Showing posts with label sekarang. Show all posts

TAK BOLEH MAKAN KUIH SAMBIL PANGKU BALANG UNTUK RAYA 2016

TAK BOLEH MAKAN KUIH SAMBIL PANGKU BALANG UNTUK RAYA 2016. Hari ni dah hari ke 29 hari umat Islam berpuasa. Insya Allah.. tinggal lagi 1 hari untuk umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sepanjang 29 Hari berpuasa moga yang berkurang kilo kat badan & yang bertambah pahala & amalan. Kalau yang bertambah kilo tu maka ketahuilah mungkin anda antara yang menjadikan bulan puasa sebagai pesta makan. Kalau makan ala kadar, Insya Allah boleh buang kilo kilo yang berlebihan katanya.

Gambar sekadar hiasan

Hari ni pun dah ramai balik kampung. Aku Insya Allah esok baru nak memulakan perjalanan balik kedah. Allah.. Rasa tak sabar nak balik kampung katanya. Dok tengok ada kawan kawan dok cakap.. teringin nak rasa balik kampung bila raya. Almaklum la depa duduk tak jauh dari rumah keluarga & adik beradik. Ada yang perjalanan 5 - 10 je dah sampai rumah mak ayah. Tak macam aku.. kalau tak hadap jam maybe 4 - 5 jam baru sampai. Tapi pernah jugak aku balik dari kampung ambil masa dekat 12 jam atas jalan. Tu sebab kami melencong sana sini nak elak jam. hahahaa

10 Tahun jadi anak rantauan.. Perasaan excited nak balik kampung tu memang tak dapat nak gambarkan dengan kata kata. Nak2 sejak anak aku sekolah ni, balik kampung pun dah jarang sangat. Raya la semua dapat bercuti serentak maka boleh la balik kampung.

Dekat dekat nak raya seperti tahun2 lepas.. Banyak la dok share rules nak beraya kat rumah orang. Jangan pangku balang kuih la, jangan sibuk tanya kuih homemade ke tunjuk tunjuk, jangan habiskan kuih dalam balang.. Kalau datang beraya rumah aku kat kampung benda2 macam tu tak jadi rules cuma jangan complaint pasal kucing atau suruh kami kurang populasi kucing dalam rumah je. Kalau kau berani nak sentuh bab kucing untuk raya akan datang kau akan hilang layanan mesra dari adik beradik aku.

Kadang2 aku rasa tak berapa bagus sangat dok share rules nak beraya rumah orang bagai.. Kita yang share kang ada yang berniat nak datang raya terbaca macam rasa tak best terus tak jadi datang. Macam bab makan kuih pangku balang pun kau nak jadikan benda tu perkara besar sangat pada hari raya memang aku rasa tak patut sangat. Tetamu tu kan pembawa rezeki.. biarlah dia nak makan pangku balang. Bukan dia nak bawa balik balang pun.

Cukuplah kita ingatkan orang lain adab beraya rumah orang. Orang yang jaga adab Insya Allah dia tak buat benda tak senonoh semasa bertandang rumah orang. Tak payah nak ketatkan sangat undang2 nak pergi beraya tu. Kang semua yang datang beraya rumah kita duduk tegak macam tiang tak berani nak sentuh hatta balang kuih sekalipun. Alih2 kau hadap sendiri kuih raya kau yang melambak tu.

Sampai tanya kuih raya buat atau beli pun jadi salah ke? Alahai.. sentapnya korang. Kalau kat rumah aku.. Tak pernah aku dengar adik beradik aku merungut orang tanya kuih buat ke beli sebab bagi kami tak rasa jadi satu masalah pun. Perkara biasa kalau sedap orang akan tanya kuih ni buat atau beli. Kalau buat maybe dorang nak minta resepi kalau beli mungkin dorang nak tanya beli kat mana. Remeh sangat perkara tu sampai kau nak list sebagai rules hari raya.

Orang nak datang beraya pun sekarang susah kan.. Banyak sangat rules sedangkan kadang2 tetamu yang datang rumah kita tu setahun sekali je masa raya. Jangan la kita spoil kan mood orang nak datang beraya dengan rules yang tak perlu.

Sesungguhnya raya dulu & sekarang sangat berbeza. Boleh baca perbezaan raya dulu & sekarang kat sini >> 6 Perbezaan Paling Ketara Raya Dulu & sekarang, harap takde sapa datang beraya macam nombor 4 takut ada warga emas kena serangan jantung pulak << Raya dulu sebelum wujud media sosial tak ada rules2 sangat tapi sejak wujud media sosial banyak pulak rules dia.

Apapun berpada pada la kan nak buat rules untuk orang datang beraya. Hari yang sepatutnya kita bermaaf maafan & mengeratkan silaturrahim jangan sampai jadi hari bermasam muka pulak di sebabkan orang datang raya langgar rules beraya rumah korang. Lebih kurang tu pejam mata & senyum je la.


Walau macam mana pun di kesempatan ni tetap den nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin andai penulisan di blog ni menyakiti mana2 pihak. Sesungguhnya den hanya manusia yang kadang2 menulis ikut nafsu.

PERUBAHAN WAJAH 19 ARTIS NI MUNGKIN MENGEJUTKAN ANDA

PERUBAHAN WAJAH 19 ARTIS NI MUNGKIN MENGEJUTKAN ANDA. Kalau dah jadi retis ni jangankan dagu botox orang boleh detect.. Taik lalat original & taik lalat palsu pun orang boleh tahu. Tahap depa punya hafal dari hujung rambut sampai hujung kaki seseorang artis tu kadang2 di luar kotak pemikiran kita yang tak berapa obses sangat dengan retis retis ni. Orang kalau dah fanatik.. size dada pun dia boleh perasaan kecik ke besar. Dia boleh compare pulak tu dengan dulu & sekarang apatah lagi kalau setakat kat muka ni.


Nak buat macam mana golongan retis memang golongan yang sentiasa menjadi perhatian. Kalau korang jenis suka privacy elakkan jadi retis. Bila jadi retis banyak perkara yang korang tak boleh nak privacy walau korang cuba untuk privacy kan. Kot mana pun orang korek jugak nak tau. Sebab cerita artis sentiasa ada value. Kalau nak jadi artis kena bersedia.. Sebab tak mustahil kerana kefanatikkan peminat privacy anda akan di cerobohi.

Jadi blogger terpinggir macam aku pun kadang2 sibuk sangat orang nak tau rupa bentuk muka aku. Walaupun dulu aku tak private sangat la rupa seram aku ni cuma sekarang nak kata private sangat tak.. Cuma aku kurang nak upload wajah2 comel penuh misteri nusantara ni. Bukan apa.. takut nanti berebut2 pulak majalah nak tulis story pasal aku.. hahaha... Ok aku larik setempat dulu. Takut statement ni ada yang suap kaki dalam mulut. hahahaha

Aku je sapa nak kisah kan.. Melainkan mereka mereka ni yang bergelar artis terkenal seantero dunia. revolusi perubahan 19 Artis ni mungkin ramai la nak tengok >> Perubahan wajah 19 Artis Ni mungkin mengejutkan anda << Berbanding perubahan wajah muka aku sebelum & selepas guna produk bio essence. hahahaha

Dah nama pun retis ye dak.. Silap cakap kat Instagram pun boleh viral apatah lagi kalau tersilap botox kat muka. Jadi hati2 retis.. Sebab kesilapan anda yang kecil mungkin menjadio isu besar.

CUCU NAKAL 4 TAHUN BAKAR RUMAH NENEK

CUCU NAKAL 4 TAHUN BAKAR RUMAH NENEK. Sejak dua menjak ni ada jer post pasal mengulit kenangan bersama atuk & nenek.. atuk & nenek zaman dulu memang beza sangat dengan atuk & nenek zaman sekarang. Almaklum la zaman dah berubah.. nenek & atuk pun turut berubah bersama peredaran zaman. Yang best nenek dulu2 ni.. Memang kita takkan dapat kat mana2. Kalau duduk rumah nenek ni.. Paling best. tapi aku ni lepak rumah tok (nenek) aku.. jadi nakal pulak. Mana tidaknya sampai hangus rumah tok aku di buatnya.


Alkisahnya... Masa tu aku memang kecik sangat 4 ke 5 tahun kot umur aku masa tu. Biasa la masa tu arwah tok masih ada tapi dah tak kuat sangat. Aku suka lepak kat tilam tok ni. Sambil tengok dia hisap rokok daun. Bila dah hisap rokok daun ni ada la mancis kan. Bila tok tak ada aku & kakak aku pulak take over benda2 tu semua. Kakak aku la konon buat magic bakar mancis sampai ke hujung. Aku ni nak tiru.. bila bakar mancis sampai kena jari aku, sakit aku campak jatuh atas bantal terbakar. Dah terbakar nak padam api letak kain pulak atas tu makin marak api. Apa lagi.. bila dah terbakar kakak aku awal2 lagi lari balik rumah tinggal aku sorang2 dalam rumah terbakar. Aku dah tak berapa ingat macam mana aku keluar tapi yang aku ingat aku nampak alang2 rumah yang terbakar tu. Aku rasa macam bomba ke sapa lelaki yang bawak aku keluar dari rumah yang sedang terbakar. tak tau la ingatan aku ni betul ke tidak sebab aku terlampau kecik masa tu tapi itulah yang aku ingat. Yang tok aku kalut nak masuk rumah bila terbakar sebab dia ingat cucu2 dia ada dalam rumah lagi. Ya Allah kasihnya Tok.. Dia tak fikir rumah dia sedang terbakar tapi yang dia risau cucu2 dia kat dalam padahal cucu2 dia dah selamat balik rumah menyorok takut.

Tu lah nenek @ tok.. Sayangnya mereka pada cucu tiada tandingan. Tapi tok & nenek2 zaman sekarang sebab mungkin sibuk dengan kerjaya atau urusan peribadi mungkin masa dengan cucu tu kurang rapat. Mesra pun mungkin segelintir tak semesra nenek2 zaman dulu yang sentiasa menghiburkan dengan cerita dogeng rakyat. Nenek sekarang mana ada nak cerita dogeng rakyat dah.. Sibuk bersosial di laman sosial katanya.

Sebab tu zaman sekarang tak banyak nenek yang macam ni dah >> Yang Kita Mungkin Tak Dapat Lagi dari Nenek Zaman Sekarang << Bila baca artikel ni confirm korang akan mengalirkan airmata teringat nenek masing2 bagi yang sempat ada memori dengan nenek la. aku pun sebelah ayah je sempat merasa kasih sayang tok ni.. Sebelah mak aku sebab tok aku dari mak aku kecik2 lagi dah meninggal. Kira seimbang la sebelah Ayah cuma sempat kenal tok.. sebelah Mak sempat jugak sampai tingkatan 2 dengan tokwan.

Apapun.. Biarpun atuk & nenek kita mungkin dah lama pulang ke pangkuan Ilahi namun kenangan dengan mereka adalah sesuatu yang mungkin akan buat kita rindu sepanjang hidup. Kasihnya atuk nenek ni.. Kasih yang tiada sempadan. Al fatihah buat tok & tokwan.. Moga Allah mengampuni dosa2 mereka & tempatkan mereka di kalangan orang2 yang beriman.

LAGU YANG WAJIB KERAP KELUAR TV DULU YANG TIADA LAGI SEKARANG

LAGU YANG WAJIB KERAP KELUAR TV DULU YANG TIADA LAGI SEKARANG. Zaman dah berubah maka apa yang muncul di kaca TV juga berubah seiring zaman. Ada yang masih ada & ada yang mungkin telah tiada. Dulu mungkin kita rasa macam bosan je bila terpaksa tengok atau dengar benda tu setiap hari percaya lah sekarang kita akan rasa rindu dengan sesuatu yang kita rasa bosan dulu sebab dah tak ada lagi berkumandang atau di siarkan kat TV.


Dulu siaran tv tak banyak.. Mula2 ada siaran RTM je. TV1 & TV2. Nak tengok tv pun bukan senang. Kalau tak pasang antena atas bumbung tu memang susah nak dapat siaran. Aku sempat jugak merasa zaman TV ada lesen. tengok arwah Ayah gantung kat dinding siap frame lagi. Budak2 sekarang confirm tak tahu pasal lesen tv ni. Kalau ada TV @ radio tapi tak apply lesen boleh di kenakan tindakkan undang2 tau. Denda dia tak silap kalau tv RM3000 atau 12 bulan penjara. Radio lebih murah. Ok aku mengaku hasil google je info ni. Hahaha. Di mansuhkan pada tahun 1989. time tu sangat2 kecik kot aku yang memang tak membesar ni. Erkk.. sekarang dah berjaya membesar cuma yang tak berjaya meninggi je. hehehe

Dulu ada satu lagu wajib keluar kat TV setiap hari. Tak tau ada tak antara pembaca blog lekatlekit.com ni sempat melalui zaman lagu ni tengah popular kat TV. Bukan lagu cinta ok! Kau akan dengar lagu ni selama bertahun2 setiap hari. Muak ke,mual ke, morning sickness ke ko kena hadap jugak lagu ni kalau tengok TV. Almaklum dulu2 tak banyak siaran tv katanya. Nak tukar channel tv pun kena bangun tekan butang2 kat TV. Mana ada remote control bagai. Jadi bila berkumandang lagu.. jemu tak jemu layan jugak la. Nak tau lagu apa meh tengok kat sini >> Inilah Lagu Yang Setiap Hari Akan Disiarkan Kat TV <<

Nostalgia gila bila dengar lagu tu. Serius teringat pulak arwah ayah & kakak aku yang selalu berberebut nak tengok cerita favourite masing2. Almaklum TV satu jer.. Sekarang lagu tu memang tak di siarkan lagi kat TV & arwah ayah pun dah lama takde. Baru sedar dah jauh aku tinggalkan memori tu... hurmm.. sayu pulak hati ni.

Moral of the story.. Betul lah.. sesuatu yang kita bosan akan jadi perkara yang paling kita rindu bila dah tak ada. Macam lagu tu.

CIUM DAHI AWEK SAMBIL SELAWAT & NIAT PETUA HUBUNGAN KEKAL

CIUM DAHI AWEK SAMBIL SELAWAT & NIAT PETUA HUBUNGAN KEKAL. Zaman budak budak semakin kreatif ni kita yang dah masuk zon makcik makcik pun jadi seriau dengan amalan amalan baru depa cipta. Nak2 lagi zaman media sosial yang mudah nak sebarkan sesuatu. Kalau yang tersebar tu baik.. maka baik la jadinya tapi bila yang tersebar tu bunyi macam islamik jer tapi sangat menyesatkannya cara tu yang bahaya.


Terjumpa satu post yang mula di viralkan seorang budak perempuan belasan tahun bagi petua hubungan kekal. Mula2 memang rasa nak gelak tapi bila terfikir sejenak bahaya jugak post dia ni. Boleh memesongkan rakan sebaya. Dari mana dia dapat petua sesat macam ni gamaknya. Mencampur adukkan yang betul dengan yang salah. Selawat tu bagus tapi bukan la di susuli dengan perbuatan yang salah macam mencium dahi awek. Nama pun awek confirm la tak ada hubungan yang sah & halal untuk bercium macam tu.

Tak tau la apa yang mendorong dia confident sangat post benda benda macam tu. Ni kalau mak dia baca confirm berbirat kaki kena sebat ke mak dia tak kisah tak tau la. Sebab mak bapak sekarang dah open minded katanya. Apadahal anak2 cium dahi dengan couple memasing.


Cuma tu la akak nak pesan pada hadik2 yang comel... Sebelum percaya ajaran2 atau amalan2 pelik yang di sampaikan oleh rakan sebaya sila rujuk ustazah dulu. Kalau dah budaya bercouple pun tidak di galakkan apatah lagi petua bercium dahi sambil selawat & niat. Umur muda takpe tapi jangan otak jadi terencat yer percaya benda2 mengarut macam tu.

Apa yang berlaku mungkin salah didikan jugak sebab tengok dari perwatakkan macam budak sangat minah ni. Sebab tu pentingnya kita tahu cara yang betul untuk membetulkan atau memberitahu sesuatu pada anak anak dari peringkat kanak kanak lagi untuk mendidik mereka cara berfikir dengan betul. Tapi jangan kata orang lain aku sendiri pun banyak buat salah bila bercakap dengan anak & aku yakin 100% semua kita memang buat kesilapan yang sama bila menjawab atau memberitahu sesuatu pada anak walau kita anggap cara kita selama ni dah betul.

Moral of the story.. Mungkin budak ni dapat petua mengarut dari kawan kawan dia sendiri & tak mustahil dia sendiri yang ciptakan petua tu berdasarkan logik akal dia sendiri. yelah.. maybe dia fikir kalau niat yang baik di sertakan dengan bacaan selawat tu Allah perkenaankan hajat mereka kot untuk kekal couple. Yelah.. boring2 tak tau nak buat apa mula la dia mengarut bukan bukan.

INILAH KUALA LUMPUR YANG MUNGKIN ADA TIDAK PERNAH LIHAT

INILAH KUALA LUMPUR YANG MUNGKIN ADA TIDAK PERNAH LIHAT. Zaman hitam putih aku mana ada kat KL katanya... Almaklum la aku kan orang kedah. Time tu pun Jangankan nak jenjalan kat KL kejadian aku pun tak wujud lagi. Mak bapak aku pun dalam proses di jadikan kot time2 camtu camna la aku nak ada, ye dak??


Kalau nak gambarkan KL zaman hitam putih memang kita tak boleh gambarkan cuma orang yang hidup zaman tu je tahu macam mana KL dulu. Kita hanya boleh membayangkan saja tu pun mustahil keadaan masa tu sama macam yang kita bayangkan dari cerita orang dulu dulu.

Susah sangat je nak bayang bagai.. Dah tu bayangan pun tak tepat apakata kalau korang nak tengok KL yang tak pernah korang tengok selama ni meh tengok kat sini >> 30 Gambar Kuala Lumpur Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat <<

Ada yang ketara perubahannya... Ada yang tak banyak sangat la perubahan. Paling Otai restoran A&W la... wah teguh berdiri di tempat yang sama dari tahun 1960 tu. Orang yang hidup masa tu pun maybe dah ramai yang mati.. tapi A&W tetap hidup sampai 2015 katanya. Yang best bentuk bumbung kekal sama tu.. Memang rare la.

Moral of the story.. Kita melihat pembangunan hari ni tapi mungkin kita tidak pernah tahu bagaimana ia sebelum mengalami transformasi.

TERBONGKAR SKANDAL USTAZ ZAMAN SEKOLAH RENDAH

Skandal ustaz mana pulak ni? warm up blog dengan kisah skandal orang ni.. Amboi krik krik sangat tau. Kiah propa pun tak sempat nak hantar biji mata memerhati, Laju sungguh hang merisik gosip terkini kan. Gosip ni bukan terkini sangat cuma baru terbongkar je semalam. Confirm cuak ustaz tu nak baca entri ni kan?? Rilex Ustaz... Pembongkaran harus di dedahkan katanya untuk bagitau perkara sebenar.

Alkisahnya sejak seminggu lalu hidup aku di selubungi kisah kisah lama.. Macam2 kisah di ungkit & terungkit. Sampai kisah yang aku tak pernah tau pun sekarang dah tau. Ooo.. selama ni depa2 ni nampak je memasing malu2 siput sedut tapi kemain skandal sana sini yer... Termasuk sorang ni sekarang dah jadi Ustaz ensem. Tak heran dia ramai peminat sebab dari kecik comel. Ingat ramai peminat jer... Rupanya dia pun dulu dalam diam diam.. dalam gud gud.. Ramai jugak skandal noh.. Amboi ustaz. Ni di namanya shy shy meow...

Mesti hangpa pelik kisah apa pulak ni? Ustaz mana.. Ustaz dan din don ke hapa. Dok aih.. Ni kisah kengkawan ex sekolah rendah aku dulu. Almaklum la semua baru berjumpa balik dalam 1 group whatsappp.. Maka riuh rendah dok terobek (throwback) kisah dulu dulu. Semalam tetiba tajuk cerita skandal masa sekolah rendah. Masing2 pecah rahsia.. skandal depa. Termasuk seorang kawan aku yang dah bergelar ustaz sekarang ni. Dulu dia budak comel yang bijak bistari. Jadi ketua pelajar lagi.. Rupanya dalam diam, malu2 kucing tu ada jugak kisah cinta monkey ek ek ek... Bukan sorang gugirl di kaitkan dengan skandal dia.. ramai pulak tu. Kemain ustaz ROS******* Yang peliknya aku tak pernah tau pun. Almaklum la aku bukan di kalangan budak hotstuff masa tu.. Maybe masa tu aku tak peduli sangat pun pasal cinta monkey ek ek ek.. orang.


 Dalam ni ada gambar ustaz ensem yang banyak skandal masa sekolah rendah. Cuba teka yang mana satu. Mustahil la yang pakai pinafore tu ustaz kan? hahahaha

Aku tak ada skandal lama nak di bahan sebab taste aku tinggi. Tak main la masa tu syok dengan rakan sebaya.. taste aku cikgu2 ensem jer... hahahhaa walau cikgu2 ensem tak heran pun kewujudan aku. Taste aku pun tak kalah.. ustaz ensem pun terlist jugak. Dari darjah satu aku sukakan mu katanya... ustaz tu aku syok tapi tak tau time tu syok macam mana. tak boleh nak describe perasaan budak sebab feel tu tak ada la sampai nak bercouple atau berangan naik pelamin dengan cikgu2 yang kita syok kan.. Just suka & harap cikgu tu bagi perhatian lebih je kat kita. hahahahaha...

Inilah berlaku bila berpuluh tahun terpisah & jumpa balik dalm group menyembang. Sejam tak buka Whatsapp.. Jenuh scroll conversation depa. Semuanya topik throwback jer... Ingat senang nak habis cerita 6 tahun terkumpul tu. Dari darjah satu sampai darjah 6. 1 hari satu tahun punya cerita pun tak habis bayangkan nak habis cerita yang 6 tahun...

Walaupun aku bukan jenis suka sangat dok sembang kat group whatsapp ni.. Tapi dengan geng2 ex sekolah rendah ni enjoy la jugak sebab banyak topik throwback. Benda yang lepas bila di kenang yang pahit pun jadi manis..  Kalau nak cakap isu semasa,politik @ blog ni memang aku selesa bercakap secara umum kat FB & blog jer... sembang banyak satgi banyak pulak salah faham berlaku.

Moral of the story.. Inilah kuasa teknologi. Tak mustahil rahsia kita berpuluh tahun dulu boleh terbongkar hanya kerana kecanggihan teknologi sekarang. Macam Ustaz Ros***, MI**,ja** & lain2 tu. Ooo... tengok dulu malu2 ja noh... rupanya dating belakang kelas. hehehehe

MENTALITI LELAKI, KAWEN LEBIH DARI SATU CUKUP SEKADAR SAH

baru2 ni kecoh isu yang jadi viral pasal seorang lelaki bersama mertua & isteri kedua terkorban akibat kemalangan. Trajedi tu membongkar rahsia yang selama ni isteri pertama dia yang tengah mengandung tak tahu iatu dia dah kahwin lagi sorang. Tak di nafikan dalam kes ni orang perempuan lebih emotional respond. Yelah.. seolah olah dapat rasa teraniaya.. sedih.. kecewa & di tipu.


Tapi ada segelintir lelaki yang backing perbuatan macam tu dengan alasan.. Tak salah sebab nikah tu sah dari segi hukum. Mentaliti sesetengah lelaki.. memang macam tu. Asal sah jer semua jadi betul. Sah jer tak membetulkan segalanya kalau kau tak boleh adil. Jangan cakap adil untuk perkara lain.. Adilkah bagi seorang isteri andai kena tipu hidup hidup macam tu? Nak2 lagi semua penipuan terbongkar bila semuanya dah mati. lagi sakit dari terbongkar masa hidup. Nak marah tapi tak tahu pada siapa. Nak memaafkan pun bukan semudah perkataan 'Maaf'. Nak2 lagi bila kesalahan tu di lakukan oleh orang dah meninggal dunia.. Dilemanya Tuhan saja yang tahu. Nak maafkan semuanya tapi dalam keadaan hati yang tengah sakit jangan berlagak la kata mampu maafkan. Kau tak hadap.. maka kau boleh cakap semudah ABC nak buat.

Nak berkahwin ikut sunnah Nabi bukan sekadar cukup syarat sah nikah jer.. Jangan nanti kat padang masyar jalan senget sebelah pulak. Jangan nak pandang sinis sangat pada seorang isteri yang tidak rela hidup berpoligami.. Isteri je lebih tahu kemampuan suaminya. Kaya raya belum menjamin kau mampu pikul tanggungjawab sebagai suami kepada isteri yang lebih dari seorang. Sunnah yang sedap je hangpa nak ikut tapi cara nabi banyak hangpa skip.. Layak ke hangpa nak kawen lebih dari seorang???

Sumber Google

Memang isteri takde hak nak halang suami nak kawen lebih dari satu tapi yang laki tu belajar2 cermin diri. Kalau 5 waktu pun tunggang langgang... Tak payah la dok berangan nak pikul dosa2 orang lain. Setakat kawen senyap2.. tak berapa lelaki kot. Tak macho la beb! Macam tikus curi keju jer...

Moral of the story... Lelaki yang layak berpoligami adalah lelaki yang mampu buat semua para isterinya bahagia bukan kawen senyap senyap. Peace

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com