Showing posts with label Valentine. Show all posts

KISAH SERAM HANTU PENANGGAL VALENTINE

 Hari ni 14 febuari 2015. Masih ramai yang meraikan hari kekasih ni.. Terutaman yang bukan islam. Orang islam pun masih ramai lagi mengamalkan budaya ni.. Tak boleh nak buat apa la kan.. Tepuk dada tanya iman masing - masing la. Nak cakap lebih2 ilmu di dada pun tak berapa cukup.. Salah cakap nanti orang gelar ustazah google.. ustazah FB la kan.. Tapi bukan aku nak cerita pasal sambutan tu. Yang nak cerita ni pasal satu kisah seram di hari Valentine

Inilah krasue @ hantu penanggal valentine. Sumber google

Kisah ni berlaku di Bangkok.. dimana seorang nurse muda yang baru berkhidmat di sebuah hospital lama yang kakitangan dia semua dah tua2.. dari petugas Am,nurse & doktor. Kiranya bila dia masuk kerja kat situ dia la satu satunya nurse muda. Di pendekkan cerita orang yang mengamalkan agama budha ni percaya dengan kelahiran semula kan.. Nurse ni ada kisah silam dengan seorang petugas Am kat hospital tu yang tempang & mulut dia macam senget sikit. Kiranya kelahiran semula ni depa bertemu kat hospital saling tak kenal mengenal. Tapi sebab di kelahiran lepas tu depa pernah bercinta.. Yang perempuan di kelahiran lepas seorang nurse jugak cuma yang lelaki tu seorang askar. Pada Hari Valentine 14 Febuari 1941 tu si lelaki ni hadiahkan si perempuan bunga ros... lepas tu berlaku something ehem hem...  Perempuan tu mengandung & time perempuan tu mengandung lelaki tu takde dengan perempuan tu. Perempuan tu anggap lelaki tu tinggalkan dia. Dia gugurkan kandungan. Kemudian amalkan ilmu penanggal sehinggal kelahiran semula pun dia tetap jadi hantu penanggal.

Lepas tahu kisah silam mereka.. Mereka cuba untuk bersatu tapi jadi kejadian2 yang menghalang. Si lelaki tercedera & lumpuh sementara seluruh badan akibat perbuatan doktor kat situ. Muncul seorang kanak kanak misteri menjual bunga kat hospital tersebut. Doktor tu pun ada kaitan dengan kisah silam mereka.. dimana di kelahiran lepas doktor tu adalah doktor yang memberi ubat untuk gugurkan kandungan perempuan tu. Budak perempuan misteri yang sering muncul menjual bunga ros kat hospital tu adalah bayi yang pernah di gugurkan nurse perempuan tu di kelahiran yang lepas. Semuanya jadi konflik bila hospital tu terpaksa di tutup kerana kekurangan kos untuk di teruskan. Semua pekerja  di berhentikan. lelaki lumpuh tu terpaksa jugak di keluarkan dari hospital.. tapi sebab nurse perempuan tu tahu lelaki tu adalah kekasih dia di kelahiran lepas dia tekad jaga lelaki tu kat rumah dia. Kat situ la nurse tu mula kantoi dia adalah penanggal.. bila doktor tu datang menyerang dia kat rumah dia.. Dalam keadaan panik tu dia cuba melarikan diri.. tapi tanpa sedar hanya kepala dia jer yang lari.. tertinggal badan. Doktor jahat tu cuba bakar badan nurse penanggal tu..

Ending kisah ni.. lelaki tempang yang cacat tu cuba selamatkan badan nurse penanggal tapi gagal.. dia cuba guna badan seorang nurse yang di bunuh doktor jahat tu mengantikan badan kekasih dia hantu penanggal tu dengan menyuntik ubat pengawet supaya jasad tu tak busuk. Tapi ending dia tak nampak pun kepala nurse penanggal tu balik & bersatu dengan badan nurse tua yang dah mati tu sebagai penganti badan dia yang dah terbakar. Gitulah kisah dalam filem Ghost Valentine yang aku beli hari minggu lepas.

antara 3 dvd yang aku beli hari minggu lepas yang ni paling mahal even harga kat kotak 19.90 aku beli 17.90 berbanding yang lain RM9.90 jer

Filem ni tahun 2005, klasifikasi U. Memang sesuai nak tonton dengan anak2 pun. sebab tak seram.. tak ganas sangat & takde aksi2 seksi atau ranjang & tak best jugak cerita dia. hahahaha. Tapi dah beli kena la tengok baru tau best ke tidak kan??

MAK BAPAK DIA TAK KISAH PUN DIA NAK ROMEN DENGAN AWEK MALAM VALENTINE

Tak habis lagi cerita Valentine ni. Setakat kena tangkap khalwat malam Valentine kat hotel budget rasanya bukan benda baru atau benda pelik berlaku setiap tahun. Walau setiap tahun ada je operasi menangkap pasangan beromen kat hotel budget tapi tetap takde penyelesaian pun. Setiap tahun ada je yang kena tangkap.


Tapi tu berita yang bukan luar biasa.. Tapi ada satu cerita yang sebenarnya bukan cerita luar biasa tapi pengakuan dia tu yang ada tarikkan den nak share kat sini. Antara pasangan yang di tangkap malam Valentine yang satu ni statement dia bukan je membuka aib sendiri malah membuka aib mak bapak dia jugak. Dah la kena tangkap beromen dalam bilik hotel dengan awek.. siap bagitau mak bapak dia tak kisah pun dia bersekedudukkan dengan awek dia & depa kena tangkap ni pun mak bapak dia tak kisah.

Berita penuh baca kat Sinar Harian

Kemain kau yer... Western sangat keluarga kau. Selalunya yang kita dengar atau baca pasangan yang di tangkap takut sangat la perbuatan depa tu family tahu. Ada menangis, meraung, merayu bagai nak di lepaskan supaya family tak dapat tahu. Yang ni tak.. Rilex je. Apa nak kisah mak bapak pun tak rasa benda tu mengaibkan so tak payah takut balik rumah kena marah bagai.

Tapi tak tau la.. Dia kata bukan mak bapak dia kata. Entah2 ego tinggi nak berlagak macam urban & western sangat hidup dia, dia buat la cerita dogeng yang mak bapak dia tak kisah dia bersekedudukan dengan awek. Kalau tak kisah korang check in kat rumah sendiri sudah. Romen puas2.. free pun free & takde sapa nak kacau. Ye dak?? Tapi tak mustahil jugak ada spesis mak bapak camni.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com