SESUATU YANG BAKAL BERLAKU PADA TV MALAYSIA SELEPAS 2018
Aku ni budak kampung.. Tv masa tu pun antena jenis pacak atas bumbung yang jenis macam ampaian kain tu. So, TV rumah aku masa zaman tu memang 'line clear' la berbanding tv rumah orang lain yang pakai jenis area macam sesungut semut tu. Sekali tukar channel, sekali kena ubah posisi area dia. Kira sapa masa tu pakai antena ampai kain atas bumbung macam orang pakai piring UFO esteruk la walau tengok siaran tv yang sama. Dari tv almari hitam putih sampai la tukar tv warna tekan2 butang bawah tv guna antena ampai kain tu. Bila esteruk mula menjajah kampung aku.. antena ampai kain tu tak mampu lagi menunjukkan kuasa veto. Habis semua siaran mula jadi polkadot membuatkan adik beradik aku terpaksa tunduk kepada piring UFO esteruk sebab mak aku kat rumah nak tengok TV.. nak tengok filem tamil tanpa masalah. Depa pun nak tengok cerita korea pun banyak pilihan. Tak payah la nak beli full set dvd/vcd episod drama korea. Walau aku tak terjebak dengan depa.. tahap obses adik & kakak aku dengan drama korea ni memang tahap sanggup order full episod dvd/vcd drama korea la. Tapi tu dulu la sebelum ada esteruk.
Ni la rupa antena tv ampai kain yer adik adik. hahaha. Kan rupa dia lebih kurang macam ampai kain yang di jual kat luar. |
Dari zaman tv antena ampai kain sampai la sekarang depa masih gila tengok tv walau masing2 dah bekerjaraya. Tapi bila cuti tak kerja.. Layan cerita korea sampai lemau. Aku balik kampung pun sampai pelik kadang2 adik aku dok ternganga depan tv layan konsert retis korea. Dulu sebelum kemunculan drama korea kakak aku ni gila dengan cerita cina & hongkong. Tak kira drama cina malaysia atau hongkong apatah lagi filem hongkong dia suka tengok. Dia boleh bagitau nama retis2 hongkong lagi kalau dia tengok. Sekarang dah bertukar selera korea pulak. taste dia semua sepet2 & putih2 je gamaknya.
Tapi sekarang zaman antena ampai kain yang dah semakin pupus mungkin akan kembali meriah di bumbung2 rumah rakyat malaysia. Walaupun ramai dah mula pacak piring UFO esteruk tapi percayalah ramai yang akan kembali guna antena ampai kain selepas 2018 nanti. Semuanya sebab ni >> Sesuatu Yang Akan Berlaku Pada Tv di Malaysia Selepas 2018 <<
Dan teknologi akan semakin memusnahkan 'childhood' kanak kanak tak lama lagi. Rasanya akan datang permainan batu seremban,teng teng, galah panjang bagai akan di anggap permainan pra sejarah oleh budak2 zaman akan datang. hahaha.. Abis la apa yang kita pernah main dulu di anggap permainan kuno. Aktiviti budak2 akan datang hanya terpacak depan skrin tak kira gadget atau TV.
Moral of the story.. Lepas ni yang ada piring UFO esteruk tak boleh kerek la dapat jajah semua siaran tv. mungkin antena ampai kain akan merampas kembali kawasan jajahannya. Tunggu je UFO esteruk... Mungkin kau akan di hantar ke planet kembali sebab kau tak berapa sesuai kat bumi. Kalau nak tinggal kat malaysia tak boleh takut hujan tapi UFO esteruk ni takut hujan so dia kena duduk kat planet je takde hujan. hahahaha.. erkk.. planet memang tak pernah hujan ke? tetttttttttttttttt!!
teknologi makin canggih, cuma kita kena pandai-pandai uruskannya
ReplyDelete