baru2 ni kecoh isu yang jadi viral pasal seorang lelaki bersama mertua & isteri kedua terkorban akibat kemalangan. Trajedi tu membongkar rahsia yang selama ni isteri pertama dia yang tengah mengandung tak tahu iatu dia dah kahwin lagi sorang. Tak di nafikan dalam kes ni orang perempuan lebih emotional respond. Yelah.. seolah olah dapat rasa teraniaya.. sedih.. kecewa & di tipu.
Tapi ada segelintir lelaki yang backing perbuatan macam tu dengan alasan.. Tak salah sebab nikah tu sah dari segi hukum. Mentaliti sesetengah lelaki.. memang macam tu. Asal sah jer semua jadi betul. Sah jer tak membetulkan segalanya kalau kau tak boleh adil. Jangan cakap adil untuk perkara lain.. Adilkah bagi seorang isteri andai kena tipu hidup hidup macam tu? Nak2 lagi semua penipuan terbongkar bila semuanya dah mati. lagi sakit dari terbongkar masa hidup. Nak marah tapi tak tahu pada siapa. Nak memaafkan pun bukan semudah perkataan 'Maaf'. Nak2 lagi bila kesalahan tu di lakukan oleh orang dah meninggal dunia.. Dilemanya Tuhan saja yang tahu. Nak maafkan semuanya tapi dalam keadaan hati yang tengah sakit jangan berlagak la kata mampu maafkan. Kau tak hadap.. maka kau boleh cakap semudah ABC nak buat.
Nak berkahwin ikut sunnah Nabi bukan sekadar cukup syarat sah nikah jer.. Jangan nanti kat padang masyar jalan senget sebelah pulak. Jangan nak pandang sinis sangat pada seorang isteri yang tidak rela hidup berpoligami.. Isteri je lebih tahu kemampuan suaminya. Kaya raya belum menjamin kau mampu pikul tanggungjawab sebagai suami kepada isteri yang lebih dari seorang. Sunnah yang sedap je hangpa nak ikut tapi cara nabi banyak hangpa skip.. Layak ke hangpa nak kawen lebih dari seorang???
Sumber Google
Memang isteri takde hak nak halang suami nak kawen lebih dari satu tapi yang laki tu belajar2 cermin diri. Kalau 5 waktu pun tunggang langgang... Tak payah la dok berangan nak pikul dosa2 orang lain. Setakat kawen senyap2.. tak berapa lelaki kot. Tak macho la beb! Macam tikus curi keju jer...
Moral of the story... Lelaki yang layak berpoligami adalah lelaki yang mampu buat semua para isterinya bahagia bukan kawen senyap senyap. Peace
Setuju dgn entry ni! Saya tak menentang poligami...tapiiii saya sgt2 pantang dgn penipuan!
ReplyDeleteBetul tu sis.. Diorg ni bab nikah kahwin lg satu,dua,tiga ikut sunnnah nabi katanya,tapi amal ibadah dan kehidupan lain tak pulak nak meniru sunah nabi. Kalau tak,tak jadi benda macam ni. Nabi tak ada pun kahwin senyap² atau tidak berlaku adil pd isteri² baginda. Hmmm..
ReplyDeleteKalau cerita bab poligami habis semua lelaki,bni no 2 3 n 4 jd ust/ustzh...kemain backup hbs sunnah yg 1 ni,nmpk sgt bini first yg jahat,dengki melwn hkum allah la mcm2...yg herannya diorg ni klau terkena btg hidung sndri taw plak nk mrh...
ReplyDelete