Showing posts with label perli. Show all posts

NAK TAHU KENAPA MENJAGA SEORANG ANAK LEBIH SUSAH DARI 5 ORANG ANAK

NAK TAHU KENAPA MENJAGA SEORANG ANAK LEBIH SUSAH DARI 5 ORANG ANAK. Tajuk entri ni confirm ramai yang tak setuju.. Kalau dia baca tajuk entri la. Kalau dia jenis manusia yang bijak pandai.. Dia takkan menilai sesuatu dari Tajuk.. Dia akan clik & baca isi kandungan cerita tajuk tu. Jadi aku tak risau sangat la kalau orang nak judge dari tajuk.. Sebab manusia macam tu kau kena ignore je.. Bukan apa kalau kau lawan kesian nanti dia malu pulak sebab komen dia tak sama dengan jalan cerita. hahahaa

Sekadar hiasan.Sumber Google

Alkisahnya.. Bukan sekali aku di suggest (cadangkan) untuk berniaga sesuatu produk tu bila review yang aku buat mendapat sambutan. Macam biasa la.. Aku memang akan menolak idea idea macam tu. Maka akan berlaku komen2 sinis.. Bila aku cakap aku banyak komitmen. Kerja aku bukan anya 24 jam depan pc.. aku ada suami & seorang anak perlu di beri perhatian. Maka akan muncul la komen2 yang akan membandingkan.. I pun ada 10 anak I jaga.. di samping i tulis blog, I pun buat bisnes jugak. Kalau tak mampu jadi Agent, I buat dropship.. Antara ayat2 tipikal yang biasa aku terima. Kadang2 sampai malas nak jawab.

Yer... betul. Nak buat side income secara online tak semua memerlukan kita keluar rumah.. ambil stok barang & pos pada customer. Kita perlu ambil order & pas order kat Agent. Tapi bukan semudah tu ok.. Kau nak deal dengan customer perlu masa.. kau nak jawab pertanyaan orang perlu masa. Pendek kata tak mudah la kau nak dapat duit.. semua perlu modal tenaga & masa jugak kalaupun kau tak perlu keluar rumah. Hari ni pun dok jawab client nak review pun sampai tak sempat nak update blog. Bayangkan aku perlu jawab customer yang nak membeli belah produk aku jual.. Taknak la blog yang menjadi sumber rezeki & yang memberi kepuasan aku bila menulis terbengkalai.

Tapi memang geram jugak la bila ada yang sinis.. Alah sis, anak baru sorang. I ni jaga 5 orang anak buah. Yang kau jaga bukan sepenuh masa kalau setakat anak buah & kau tak perlu nak bawa anak anak buah kau pergi check up.. Appointment dengan therapist.. Teruskan terapi.. mengajar kat rumah. Sebab anak2 buah kau tu semua sempurna Allah jadikan.. Anak aku adalah anak yang mempunyai masalah perkembangan yang perlu pergi terapi.. Perlu teruskan terapi di rumah.. Perlu perhatian extra berbanding budak2 lain. So kalau tak tau masalah orang.. please jangan nak compare hidup kau dengan hidup orang lain. Walaupun aku sorang anak.. Banyak benda aku nak kena buat untuk dia.. berbanding kau bagi makan, bagi mandi, bagi tidur.. & pantau jer. Lagipun bukan anak kau!! Kau ada masa cuti untuk jaga depa.. aku tiada istilah cuti jaga anak sebab dia anak aku!! Kalau semua benda aku nak buat.. Aku tak payah tidur gamaknya. Sebab rehat sekarang pun rasa time tidur je.

Lagipun berniaga ni perlu minat baru boleh buat.. Aku memang suka menulis sebab tu aku buat kerja berkaitan penulisan je. Aku buat kerja yang aku rasa aku mampu.. Kalau semua benda nak buat dalam satu masa, kau mampu ke nak consistent. Jangan yang di gendong berciciran yang bimbit bertaburan. Alih2.. penat je kau dapat. So, dalam nak buat sesuatu.. Banyak perkara kena fikir. Salah satu kena ada minat. Meniaga bukan semua orang minat. Macam aku memang tak minat. pernah cuba tapi rasa macam tak ada talent. So aku malas nak buang masa ikut apa yang orang buat. Aku buat apa yang aku suka je sekarang. At least aku buat dengan bersungguh sungguh. Setiap hari mengais kat FB cari orang nak review. Biarlah orang pandang rendah pun.. Janji tu cara aku cari side income. Akan datang mungkin datang minat berniaga tu lain cerita. Buat masa sekarang belum sampai seru lagi.

Setiap orang ada bahagian rezeki masing masing.. Tak payah tamak atau nak sinis sangat dengan orang yang tak nak ikut cara kita. Biarlah dia cari rezeki dengan cara dia.. Tak salah kalau nak bagi cadangan tapi bila orang taknak tu payah nak sinis orang dengan buat perbandingan hidup kita dengan hidup orang lain. Lain la kau tinggal serumah dengan dia & kau nampak dia memang banyak masa goyang kaki.

Moral of the story... Sapa nak berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com untuk sebarang review boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com. I tak buat banyak kerja so, Insya Allah I akan menulis sehabis baik pada setiap penulisan yang di bayar & di pertanggungjawabkan pada I. hehehe

TAK PUAS HATI SIAKAP KELI MENANG BLOG PILIHAN ONLINE APO

TAK PUAS HATI SIAKAP KELI MENANG BLOG PILIHAN ONLINE APO. Aku tak tengok pun majlis anugerah tu. Tak tau pulak tayang kat TV mana. Kalau siaran TV berbayar kalau nak tengok pun memang tak mampu la sebab aku tak langgan siaran TV berbayar. Lagipun semalam seharian dari pagi sampai pukul 11 malam baru sampai rumah. Almaklum la cuti. Hari ni pun tak mustahil kejab lagi berlepas la kami anak beranak kemana mana menghabiskan hari cuti katanya.


Semalam dok lalu jugak kat news feed FB aku ada insan2 yang tak puas hati dengan kemenangan Blog Siakap Keli. Katanya blog takde kualiti, blog gosip murah bla... bla.. dot com dot my. Pendek kata nak cakap tak layak menang la kot. Tapi majoriti yang tak puas hati tu dari geng blogger cik abang tu la. Alah.. cik abang mana tak payah sebut kang kena ugut saman lagi aku katanya. Almaklum la dia ada lawyer tajaan aku ni sapa nak taja kan.

Kiranya kalau orang lain menang tak layak lah yer.. Kena ketua darjah depa menang jugak kot baru menepati ciri2 pemenang sebenar. Hello.. Kemenangan tu atas dasar Vote. Bila berdasarkan undian ni bermakna sapa undi banyak dia la menang. Kau berkualiti ke, gosip murahan ke kalau itu yang orang vote kau nak cakap apa. Tak kira la dia upah orang vote ke, dia vote sendiri ke atau apa2.. Nak menang usaha la cari vote. Jangan dok confident konon popular sangat tak perlu nak raih undi pun boleh menang.

Kemenangan bukan di nilai dari kreativiti atau kualiti tapi atas dasar pilihan orang ramai. Kau nak cakap apa kalau dah orang suka blog cenggitu. Kau fikir semua orang suka ke baca kisah rumahtangga anak bini orang lain? Kau fikir semua orang suka ke kisah bini kau tak period bagai? Ada orang suka & ada orang tak suka. Tu normal la. Ingat semua yang dok cerita pasal rumahtangga anak bini laki atuk nenek moyang bagai tu tulis entri berilmiah & berkualiti sangat ke? Bergantung mesej yang di sampaikan. Tak semua yang tulis isu semasa, hiburan tanah air bagai tu semua blog murahan.

Tahniah siakap keli

Satu lagi kontroversi takkan menaikkan seseorang. Kenapa idola korang orang tak vote untuk menang? Tu kena tengok sendiri kat mana kekurangan & kelemahan dia orang taknak vote. Aku tak boleh judge la aku tak kenal dia katanya. Kang ada yang berkempen boikot aku pulak untuk sekian kali. Tapi kempen boikot aku pun tak mampu jatuhkan blog aku, tak pelik sangat la kenapa idola korang tak menang anugerah APO. Pengaruh tak kuat even di kalangan penyokong dia sendiri. Inikan nak mempengaruhi orang lain.

Semua tu bergantung pada rezeki la. Tak menang tak semestinya tak hebat. Contoh blog aku jangankan menang tercalon pun tak malah tak layak pun duduk sebaris dengan top 5 Blog pilihan Online tu tapi aku tak rasa pun blog siakap keli tu hebat sangat. Cuma dia ramai follower kat media sosial je so rezeki dia la boleh menang kalau di nilai dari segi populariti. Blog aku tetap hebat di hati aku walaupun tak mampu nak duduk sebaris dengan top 5 tu. hahahaha

Kita berbaik sangka la terhadap mereka yang tak menang. Mungkin sebab penyokong dorang tak cukup kuota Internet nak vote. Jadi kalau korang yang sentiasa tak cukup kuota Internet tu meh la rebut peluang dapat free Internet setiap bulan seumur hidup kat sini >> Tak perlu curi wifi Jiran atau Lepak Mekdi Nak guna wifi percuma kini anda mampu milik free wifi setiap bulan seumur hidup. Nak tahu macam mana nak dapat tengok kat sini << Jadi senang la untuk next time nak vote idola korang.

Apapun pada penyokong abang kacak terpacak yang popular dengan jemur kain tu tak payah tacing sangat la. Anugerah ni bergantung pada populariti bukan kualiti tapi kuantiti.Berusaha je la ramaikan penyokong & pengaruh. Maybe next time ada lagi anugerah macam ni kalau dia berani bertanding lagi.. mana tau menang. Dah tercalon dalam top 5 tu kira hebat la. Beautifulnara pun kalah korang tau sebab tak nampak pun tercalon. Dah tak payah sesedih ambil sorang 50sen pergi beli ais krim malaysia.hehehe

SORANG LAGI SPESIS AZWAN ALI NAK TUNGGU ORANG KAT PADANG MASYAR

SORANG LAGI SPESIS AZWAN ALI NAK TUNGGU ORANG KAT PADANG MASYAR. Dalam sedar tak sedar kuat jugak pengaruh Amran fans ni kan? admin tak payah nak tayang muka bagai.. Cuma dengan status2 mencengkam jiwa dia boleh mengumpul pengikut yang banyak & setiap kenyataan dia ada pengaruhnya tersendiri sampai anak menteri merangkap icon belia negara pun cuak bila Amran Fans sentuh pasal depa. Aku ingat jenis set set macam tu tak layan sangat Amran fans.. Rupanya tergugat jugak. Hai.. Icon belia sepatutnya ramai penyokong terutama belia. Kalau tak apa guna di angkat menjadi icon kan.. Dengan Amran Fans pun kau melatah jugak.


Amran ada muat turun status berkenaan isu 1.5 juta warga bangladesh yang katanya bakal di bawa masuk ke Malaysia memenuhi permintaan majikan yang konon tak cukup pekerja. Almaklum la isu tu berkaitan dengan seorang menteri merangkap bapak kepada icon belia tersebut maka tempias jugak dua beranak tu sebab dua2 ada mengulas pasal isu tu.

Maybe sentap kot dengan Amran.. Siap buat statement katanya nanti Amran Fans carilah dia kat Padang Masyar nak minta maaf. Ni set set Azwan Ali dah mula membiak di alam nyata. Sikit2 see u in padang masyar macam la kat padang masyar nanti dia duduk je tunggu orang cari dia. Macam perfect sangat dah tak pernah buat dosa dengan orang lain. hahahaha

Mungkin trend kot nak mencuak kan orang dengan statement 'Tunggu kat padang Masyar' tu. Pencetusnya Azwan Ali la. Padahal tak check diri sendiri dulu.. Orang cakap pasal perkara berpunca dari apa & siapa. Jangan nanti kau rasa dia seorang kena merangkak cari kau kat Padang Masyar.. Kau kena merangkak cari berjuta rakyat Malaysia kat Padang Masyar pulak. Aku rasa isu macam ni bukan isu perlu cakap secara personal. Isu ni rakyat kena bersuara secara terbuka untuk menentang apa yang kita rasa kerajaan buat tak betul. Nak cakap bisik2 macam orang bercinta naik tanduk la pak2 menteri berjoget suka ria boleh buat apa saja untuk tekak sendiri. Sebab dia boleh guna alasan.. Rakyat tak cakap apapun. Tak dengar pun rungutan atau bantahan. Dalam kita ramai2 dok pung pang pung pang pun dia masih rasa kebal inikan kita semua bersifat malu2 kucing dalam menyuarakan bantahan. Lu fikir la sendiri beb!

Kalau jadi la 1.5 juta warga bangladesh masuk.. Aku rasa bukan bau bau macam ni je paling busuk >> 15 Bau ni Hanya Kaum Lelaki Je Boleh Tahan Hidup dengannya << Kita terpaksa tahan bau bawang mat bangla bila bersesak kat tempat2 awam atau naik transport awam lepas ni. Bukan nak hina.. aku sendiri tak tau kenapa warga bangla ni bau badan depa semacam je. Kalau naik lift tu dah keluar pun bau melekat dalam lift beb! Mungkin sebab depa ni makan bawang macam makan sayur jer... Tu faktor bau badan depa lain macam je baunya.

Moral of the story.. Pada icon belia negara.. Yelah, bapak kau kan. Memang la kau akan pertahankan apa yang dia buat tapi dia bukan bapak kami & apa yang bakal depa (menteri2 Malaysia) buat bakal menyusahkan lagi rakyat Malaysia So aku sokong tentangan melalui suara secara terbuka. Tak payah nak tunggu kat Padang Masyar sangat.. esok2 masuk 1.5 juta bangla.. Kat Malaysia ni nak cari Sedara sendiri hilang kat Jalan TAR pun belum tentu jumpa dah. Renung renungkan. Selamat berkawad kat padang Masyar nanti.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com