Showing posts with label bmw. Show all posts

VIRAL! KISAH SEORANG LELAKI NAMPAK CAHAYA PUTIH SEBELUM MENINGGAL DUNIA

VIRAL! KISAH SEORANG LELAKI NAMPAK CAHAYA PUTIH SEBELUM MENINGGAL DUNIA. Hari ni tengok orang mula share satu kisah berkenaan seorang hamba Allah yang baru pulang ke rahmatullah katanya. Sebelum memulakan cerita terlebih dahulu saya ucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Arwah. Marilah sama2 kita doakan semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Alkisahnya di kongsikan oleh seseorang berkenaan satu perkara yang berlaku sebelum arwah kawannya meninggal dunia. Cerita ni di ceritakan semula Isteri arwah yang berada di sisi arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Katanya arwah arwah berusia 42 tahun ketika meninggal dunia. Antara usia yang muda jugak la. Sebab almaklum la kita kan.. selagi tak melebihi 60 tahun tak rasa macam ajal dah dekat. Padahal ajal nak sampai takde had umur yang di tetapkan. Sampai masa pulang la kau ke rahmatullah tanpa lewat atau cepat walau seminit.

sebelum arwah ni meninggal dia baru je dapat kereta BMW yang baru di beli. Baru je rasmikan kereta tu. Lepas maghrib malam sebelum arwah meninggal, arwah bawa isteri dia keluar naik BMW, Dalam tengah memandu tiba2 arwah macam blackout sekejab tapi sempat si isteri ni tarik stereng. Bila arwah tersedar semula dia sempat berhenti kereta tepi jalan. Masa tu dia tanya isteri dia samada nampak tak cahaya putih yang dia nampak datang depan kepala dia. Malangnya isteri dia tak nampak. Dia pun tunjukkan kepada dia yang dah mula berpeluh sejuk. Peluh tu isteri dia memang nampak cuma cahaya putih tu isteri dia tak nampak.

Kemudian dia bagitau macam ada sesuatu yang tarik tengkuk (leher) dia. Bagi nak tenangkan suami dia.. si isteri cakap nanti balik rumah mereka sama2 baca yassin. Sekali lagi arwah bagitau isteri dia cahaya putih tu datang balik. Dan selepas tu dia terus terlentok & meninggal dunia dalam kereta BMW yang baru di belinya.

Cahaya putih yang arwah nampak sebelum dia meninggal dunia kita sendiri tak tahu apa benda. Hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya. Mungkin Allah memberi kesempatan arwah menceritakan apa yang dia nampak sebelum ajal dia tiba untuk memberi kita pengajaran. Kalau orang kafir ada yang percaya hidup & mati tu berlaku secara semulajadi sebab mereka tidak percaya pada Tuhan tapi sebagai seorang Islam kita dah di ajar sejak dari kecil ajal & maut Allah dah tulis bila & bagaimana.

Screenshot yang sedang menjadi viral sekarang

Moral of the story.. Ajal datang kadang2 tanpa signal macam sakit. So, marilah kita sama2 insaf & buat persediaan sebelum ajal menjemput kita pulang. Dimana saja kita berada kena sentiasa ingat Allah. Even melancong ke negara bukan islam pun kita kena tunaikan kewajiban kita sebagai seorang Muslim. Contoh kalau korang nak ke korea ini korang kena tahu dulu >> 8 Perkara Setiap Muslim Perlu Tahu Sebelum 'Travel' Ke Korea Selatan << Supaya korang takde la menyesal di kemudian hari. hehehe.

SATU BENDA YANG PEREMPUAN TAK BOLEH KONGSI DENGAN ORANG LAIN

SATU BENDA YANG PEREMPUAN TAK BOLEH KONGSI DENGAN ORANG LAIN. Dalam hidup kita tak kira lelaki atau perempuan walau tak kedekut tahap bakhil pun tetap ada benda yang dia tak boleh share dengan orang. Ada orang tak boleh share bantal dengan orang.. ada orang tak boleh share masalah dengan orang & ada orang pantang kalau orang share pakaian dia. Setiap orang ada la perkara yang dia tak boleh share dengan orang tapi cuma 1 perkara yang aku rasa kebanyakkan semua perempuan sama. Dia takkan boleh share dengan sesiapa benda ni. Setakat pad dia boleh lagi share dengan orang tapi benda ni memang mana2 perempuan kebanyakkan akan terus bertukar jadi macam2 watak yang bukan diri dia bila dia tahu orang lain cuba share.


Yer betul tekaan puan puan semua.. Suami! Walau bukan semua perempuan macam tu tapi kita tak dapat nafikan kebanyakkan perempuan memang takkan sanggup kongsi suami dengan orang lain. Betul la.. Islam menghalalkan poligami & Sunnah Nabi pun berkahwin empat. Tapi sebab lelaki yang kawen je dia nak ikut cara Islam & sunnah nabi membuatkan perempuan memang tak boleh terima hidup berkongsi suami.

Terbaca kat harian metro semalam pasal seorang perempuan ni amuk & pecahkan kereta BMW laki dia sebab kantoi laki dia ada perempuan lain. Nak2 masa kejadian memang perempuan simpanan lelaki dia ada dalam kereta ty. Tak kira la berapa juta kereta tu.. Bila melibatkan perempuan lain ni.. Bukan takat kereta, silap haribulan dengan laki dia sekali dia hentak. Itulah yang berlaku pada pasangan warga China ni. Memang kita tak boleh nak cakap apa.. Kita sendiri pun tak boleh terima kecurangan pasangan macam tu jugak orang lain. Curang bukan cara yang di ajar Islam. Kalau awal2 lagi dah tipu bini macam tu.. kau jangan berlagak ustaz nak cakap pasal sunnah bagai.


Perempuan bila lelaki tu dah ada ikatan perkahwinan dengan dia tetap la lelaki tu segala galanya untuk dia. Biarlah laki dia takde ciri ciri lelaki macam ni >> Seksi Sebenar Seorang Lelaki << tetaplah laki dia & kau jangan cuba2 nak try. Silap orang kau try kepala boleh bersepai.

Moral of the story.. Biarpun Islam menghalalkan poligami tak bermakna semua tindakkan anda tu betul untuk berpoligami. Niat tidak menghalalkan cara. Kalau nak buat perkara baik, cara pun kena betul baru seimbang.

KERETA BMW AWAL ASHAARI TOTAL LOST

Ada jugak dengar ahad semalam awal ashaari accident. Sebab aku tertengok melodi sebelum keluar berjimbaraya. Actually aku bukan tengok sangat lebih kepada dengar sebab aku sibuk buat benda lain. Camtu la cara aku menonton kat rumah ni.. kadang2 dengar je tengoknya tidak...


Terbaca blog erafm katanya kereta bmw yang di pandu kawan dia masa kejadian tu total lost. Takpe la kereta jer total lost.. orang yang tak total lost kan? Syukur la.. cedera pun tak parah sangat.. cuma bengkak & sakit2. Takpe.. retis banyak job.. dua tiga bulan lagi keluar la bmw baru, katanya. Macam kita ni.. kalau total lost.. dua tiga tahun lagi pun belum tentu keluar kereta baru.


 Sumber era.fm

Apapun takziah buat awal.. Musibah yang menimpa maybe Allah nak bagi awal rehat sekejab dari bekerja. Jangan sesedih pasal kereta bmw tu yer.. Semoga cepat pulih.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com