tahniah siakap keli |
Satu lagi kontroversi takkan menaikkan seseorang. Kenapa idola korang orang tak vote untuk menang? Tu kena tengok sendiri kat mana kekurangan & kelemahan dia orang taknak vote. Aku tak boleh judge la aku tak kenal dia katanya. Kang ada yang berkempen boikot aku pulak untuk sekian kali. Tapi kempen boikot aku pun tak mampu jatuhkan blog aku, tak pelik sangat la kenapa idola korang tak menang anugerah APO. Pengaruh tak kuat even di kalangan penyokong dia sendiri. Inikan nak mempengaruhi orang lain.
Semua tu bergantung pada rezeki la. Tak menang tak semestinya tak hebat. Contoh blog aku jangankan menang tercalon pun tak malah tak layak pun duduk sebaris dengan top 5 Blog pilihan Online tu tapi aku tak rasa pun blog siakap keli tu hebat sangat. Cuma dia ramai follower kat media sosial je so rezeki dia la boleh menang kalau di nilai dari segi populariti. Blog aku tetap hebat di hati aku walaupun tak mampu nak duduk sebaris dengan top 5 tu. hahahaha
Kita berbaik sangka la terhadap mereka yang tak menang. Mungkin sebab penyokong dorang tak cukup kuota Internet nak vote. Jadi kalau korang yang sentiasa tak cukup kuota Internet tu meh la rebut peluang dapat free Internet setiap bulan seumur hidup kat sini >> Tak perlu curi wifi Jiran atau Lepak Mekdi Nak guna wifi percuma kini anda mampu milik free wifi setiap bulan seumur hidup. Nak tahu macam mana nak dapat tengok kat sini << Jadi senang la untuk next time nak vote idola korang.
Apapun pada penyokong abang kacak terpacak yang popular dengan jemur kain tu tak payah tacing sangat la. Anugerah ni bergantung pada populariti bukan kualiti tapi kuantiti.Berusaha je la ramaikan penyokong & pengaruh. Maybe next time ada lagi anugerah macam ni kalau dia berani bertanding lagi.. mana tau menang. Dah tercalon dalam top 5 tu kira hebat la. Beautifulnara pun kalah korang tau sebab tak nampak pun tercalon. Dah tak payah sesedih ambil sorang 50sen pergi beli ais krim malaysia.hehehe
takpe la..sekurang-kurangnya dia tercalon juga kat anugerah APO.dari ko tu...apa pun takde...sembang je lebih
ReplyDeleteanon tacing ke? ni mesti dari geng abang jemur kain kan? Jangan frust maybe next year menang hahaha
DeleteDah boleh agak siakap keli akan menang sebab.. sebab.. sebabnya taksama dengan blog2 lain punya isi.. tp hargai juga ada blogger direct PM untuk raih undi dari just post je kat wall harap2 ada orang undi dan harapkan geng2 atau kipas susah mati je share..
ReplyDeleteKita usaha...bahagian rezeki itu milik Allah..Allah yang pilih siapa yang lebih berhak..dan manusia sekadar perantara...
ReplyDeleteTahniah Siakap Keli...
ReplyDeletecam tahu sapa je yg dimaksudkan.huhu. Actually siakap keli kadang tu ada juga post isu semasa n bg manfaat kat org ramai. Juz info hiburan lebih peymes di kalangan pembaca media sosial. Rezeki memasing kan. Maybe next year ada rezeki.
ReplyDeletesiakap keli traffik tinggi n pengikut ramai..
ReplyDeletemasing2 punya rezeki kita makan le sama2 kan.
jangan lupa singgah blog saya yang takde apa2 tu ye
Siakap keli pd sy blog yg selalu paparkn kisah kemanusiaan.bila saya dan geng2 ibu2 anak2 syurga pm di fb,dia akan paparkn di blog beliau.maka ramai yg membantu utk sumbangan.ramai yg buka mata tentang anak2 syurga yg sakit biliary atresia dan macam2 lagi.tahniah siakap keli.terima kasih kerana anda sentiasa paparkan kisah anak2 syurga dan insan yg kesusahan
ReplyDeleteHehehe zumal faham... nanti cuba lagi kan ^-^
ReplyDelete