Showing posts with label zaman. Show all posts

REMAJA YANG TAK SABAR NAK DEWASA PERLU TAHU PERKARA NI

REMAJA YANG TAK SABAR NAK DEWASA PERLU TAHU PERKARA NI. Lumrah manusia masa kanak kanak tak sabar rasa nak jadi besar. Nak bercinta, nak pakai lisptik (bagi yang perempuan), nak kerja, nak ada duit sendiri, nak beli itu ini, nak pergi sana sini, nak bebas tanpa kongkongan mak bapak & banyak lagi la dia punya whishlist masa kecik.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Dah masuk remaja.. Dia mula tak sabar nak habis sekolah, nak sambung belajar duduk jauh dari mak bapak, nak kahwin, nak ada kehidupan sendiri, nak ada rumah sendiri, nak ada anak sendiri & macam benda dia nak ada & buat la..

Tapi bila masuk alam dewasa.. Terasa rindu pulak nak jadi kanak kanak semula, terasa rindu nak bangun pagi siap2 pergi sekolah, terasa rindu dengan hidup yang celik mata tak perlu fikir banyak perkara.

Semua ni memang keinginaan yang normal sebagai manusia biasa. Terutama yang remaja la. Zaman pertengahan macam tu depa sangat memberontak nak jadi cepat dewasa tu yang kadang2 ada yang berlagak dewasa sebelum usia nak tentukan jalan hidup sendiri & tak suka cara hidup yang mak bapak depa cuba bentuk sebab katanya bukan kehidupan yang depa nak.

Sebelum dewasa memang kau rasa jadi orang dewasa ni kau bebas buat keputusan sendiri, kau bebas tentukan hidup kau sendiri & kau bebas dari segala galanya tapi sebenarnya tidak. Menjadi dewasa adalah lebih susah dari kau bayangkan contohnya seperti 11 perkara ni >> 11 Konflik Yang Akan Berlaku Bila Anda Masuk Ke Alam Dewasa <<

Jadi adik adik.. bersedia la dari sekarang supaya dewasa kamu lebih indah dari apa yang kamu bayangkan. Dewasa la bersama usia tak perlu kelam kabut sangat nak jadi dewasa sampai masa remaja korang tersia begitu sahaja. Semua zaman datang sekali dalam hidup.. dari zaman kanak kanak, remaja, dewasa.. Jadi nikmati selagi ada.

CARA ORANG DULU PERGI BERCUTI YANG ORANG SEKARANG DAH TAK BUAT

CARA ORANG DULU PERGI BERCUTI YANG ORANG SEKARANG DAH TAK BUAT. Zaman dah berubah maka cara hidup manusia pun berubah jugak la. Takkan la kita hidup zaman 2000an tapi cara hidup masa zaman 50an pulak kan? Tak kira la miskin ke kaya.. Cara hidup kita tetap akan ikut peredaran zaman. So memang tak sesuai nak buat perbandingan hidup zaman dulu & sekarang. Zaman pun dah berubah jadi semua benda tu turut kena berubah jugak la. selagi ia tidak melanggar batas batas agama jadi perubahan tu tak salah. Kita memang kena hidup ikut peredaran zaman supaya kita tak ketinggalan banyak perkara yang boleh buat orang akan ambil kesempatan pada kita.


Macam tu jugak cara orang sekarang pergi bercuti. Kalau zaman dulu, zaman sebelum kewujudan teknologi smartphone & internet paling2 gadget yang nak di bawa pun camera je. Percutian memang kadang2 planning punya lama almaklum la nak kumpul budget pergi bercuti. Lebih2 lagi orang kampung.. Yang nak pergi bercuti pun tunggu ada orang buat rombongan. Kalau kepala yang buat rombongan tu selalunya akan bagitau 2 atau 3 bulan lebih awal pasal perancangan nak pergi bercuti tu. Yelah nak kumpul peserta rombongan lagi, nak booking bas, nak kutip duit tambang & penginapan peserta rombongan bukan senang. Nak2 lagi yang tak boleh bayar sekaligus.. So, kena ambil masa sekurang kurangnya 3 bulan untuk kumpul duit nak bayar tambang ikut rombongan tu. Walaupun tambang tu murah je.

Bila dah cukup semua selalunya perjalanan depa malam la. Kononnya esok pagi sampai boleh terus jalan jalan dah. Jimat la satu malam duit hotel. Bukan tu jer.. siap masak tu bekalan makanan sepanjang perjalanan. Makcik aku dulu cerita dia siap buat lauk yang boleh tahan 3 4 hari untuk bekalan makan dia masa pergi melancong katanya. Walau dalam negara. Tapi kisah makcik aku tu kisah zaman 70an kalau tak silap. Masa tu dia dah sampai langkawi yang mana time tu masih tak membangun & banyak kesan2 sejarah penuh mistik. Sekarang pergi langkawi nak tengok beras terbakar pun tinggal yang dalam balang jer. Dah tak ada kesan tinggalan sejarah dia. Habis orang kutip. makcik aku masa muda memang kaki berjalan. Dia tak kisah bab makan atau bab membeli belah sangat.. Asalkan cukup tambang dia pergi berjalan dia on jer... Sekarang ni sebab dah uzur kadang2 ajak jalan jauh dia dah tak larat. Hatta nak bawa pergi thailand pun dia dah tak daya katanya. Tapi masa zaman ada kudrat dulu dia dah sampai.. so dia dah tak kisah.

Tu dia punya struggle orang dulu2 nak pergi bercuti dengan cara rombongan style katanya. Kalau tak ada orang anjurkan rombongan macam tu tak merasa la nak jalan jauh ke negeri orang. Almaklum la.. orang kampung dulu2 bukan semua senang senang. Zaman 90an pun ramai yang masih susah lagi. Tak macam sekarang.. Memang rombongan macam tu dah tak ada orang nak buat. Lagipun sekarang kena permit bagai.. maka rombongan macam orang dah tak berani nak anjurkan. Takut jadi apa2 masa dalam perjalanan tu.. tak ada orang nak bertanggungjawab.

Tapi tu la walau susah orang dulu dulu nak pergi bercuti tapi percutian mereka memang di nikmati sepenuhnya. Memang tempoh percutian tu di isi dengan menjelajah ke tempat2 yang mungkin hanya sekali dalam seumur hidup mereka mampu kunjungi. Tak macam orang sekarang pergi bercuti kadang2 habis masa dengan online atau bercuti dengan style macam ni >> 6 Jenis Style Orang Sekarang Pergi Bercuti Yang Tak Sama Macam Orang Dulu Dulu <<. Almaklum la orang2 sekarang nak pergi bercuti anytime boleh & macam2 cara dorang boleh pergi bercuti. Nak jimat boleh backpackers style.. kalau budget lebih boleh bercuti honeymoon style katanya.

Moral of the story.. Orang sekarang kadang2 sebab terlalu senang & selesa susah untuk menghargai masa sebab tu la pergi bercuti pun masing2 sibuk dengan smartphone.

NAK BUAT ANAK PUN MINTA LIKE KAT FB

NAK BUAT ANAK PUN MINTA LIKE KAT FB. Orang sekarang memang parah dah.. Semua nak jadi attention seeker. Semua jadi gila glemer. Gila like & share. Tagih perhatian tahap kronik. Ni dah bagi clue budaya macam ni bakal menjadi lebih parah dari apa yang kita tengok sekarang.. Ni nak tambah anak pun perlukan sokongan like. Gamaknya kalau tak dapat like yang banyak dia jadi tak subur ke camna?


Buat malu orang Melayu je wei!!! Ni spesis macam ni kalau dapat sokongan mesti nak bersetubuh dengan laki/bini dia pun nanti dia minta like jugak. Malam ni saya akan bersama suami/isteri saya sekiranya mendapat sejuta like dari makhluk alam maya. Bagi sokongan untuk kami menunaikan tanggungjawab laki bini agar banyak setan dapat di bunuh.

Dah la jual nama & muka anak.. Kalau dah rasa tak malu sangat jual la muka sendiri. Apa kes dok jaja muka anak kau pulak. Mentang2 anak tu tak cukup akal lagi nak buat keputusan sendiri.. suka suka hati je kau aibkan muka anak kau untuk kepuasan sendiri. Kesian budak tu.. padahal mungkin dia tak minta pun adik.. Mak/bapak dia je merenyam lebih.


Tolong la jangan jadi attention seeker yang bangang sangat.. Kau nak jadi macam Amran Fans ok boleh terima lagi.. Kau nak jadi macam Rashid.. Ok no problem tapi kalau kau jadi attention seeker terencat macam ni memang susah la orang nak hadam. Kemaruk like macam ni.. Jangan sedih la kalau kena keji sampai ke jantung. Kau yang bagi bahan untuk orang keji sapa suruh.

Moral of the story.. aku bukan nak mengumpat atau mengaibkan sesapa tapi sedih la dengan orang2 sekarang tak kira sesiapa.. sedara mara aku sendiri atau orang2 yang aku tak kenal. Kita tak tahu siapa bakal jadi mangsa viral yang mungkin jadi perkara yang paling memalukan dalam hidup.

PUNCA ARTIS HILANG SERI PENGANTIN

PUNCA ARTIS HILANG SERI PENGANTIN. Marah retis kan aku cakap macam tu. Nak2 lagi retis perempuan. Almaklum la seri ni selalu di kaitkan dengan kesucian seorang wanita tu. Kalau orang dulu2 memang percaya sangat la kalau anak dara masa bersolek untuk nikah tak naik seri tu konon tak ada dara bagai la.. Tapi aku tak kata retis yang tak nampak seri pengantin tu dah hilang dara ke hapa.. Takpe jab je lagi aku kupas & kopek panjang lebar. Sabar.. teruskan membaca.


Tadi tertengok la Gambar gambar Nad Zainal dalam busana hari menikah dia. Alhamdulillah.. selamat pun dia jadi bini orang. Tahniah nad zainal. Tetap cantik macam biasa dok tengok dalam TV cuma tu la.. Aku tengok muka dia dalam gambar hari pernikahan dia dengan biasa dok tengok dalam TV sama je. Cantik tetap cantik tapi dah biasa tengok sangat muka dia macam tu.. Sekadar cantik takde beza dia dalam TV atau masa dia nikah hari ni.

Kalau dah comel.. menangis pun nampak comel jugak. Untung orang comel ni kan. Jeles I hahaha

Mungkin orang kata seri pengantin tu kurang sebab depa ni (golongan retis) dah biasa di makeup cantik2 & orang sentiasa tengok depa dalam rupa solekkan macam tu jadi tak ada apa yang Wow sangat la. Normally kita orang2 biasa ni kan.. Hari penting macam tu la nak menyerlah sikit kecantikkan dari hasil solekkan tapi bagi artis.. memang sentiasa nampak cantik bila di kaca TV. Nak2 biasa dok berlakon babak bersanding bagai. Drama atau filem sekarang kalau adegan kahwin & bersanding ni memang real punya depa makeup pengantin tu. Sekali sekala jer kot pegang watak comot.. Time tu la nampak belemoih (comot) sikit. Mungkin tu salah satu faktor jugak la bila retis ni kahwin, di makeup cantik pun tak berapa nampak seri yang orang akan nampak lain sangat dia pada hari tu.


Tapi bukan semua.. Ada jugak retis yang walau kita biasa tengok muka dia dengan makeup.. Tapi bila kahwin naik seri pengantin dia tu. Tak tau la apa sebab mungkin andam yang makeup tu ada ayat2 tertentu dia amalkan untuk naikkan seri pengantin. Tak mustahil.. Sebab memang ada andam yang amalkan ayat2 penaik seri wajah bila make up kan pengantin.

Tapi takpe Nad Zainal walau pada pandangan mata aku gambar dia nampak sama je dia dengan hari2 biasa aku nampak kat TV tapi tetap comel. Yelah.. retis mana tak cantik. Depa pakai produk semua branded tak main la produk produk macam ni >> AMARAN: Sesiapa pernah atau bakal beli benda-benda ni, korang wajib tahu perkara bahaya ni! << So, dari sudut mana pun tetap la cantik. Jadi korang nak cantik sila guna produk yang selamat & sah. hehehe

Moral of the story.. Nad Zainal tetap comel. Peace Yo! -sumber gambar Beautifulnara -

P/S : Ni cuma pandangan mata aku hokay tak mewakili biji mata sesiapa. Ia juga tidak merujuk hanya kepada Nad Zainal malah kebanyakkan retis aku nampak macam tu. hehehe

SESUATU YANG BAKAL BERLAKU PADA TV MALAYSIA SELEPAS 2018

SESUATU YANG BAKAL BERLAKU PADA TV MALAYSIA SELEPAS 2018. Teknologi memang memudahkan tapi teknologi juga banyak memusnahkan 'childhood'. Zaman kanak kanak sekarang dah semakin tak best bila mereka banyak habiskan bermain gadget. Kita dulu kalau hari tak sekolah tu.. memang full pack jadual. Pagi bangun nak tengok dulu kartun.. Lepas tengok kartun keluar sekejab jumpa kawan2 nak planning apa nak main petang nanti. Tengahari makan ramai2 bawah pokok. Masing2 bawa la nasi. Tak kira yang makan berlauk sedap atau hanya berlauk telur mata & kicap. Semua enjoy jer buat aktiviti makan bersama sama  ni. Tapi sekarang budak2 kalau tak layan gadget layan kartun 24jam kat TV. Outdoor activity dah semakin kurang.


Aku ni budak kampung.. Tv masa tu pun antena jenis pacak atas bumbung yang jenis macam ampaian kain tu. So, TV rumah aku masa zaman tu memang 'line clear' la berbanding tv rumah orang lain yang pakai jenis area macam sesungut semut tu. Sekali tukar channel, sekali kena ubah posisi area dia. Kira sapa masa tu pakai antena ampai kain atas bumbung macam orang pakai piring UFO esteruk la walau tengok siaran tv yang sama. Dari tv almari hitam putih sampai la tukar tv warna tekan2 butang bawah tv guna antena ampai kain tu. Bila esteruk mula menjajah kampung aku.. antena ampai kain tu tak mampu lagi menunjukkan kuasa veto. Habis semua siaran mula jadi polkadot membuatkan adik beradik aku terpaksa tunduk kepada piring UFO esteruk sebab mak aku kat rumah nak tengok TV.. nak tengok filem tamil tanpa masalah. Depa pun nak tengok cerita korea pun banyak pilihan. Tak payah la nak beli full set dvd/vcd episod drama korea. Walau aku tak terjebak dengan depa.. tahap obses adik & kakak aku dengan drama korea ni memang tahap sanggup order full episod dvd/vcd drama korea la. Tapi tu dulu la sebelum ada esteruk.

Ni la rupa antena tv ampai kain yer adik adik. hahaha. Kan rupa dia lebih kurang macam ampai kain yang di jual kat luar.

Dari zaman tv antena ampai kain sampai la sekarang depa masih gila tengok tv walau masing2 dah bekerjaraya. Tapi bila cuti tak kerja.. Layan cerita korea sampai lemau. Aku balik kampung pun sampai pelik kadang2 adik aku dok ternganga depan tv layan konsert retis korea. Dulu sebelum kemunculan drama korea kakak aku ni gila dengan cerita cina & hongkong. Tak kira drama cina malaysia atau hongkong apatah lagi filem hongkong dia suka tengok. Dia boleh bagitau nama retis2 hongkong lagi kalau dia tengok. Sekarang dah bertukar selera korea pulak. taste dia semua sepet2 & putih2 je gamaknya.

Tapi sekarang zaman antena ampai kain yang dah semakin pupus mungkin akan kembali meriah di bumbung2 rumah rakyat malaysia. Walaupun ramai dah mula pacak piring UFO esteruk tapi percayalah ramai yang akan kembali guna antena ampai kain selepas 2018 nanti. Semuanya sebab ni >> Sesuatu Yang Akan Berlaku Pada Tv di Malaysia Selepas 2018 <<

Dan teknologi akan semakin memusnahkan 'childhood' kanak kanak tak lama lagi. Rasanya akan datang permainan batu seremban,teng teng, galah panjang bagai akan di anggap permainan pra sejarah oleh budak2 zaman akan datang. hahaha.. Abis la apa yang kita pernah main dulu di anggap permainan kuno. Aktiviti budak2 akan datang hanya terpacak depan skrin tak kira gadget atau TV.

Moral of the story.. Lepas ni yang ada piring UFO esteruk tak boleh kerek la dapat jajah semua siaran tv. mungkin antena ampai kain akan merampas kembali kawasan jajahannya. Tunggu je UFO esteruk... Mungkin kau akan di hantar ke planet kembali sebab kau tak berapa sesuai kat bumi. Kalau nak tinggal kat malaysia tak boleh takut hujan tapi UFO esteruk ni takut hujan so dia kena duduk kat planet je takde hujan. hahahaha.. erkk.. planet memang tak pernah hujan ke? tetttttttttttttttt!!

PEMBONGKARAN TENTANG BAHASA MELAYU DI MEDIA SOSIAL

PEMBONGKARAN TENTANG BAHASA MELAYU DI MEDIA SOSIAL. Bahasa melayu sekarang pun dah ada pecahan. Macam suku kaum jugak. Contoh macam orang sabah tapi banyak suku kaum. Macam tu jugak orang kedah walau sesama kedah tapi dialek/loghat dia tak sama. Sebelah hulu loghat dia lain sikit.. sebelah hilir bunyinya lain. Begitulah perumpamaan bahasa melayu sekarang. Bahasa budak2 lain.. bahasa remaja lain.. bahasa dewasa lain & bahasa orang tua pun lain walau kita tetap guna bahasa Melayu.


Zaman dah berubah katanya.. Semua ada zaman & trend dia sendiri. Nak2 lagi sejak banyak UFO tersadai atas bumbung2 rumah kat Malaysia ni, orang pun walau rupa manusia bahasa dia tak macam manusia sangat la. Bak kata orang sekarang, tak hiphop la guna bahasa baku ni. Osman Baku boleh la.. Dia kategori warga emas. Selagi di zon gangsa & perak.. Kita salam Yo Yo jer. hahaha..

Dah masuk kategori makcik makcik ni aku terpaksa la belajar banyak cabang bahasa dalam Bahasa melayu moden ni kalau tak susah nak berkomunikasi dengan level adik2 kat media sosial. Sebab nak rasa macam adik adik gigih aku mengenali 7 jenis bahasa budak budak zaman sekarang. Yang mana geng makcik makcik nak belajar meh belajar kat sini >> Terjemahan Bahasa Melayu Budak Budak Zaman Sekarang <<

Cikgu Bahasa Melayu pun di cadangkan belajar jugak. Sebab takut student mengutuk cikgu dalam karangan guna bahasa melayu media sosial ni cikgu tak tahu pulak. Jadi tak salah ambil tahu tapi jangan cikgu pulak terpengaruh hancur bahasa melayu jadinya. Hahahaha

RANCANGAN TAK SENONOH WAJIB TAYANG HARI RAYA ZAMAN DULU

RANCANGAN TAK SENONOH WAJIB TAYANG HARI RAYA ZAMAN DULU. Sapa masih ingat rancangan apa yang memang tiap kali raya mesti tayang. Ni untuk mereka2 yang membesar tahun 80an & 90an la.. Yang lahir tahun lewat 90an atau 2000an memang dah tak sempat nak tengok rancangan ni tiap kali raya. Sekarang aku terfikir apa motif stesen tv tayang rancangan tu tiap kali raya. Nak nak lagi time tu aku budak budak. Tak tau apa kaitan dengan hari raya.


Mesti ramai tertanya tanya rancangan apa yang wajib tayang tiap kali raya tu. Kalau hangpa ingat lagi rancangan sarkas mesti tayang kalau hari raya tu. Memang seingat aku tiap kali raya. Dengan mat & minah saleh pakai spender & bikini.. dok terkangkang kangkang buat aksi gimnastik bagai selain aksi haiwan haiwan yang buat persembahan. Dengan yang lelaki nya pakai spender nampak seketol2 bentuk dia punya tut.. Macam tak sesuai pulak tayang masa hari raya. Tapi zaman dulu mungkin sebab rancangan tv pun tak banyak macam sekarang tak cukup rancangan hiburan di tambah dengan rancangan realiti ntah hapa hapa.. Sampai tak cukup slot nak siar kat tv katanya. Tu yang muncul astro bagai... hahaha

Walaupun dulu rancangan tv tak sebanyak sekarang tapi cerita dia memang enjoy je kita tengok. Kalau tak drama opah tak ada la bertahan sampai bertahun tahun kat tv. Banyak sebenarnya yang kita lalui masa kecik dulu yang budak2 sekarang mungkin dah tak dapat nikmati lagi.

Apapun tetap rancangan sarkas tu aku rasa benda paling tak masuk akal tayang hari raya. Tu pun pulun orang tengok kat kelip mata. Tak tau la tengok tang mana.. Tang aksi ka tang benda terbojol kat badan gimnas2 tu. hahaha.. Tapi zaman sekarang dah tak ada rancangan sarkas tayang kat TV lagi. Gamaknya kalau tayang mesti klasifikasi 18SG.

LAGU YANG WAJIB KERAP KELUAR TV DULU YANG TIADA LAGI SEKARANG

LAGU YANG WAJIB KERAP KELUAR TV DULU YANG TIADA LAGI SEKARANG. Zaman dah berubah maka apa yang muncul di kaca TV juga berubah seiring zaman. Ada yang masih ada & ada yang mungkin telah tiada. Dulu mungkin kita rasa macam bosan je bila terpaksa tengok atau dengar benda tu setiap hari percaya lah sekarang kita akan rasa rindu dengan sesuatu yang kita rasa bosan dulu sebab dah tak ada lagi berkumandang atau di siarkan kat TV.


Dulu siaran tv tak banyak.. Mula2 ada siaran RTM je. TV1 & TV2. Nak tengok tv pun bukan senang. Kalau tak pasang antena atas bumbung tu memang susah nak dapat siaran. Aku sempat jugak merasa zaman TV ada lesen. tengok arwah Ayah gantung kat dinding siap frame lagi. Budak2 sekarang confirm tak tahu pasal lesen tv ni. Kalau ada TV @ radio tapi tak apply lesen boleh di kenakan tindakkan undang2 tau. Denda dia tak silap kalau tv RM3000 atau 12 bulan penjara. Radio lebih murah. Ok aku mengaku hasil google je info ni. Hahaha. Di mansuhkan pada tahun 1989. time tu sangat2 kecik kot aku yang memang tak membesar ni. Erkk.. sekarang dah berjaya membesar cuma yang tak berjaya meninggi je. hehehe

Dulu ada satu lagu wajib keluar kat TV setiap hari. Tak tau ada tak antara pembaca blog lekatlekit.com ni sempat melalui zaman lagu ni tengah popular kat TV. Bukan lagu cinta ok! Kau akan dengar lagu ni selama bertahun2 setiap hari. Muak ke,mual ke, morning sickness ke ko kena hadap jugak lagu ni kalau tengok TV. Almaklum dulu2 tak banyak siaran tv katanya. Nak tukar channel tv pun kena bangun tekan butang2 kat TV. Mana ada remote control bagai. Jadi bila berkumandang lagu.. jemu tak jemu layan jugak la. Nak tau lagu apa meh tengok kat sini >> Inilah Lagu Yang Setiap Hari Akan Disiarkan Kat TV <<

Nostalgia gila bila dengar lagu tu. Serius teringat pulak arwah ayah & kakak aku yang selalu berberebut nak tengok cerita favourite masing2. Almaklum TV satu jer.. Sekarang lagu tu memang tak di siarkan lagi kat TV & arwah ayah pun dah lama takde. Baru sedar dah jauh aku tinggalkan memori tu... hurmm.. sayu pulak hati ni.

Moral of the story.. Betul lah.. sesuatu yang kita bosan akan jadi perkara yang paling kita rindu bila dah tak ada. Macam lagu tu.

INILAH CARA ORANG DULU TONTON TV YANG RAMAI TAK TAHU

INILAH CARA ORANG DULU TONTON TV  YANG RAMAI TAK TAHU. Aku ni nak kata orang dulu sangat pun tak la.. nak kata lahir dalam zaman gadget elektronik yang canggih2 pun tak sangat. Tapi masa aku kecik sempat jugak la tengok tv peti yang hitam putih tu. Rumah aku pun pernah guna TV tu sebelum bertukar ke tv warna. Tapi masa rumah aku dah ada tv warna ada lagi rumah orang lain yang masih pakai tv peti hitam putih.


Tapi kan makcik aku pernah cerita zaman dia muda2 dulu ada seorang orang kampung yang kategori kaya jugak la. Kiranya rumah dia je ada TV jadi rumah dia jadi macam panggung wayang jugak la bila hari2 orang datang tengok TV. Dia siap caj 20sen seorang. Kalau dah ramai mesti banyak side income dia masa tu kan? 20sen zaman tu kira mahal jugak la. Tahun bila aku tak ingat la. Makcik aku sekarang pun dah umur 70tahun++ . Zaman dia muda tu tak tau la umur berapa.

Tv dulu tak ada remote control. Kalau tak tekan butang kat TV.. jenis yang pulas2 untuk cari siaran. Kadang malas nak bangun guna kaki je. Tu kalau Tv jenis button la., Kalau pulas2 gila nak guna kaki. Kalau tengok satu channel tu memang malas dah nak tukar channel. Sebab malas nak bangun duduk. Dah tu siaran tv pun bukan banyak. Kalau raya la rasa paling meriah sikit banyak filem tayang kat TV. Tak macam sekarang tengok filem sampai naik muak sebab stesen tv asyik ulang tayang cerita sama.

Punya struggle orang dulu2 nak tengok tv tak macam kita sekarang. Tak cukup dengan Tv, langgan astro bagai. Tak cukup astro layan movie @ drama online. Punya senang la nak menonton. Budak2 sekarang memang tak terbayang la macam mana orang dulu tengok tv. Confirm ramai budak2 sekarang tak pernah tahu macam mana siaran TV orang dulu. Kita yang yang generasi Y pun kadang2 tak tahu macam mana rupa siaran Tv orang dulu. Jadi bagi mengimbau kembali zaman Tv peti meh kita tengok macam mana orang dulu layan siaran TV >> 5 Perbezaan Ketara Siaran TV Zaman Dahulu & Sekarang <<

Moral of the story.. Beruntung la budak2 sekarang yang lahir zaman semua pakai robot je. Nak tukar channel tak payah bangun bagai. tekan je remote sebab tu la orang2 sekarang banyak yang obesiti. Salah satu sebab kurang bergerak. Semua boleh control dari jauh. hehehe

BUKTI ORANG BANDAR RAMAI YANG MASIH KOLOT

BUKTI ORANG BANDAR RAMAI YANG MASIH KOLOT. Zaman sekarang ramai yang mengaku diri mereka urban walaupun tak urban mana pun. Tetiba pindah dok key el terus label depa tu dah kategori urban. Orang key el pun bukan semua jenis urban ada yang masih berpegang teguh pada ajaran agama & adat membuatkan ada yang nampak depa macam kolot. Yelah.. persepsi orang sekarang tak pandai bergaya, tak pandai gayakan anak dengan fesyen terkini & buat aktiviti2 macam orang 'bando' tu kategori kampung @ kolot.


Bila mentaliti kita dah set orang bandar mesti yang nampak trendy & hidup dengan gaya urban sampai kadang2 kita nampak yang jenis kolot tu semua datang dari kampung. Padahal ramai kot yang nampak hidup dengan gaya urban & nampak trendy tu datang dari kampung. Tak semestinya kena pindah duduk bandar baru gaya hidup berubah macam orang bandar. Zaman sekarang info di hujung jari. Apa yang takde kat kampung boleh jer dapat secara online walau hangpa duduk kat ceruk mana sekalipun. So, takde alasan orang kampung sekarang tak boleh ikut trend.

Sebab tu aku kata orang bandar ramai masih kolot bila masih ramai yang anggap kolot itu datang dari kampung. Orang bandar spesis macam tu nampak kolot  sebab sinonimkan orang kampung dengan kolot. Orang yang rasa semua orang kampung ni kolot bagi aku depa double kolot dari orang kampung sebab tak up to date tentang perkembangan orang2 kampung sekarang. Selain tu sekarang ni aku tengok ramai (bukan semua tapi banyak) orang bandar pulak yang percaya dengan bomoh, pawang bagai sampai sanggup cari BOMOH yang kebanyakkan mengamalkan amalan khurafat & syirik ke serata ceruk pendalaman asalkan hajat mereka tercapai dengan cara pantas. Orang2 ternama pun ramai yang suka guna khidmat bomoh ni. gaya hidup urban & trendy tak main la bomoh2 kan. Orang kolot je masih percaya dengan amalan2 kuno macam tu.

Tapi paling aku tak setuju yang kaitan orang yang berpegang teguh dengan ajaran agama tu kolot. Yelah.. cara mereka berpakaian kalau ikut syariat ni memang tak berapa fashionista la katanya tapi tak bermakna mereka dalam golongan kolot. kalau kata orang2 macam ni datang dari kampung maka aku bangga jugak la sebagai orang kampung. Terbukti orang baik2 banyak datang dari kampung hehehe.. Bukan aku kata tapi persepsi sesetengah orang yang kata macam tu walau spesis macam ni nampak golongan ni kolot tapi sebenarnya mereka sedang memberitahu orang lain yang alim2 banyak datang dari kampung.

Yang paling buat aku nak tergelak kadang2.. Ramai para ibu yang mengiktirafkan diri mereka urban mummy. Orang kata tetap trendy walau dah jadi mak mak. konon trendy & up to date padahal aku tengok dari perangai sampai ke gaya hidup takde nampak urban sangat pun. Ada jugak ciri2 kolot yang masih di amalkan. Setakat pakai legging ketat tu belum nampak trendy & urban lagi. Kalau betul yang rasa diri tu urban mummy sangat ada ke buat 5 perkara ni >> 5 Ciri ciri Ibu Yang Trendy & Up to date <<

Moral of the story.. Yang membezakan seseorang tu masih kolot atau sudah moden cuma satu. Cara berfikir & membuat keputusan. Tak guna dressing macam retis tapi berfikir mengalahkan orang zaman paleolitik. Tapi sekarang ramai jugak yang dressing macam orang zaman batu sebab banyak retis sekarang suka berfesyen macam orang zaman batu. hahahaha

SPESIS KAWAN YANG HANYA ANDA AKAN JUMPA DI IPT ATAU KOLEJ

SPESIS KAWAN YANG HANYA ANDA AKAN JUMPA DI IPT ATAU KOLEJ. dalam hidup aku.. Aku bukan tak suka berkawan tapi entahlah sekarang ni aku lebih suka sekadar kawan. Maksudnya kawan kat situ habis kat situ. Mungkin sebab status aku sebagai isteri & ibu jugak kot. Batasan masa & pergaulan buat aktiviti berkawan aku tak happening macam zaman2 bujang. Tapi rasanya hidup aku enjoy je. Takde rasa kurang kat mana2 pun. Setakat tak dapat lepak & outing dengan kawan2 tu bukan masalah besar bagi aku. Hidup ni ada fasa.. setiap fasa kehidupan mesti la ada perubahan. Kalau statik je tu bukan nama kehidupan.


Dunia kawan paling meriah dalam hidup aku masa aku sekolah menengah la. Kat kampung kawan aku lain, kat sekolah kawan aku lain & bila cuti sekolah atau habis sekolah pun kawan2 aku lain. Bila kawan2 aku ni dari sumber berlainan buat aku jadi ramai kawan. Sampai kat rumah dalam bilik pun kawan aku lain sebab aku dulu suka sangat jual nombor telefon aku kat radio. Yelah.. dulu aku memang suka layan radio. Suka call dj radio. Radio dulu bukan macam sekarang semua record dulu baru on Air. Dulu semua kau call terus on Air takde tapis2 dah.

Hidup aku memang meriah dengan kawan sampai aku pernah rasa aku macam tak boleh hidup kalau takde kawan. Tapi sekarang ok jer.. Malah hidup aku makin tenang & senang. Kawan kita masa sekolah rendah lain... kawan kita masa sekolah menengah lain sampai la kawan kita kat kolej @ IPT pun tetap lain. Takkan sama punya kawan2 yang kita dapat. Tapi ada satu spesis kawan yang korang hanya akan jumpa di peringkat IPT & kolej jer. Kawan kat IPT @ Kolej ni perangai & aktiviti dia dah tak sama macam kawan2 kita masa sekolah. Lain sikit. Perangai macam mana meh baca kat sini >> 18 Jenis Kawan Yang Anda Akan Jumpa Hanya Di Kolej @ IPT <<

Apapun berkawan biar berpada pada.. Macam aku ada sejarah yang buat aku rasa hilang terus kepercayaan pada orang lain terutama kawan. Mungkin salah aku jugak dulu meletakkan kawan di tempat tak sepatutnya di hati maka berlaku sesuatu yang buat aku rasa hilang semua rasa yang baik pada seorang kawan.

TENTANG PULAU PINANG YANG ANDA TIDAK PERNAH LIHAT

TENTANG PULAU PINANG YANG ANDA TIDAK PERNAH LIHAT. Pulau pinang @ penang ni tempat aku dari kecik & remaja jugak la. Bukan aku lahir kat sana.. Aku tetap la orang kedah cuma kulim & penang tak ada la jauh sangat. Masa kecik2 kalau cuti perayaan ke itulah salah satu tempat mak & arwah ayah aku bawak kami 6 beradik jalan2. Naik beca pergi komtar lepak padang kota, mandi manda kat telok bahang & batu ferringgi. Bila dah masuk alam remaja tu la tempat aku & the geng mencipta memori remaja katanya. Kiranya Penang ni memang banyak memori semasa proses aku membesar walau tumbesaran aku tak berapa berjaya sangat. Terbantut katanya.hahaha


Zaman aku kecik zaman 90an.. membesar sebagai anak kampung yang bukan dari keluarga kaya. Kalau pergi jalan2 bukan macam sekarang boleh selfie simpan gambar sebagai kenangan. Camera dulu pun jenis camera filem mana ada digital camera lagi. Dah tu bukan semua orang ada. Jadi tak banyak sangat gambar2 berjalan, beridah kat penang ni masa aku kecik. Ada la satu dua. Tu zaman 90an.. kalau zaman sebelum 90an masa zaman mak bapak aku remaja lagi la tak meriah dengan gambar. Zaman gambar hitam putih kalau ada pun gambar versi studio apek je la.

Jadi kita generasi Y ni (Y la sangat aku kan? hahaha) memang tak pernah tengok la macam mana penang sebelum membangun dengan pesat. Memang gambar penang zaman hitam putih & sephia tone tu susah kita nak dapat. Jalan2 & tempat sekitar penang dulu pun tak macam sekarang. Jadi aku percaya ramai antara kita yang tak pernah seumur hidup tengok lagi gambar2 rare ni di penang. Nak tahu kenapa ia kategori rare sangat korang boleh tengok sendiri kat sini  >> 35 Gambar Nostalgia Penang Ni membuktikan Betapa Berbezanya Penang Dulu Dengan Sekarang <<

Layan gambar2 penang yang dulu rasa macam kembali ke zaman tu pulak. Kalau ada yang remaja zaman tu maybe kategori pakcik makcik dah mesti ter flashback kenangan deting2 dulu kan? hahahaha

SERAM! LEMBAGA BERBULU POHON NIPAH SEBELUM MERDEKA

SERAM! LEMBAGA BERBULU POHON NIPAH SEBELUM MERDEKA. Bersempena Hari kemerdekaan yang ke 58, #sehatiSejiwa katanya tema tahun ni. Segmen seram serik lekat lekit pun nak berkongsi satu cerita seram zaman pra merdeka. Tahun kejadian tak sure pulak bila tapi katanya kisah seram ni berlaku sebelum merdekalah.. Kalau sebelum merdeka kejadian ni sebelum tahun 1957 la kan. Zaman pra merdeka ni memang terkenal la dengan cerita2 mistik ni.

Sekadar Hiasan. Sumber Google

alkisahnya seorang lelaki yang suka cakap besar.. Dipendekkan cerita pada satu malam tu dia keluar melepak kedai kopi. Walau di tegah bini dia sebab hari nampak nak hujan tetap dia pergi jugak. Kalau jenis degil ni, memang tak makan saman. Jenis camni makan pelempang je tapi kalau bini lempang suami kang derhaka pulak kan. Punya syok lepak sambil borak2 dengan geng dia kat kedai kopi sampai tak sedar dah tengah malam. Nasib baik hujan mula turun renyai2.. baru dia sedar dah tiba masa pulang kepangkal jalan. Bila hujan dah bagi signal cepat dia bayar duit kopi mula nak berlari2 anak pulang kerumah walau tokei kedai kopi tu nasihatkan supaya bermalam kat kedai kopi je. Di tambah lagi kawan2 dia yang lain dok momokkan dia dengan macam2 cerita seram tapi biasa la jenis orang suka cakap besar ni selamba jer dia balas.. Dia bukan jenis penakut. Kalau ada hantu menyakat katanya dia buka je kain nanti bersepah hantu tu lari. Yelah.. kalau petua orang tua2 dulu kalau jumpa hantu suruh selak kain kan... Tak tau la apa relevannya hantu takut tengok benda2 dalam kain. Hantu malu ke apa tak sure la pulak aku.

Pulanglah sang lelaki degil & suka cakap besar tu kerumah berjalan kaki dengan bercahayakan lampu suluh. Dalam perjalanan tu dia siap nyanyi2 lagi.. Almaklumlah orang tak takut katanya. Sesampai di satu pohon nipah.. tiba2 pokok tu bergoyang seolah olah ada sesuatu di celah pokok nipah tu yang membuatkan pokok tu bergoyang. Tadi cakap besar pokok goyang pun dia dah cuak. Sebab nak hilangkan rasa takut dia terus menyanyi dengan lebih kuat. Tapi makin kuat pulak pokok tu bergoyang. Sebab taknak kalah dia pun ugut la nak selak kain kalau benda tu terus takutkan dia. Tiba.. tiba... satu tangan berbulu lebat keluar dari celah pohon nipah tersebut. Tergamam & terkaku sekejab jadinya. Dalam takut takut sekali lagi dia ugut makhluk tu nak selak kain. Tangan berbulu tu semakin memanjang & menuju kearah dia. Hanya tangan anggota badan yang lain memang tak nampak. Sebab tangan berbulu tu terus menakutkan dia.. tanpa fikir panjang dia menyelak kain tapi malangnya tangan tu semakin memanjang kearah dia. Takde kesan sampingan pun walau dia selak kain. Jadi, mitos je katanya jumpa hantu selak kain hantu lari. Malah hantu tangan berbulu nampak lagi syok bila pakcik ni selak kain.

Bila dia selak kain tangan tu semakin memanjang kearah dia & meraba kemaluan dia. Sebab terlalu takut dia pecut sekuat hati tapi yang pelik tangan tu masih tetap meraba & terus meraba. Confirm hantu betina ni gatal semacam je hahaha. Sampai je dirumah dia terus masuk & terduduk bersandar tanpa kain. Hanya berbaju melayu & songkok. Kain dah terlucut masa dia berlari. Confirm tak pakai spender.Ops.. hehehe. sebab dia jerit habis terkejut family & jiran tetangga. Semua pakat datang menyuluh kearah dia yang tak berkain. Bila nampak dia tak berkain menjerit la yang perempuan.. Cepat2 anak2 dia pergi ambil kain tutup apa yang patut. Selepas kejadian tu.. demam seminggu.

Moral of the story.. Petua lama ni bukan semua boleh ikut nak2 lagi petua yang tak ada alasan & tak logik macam kalau nampak hantu selak kain. Hantu tak lari kita yang balik rumah bertelanjang. Hahahaha

Sumber : Cerita seram sebelum merdeka

MENTALITI LELAKI, KAWEN LEBIH DARI SATU CUKUP SEKADAR SAH

baru2 ni kecoh isu yang jadi viral pasal seorang lelaki bersama mertua & isteri kedua terkorban akibat kemalangan. Trajedi tu membongkar rahsia yang selama ni isteri pertama dia yang tengah mengandung tak tahu iatu dia dah kahwin lagi sorang. Tak di nafikan dalam kes ni orang perempuan lebih emotional respond. Yelah.. seolah olah dapat rasa teraniaya.. sedih.. kecewa & di tipu.


Tapi ada segelintir lelaki yang backing perbuatan macam tu dengan alasan.. Tak salah sebab nikah tu sah dari segi hukum. Mentaliti sesetengah lelaki.. memang macam tu. Asal sah jer semua jadi betul. Sah jer tak membetulkan segalanya kalau kau tak boleh adil. Jangan cakap adil untuk perkara lain.. Adilkah bagi seorang isteri andai kena tipu hidup hidup macam tu? Nak2 lagi semua penipuan terbongkar bila semuanya dah mati. lagi sakit dari terbongkar masa hidup. Nak marah tapi tak tahu pada siapa. Nak memaafkan pun bukan semudah perkataan 'Maaf'. Nak2 lagi bila kesalahan tu di lakukan oleh orang dah meninggal dunia.. Dilemanya Tuhan saja yang tahu. Nak maafkan semuanya tapi dalam keadaan hati yang tengah sakit jangan berlagak la kata mampu maafkan. Kau tak hadap.. maka kau boleh cakap semudah ABC nak buat.

Nak berkahwin ikut sunnah Nabi bukan sekadar cukup syarat sah nikah jer.. Jangan nanti kat padang masyar jalan senget sebelah pulak. Jangan nak pandang sinis sangat pada seorang isteri yang tidak rela hidup berpoligami.. Isteri je lebih tahu kemampuan suaminya. Kaya raya belum menjamin kau mampu pikul tanggungjawab sebagai suami kepada isteri yang lebih dari seorang. Sunnah yang sedap je hangpa nak ikut tapi cara nabi banyak hangpa skip.. Layak ke hangpa nak kawen lebih dari seorang???

Sumber Google

Memang isteri takde hak nak halang suami nak kawen lebih dari satu tapi yang laki tu belajar2 cermin diri. Kalau 5 waktu pun tunggang langgang... Tak payah la dok berangan nak pikul dosa2 orang lain. Setakat kawen senyap2.. tak berapa lelaki kot. Tak macho la beb! Macam tikus curi keju jer...

Moral of the story... Lelaki yang layak berpoligami adalah lelaki yang mampu buat semua para isterinya bahagia bukan kawen senyap senyap. Peace

CUKUR KENING BOLEH NAMPAK HANTU

Berapa ramai yang suka cukur kening? Baik ngaku? Tapi tak payah la mengaku kat sini.. Ngaku kat diri sendiri sudah la. Betul ke kalau cukur kening boleh nampak hantu? Apa kaitan kening & hantu? kenapa orang cukur kening je boleh nampak hantu? Atau orang yang cukur kening tu nampak macam hantu? Tu dia senapas soalan nak kena jawab. Jenuh nak sedut gas nanti...

Sumber Google

Bagi menjawab mitos yang paling legend pernah wujud dalam masyarakat melayu ni.. bagi aku tarik nafas tiga empat das sat yer...

Yer.. tu cuma mitos orang dulu - dulu. Yang katanya barang siapa cukur kening akan nampak hantu sebabnya tak nak bagi anak2 dara tiru retis zaman tu yang kalau cukur kening tinggal segaris pensil jer. Nampak buruk giler.. Dah macam hantu pun ada. Jadi orang tua2 dulu ni memang kreatif bab nak memomokan orang muda belia dengan cerita hantu jadi di ciptakan mitos cukur kening boleh nampak hantu.

sumber google

Sebenarnya cukur kening tanpa sebab yang dibolehkan adalah haram. Tapi orang tak berapa heran dengan perkataan haram, maybe tu jugak salah satu sebab orang tua zaman dulu kala mencipta mitos pelik2 yang tak logik. Tapi zaman tu, zaman yang masih kuat dengan kepercayaan mitos, mistik & misteri ni.. Benda2 macam tu mampu mempengaruhi kepercayaan warga muda mudi.Tapi zaman teknologi sekarang.. budak 4 tahun pun dah pandai pertikai. Cuba cakap kat dia.. jangan cukur kening nanti nampak hantu confirm dia tanya balik. Kenapa cukur kening boleh nampak hantu? Secara logiknya budak 4 tahun pun tak nampak ada kaitan antara cukur kening & hantu.. hehehehe

Sekarang trend lukis kening tebal2.. silap lukis nampak macam badut. kekeke 
-sumber Kemusykilan Agama -

Biarpun era dimomokkan dengan cerita2 hantu untuk mengawal tingkahlaku golongan muda dah lama berakhir namun kita boleh nampak orang dulu2 memang kreatif mencipta mitos kan? Sampai ada yang masih percaya sehingga ke hari ni.

Moral of the story.. Cukur kening kalau sampai dah nampak macam takde kening bukan boleh nampak hantu tapi confirm nampak macam burung hantu. hehehehehe Peace Yo!

 Burung hantu nak join geng hantu tak? kekeke

INILAH USTAZ KAZIM ELIAS 32 TAHUN YANG LALU

Sesi terobek (throwback) kezaman silam. Kadang2 bila tengok gambar dulu2 memang Ya Allah nak gelakkan diri sendiri pun ada. Dengan fesyen zaman tu yang kalau budak2 sekarang tengok macam kelakar sangat... dengan muka yang fokus gila kat flash camera filem. Gambar memang tak boleh delete dah kalau dah snap. Memang jadi bahan gelak je la kalau tengok balik.

Sumber google

Tadi terjumpa post dari Fanpage Ustaz Kazim Elias yang share satu gambar dia masa budak2 dulu. Caption kat gambar tu tulis tahu 1982. Bermakna 32 tahun yang lalu la kan.. Gambar pun tak berapa jelas.. yelah kualiti gambar time tu bukan macam DSLR..kaler pun spehia tone je. Untung la ada jugak gambar zaman tu.. ada orang tak merasa langsung ambil gambar. Yelah tahun 80an.. bukan semua orang mampu ambil gambar apatah lagi beli camera kan.


Tapi nampak bulat sungguh kan muka ustaz kazim masa budak. Mata terbeliak. Time tu tak rabun lagi kot. Takde sapa sangka budak tu sekarang dah jadi pendakwah terkenal.


BAJU KURUNG PESAK POKET TEPI BANYAK KELEBIHANNYA

Baju kurung pesak salah satu fesyen baju orang2 melayu yang sejak dulu kala sehingga kini tak pupus di pakai. Dari sekecil2 anak sampai setua2 mak fesyen baju ni sesuai & di pakai. Macam tu jugak aku dari aku kecik sampai aku umur dah dewasa even tak berapa membesar masih selesa & suka pakai baju kurung pesak.

Sumber google
Entah kenapa aku tak tergoda sangat dengan fesyen2 baju kurung yang dah di upgrade dengan gaya moden ni.. tetap aku lebih suka baju kurung pesak kain pasang. Kain2 lycra ke hapa ker.. memang aku cuma tengok cantik tapi takde perasaan lagi nak pakai sebab aku memandang benda tu nampak rimas bila aku letak kat badan aku walau aku pandang fesyen dia cantik sekalipun.

Sampai saat ni aku masih suka baju kurung pesak dengan poket tepi even dah tak banyak baju aku ada poket tepi sebab tailor sekarang kalau tak pesan dia tak buat poket tepi tu. Baju budak jer dia buat.. baju2 mak budak sekarang depa dah tak rasa satu keperluan kot nak buat sedangkan masih ada mak budak yang suka baju kurung pesak ada poket.

Kelebihan baju kurung pesak ada poket ni.. selain baju dia yang tak ikut bentuk badan & boleh sorokkan perut bila makan banyak, almaklum la raya, kalau di tambah poket kat tepi banyak kelebihannya... nak letak sampul duit raya senang.. nak letak enpon pun boleh.. kalau sumbat dalam handbag ni kekadang pepaham je la handbag pompuan yang macam guardian @ watson ni.. sekali nak cari barang jenuh nak teroka. At least ada poket tepi yang mana kita nak guna selalu tu boleh letak macam enpon..

Sebab tu aku suka baju raya aku hanya fesyen kurung pesak & kalau boleh ada poket tepi. Lagi satu sesuai di pakai bukan je semua lapisan umur tapi jugak size badan. Dari sekeding2 manusia, sehinggalah segempal2 insan. Aku tak rasa pun macam tak up to date pakai baju macam tu sebab bagi aku.. baju kurung pesak ni evergreen.. sentiasa di pakai sepanjang zaman. Fesyen2 lain kita boleh tengok bermusim tapi tidak kurung pesak, kan??Jadi kurung pesak ni adalah pilihan terbaik sebab kita boleh pakai sentiasa tanpa perlu fikir fesyen tu dah out of date. Betul tak??

P/S : Jom kita kembalikan trend baju kurung pesak poket tepi.


KISAH RAYA GENG NAGA LILIT RUMAH BELAH BAWAH

6 hari lagi nak raya. Orang lain dah sibuk buat persiapan nak raya tapi kami anak beranak rilex jer.. Setiap tahun pun macam tu jugak. Rilex sudah... biar orang lain kelam kabut dulu, bila orang lain rilex baru kami kelam kabut. hahahahaha. Duduk sorang2 kat rumah ni tetiba teringat kenangan raya aku masa kecik kecik dulu..

Sumber google
Kisah raya zaman budak2 hingus dulu.. semua dah stanby. baju kasut, beg nak isi duit raya dan plan nak beraya kemana  dulu.. Zaman raya budak kampung aku jenis bergerak secara kumpulan. Destinasi pertama kami pagi raya mesti ke masjid ziarah kubur lepas tu ambil tempat dalam barisan paling depan sekali nak ambil duit raya dari masjid. Setiap tahun geng aku sentiasa duduk di barisan hadapan sebab tiap2 tahun kami paling awal sampai masjid. Sebelum orang solat sunat hari raya.. kami dah siap berbaris tunggu nak dapat duit raya. Ok! Kami geng tak solat sunat hari raya. Di maafkan masa tu kami budak2 lagipun sunat je kan. Ok la tu.. zaman belum akil baligh.

Lepas orang abis solat sunat hari raya... Masanya duit raya di agihkan lepas dapat duit raya plan nak raya pulak. Kami akan habiskan rumah2 yang ada berdekatan masjid dulu, lepas tu baru panjangkan langkah ke rumah2 yang lebih jauh sampai tengahari semua balik mandi.. (kadang2 tak mandi & tukar baju pun) tukar baju. Standard raya dulu mesti ada 2 pasang baju.. 1 baju kurung 1 lagi baju fesyen moden la. Zaman baju kembang la katakan. Sambung collect duit raya sampai kampung2 jiran. Sampai petang sebelum maghrib lepas balik rumah rehat. Raya kedua duduk umah tunggu sedara mara datang boleh kumpul earning lagi.

Ya Allah betapa beza raya kanak kanak dulu dengan sekarang. Kesian anak aku tak sempat nak rasai raya yang best macam aku dulu. Budak2 sekarang pun tak ramai yang rajin nak berarak pergi raya rumah orang even kat kampung aku masih lagi di amalkan oleh budak2. Tapi kebanyakkan datang depan pintu nak collect duit raya.. dah tak macam aku dengan kawan2 aku dulu. Even perut macam nak pecah kenyang still jugak masuk bila di jemput. minum jugak bila di hidang kecuali tuan rumah tanya.. nak masuk ke tak nak? Tu tahu tuan rumah malas nak basuh gelas dah. Ok.. kami pun malas nak minum jadi kami amik duit raya jer. Tapi budak2 sekarang.. Awal2 dah mention tak nak masuk beraya just nak duit raya je.

Siapa kata beruntung jadi kanak kanak zaman gadget ni? Sebenarnya banyak perkara best yang mereka terlepas untuk nikmati. Beruntunglah kita hidup zaman kanak kanak yang penuh aktiviti walau hidup kita waktu tu serba kekurangan tapi keseronokkan kita nikmati takde harga boleh membelinya macam beli gadget cuma zaman sahaja mampu merealisasikannya. Jadi bersyukur kita dulu susah tapi kita tetap enjoy di zaman kanak kanak.

P/S : Rindu nak jumpa geng naga lilit rumah belah bawah... 


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com