Showing posts with label jual organ. Show all posts

ORGAN HARAM DIJUAL TAPI BOLEH DIDERMA

Sorotan dari kisah di harian metro semalam seorang isteri yang sanggup berkorban & menjual buah pinggangnya demi melangsaikan hutang along yang di buat suaminya untuk memulakan perniagaan tapi malangnya perniagaan itu gagal. Besar sungguh pengorbanan seorang isteri sampai sanggup jual buah pinggang dia kan?? Yang suami takkan la tak kesian. Dia buat hutang, bini kena tanggung. Takkan itu satu - satunya jalan yang ada kot... Entahlah, hal laki bini diorang siapa yang tahu, kan?

Daripada isu tu hari ni di harian metro keluar lagi artikel berkenaan penjualan organ. Dari segi hukum agama ia memang haram & dari segi undang - undang juga salah. So, kalau akak ni tekad juga jual organ untuk langsaikan hutang suami dia, beliau dah melakukan dua kesalahan.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Dalam Islam membolehkan kita untuk menderma organ dengan syarat jangan ada unsur dagangan atau jual beli kerana ia kurniaan Allah SWT yang tiada nilainya. Aktiviti menjual organ juga salah dari segi perundangan negara.

Pengajaran dari kisah ni, sebelum melakukan apa - apa perkara rujukkan pada mereka yang arif. Jangan nanti niat yang baik, padah yang dapat.

Rujukan : Harian Metro

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com