VIRAL! KISAH SEORANG LELAKI NAMPAK CAHAYA PUTIH SEBELUM MENINGGAL DUNIA
Gambar sekadar hiasan. Sumber Google |
Alkisahnya di kongsikan oleh seseorang berkenaan satu perkara yang berlaku sebelum arwah kawannya meninggal dunia. Cerita ni di ceritakan semula Isteri arwah yang berada di sisi arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Katanya arwah arwah berusia 42 tahun ketika meninggal dunia. Antara usia yang muda jugak la. Sebab almaklum la kita kan.. selagi tak melebihi 60 tahun tak rasa macam ajal dah dekat. Padahal ajal nak sampai takde had umur yang di tetapkan. Sampai masa pulang la kau ke rahmatullah tanpa lewat atau cepat walau seminit.
sebelum arwah ni meninggal dia baru je dapat kereta BMW yang baru di beli. Baru je rasmikan kereta tu. Lepas maghrib malam sebelum arwah meninggal, arwah bawa isteri dia keluar naik BMW, Dalam tengah memandu tiba2 arwah macam blackout sekejab tapi sempat si isteri ni tarik stereng. Bila arwah tersedar semula dia sempat berhenti kereta tepi jalan. Masa tu dia tanya isteri dia samada nampak tak cahaya putih yang dia nampak datang depan kepala dia. Malangnya isteri dia tak nampak. Dia pun tunjukkan kepada dia yang dah mula berpeluh sejuk. Peluh tu isteri dia memang nampak cuma cahaya putih tu isteri dia tak nampak.
Kemudian dia bagitau macam ada sesuatu yang tarik tengkuk (leher) dia. Bagi nak tenangkan suami dia.. si isteri cakap nanti balik rumah mereka sama2 baca yassin. Sekali lagi arwah bagitau isteri dia cahaya putih tu datang balik. Dan selepas tu dia terus terlentok & meninggal dunia dalam kereta BMW yang baru di belinya.
Cahaya putih yang arwah nampak sebelum dia meninggal dunia kita sendiri tak tahu apa benda. Hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya. Mungkin Allah memberi kesempatan arwah menceritakan apa yang dia nampak sebelum ajal dia tiba untuk memberi kita pengajaran. Kalau orang kafir ada yang percaya hidup & mati tu berlaku secara semulajadi sebab mereka tidak percaya pada Tuhan tapi sebagai seorang Islam kita dah di ajar sejak dari kecil ajal & maut Allah dah tulis bila & bagaimana.
Screenshot yang sedang menjadi viral sekarang |
Moral of the story.. Ajal datang kadang2 tanpa signal macam sakit. So, marilah kita sama2 insaf & buat persediaan sebelum ajal menjemput kita pulang. Dimana saja kita berada kena sentiasa ingat Allah. Even melancong ke negara bukan islam pun kita kena tunaikan kewajiban kita sebagai seorang Muslim. Contoh kalau korang nak ke korea ini korang kena tahu dulu >> 8 Perkara Setiap Muslim Perlu Tahu Sebelum 'Travel' Ke Korea Selatan << Supaya korang takde la menyesal di kemudian hari. hehehe.
Al fatihah utk arwah..
ReplyDeleteOhh...kisah ni.... baru tadi baca. Tulahkan.... takut bila baca kisah cenggini, rasa insaf pulak. Tp bila datang lagho.....tak ingat dah ajal. Moga Allah sentiasa bagi kita hidayahkan Suria huhu..
ReplyDeleteAlfatihah. Muda lagi tu baru awal 40 tahun tapi yalah, ajal maut bukan mengira berapa umur kita. Kalau dah sampai, tolaklah macamana, tetap tak boleh!
ReplyDeleteCahaya putih ni kalau dalam cerita orang putih selalu aje mereka bercerita. Bahkan dalam kisah-kisah orang putih yang mati hidup semula tu pun selalu aje mereka ni nampak cahaya putih. Tapi entahlah, mungkin juga ajal kita dah sampai dan malaikat datang nak cabut nyawa. Mana taukan... Hanya Allah aje yang tahu asal kejadian segala benda di dunia ni!
Salam ukhuwah. Ajal, rezeki dan jodoh ketentuan Allah. Semoga kita sentiasa muhasabah.
ReplyDelete