Showing posts with label dapur. Show all posts

YANG NAK KAHWIN TU KENA TAHU MACAM MANA RUPA 'PECAH MINYAK'

YANG NAK KAHWIN TU KENA TAHU MACAM MANA RUPA 'PECAH MINYAK'. Tu dia point kat orang yang nak kahwin jugak. Habis yang tak ada plan nak mendirikan rumahtangga tak payah ambil tahu ke pasal 'pecah minyak' ni?? Boleh je nak ambil tahu tak kira peringkat usia & status. Selalunya orang yang dekat2 nak kawen baru depa terhegeh2 nak ambil tahu pasal ni.. Sebab nak jadi isteri mithali & menantu perfect katanya.. hehehe

Korang jangan la bayangkan pelik pelik & bukan bukan sangat yer.. Pecah minyak bukan pecah dara teruna bagai. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku tau.. ada orang yang tak faham istilah pecah minyak dok bayang bukan bukan. Benda ni bukan berkaitan perkara dalam kelambu tapi perkara kat dapur, ok!

Ramai yang baru belajar masak terutama yang baru kawen ni ada masalah nak masak sesuatu macam cili kisar & rempah sampai pecah minyak. Ada kawan aku katanya sampai fedup nak masak sambal tumis walau dah anak dua sekarang. Dia kata cili dia tak pecah minyak. Faktor cili atau rempah yang di tumis tak pecah minyak ni ada dua jer.. samada tak cukup minyak masak atau cili/rempah tu tak cukup masak. Kalau cukup dua perkara tu Insya Allah 'pecah minyak' jadinya... hehehehe

Bagi yang suka berfikiran songsang pasal pecah minyak & tak tau sebenarnya pecah minyak tu apa & macam mana rupa..meh la sini ahkak nak tunjuk contoh gambar cili & rempah yang dah pecah minyak.. Tengok la gambar kat bawah ni..


Nampak tak berminyak2 tu.. Apapun jangan terlebih minyak pulak. Kang nak makan pun rasa oily jadi muak pulak. Nak2 lagi minyak sekarang dah mahal.. pandai pandai berjimat. Nak menumis sambal atau rempah bukan perlu minyak berlebihan tapi minyak yang mencukupi jer. Jadi pada adik2 terutama pasangan yang bakal bergelar suami isteri tu, faham je macam mana di katakan pecah minyak tu.. Kang mertua cakap masak sampai pecah minyak kau menangis tepi tong gas sebab tak tahu.. Nak tanya malu katanya. hehehehe

Moral of the story kalau yang suka makan berlemak, berminyak ni kena rajin bersenama ok supaya tak berlaku lemak berlebihan dalam badan. Tapi tu la.. Ramai orang tak rajin bersenam.

CARA NAK BEZAKAN CILI KERING PEDAS BIASA DENGAN EXTRA PEDAS

CARA NAK BEZAKAN CILI KERING PEDAS BIASA DENGAN EXTRA PEDAS. Bila dah biasa bergelumang dengan dapur & memasak ni kita akan secara tak sengaja dapat mengenalpasti rasa rasa dari bahan masakan macam cili kering ni. Secara kasarnya cili kering ni kalau kita tengok macam sama jer semua tapi sebenarnya tak serupa. Ada sifat tertentu yang membezakan rasanya. Penting jugak bagi yang nak belajar masak untuk ambil tahu benda benda macam ni.

Sumber google

Pernah terbeli sambal nasi lemak over pedas sampai rasa tak boleh terima la tahap kepedasan dia & aku pernah termasak laksa gila punya pedas masa raya puasa lepas kat kampung sampai semua yang makan muka jadi lain. Semua ni di sebabkan tak perasan cili kering yang di gunakan.

Cili kering ni ada dua jenis.. Satu yang jenis kering berkedut2. Memang tak cantik.. macam kulit kurang collagen katanya. Nampak tua & banyak kedutan. Yang satu lagi nampak cantik & bergetah katanya. Cili kering tu nampak glowing jer.. Kira sedap mata memandang la berbanding kalau yang berdekut sampai dah tak nampak sifat cili tu.

Kalau korang nak tahu.. Yang kedut seluruh sifatnya.. kering kontang bagaikan gurun sahara tu adalah yang rasanya pedas biasa. Pedas yang mungkin kanak kanak boleh makan lagi. Tapi kalau yang jenis nampak sifat dia yang cantik.. tak berapa kering kulitnya.. & glowing jer tu jangan percaya sangat dengan kelembutan wajahnya tu sebab yang jenis tu puaka niyang rapik punya rasa. Memang extra pedas. Kalau makan rasa nak tumbuk orang yang ada dekat dengan kita katanya. hehehehehe...

Boleh tengok perbezaan cili kering pada gambar ni. Sebelah kiri tu memang extra pedas & yang sebelah kanak pedas biasa jer

So, dengan entri ni kalau korang jenis tak tahan pedas... Jangan la guna cili kering yang nampak glowing tu.. Pilihlah yang kedut sejuta. Walau kedut dia rasa dia tak berpuaka. Almaklum sifat dia macam orang tua2 jugak.. penyayang. Walaupun pedas tapi pedas yang ada kasih sayang lagi berbanding dengan yang glowing.. sifat dia macam orang muda.. panas baran. hehehe.. Tu dia cerita pasal cili kering siap perumpamaan tua muda bagai katanya.

Moral of the story.. Mungkin ada yang rasa entri ni remeh, sebab dia dah tau bezakan antara cili kering pedas biasa dengan extra pedas.. tapi ketahuilah kat blog aku pernah sangkut keywords cara nak masak nasi, masak air bagai. Kat situ kau kena paham.. remeh bagi kau belum tentu remeh bagi orang lain.

AWAS! JANGAN SESEKALI LETAK 10 BENDA NI DALAM MICROWAVE

AWAS! JANGAN SESEKALI LETAK 10 BENDA NI DALAM MICROWAVE. Ramai orang sekarang memiliki microwave sebab benda tu bukan melambangkan kemewahan lagi malah mungkin jadi satu keperluan dalam rumah. Termasuk la rumah aku. Kalau tak ada mungkin susah sikit la sebab laki aku ni jenis suka makan panas panas. Sebab tu aku jarang sangat nak masak awal. Tunggu dia balik & request apa dia nak makan baru aku masak. Senang masak & terus makan tak payah nak panaskan lagi. Tapi kadang2 ada jugak makan yang perlu di panaskan. Kiranya setiap hari microwave sentiasa bekerja la.


Kadang2 aku ada perangai malas jugak. Konon nak masak telur rebus dengan cepat letak dalam microwave. Bukan tak boleh.. tapi kalau silap set timing dia siap la dia meletop dalam microwave tu. Satu hal pulak nak kena cuci. Dah la bau telur sememangnya menusuk kalbu. Dalam microwave pulak tu. Selalunya nak masak telur rebus tak boleh lebih dari 1 minit. kalau lebih confirm meletop. Goreng telur guna microwave pun aku pernah tapi tak meletup la sebab telur tu dah pecahkan dalam bekas yang selamat dalam microwave. Tapi tak sesedap goreng pakai dapur.

Microwave ni walaupun boleh di gunakan untuk masak tapi bukan semua benda je korang boleh sumbat dalam microwave. Hati2.. ada perkara yang kita rasa macam boleh je masukkan dalam microwave tapi sebenarnya tidak. Nak tahu apa benda yang korang tak boleh letak dalam microwave meh tengok kat sini >> Awas! Jangan Sesekali Letak 10 Benda Ni Dalam Microwave <<

Jadi dengan info ni korang nak panaskan atau masukkan benda2 ni dalam microwave. Yelah.. kadang2 kita rasa semua benda pun boleh di panaskan dalam microwave padahal tidak walaupun ia berbentuk makanan. Ada sebab makanan atau apa2 benda tak boleh di panaskan dalam microwave. So berhati hati semasa menggunakan microwave supaya tak berlaku apa2 kemalangan yang tak di jangka.

TIPS UBAHSUAI DAPUR PALING SENANG DI DUNIA DARI IKEA

TIPS UBAHSUAI DAPUR PALING SENANG DI DUNIA DARI IKEA. Ha! Kau.. takde alasan dapur tak cantik sebab tak cukup budget nak ubahsuai. Yelah.. kos nak beli barang, nak upah orang bertukang lagi. Tukang sekarang upah nak sama harga dengan barang. Kalau kos barang RM1000 Upah pun kadang2 banyak tu jugak. erkkk.. betul ke? Yang tu korang angguk2 je la sebab tak penting sangat. Apa yang penting anda boleh lakukan pengubahsuaian dapur dengan sendiri semudah ABC.


Aku kalau boleh semua benda pengubahsuaian untuk rumah aku ni aku nak buat sendiri. Aku sebenarnya tak suka sangat orang luar masuk kerumah buat kerja2 bertukang. Dulu pernah jugak rumah aku ni terpaksa di baiki sebab anai anai memusnahkan kayu2 kat bilik air & toilet. Dulu pintu dia kayu ok! Sekarang je dah tukar. Terpaksa berkurung dalam satu rumah dengan tukang2 indonesia tu. Tak selesa & rasa tak secure ok! Tapi tukang tu owner rumah yang cari so tak boleh buat apa la. Tu kisah aku yang tak selesa orang luar ada dalam rumah aku.

Sebab tu la kalau apa je perkara yang boleh buat sendiri untuk tujuan pengubahsuaian, elok la buat sendiri. Bukan je jimat malah tak payah bagi orang asing masuk rumah. Zaman sekarang ni tau je la.. ada jenis tukang rumah ni dia buat kerja dua alam. Siang kerja halal malam kerja haram. Siang bekerja, malam dia mengerjakan rumah orang. Sebab kita bukan ada kuasa yang boleh scan niat orang maka langkah berjaga jaga la kita kena ambil.

Jadi tips2 macam ni kadang membantu kita DIY sendiri dapur mengikut citarasa kita. Siapa kata perempuan tak boleh buat kerja bertukang macam ni. Boleh jer cuma kena tau cara mudah & bersesuaian dengan kudrat & kemampuan seorang wanita. Jadi yang rasa nak buat ubahsuai dapur sendiri kat sini ada tips dari ikea. Cepat tengok kalau tak memang rugi giler >> 4 Langkah Mudah Untuk Cipta Dapur Idaman Anda <<

Lepas ni tak ada alasan la tak ada orang nak tolong ubahsuai dapur mengikut citarasa kita. Lebih senang kita buat sendiri sebab kita lebih tahu apa yang kita mahu, ye dak?? Selamat mengubahsuai dapur masing2 yer Uolls.

KISAH SERAM MISTERI HANTU KABINET

Ok malam segmen seram serik lekat lekit Malam ni nak cerita misteri kabinet. Sekarang ni pun isu kabinet memang tengah hot kan.. Penuh misteri & tanda tanya. Penuh kekeliruaan & penuh pertikaian. Tapi hantu kabinet yang memenuhi slot seram serik lekat lekit malam ni lagi penuh misteri....


Jangan gelak ok! Ni cerita seram bukan cerita sarcasm atau cerita troll berkaitan isu politik negara yang sedang berlaku. Ye ye.. siang tadi rombakkan kabinet telah berlaku & Timbalan perdana menteri sebelum ni telah di gugurkan & di gantikan dengan orang baru... Tapi tak bermakna dia terus naik hantu & menghantui semua kabinet yang ada termasuk almari kabinet dapur rumah Perdana menteri... Insya Allah dia redha kot. hehehehe.

Kejadian ni berlaku kat sebuah rumah flat kosong yang hendak dijual oleh pemiliknya. Rumah flat di tingkat 8, berada paling hujung. Kawasan blok tu pun di kelilingi pokok2 besar. Kalau malam2 ni permandangan dia memang nampak seram la sikit kan. Agen hartanah ni katanya membawa pelanggan dia untuk pergi tengok rumah yang nak di beli tu. Waktu tu dalam pukul 8 malam macam tu. Yelah.. Takkan main bayar je ye dak?? Ingat beli rumah burung merpati ke? Setibanya depa kat rumah tu (Pembeli,Agen hartanah  & Agen rumah).. Takkan nak lepak2 minum kopi sambil cerita pasal rombakkan kabinet baru kan.. Mesti lah meninjau keadaan dalam rumah tu. Semasa agen hartanah tu meninjau di kawasan dapur.. manakala bakal pembeli & agen rumah meninjau di ruang lain... satu kejadian seram dah berlaku.

Kejadian seram tu takde langsung dengan kemunculan Dato seri najib tun razak.. Jauh sekali tetiba ternampak Ahmad Maslan sedang goreng nasi tanpa GST di dapur. Bukan... Semua tu takde kena mengena dalam cerita hantu kabinet ni.Setakat Najib & Ahmad maslan tak seram sangat la kan.. Masa agen tu meninjau dapur tiba2 dia terdengar pintu bunyi pintu kabinet kat dapur terbuka & tutup dengan sendiri. Cuak jugak dia sebab kat dapur memang dia sorang2 jer. Sebab pembeli & tuan rumah ada kat bilik utama. Sebab taknak takutkan pembeli.. dia bawak diri ke bilik utama berbincang dengan mereka kat situ tanpa menceritakan kejadian seram tu.

Lepas selesai spotcheck bilik utama pembeli tu menuju ke dapur. yang si agen hartanah ni dah seram nak ke dapur tapi terpaksa jugak ikut tapi dia ikut dari belakang je la. Ikut dari belakang apa2 hal dia boleh pecut dulu.. ye dak?? Agen rumah tu pulak beriya iya nak jual rumah tu dengan harga yang rendah. Lepas dah jelajah seluruh rumah.. Masa untuk angkat kaki la. Lepas dah berpisah dengan agen rumah tu, pembeli & agen hartanah ni berbual di belakang blok flat tersebut. Sebab kat situ depa park kereta. Rupanya pembeli tu pun mengalami peristiwa seram yang sama masa kat dapur rumah tu. Sebelum agen hartanah tu gerak.. dia sempat pandang kearah rumah tadi.. terkejut dia bila ternampak satu lembaga putih dalam samar samar di tingkap dapur

Adakah lembaga tersebut hantu yang main pintu kabinet kat dapur? Adakah hantu tu nak buat rombakkan kabinet jugak sebab tak puas hati dengan kabinet yang ada? segalanya... masih di selubungi misteriiiiiiiiiiiii

Moral of the story.. yang bernama kabinet memang boleh bertukar ganti tapi yang pernah duduk dalam kabinet mungkin terasa hati jika hak milik di tukar ganti.. Aku cakap pasal hantu kabinet ok takde kena mengena dengan menteri malaysia. hehehehe

Sumber : Kisah Seram - Beli Rumah
 

FAKTA YANG PERLU ANDA KETAHUI TENTANG PENEMUAN MAYAT KANAK KANAK LELAKI DI BAWAH LANTAI SIMEN DAPUR

Malam ni segmen seram serik di gantikan cerita/fakta yang agak seram,ngeri,menyayat hati jugak kejam. Tak tau macam mana orang yang buat ni tergamak buat lebih2 lagi yang di syaki adalah mak bapak budak tu sendiri.

Semua orang tahu Pada hari Jumaat, 29 Mei, rangka kanak-kanak dibalut dengan kain ditemui ditanam dalam lubang di bawah lapisan baru simen di lantai dapur sebuah rumah di Taman Usaha Jaya, Kepong. Bayangkan kalau misteri pembunuhan tu tak di ketahui & ada orang lain pulak menyewa kat situ tanpa tahu di bawah simen lantai dapur rumah dia tinggal tertanam mayat seorang budak yang berkemungkinan menjadi mangsa dera & bunuh. Mula la nak jadi cerita mistik.. Macam filem Rahsia dulu. Sapa tak tau filem Rahsia tu sila google yer.. Antara filem seram yang menyeramkan di zaman aku kecik kecik.


Mayat kanak kanak tu di temui oleh pekerja2 yang membuat pengubahsuai terhadap rumah tersebut selepas terhidu bau busuk di lantai yang baru di gali ketika membuat kerja pengubahsuaian. Selepas di maklumkan penemuan mayat tersebut pada tuan rumah, baru tuan rumah buat laporan polis.
Mula2 polis ingat mayat seorang gadis sebab mayat yang di temui berambut panjang.

Rumah itu telah di sewa oleh sepasang suami isteri bersama 3 orang anak, 2 perempuan & seorang lelaki sejak 2014 sehingga 2015. Penyewa rumah tu pernah minta izin pada tuan rumah nak repair salah satu bilik mandi tapi bila tuan rumah datang nak tengok pada bulan April sekeluarga tu dah berpindah tanpa memaklumkan kepada tuan rumah


Lelaki berusia 33 tahun yang di percayai bapa kepada mayat kanak kanak2 tu di kenali sebagai Loo Chon wen. Menurut jiran, penyewa rumah tu memang agak pelik & tidak bercampur dengan orang lain. Mereka seolah2 menyembunyikan sesuatu

 
Bapa kepada mayat kanak kanak tersebut dah di tahan polis pada sabtu, 30 mei 2015 yang menjadi suspek. Dia di tangkap di keningau sabah jam 6.30 pm. Selepas bapak kepada kanak kanak tu di tahan, polis menahan ibu bersama dua orang anak perempuan mereka yang sedang menumpang di rumah saudara mereka di penampang. Mereka semua akan di terbangkan ke Gombak pada Isnin ini. Pasangan ni memberitahu polis bahawa anak lelaki mereka hilang. Semuanya akan terbukti selepas ujian DNA di jalankan.


Katanya anak hilang tapi tak pernah buat laporan polis. Nampak sangat something wrong somewhere. Lagipun kalau tak salah takkan tetiba lari dari rumah sewa selepas meninggalkan kesan mencurigakan macam.

Dunia sekarang... Kalau dapat mak bapak tak bertimbangrasa macam ni tak tau la mana tempat lebih selamat untuk anak anak. 

Moral of the story.. Bila nafsu di kuasi iblis kasih sayang tu dah takde nilai.

Sumber Says

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com