Showing posts with label rancangan. Show all posts

BLOGGER & PENGACARA SHEA RASOL MENINGGAL DUNIA

BLOGGER & PENGACARA SHEA RASOL MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojium.. Salah takziah kepada seluruh ahli keluarga Arwah Shea Rasol merupakan seorang blogger juga seorang pengacara rancangan TV. Di khabar telah meninggal dunia pada bulan mulia di hari Jumaat ini..


Allah.. antara orang2 yang bertuah terpilih untuk pergi meninggalkan dunia fana di hari yang mulia ni. Moga Allah mengampuni dosa dosanya & menempatkan arwah di kalangan orang orang yang beriman.

Apa yang aku sempat baca di blog Arwah.. katanya Arwah mengidap cancer. Mungkin itulah asbab arwah meninggal dunia. Apapun asbabnya sesungguhnya sampai masa tidak akan terlewat atau tercepat walau sesaat. Hidup kita dah tertulis sejak azali.

Actually aku tak berapa kenal Shea Rasol ni sebgai blogger cuma kenal semasa beliau mengacarakan rancangan SIS kat tv3 dulu bersama Heliza Helmi & sorang lagi sapa ntah lupa pulak nama dia. Tapi dia agak di kenali di kalangan blogger2 terkenal la. Aku ni walau blogger kadang2 tak berapa kenal sangat dengan blogger even popular.


Tapi sempat google berkenaan Shea Rasol ni, selain blogger & pengacara rancangan TV beliau juga mempunya jenama pakaian sendiri. Seorang businesswoman juga la. Sesungguhnya antara orang yang berjaya semasa hayatnya. semoga disana beliau juga di kalangan hamba hamba yang berjaya, Insya Allah.

Apapun semoga seluruh ahli keluarga Shea Rasol tabah menerima kehilangan orang tersayang. Pemergian beliau di hari & bulan yang baik adalah satu anugerah.. Moga arwah mendapat kemenangan jugak di sana.

Alfatihah...

SURIA LEKATLEKIT BEKUMANDANG DI RADIO SURIAFM

SURIA LEKATLEKIT BEKUMANDANG DI RADIO SURIAFM. Tu dia dah bertukar profesion ke lekatlekit OOi.. dari blogger jadi DJ radio pulak. Kemain hang noh.. senyap2 ja tetiba berkumandang kat SuriaFm apa kes? Nak ganti DJ Lin ka ambil alih rancangan suria cinta ke.


Hangpa ni.. Layak ka kami nak take over rancangan suria cinta Dj Lin ni.. Hagak2 la kan? Blogger puaka macam kami hangpa nak suruh handle  pasal cinta. Satgi jadi cinta alam mistik pulak kan.. Kalau hangpa kata kami Take over Rancangan Jangan Tutup Lampu yang berkeudara setiap Tengah Malam Khamis tu logik la jugak kan? Baru kena dengan branding kami cerita seram ni.. Tapi apa kes kami berkumandang kat radio suriaFM? Jadi blogger jemputan untuk rancangan Jangan tutup Lampu ke?

Ada la jugak Dj BobRinggo selaku Dj yang mengendalikan rancangan Jangan Tutup Lampu tu ajak kami pi konti depa untuk ulas pasal kisah2 seram ni sebab katanya dia pun suka baca kisah seram yang kami up kat blog ni. Sapa sangka blog pinggiran kubur ada DJ radio baca. Tapi memandangkan time rancangan tu keudara tak berapa sesuai untuk seorang ibu yang ada anak masih bersekolah ni susah sikit nak penuhi undangan tu. Tanya asben dia suruh tanya balik kalau dia gantikan boleh tak? Macam la dia blogger kan? Nyampah kami tau! Dia pun nak caras populariti bini dia hahahaha. Erkk.. popular ke? hehehehe

Habis tu macam mana la Suria Lekatlekit boleh berkumandang di ruang udara SuriaFM ni? Hang ni cakap elok - elok sikit boleh dak? Jangan dok loqlaq sangat ok!.. Loqlaq apanya.. Betul la Suria Lekatlekit berkumandang kat SuriaFM tengah malam semalam dalam rancangan Jangan Tutup Lampu. Sebab salah satu kisah seram yang kami tulis dalam blog ni di kongsikan dalam rancangan JTL-SuriaFM semalam.Harus la depa bagi kredit sikit kat admin blog katanya. Alah.. setakat sebut nama kami ja kan.. Jangan la jeles sangat lah. Apapun terima kasih kat Dj BobRinggo SuriaFM sebab sudi announce nama kami semalam noh.. Terima kasih jugak kepada informer yang dengar suriaFM semalam, inform kami pasal ni. Time tu kami dah Zzzz... berpelukkan dengan anak. Yelah.. anak kami tidoq kena peluk2. Kalau time tu kami dok dengaq radio sekali dengan anak kami pun dengaq jugak maka esok harinya tak sekolah la gamaknya. tak payah tanya la bapak dia sapa nak peluk. Meluat aihh... nak jawab. hahahaha

Tu la kan.. Apa kita nak buat, buat la bersungguh - sungguh. Insya Allah benda tu akan orang lain nampak. Jangan acah - acah atau suka tiru tiru je. Walaupun kami tulis cerita seram dalam gaya santai & bukan la untuk buat orang takut baca cerita seram kat blog kami tapi cara tu la orang kenal penulisan kami. Tulis apa yang kita suka & tahu.. Meniru sekadar untuk traffic blog ni kadang2 apa yang kita tulis tak meninggalkan kesan di hati pembaca. Sebab tu penting personal branding atau identiti. Tak semestinya kena tunjuk muka bagai.. identiti ni boleh create melalui penulisan jugak. Tapi masih ramai blogger yang mengalami krisis identiti aku tengok sebab terlampau ghairah nak kejar traffic blog. Orang buat tu dia nak buat.. Orang buat ni dia nak buat.. Alih2 hangat2 taik ayam sebab dia cepat boring & sukar nak bagi komitmen pada blog. Rugi la macam tu. Semua orang boleh create blog tapi bukan semua orang mampu cipta nama & jenama melalui blog. Aku pun bukan hebat malah masih banyak perlu belajar. Jadi apa aku tulis ni sekadar perkongsian untuk kita sama sama belajar jugak.

Moral of the story.. Anda boleh jadikan sesiapa sahaja inspirasi dalam berblog cuma jangan cuba jadi orang lain. Benda tu sebenarnya membunuh keyakinan diri kita bila kita cuba jadi orang lain. Kita semua ada kelebihan sendiri yang boleh di serlahkan.. Cuma perlu percaya pada diri sendiri je. Peace Yo!

P/S : Kalau anda peminat cerita seram Jom like page Jangan Tutup Lampu - SuriaFM

PERSEMBAHAN USOP MINGGU KE 8 MENTOR MILENIA AGAK MEMBOSANKAN

PERSEMBAHAN USOP MINGGU KE 8 MENTOR MILENIA AGAK MEMBOSANKAN. Minggu lepas takde ulas pasal mentor milenia 2017 ni sebab den cuti cuti malaysia balik kampung. Isnin baru pulang ke pangkal jalan katanya.. Kat kampung takde maknanya nak layan TV sangat. Dah la bukan selalu balik kampung harus la spent time dengan family kepada perkara yang lebih best dari nak layan mentor milenia katanya hahahaha.. Tapi minggu ni sebab kembali ke kerumahtullah.. maka sempat la menjadi selaku juri surirumah...


Minggu ni.. Persembahan semua protege bagi aku di level selamat.. Semua pun not bad performance mereka dari segi vokal cuma aku rasa kecewa sikit dengan persembahan Usop.. Walaupun juri tetap puji Usop & juri awam pun bagi markah yang not bad.. Tapi tetap aku rasa persembahan usop minggu ni boring sangat. Usop bawa lagu Memori sekuntum rindu nyanyian kumpulan spoon.. Lagu tu kita sedia maklum lagu tangkap leleh.. Tapi rasa macam terlebih meleleh sangat usop nyanyi.. Persembahan usop macam tak ada semangat langsung.. Mungkin faktor kurang rehat & letih jugak kot tapi usop kena bersedia dari mental & fizikal sebab minggu ni pun boleh nampak persaingan semakin sengit. Even usop di lihat lebih ramai supporter & peminat namun itu tak menjamin dia akan sentiasa selamat di atas pentas mentor milenia.. So usop.. Please wake up & kembali semangat usop macam mula mula dulu ok. Persembahan kena sentiasa ada peningkatkan tak boleh statik je dari minggu pertama sampai la ke peringkat seterusnya. Orang kedah still support hang, dont worry sop!


Tapi respect dengan Qaleesya protege kepada Tomok yang boleh kata selalu je di Bottom 2. Sentiasa hampir2 di singkirkan & pernah tersingkir & dengan kuasa juri tetap dia di terima semula. Qaleesya ni bukan suara tak sedap.. Vokal dia not bad.. Power jugak tapi aku rasa tomok ni selalu bagi lagu yang berisiko & tidak sesuai dengan protege dia. Ni pertandingan.. Tomok sepatutnya tak bereksperimen dengan kemampuan vokal protege dia.. Tiru hazama.. Dia tahu kekuatan protege dia so dia sentiasa pilih lagu yang dalam kemampuan mereka untuk bawa.


Along protege Tomok.. Budak ni memang ada talent besar untuk di kenali sebagai penyanyi nanti. Selain bapak sedara juga seorang penyanyi terkenal. Sapa tak kenal ezad lazim @ ezad exist kan.. Depa ni memang darah seni kuat kot. Tak payah nak menumpang tuah bapa sedara Along sememangnya boleh menyanyi dengan baik cuma Along perlu lebih confident & kurang malu bila perform. Semalam dia bawa lagu english.. Yer english dia sangat kaku & baku.. Tapi ok jer kan Along. Kita kan orang melayu.. Kalau nyanyi lagui english tak slang english sangat tu biasa la.. Jangan orang melayu nyanyi lagu melayu slang english tu memang very the coco.. lots of mix katanya. takpe sebutan english tu.. Along boleh belajar & improve dari masa ke semasa.. Apapun persembahan Along semalam tak kurang hebat. Cuma mungkin Along kekok sebab tak fluent english kot...


Balqis protege hazama..  Sentiasa dalam zon selamat setiap minggu even belum pernah jadi juara mingguan setakat ni. Budak ni memang boleh nyanyi apa je genre lagu dengan baik. Kau bagi la lagu apapun dia nyanyi memang dengan feel & confident. Bukan setakat cantik tapi memang ada pakej sebagai seorang penyanyi. Semalam persembahan dia memang mantap jugak. Dia nyanyi lagu I surrender.


Elica.. ni pemegang title juara mingguan 2 kali berturut2 sebelum ni. Vokal memang power. Semalam nyanyi lagu benci tapi rindu.. Memang nampak elica matching bawa lagu2 macam tu. Semalam persembahan elica memang not bad..


Syeera ni dia macam balqis. Memang vokal tak payah pertikai. Performance dia semalam pun best. Tahniah mentor dia black buat arrange yang best. Cuma Belum rezeki dia untuk jadi juara minggu tapi nampak syeera memang ada peluang sampai ke final.. So, tak mustahil peluang dia untuk jadi juara pun ada.


Peserta ujibakat pilihan.. bekas vokalis ukays katanya. Tapi bukan amir ukays la.. Ady nama dia. Suara memang power la bawa lagu2 ukays.. Semalam dia nyanyi lagu seksa. Wow! Sedap giler suara dia.. Cuma dia tak ada rezeki untuk bertanding di atas mentor milenia.. Faktor umur ke hapa tak sure la kan.. Tapi suara dia memang sedap tak payah di pertikai. Macam suara record je nyanyi live semalam.


Juara minggu ni mentor milenia 2017 adalah Qaleesya.. sapa sangka sebelum ni asyik di bottom 2 jer tetiba minggu ni menang. Tapi memang terkejut bila yang di bottom 2 minggu ni Elica & Along.. Gila wei! Dua2 orang tu mempunya vokal yang power. Tapi semalam tiada penyikiran. Memang semalam kalau aku pun orang suruh pilih sapa nak keluarkan.. aku rasa tak ada sapa patut terkeluar.


Cuma satu je.. akhir rancangan tu tak payah la buat sesi bersalam salaman cium tangan bagai antara protege dengan mentor & juri. Semak pulak aku tengok. Kau nak cium tangan sangat dah kenapa kan.. Makcik2 kat rumah tu sakit mata tau tengak laki perempuan dok bersalam cium tangan macam tu. Tak perlu pun drama2 macam tu atas pentas rancangan realiti nyanyian.. Dah trending kot setiap minggu mentor milenia tahun ni.


Tu la la komen & kritikkan aku untuk mentor milenia minggu ke 7. Minggu depan kalau aku santai santai kat rumah tak ada apa nak buat boleh la aku menjurikan diri lagi. Ramai tu peminat aku dok tunggu komen2 aku kat FB katanya... wakakakakaka (mohon jangan muntah atas skrin).

APA YANG MISTERINYA WAN PEAH?

APA YANG MISTERINYA WAN PEAH?. Akhirnya TV3 prihatin kepada peminat drama & filem seram macam aku ni kan..Asyik dok adaptasi novel cinta jadi drama je padahal melambak kot novel seram di pasaran takde ke mana2 pengarah & penerbit berminat nak adaptasi jadi drama seram berepisod. Last aku rasa ada drama seram ni drama sarakit kot kat TV3. Tapi drama seram paling best waris la..  lepas tu dah mula sepi tanpa berita drama2 seram ni.

Misteri Wan Peah

Terbaru di TV3 sedang di tayangkan drama yang di klasifikasikan sebagai seram komedi katanya. Tapi ok drama tu.. Tak komedi sangat. Elemen seram & suspend tu ada juga la walau setakat ni rasanya baru 2 episod di tayangkan.. Takde menggugat keseraman aku sangat pun. Biasa la taste seram aku memang 'high demand'. Takat seramedi ni celah ketiak pun tak gigil hahahaha.

Tapi sebab starting nampak macam boleh follow so aku rasa macam best jugak nak follow drama ni walau aku tahu memang akan ada banyak episod aku skip nanti hahaha...

Kisahnya tentang Misteri seorang perempuan tua yang tinggal kat kampung kuala pari hilir yang mempunyai perangai yang pelik & suka bersendiri. Kiranya tak suka bercampur dengan orang la. Dia suka duduk dalam gelap buat orang - orang kampung tuduh dia bela hantu (saka). Asal pelik sikit je mesti kena tuduh bela saka kan.. Yang perangai terang terang macam hantu tak pulak kena tuduh jelmaan saka. hahahaha

Nak di jadikan kisahnya.. 3 budak lelaki ni di sergah wan peah sehingga jatuh sakit. Lepas dari kejadian tu Wan Peah di caci oleh penduduk kampung & di tuduh menggunakan ilmu hitam & di larang keluar dari rumah. Sampai kena perintah reman kekdahnya. Sehinggalah 12 tahun berlalu tak ada siapa lagi pernah nampak wan peah. Orang kampung ingat wan peah dah meninggal dunia. Kesian wan peah tiada siapa pedulikan dia & tak ada orang berani datang kerumah dia. Kalau mati gamaknya mereput sorang2 la dalam rumah tu kan..

Nak di jadikan kisah seorang janda anak satu ni berpindah ke kampung tu bersama anak & adik dia. Rumah dia sebelah menyebelah dengan rumah wan peah. Bermula macam macam kejadian pelik berlaku kepada mereka. Anak dia hilang tup tup jumpa bawah rumah wan peah. Mula la orang kampung buat spekulasi kononnya hantu wan Peah mula menganggu penduduk kat situ sebab katanya ada yang nampak kelibat wan peah berjalan di kawasan kampung.

Konflik cerita ni bila janda tersebut yang merupakan seorang guru mula rapat dengan seorang guru ganti membuatkan ada seorang cikgu ni jeles & buat cerita konon si janda ni saja2 buat cerita pasa hantu wan peah untuk tarik perhatian orang kampung. Nak2 lagi perbuatan dia tu ada supporter iatu mak kepada guru ganti tersebut. Akibat di tuduh macam tu cikgu janda tersebut tekad nak cari kebenaran pasal Wan Peah. Cikgu janda minta bantuan 3 sekawan yang pernah kena sergah dengan wan peah sampai demam tu tapi depa pulak takut sebab pengalaman dulu tu.

Yang Misterinya adalah.. Betul ke Wan Peah dah mati & menjadi hantu menganggu penduduk kampung? Tak ada siapa tahu wan peah hidup ke mati ke? Yang ada cuma spekulasi. Betul ke dia ada saka? Apa sebenarnya yang berlaku pada wan peah.. Kalau nak tahu follow la drama Misteri Wan Peah kat TV3 Isnin-Rabu, 10.00 malam dalam slot seramedi. Dah ada slot seramedi ni hope silih berganti la yer drama seram lepas ni hahahaha

Pelakon pelakon yang terlibat dalam drama Misteri Wan Peah

Normah Damanhuri sebagai Wan Peah
Zee Zainal sebagai Lie Kelubi
Acap Jamaluddin sebagai Yeh kumbang
Faiz Tapaw as Ghani Gagap
Usop Wilcha sebagai Tok Hashim
Dalimawati sebagai Mak Timah
Sasqia Dahuri sebagai Cikgu Siti
Sweet Farhana sebagai Nurin
Indah Emeerlda sebagai Aishah
Ariff Aziz sebagai Cikgu Farhan
Sherry Alhadad sebagai Cikgu Zaiton
Zarina Zainuddin sebagai Puan Hajah

Moral of the story.. Walau baru 2 episod tayangan drama ni apa yang kita boleh ambil.. Jangan suka buat spekulasi dengan hanya sebab kita nampak seseorang tu pelik dari pandangan mata kita. Mungkin apa yang berlaku tidak seperti apa yang kita sangka. Peace Yo!

LOVE YOU MISS POMEN KISAH JANDA & KEKASIH ORANG

LOVE YOU MISS POMEN KISAH JANDA & KEKASIH ORANG. Sebelum ni ada entri aku review pasal Tajuk drama Love you Miss Pomen yang ber identitikan drama korea. Yelah.. drama2 korea je selalu letak tajuk2 macam ni kan.. Malam ni (isnin) bersiaran la drama tersebut di TV9 sejak pukul 8.30 tadi kot...


Aku tengok jugak la sebab starting tu macam best jer.. Rupanya kisah antara seorang janda cantik (Mira Filzah yang pegang watak sebagai Saerah Tukang Pomen yang lawa) & Remy Seorang Kontraktor (Lakonan Aliff Aziz). Alkisahnya.. si Remy ni di paksa oleh makwe dia untuk ikut balik kampung walau dia sebenarnya ikut pun sebab terpaksa. Nak di jadikan cerita lepas hantar makwe dia balik kampung.. Dia nak balik semula ke kuala lumpur.. Kereta Volkswagen dia rosak. So terpaksa bermalam kat kampung tu. Bila dia tak dapat nak repair kerosakkan tu sendiri maka di hantar ke sebuah bengkel..

Disitulah bermulanya perkenalan dia dengan Miss Pomen Cantik Saerah (Mira Filzah). Sebab kereta Remy tu lambat nak siap.. asyik follow up kat bengkel tu so dia jadi rapat la dengan salah seorang pomen lelaki sepupu kepada saerah iatu samad. Kat situ dia mula tahu cerita tentang saerah yang menjadi balu selepas suami dia meninggal. Rupanya suami si saerah dulu buka bengkel... Sebab perkahwinan mereka tidak di kurniakan anak maka bila boring saerah suka datang ke bengkel suami dia & belajar pasal kereta seterusnya dia pandai pomen. hehehehe

Disitulah bermula bait bait cinta.. Memandangkan Remy pun dah bosan dengan perangai awek dia yang kuat mendesak  lagi mudah la hati dia berubah kepada pomen cantik si Saerah. Bila Remy & saerah semakin rapat.. Timbul perasaan cemburu bekas kekasih saerah iatu anak ketua kampung kat situ. Maka si mamat tu  cepat2 la suruh mak bapak dia masuk meminang tapi di tolak saerah sebab saerah memang tak suka dia sebab dia pernah buat khianat pada suami saerah dulu.

sebab saerah tolak pinangan dia.. Maka mamat tu pecah rahsia kat makwe Remy tentang hubungan saerah & remy. Apa lagi Nana (makwe Remy) mengamuk la.. halau Remy dari rumah dia. Saerah yang mula nampak bahagia dengan Remy.. Gembira bila Remy lamar dia jadi teman istimewa tanpa tahu sebelum ni Remy ada makwe baru je clash lepas Anak ketua kampung tu pergi bongkar rahsia dia kat Nana. Sebab dia masih tak puas hati, mamat anak ketua kampung tu pergi bongkar rahsia tu pada saerah pulak. Siap bawa nana lagi jumpa saerah. Waktu tu Remy pun ada sekali. Kecewa la Saerah.. lepas dia dah buka hati dia buat lelaki lain.. tetiba macam tu pulak yang berlaku. Selepas kejadian tu Saerah taknak jumpa dengan Remy lagi.

Tapi Remy tak putus asa.. dia tetap berusaha pujuk saerah. Ending cerita ni saerah mengalah & suruh Remy kembali pada Nana.. Tapi moral cinta dalam drama ni agak Bagus.. Jangan cari yang lebih baik.. hargailah apa yang ada depan mata kerana ia lebih bernilai. Ingat tu lelaki.. Kalau sayang perbaiki jika ada kekurangan bukan tukar yang baru ok!

Drama ni kategori boleh layan walau jalan cerita agak tipikal.. cuma aku tetap rasa Mira Filzah masih belum mampu bawa watak2 berat macam tu.. Watak dia sebagai pomen perempuan tak berapa menjadi. Memang sepanjang cerita aku tak nampak pun Mira Filzah comot macam pomen2 lain. Muka maintain lawa jer walau kerja pomen hahahaha. Yang lain2 semua ok hehehehe.

BOBOIBOY GALAXY - BOBOIBOY,YAYA,YING,FANG & GOPAL DAH REMAJA

BOBOIBOY GALAXY - BOBOIBOY,YAYA,YING,FANG & GOPAL DAH REMAJA.  Bagi sesapa yang ada anak tengah membesar ni memang kau akan terjebak tengok kartun jugak selain kau secara tak sengaja menghafal lagu kanak kanak. Benda ni berlaku kepada majoriti ibu bapa termasuk la aku. Sebab gugirl aku ni peminat setia Boboiboy.. Maka secara tak langsung aku pun selalu jugak menonton setiap episod Boboiboy yang sekarang di tayangkan kat tv3 setiap pukul 5 dari isnin hingga sabtu kalau tak silap..


Tadi tertengok episod Boboiboy Galaxy ni.. Apsal lain pulak rupa Boboiboy & kawan kawan dia, Yaya, Fang, Gopal & ying tu. Nampak macam dah makin besar & nampak gaya macam dah meningkat remaja bebudak tu dalam Boboiboy Galaxy ni. sebab nak tahu kenapa animasi mereka dah berubah aku pun google la. Nampaknya mak lebih sudu dari kuah dah ni.. Anak tak kecoh pun Boboiboy lain ke tidak, mak pulak excited nak tahu kenapa watak2 dalam Boboiboy Galaxy ni dah berubah..

Hasil menyiasat di google rupanya Boboiboy Galaxy ni kira Boboiboy yang dah ke 2 - 3 tahun akan datang. Dah membesar & remaja la. Membesar jugak boboiboy.. Tak macam Upin Ipin.. dok tadika je dari dulu tak konvo konvo. hehehehe... Pakaian mereka pun nampak ada sedikit perubahan la. Almaklum la dah besar katanya. Macam Boboiboy uniform superhero dia tak banyak berubah cuma Yaya & Ying nampak banyak sikit perubahan. Nampak lebih stylo & trendy la.. Almaklum la dah jadi anak dara sunti katanya. hehehe. Fang pun macam tu.. Ada perubahan dari segi pakaian & gaya. Gopal pulak kalau dulu di gambarkan sebagai budak gemuk.. sekarang nampak macam abang sado jer hehehehe


Gitu kisahnya kenapa Boboiboy Galaxy tadi dah berubah. Jadi bukan misteri lagi la kan.. hehehe.. Bila ada anak anak kecik ni memang cerita - cerita macam ni je sesuai untuk di tonton bersama keluarga.

Berubah ke hapa Boboiboy tu.. aku tengok anak aku enjoy je menonton. Kesimpulannya, perubahan boboiboy dari alam kanak kanak ke remaja tak mengugat kesetian penontonnya. hehehehe

MENGIDAM MAKAN TAHI AYAM MASA MENGANDUNG

MENGIDAM MAKAN TAHI AYAM MASA MENGANDUNG. Hari ni lewat sikit layan blog sebab anak aku ada group therapy pagi. Selalunya pukul 11 pagi.. hari ni start 8.30 pagi.. so, pukul 7 dah kena merendah onak duri dia jalan raya yang sana sinun jam.. Nasib baik sampai awal & sempat singgah breakfast. Dah habis semua rutin mingguan tu, Sambil dok rehat2 selepas selasai mop lantai & cuci/ampai baju bajan.. boleh la layan rancangan bual bicara wanita hari ni. Hari ni topik mengidam.. Agak menarik.


Terdengar perkongsian dari penonton melalui media sosial yang katanya masa mengandung mengidam makan tahi ayam yang basah2 & berlendir. Aku sambil tulis ni rasa loya membayangkan.. Jadi aku tak sanggup nak bayangkan macam mana sipolan tu melayan mengidam dia makan tahi ayam. Kita ni bau tahi ayam pun ada yang muntah sampai cuci usus tu.. Ya Allah.. tak sanggup aku bayangkan orang mengidam makan tahi ayam. Serius.. geli geleman.. sat.. aku nak pi muntah dulu satgi sambung... hahahaha. Tapi katanya anak yang dalam kandungan yang menikmati tahi ayam bersama ibunya masa tu elok je membesar & sekarang bergelar seorang lecturer. Dia ada tanya adakah ada kaitan dengan makan tahi ayam? Kau jangan buat pasal.. kang orang percaya makan tahi ayam boleh buat anak di lahirkan tu jadi bijak pandai.. naik harga pulak tahi ayam. hehehehe

Dengar jugak panel jemputan pakar apa ntah lupa pulak aku dari Uitm, dia kata ada kajian mengaitkan mengidam benda pelik pelik ni sebab kurang nutrisi. Maknanya ibu2 mengandung yang mengidam bukan2 tu kurang nutrisi la kan.. Jadi para suami kalau bini korang mengidam pelik2.. bagi la dia makan benda2 bernutrsi sikit. Kang mengidam makan tahi ayam.. Orang yang mengandung dah habis sesi alahan.. kau pulak tetiba macam orang mengandung yang melalui trimester alahan. hehehehe

Melalui pembacaan aku hasil carian google mengidam ni memang berkaitan dengan kekurangan sesuatu mineral sebagai contoh mengidam jeruk atau snek, ia mungkin menunjukkan bahawa tubuh badannya kekurangan sodium. jika mengidam susu atau produk tenusu seperti keju itu menunjukkan kekurangan kalsium.Yang mengidam kek dan coklat atau sebarang benda manis Ia menunjukkan kekurangan keperluan kalori atau kekurangan Vitamin B.

Tetapi kalau yang mengidam benda pelik2 yang memang tak boleh di makan macam sabun,cat,minyak petrol bagai tu kena hati hati. Jangan ikut sangat perasaan & anggap masa mengandung semua benda jadi ubat kalau makan termasuk benda2 tu tadi. Sebab tadi ada pemanggil yang call berkongsi cerita dia masa mengandung suka makan sabun.. dia kata ada doktor cakap orang mengandung kalau makan benda pelik pun boleh jadi penawar. Agak pelik la pendapat macam tu. Keadaan mengidam macam tu di panggil pica. Sangat di sarankan agar berjumpa doktor jika anda mengalami mengidam pelik pelik macam tu untuk mengelakkan kemalangan jiwa berlaku pada ibu & bayi.

Apa yang kita boleh jadikan pengajaran dalam isu mengidam benda pelik2 ni.. masa merancang atau baru di sahkan mengandung tu banyak2 la berdoa supaya tidak mengidam pelik pelik yang mungkin menyusahkan orang lain. Mengidam ni sebenarnya boleh control cuma mungkin kebanyakkan ibu2 mengandung ni dah terbiasa amalan.. bila mengandung kena di layan macam permaisuri so dia takde usaha nak menyekat kemahuan dia yang pelik pelik sebab yang dia tahu sebab dia dah berkorban mengandung & akan melahirkan anak.. jadi apa salahnya suami bekorban jugak.

Tapi kan.. kalau aku mengandung lagi nak buat2 mengidam benda ni jer >> Beberapa Perkara Yang Korang Tak Tahu Tentang The All New Proton Persona << Manatau kot2 sebab mengidam dapat sebiji kan? Sebab suami aku pernah cerita wife sepupu dia mengidam motor pink masa mengandung.. so terpaksa suami dia belikan motor pink. hehehehe

Moral of the story.. Mengidam tu satu anugerah jugak cuma kalau melampau lampau mungkin memudaratkan bukan je kesihatan malah hubungan antara suami isteri.

BANGKOK 13, MEMBONGKAR 13 RAHSIA LOKASI SERAM & BERPUAKA

BANGKOK 13, MEMBONGKAR 13 RAHSIA LOKASI SERAM & BERPUAKA. Walaupun tempat aku memburu hantu dah tutup.. Tinggal yang mahal2 jer still buka tu pun tak banyak dah premis dia serata tempat. Jadi agak susah sekarang nak dapatkan dvd filem seram yang original.. Cuba jugak la ikut trend tengok online. serius 10 minit pun aku rasa tak boleh nak teruskan. Memang tak feel langsung tengok online ni. Aku tetap kena kat skrin tv... kepuasan tu tak sama katanya.


Semalam sempat singgah kat satu malam di mana menjadi pusat penjualan dvd haram secara besar besaran. Siap pasang TV lagi tu. Kira kat pasar malam tu ada 2 3 penjual yang jual dvd bukan meja besar la. Sebab pilihan dah tak berapa nak ada.. Ku gagah juga kutip 4 dvd filem seram yang aku belum tonton. Nak dapat filem2 seram terkini ni kalau ah lang nun memang senang la dapat berbanding original. Musang berjanggut jugak la menunggu keluar dalam bentuk dvd. Ni bercakap dari pengalaman yer. Punya nak support yang original katanya tapi memang terpaksa tunggu lama la nak dapat dalam bentuk dvd. Takde selepas habis tayangan kat pawagam terus keluar dvd original kat pasaran. Habis tu macam mana la dvd cetak rompak tak dapat sambutan kan? hehehehe. Tak kisah la dari rakaman astro first pun janji gambar ok & subtitle pun tak tunggang langgang bahasa dia.

Semalam sampai lepak2 depan TV tu sempat jugak tengok 1 filem Thailand dari 4 koleksi yang aku beli. Bangkok 13 (city of the dead). Filem ni mengisahkan seorang gadis yang boleh melihat makhluk halus sejak kecil. Dengan kebolehan dia melihat makhluk ghaib tu menjadikan dia seorang yang mampu membongkar 13 rahsia tempat berhantu di bangkok. Dia menyertai satu team untuk rancangan paranormal yang akan menjelajah ke 13 tempat yang di katakan berhantu di sekitar Bangkok. Dalam team tu kira dia sorang je la boleh nampak hantu so mereka menggunakan dia untuk menjadi petunjuk semasa rakaman mencari hantu di jalankan. Dia yang terpaksa berhadapan dengan makhluk2 halus yang di temui sepanjang pengambaran di jalankan. Pada permulaanya memang dia agak takut tapi lama kelamaan dia mula biasa dengan situasi tu.Ada beberapa kejadian mereka di serang mahluk halus yang tidak suka dengan kehadiran mereka sehingga mencederakan crew terlibat. membuat seorang demi seorang menarik diri dari team tersebut. Pengacara &pengarah rancangan paranormal tu bersikap mementingkan diri sendiri sehingga memaksa semua crew terus menjalankan rakaman paranormal tersebut walau mereka dalam bahaya & telah di beri amaran oleh gadis yang mempunya kelebihan melihat makhluk halus. Gadis yang mempunyai deri keenam tersebut terpaksa menjadi perantaraan bila hantu yang di temui mula mengganas kerana hanya dia boleh nampak & berkomunikasi dengan makhluk tersebut.


Ending cerita ni.. habis macam tu je. Bila gadis ni menarik diri dari rancangan tu. Dia pergi membuat ritual penyembahan dia 13 lokasi berhantu & last dia dapat offer untuk satu rancangan yang berbentuk paranormal jugak tapi tak sure dia terima ke tidak. Ending dia.. dia berjumpa dengan seorang cameraman yang pernah terlibat dalam rancangan paranormal tu.. masuk kereta tetiba tangan yang nak menutup kereta tu tangan orang tua. Sebelum habis.. dalam cermin kelihatan seorang perempuan tua yang aku tak faham siapa & apa kaitannya. hahahaha

Filem ni serius tak ada apa yang menyeramkan. Watak2 hantu tu ada la di setiap pengambaran dalam babak filem ni cuma tak cukup menakutkan bagi aku. Perjalanan cerita tak berapa best. Mendatar jer.. Walaupun filem seram Thailand bagi aku antara filem seram terbaik tapi untuk filem ni aku rasa bukan taste aku sangat la kan. Aku ni memang demand kalau cerita seram. Kadang2 dah cukup seram bagi orang lain belum tentu aku rasa seram lagi jadi untuk tahu samada menepati taste seram korang.. korang boleh tengok sendiri filem Bangkok 13.

Filem ni di tayangkan di pawagam tak silap April lepas. Kalau korang nak tengok kat pawagam memang takde dah di tayangkan. Kalau nak cari dalam bentuk DVD insya Allah ada atau boleh tonton secara online ja.

Moral of the story..  Kalau korang rasa filem ni tak cukup menyeramkan korang.. Korang boleh try tengok filem ni pulak >> Apabila Pelawat Misteri datang, Satu Persatu nyawa penduduk kampung melayang. Jika anda peminat filem seram, Mesti berani tengok filem ni << Try test tengok betul2 berani ke atau acah2 berani ala2 kpop je. hikhikhik

ISU VIDEO PARODY YUNA & USHER TAK NAMPAK UNSUR MENGHINA PUN

ISU VIDEO PARODY YUNA & USHER TAK NAMPAK UNSUR MENGHINA PUN. Sebelum ni dok baca isu video parody yang di lakokan dua pelawak Malaysia Jihan & Syuk yang di tuduh Yuna sebagai menghina artis antarabangsa & merangkap rakan duet dia, Usher. Mula2 aku tak berapa excited sangat la nak tengok.. Selalunya macam tu la aku. Mula2 macam malas nak layan tapi bila asyik lalu je entri2 dari blog gosip pasal isu video parody tu aku pun clik jugak la nak tengok sejauh mana Usher di hina dalam video tu. Yelah.. baca statement Yuna macam mengambarkan perbuatan pelawak tu sangat serius sampai mampu memusnahkan karier seni dia di US. Almaklum la bukan senang retis Malaysia nak bina nama kat sana kan...

Sumber OHBulan

Sebelum tengok dok bayang mesti melampau gila lakonan Syuk & Jihan ni. Kalau tak mustahil la Yuna marah giler kat video tu. Lepas tengok video tu... Alahai.. takkan sensitif beno orang US sampai video macam ni pun depa nak touching & anggap satu bentuk penghinaan & racist. Aku ingat orang US ni lebih terbuka & sporting sebab tengok cara hidup depa memang open giler. Kalau tengok rancangan prank depa pun rasa boleh tahan gurau kasar. Kalau orang Malaysia ni mungkin pelakon aksi prank tu kena makan penyepak jugak sebab orang Malaysia ni kan sensitif.  Takkan la sebab video parody yang di tayangkan dalam rancangan Meletop kat Astro tu orang US nak merajuk terus sampai tak terima Yuna untuk menyanyi kat sana.


Dia gelapkan muka dalam video tu sebab nak mengambarkan watak Usher jer. Serious aku tak nampak benda tu macam racist & menghina sangat la. Usher kan lelaki berkulit hitam. Tapi tang jihan pakai turban tu aku rasa lawak kasar jugak la. Turban dia bonjol kat depan kepala tu nampak macam menganjing style Yuna jugak la. Tapi pelik tang turban tu Yuna tak kisah pulak.. Yang dia lebih kesah pasal takut Usher kecik hati & merajuk taknak kawan dengan dia lagi. Hahahahaha

Boleh tonton video parody tu kat sini & korang nilaikan la sendiri. Bagi aku video ni tak ada apa yang menghina sangat pun. Cuma mungkin sebab melibatkan kontroversi isu peluk tu buat Yuna jadi sedikit sensitif & merasakan parody ni satu isu yang serius. -maaf video dah kena remove -

Aku rasa la.. Isu ni Yuna terlebih touching mungkin sebab kontroversi pasal usher peluk dia & di kecam oleh orang Malaysia. So, mungkin emosi dia belum stabil pasal isu tu.. tup tup keluar video parody yang dia rasa macam nak menganjingkan dia maka dia gunakan alasan Usher untuk melempiaskan perasaan marah dia pada orang Malaysia. Sabar Yuna.. tarik nafas & hembus. Sepatutnya tak perlu jadi isu tapi dah Yuna mengangkat dia sebagai isu besar maka terjadi lah lagi isu melibatkan Yuna.

Moral of the story kalau rasa tak tahan dengan kritikan & kecaman jangan jadi retis.. Sebab dunia retis ni memang kena bersedia hadap benda2 macam tu. Kalau rasa jiwa tak kental Pergi jadi Atlit macam depa ni >> Inilah Atlit Wanita Yang Ramai Orang Tak Sabar Nak Tengok Beraksi Di Sukan Olimpik. Sapa Kata Atlit Wanita Tak lawa << Atlit sukan pun sekarang boleh jadi selebriti apa. Tapi kurang la sikit kena kecam atau jadi kontroversi katanya. hehehehehe

MAKHLUK AL HIN CUMA CERITA LAGENDA TIDAK SAHIH

MAKHLUK AL HIN CUMA CERITA LAGENDA TIDAK SAHIH. Dalam blog ni aku pernah share satu kisah makhluk bernama Al hin yang katanya Jin yang wujud sebelum manusia. Kononnya merasuk seorang budak & berjaya di kesan oleh seorang perawat alternatif. Korang nak baca boleh baca kat sini >> KISAH MAKHLUK AL HIN BUKAN JIN ATAU SYAITAN TAPI BOLEH MERASUK MANUSIA << Tadi sesambil buka puasa sambil menonton rancangan halaqah ada jugak isu Al hin ni di sebut.

Al hin yang di gambarkan satu makhluk yang bersayap. betul ke tidak Wallahualam

Menurut ahli panel seorang doktor perubatan, penulis buku dan pendakwah, Dr Danial Zainal Abidin Al hin ni cuma cerita lagenda yang tiada fakta sahih membuktikan kewujudannya. Tapi kalau Dinasour katanya memang pernah wujud & pupus sejak 66 juta tahun lalu. Yang wujud sebelum manusia adalah dinasour manakala Al hin tidak ada sebarang fakta yang membuktikan kewujudannya.


Mungkin kisah Al hin ni cuma mitos. mungkin benar macam Ustaz Azhar Idrus cakap cuma sesuatu yang di luar pemikiran & pengetahuan kita tak perlu la kita ambil sebagai sesuatu fakta sahih.. Aku pun bukan pengkaji hadis atau agama.. Jadi aku cuma ambil fakta dari rancangan halaqah je la. Kalau  fakta di sampaikan salah, maka salah jugak la apa yang aku sampaikan. Tapi rancangan tv berbentuk keagamaan macam tu takkan nak sampaikan fakta yang salah kan.. Menurut penerbit dalam rancangan tu semua fakta yang di ambil dari kajian dilakukan terhadap dalil al-Quran dan hadis sahih. Semua yang dipersembahkan berpandukan hadis sahih disahkan pakar hadis yang masyhur.

Lagipun sebelum ni memang aku ada baca kewujudan Al hin memang tak ada bukti sahih. Mungkin cuma cerita lagenda jadi tak perlu la kita ambil sebagai satu kepercayaan sangat. Allah lebih mengetahui segalanya. Kalaupun ada cerita pasal Al Hin kita anggap sebagai cerita cereka untuk hiburan semata mata macam tengok filem seram macam filem ni >> Babak babak dalam filem seram yang di adaptasi dari kisah benar aktiviti paranormal katanya mampu buat orang demam panas sebulan << Dengar & lupakan begitu sahaja. Jangan fikir sangat Sebab tiada siapa boleh membuktikan ia pernah wujud. Takut kita percaya perkara yang sengaja di reka reka pulak.

Moral of the story.. Tak semua perkara Allah suruh kita kaji & cari jawapan. Ada perkara kita tak perlu cari. Allah maha mengetahui segalanya. Nak2 berkaitan perkara ghaib ni.

BUKAN 100% SALAH STESEN RADIO ERA.FM ISU PRANK MELAMPAU

BUKAN 100% SALAH STESEN RADIO ERA.FM ISU PRANK MELAMPAU. Hari ni asyik lalu isu pasal rancangan prank di era.fm yang di kendalikan dj Dina & tauke jambu. Walaupun aku dah lama tak dengar radio. Kalau dalam kereta pun asyik dengar anak aku je menyanyi so tak perlukan radio lagi.. Zaman aku dengar radio zaman sekolah & remaja dulu ja. Time tu bukan takat dengar siap call lagi stesen radio. Kalau tengah2 malam dengar suara aku kat radio tu tak pelik la. Tahap obses jugak la time tu. Tapi stesen radio dulu dulu rasanya segmen2 depa tak ada yang melampau tapi tetap enjoy kita dengar berbanding radio sekarang. Dah la iklan bersepah.. lepas tu segmen2 pun dah semakin membosankan. Sebab tu aku dah malas dengar radio hahahhahaha


Isu prank yang di buat dua DJ era.fm yang mendapat kritikan hebat nitezen.. Aku tak tau la jalan cerita prank tu sapa yang bagi idea. Tapi mereka prank mengikut maklumat yang di beri si dalang. Si dalang ni memang orang yang mengenali mangsa prank la. Mungkin si dalang la yang mencetuskan idea prank macam tu bukan sesaja dj radio tu nak buat prank. tapi yang kena kutuk tetap la para dj yang mengendalikan rancangan prank tu.


Bagi aku la kan.. Nak salahkan penyampai & stesen radio 100% pun tak boleh jugak walaupun depa pun ada bahagian salah masing2 cuma bukan semua yang berlaku pasal prank tu salah depa. sebabnya punca dari si dalang yang hantar penyertaan prank orang yang dia kenal. Dia yang tak ada perikemanusiaan minta orang prank kawan atau sedara dia sampai macam tu sekali. Sebab prank yang di buat berdasarkan maklumat yang di hantar oleh dalang. Kita pun kalau orang prank macam tu macam seolah2 mempermainkan perasaan kita yang tengah berharap sangat pada sesuatu tu mesti kecewa jugak kan. Kena prank ni tak semua menyeronokkan. Tapi orang yang berjaya prank orang memang seronok.

Tak salah nak bergurau dengan prank cuma berpada pada. Rasanya kena ada garis panduan dah untuk rancangan2 prank macam ni. Bukan apa kalau tak ada guide line nanti melampau lampau pulak depa prank orang semata mata nak dapatkan rating tinggi untuk rancangan depa tu. Prank pun kena ada penapisan jugak agar yang kena prank enjoy & yang mencetuskan idea prank pun happy. Konsep bergurau kedua belah pihak terhibur bukan sebelah pihak gelak & sebelah pihak lagi makan hati, ye dak.

Tu la ragam manusia.. ada hobi prank orang dia tak habis2 cari idea nak prank. Masing2 ada perangai mengikut minat tertentu kan. Itulah kita yang bernama manusia.

Moral of the story.. bersederhana & berpada pada la dalam melakukan apa sahaja sebab kalau keterlaluan benda yang baik pun jadi buruk.

P/S : teringat rancangan prank kat TV dulu prank culik ziana zain. Kalau sakit jantung boleh arwah. Boleh nampak muka ziana zain time tu takut sangat. kena culik kot...

DI SEBALIK POWER RANGERS YANG MUNGKIN ANDA TIDAK PERNAH TAHU

DI SEBALIK POWER RANGERS YANG MUNGKIN ANDA TIDAK PERNAH TAHU. Masa kecik2 dulu layan jugak la power rangers ni. Almaklum la zaman aku budak2 mana ada hiburan lain sangat. Kalau tengok kartun atau rancangan kanak kanak kat TV tu dah kira aktiviti best sangat la. Tak macam budak sekarang.. Nak tengok apa bila2 masa je boleh. Online jer search je la kat youtube. Apa yang takde.. segala mak nenek dari cerita senonoh sampai la pra tak senonoh. Semua ada.


Walaupun kita mengenali power rangers dari kita budak sampai dah jadi mak budak tapi banyak perkara tentang power rangers yang mungkin kita tak pernah tahu. Yelah.. apa yang penting bagi kita selama ni cuma power rangers je. Apa berlaku di sebaliknya kita jarang fikir atau tak terfikir pun nak ambil tahu. Jadi meh kita selongkar apa Yang kita tak pernah tahu tentang power rangers selama ni..

Power Rangers ialah siri program televisyen kanak-kanak Amerika terpanjang yang diadaptasi daripada siri bergenre tokusatsu Jepun, iaitu siriSuper Sentai. Ia bukan sekadar alih suara bahasa Inggeris, tetapi juga merupakan produksi 'baru' dengan dibintangi barisan pelakon Amerika diselitkan dengan rakaman sebenar dari Jepun dalam beberapa babak. Disebabkan kebanyakan siri Super Sentai menampilkan imej Jepun, program buatan Amerika ini disesuaikan untuk penonton Barat; walau bagaimanapun, kebanyakan babak yang menampilkan watak berkostum dan robot (atau "Zords" dalam versi Inggeris) dialih suarakan.

Siri pertama yang memulakan francais Power Rangers ialah Mighty Morphin Power Rangers, mula ditayangkan sebagai sebahagian daripada rancangan-rancangan siaran saluran Fox. Ia berlanjutan selama tiga musim (1993-1996), paling popular dan yang terpanjang setakat ini. Francais ini terus berkembang dengan 17 musim untuk televisyen (pada 2007) dan dua filem.

Siri Power Rangers telah diedarkan oleh Saban Entertainment dari tahun 1993 sehingga hujung 2001 dan disiarkan di Fox sehingga 2002. Francais ini telah dibeli oleh Walt Disney Company pada 2001-2002, tetapi dibeli balik oleh Haim Saban pada tahun 2010.

Satu pasukan Power Ranger biasanya dianggotai lima orang dengan penyertaan Ranger keenam pada pertengahan siri. Setiap sut dan tenaga spektrum Ranger dipadankan pada warna spesifik seperti merah, kuning dan biru yang kemudiannya disertai warna merah jambu, hijau, hitam atau putih. Para Rangers biasanya dinamakan bersempena warna mereka (Ranger Merah=Red Ranger), tetapi beberapa nama lain juga digunakan. Kebiasaanya, tiada Ranger lain diberikan warna yang sama dalam satu pasukan, kecuali namanya berlainan daripada warna sedia ada (pengecualian ini berlaku pada pasukan Time Force Ranger, dimana ada dua Ranger merah iaitu Red Time Force Ranger dan Quantum Ranger).

Setiap kostum Ranger biasanya sama dari segi rekaan melainkan warna dan bentuk helmet (biasanya bentuk visor) atau pernomboran. Sebarang Ranger tambahan juga biasanya mempunyai tambahan pada kostumnya seperti kelengkapan senjata tambahan. -sumber wikipedia -

5 fakta lain yang mungkin korang tak pernah tahu selama ni tentang power rangers adalah..

1. Power rangers di adaptasi dari rancangan spider man jepun. Pada tahun 70an sebuah syarikat penerbitan telah menerbitkan sebuah rancangan menggunakan watak dalam komik Marvel aitu spider man. Cuma spider man jepun ni takde la boleh bergayut ke sana sini macam spider man mat saleh tu. Tapi dia guna kereta terbang. Seperti dalam cerita power rangers, cerita siri spider man jepun ni juga ada robot untuk menentang kejahatan.

2. Pelakon yang banyak memegang watak dalam cerita bersiri power rangers ni adalah Jason David Frank @ Tommy Oliver. Dia membawa watak 6 jenis power rangers yang berlainan iatu Green Ranger, White ranger, White ninja ranger, Red Zero ranger, Red turbo ranger & the black dino thunder ranger. Sumpah aku dah tak ingat watak2 power rangers ni. Aku tulis je tapi tak dapat bayang walau satu watak pun di yang sebut. hahahaha. Faktor usia katanya.

3. Jantina asal yellow ranger sebenarnya adalah lelaki. Dalam siri super sentai Yellow ranger adalah lelaki tapi dalam siri power rangers di tukar kepada watak perempuan. 


4. Rancangan power rangers pernah di haramkan di New Zealand sehingga 2011 kerana mendapat tentangan & bantahan dari ibu bapa disana. Mereka beranggapan rancangan tersebut seolah olah mengajar anak mereka menyelesaikan masalah dengan cara keganasan. Manakala kat Malaysia power rangers cuma melalui penapisan. Perkataan Morphin telah di edit sebab cara menyebut dia kedengaran seperti Morphine sejenis dadah. Malah dialog 'Its Morphin time' juga di mute.

5. Power Rangers telah bersiaran di kaca televisyen selama 20 tahun & menghasilkan 700 episod. Lagi panjang dari siri Naruto. 

Tentu peminat & bekas peminat power rangers banyak yang tak tahu fakta ni kan? Jadi bagi mengembalikan nostalgia anda bersama power rangers gigih tau aku tulis entri ni balik hasil sumber menggoogle. Tapi tu fakta yang dah jadi kenangan.. 

Moral of the story.. power rangers jugak menjadi sebahagian dari nostalgia semasa zaman kanak kanak kita. Biarpun aksi dia bagi orang agak ganas tapi budak dulu2 jarang sangat nak terpengaruh sampai berlakunya kes buli di kalangan kawan kawan berbanding budak2 sekarang. Kes buli di kalangan kanak kanak seawal usia 6 tahun semakin menjadi jadi. Takut jugak aku fikir anak aku. Takut di buli jer...

CLEVER GIRL BUKTI SELEBRITI SEKARANG RAMAI KURANG BIJAK

CLEVER GIRL BUKTI SELEBRITI SEKARANG RAMAI KURANG BIJAK. kat TV3 sekarang dah semakin kerap iklan promo untuk rancangan realiti TV, Clever girl. yang mencari perempuan bijak untuk di ketengahkan di kaca TV. Sapa2 rasa diri tu bijak pandai, matang, berilmu, berakal boleh la try luck untuk rancangan clever girl ni. Macam aku terlebih pandai so jadi tak layak pulak. hahahaha


Elok sangat la rancangan2 berunsur menguji kebijaksanaan mereka2 yang mungkin akan jadi selebriti ni di perbanyakkan. At Least bila banyak talent2 yang bijak di ketengahkan dalam industri hiburan takde la menyakitkan hati & akal sangat dengar atau baca statement2 kurang bijak dari para selebriti Malaysia yang nak tunjuk pandai walhal tahap kebijaksanaan dia level membunuh diri sendiri je.

kadang2 sedih jugak baca statement dari golongan selebriti ni.. Bijak ni bukan di nilai dari tahap pendidikkan jer. kadang2 retis yang belajar sampai ke seberang laut sana tapi bila berlaku sesuatu yang terjadinya kontroversi terus macam orang tak pernah kenal sekolah pulak dia menjawab. Jadi belajar tinggi sampai kelangit pun belum menjadikan seseorang tu bijak. banyak faktor lain lagi untuk sampai ke level bijak. Contoh Siti Nurhaliza walaupun level SPM pun tapi aku melihat beliau sebagai selebriti yang bijak tak kira dalam menggunakan peluang tapi dalam menjawab kontroversi ataupun kritikkan terhadap beliau. See.. Bijak bukan hanya perlu belajar sampai oversea bawak balik PHD, master bagai.

Tak sabar jugak la aku nak tengok rancangan clever girl ni.. tengok retis2 dalam iklan promo memang aku kategorikan mereka semua artis2 yang bijak. Hope peserta nanti pun menepati level bijak yang di perlukan la. Muka cantik sekarang je tak guna kalau tak tau beza otak dengan kepala lutut kan.

Bijak ni bukan hanya di perlukan dalam bidang2 profesional atau bidang2 yang popular jer.. Malah nak test rasa kopi pun perlukan kebijaksanaan jugak macam ni >> Ujian nak bezakan rasa kopi berkafien dengan kopi tiada kafien << Jadi kebijaksanaan memang perlu untuk hidup.

Mungkin sebab tu rancangan clever girl ni adakan sebab kita sedia maklum retis2 sekarang memang lebih ramai kurang bijak dari yang bijak. Bukan apa taknak la retis Malaysia nanti jadi macam menteri2 kat Malaysia ni..  hahaha. Menteri Malaysia contoh paling relevan untuk membuktikan belajar sampai Universiti pun belum tentu boleh jadi bijak. Peace Yo!

AWAS ASTRO! INI PESAING ANDA TAK LAMA LAGI

AWAS ASTRO! INI PESAING ANDA TAK LAMA LAGI. Astro sebenarnya Alien.. Dia tak sesuai berada di bumi sebab dia takut hujan. Asal hujan je mesti tak ada siaran. Tu salah satu bukti Astro sebenarnya datang dari angkasa lepas. Bukti lain tengok piring astro kan macam UFO.. Jadi kesimpulan dia astro memang datang dari angkasa lepas & harus di hantar pulang ke planet dia.hahahaha. Kalau dia masih ada kat bumi Malaysia menyusahkan orang lain terutama aku ni yang tak langgan astro. Nak tengok tv pun susah.. Jenuh betulkan area tak jugak dapat siaran. Baru2 ni dapat balik siaran tv2.. Tu pun polkadot. Mungkin sebab musim hujan kot.. Astro manjang tergendela so memberi laluan pada pengguna TV area sesungut untuk menikmati siaran percuma tanpa gangguan.


Aku memang tak pernah ada niat nak pasang astro sampai saat aku tulis entri ni. Akan datang aku tak berani cakap besar.. Lagipun kalau banyak sangat rancangan kat TV tak tau dah nak tengok apa. Nak2 lagi bil astro manjang asyik naik. Adik aku kat kampung dari ambil pakej tak sampai seratus sekarang bil dah seratus lebih. Aku balik kampung pun rasa tak menaikkan nafsu serakah dengan rancangan astro ni. Aku lebih suka kumpul dvd seram katanya. Beli sekali nampak selamanya ada depan mata. hahahaha

Tapi tak berapa bulan lagi astro bakal ada pesaing yang lagi hebat dari dia. Yang ni Insya Allah tak takut hujan kot. Benda ni kat US dah berkurun guna.. Kita kan Malaysia baru dapat nak merasa. Lepas ni Malaysia akan merasa tengok Digital TV. Tak lama lagi melambak la kita boleh nampak antena tv kembali di pasang atas bumbung bukan lagi piring UFO astro. Yang best tak payah langgan siaran TV berbayar macam astro tu sebab ia percuma. Untuk tahu lebih lanjut pasal Digital yang ada 30 channel ni korang boleh baca kat sini >> Akan Datang Di Malaysia Tak Lama Lagi. Tiba Masanya bye bye astro <<

Moral of the story.. Dengan persaingan mungkin astro akan meningkatkan kembali kualiti siaran dia. Paling penting kita atasi masalah bila hujan astro pun tidur... Kalau tak solve masalah tu mungkin astro bakal gulung tikar lepas muncul digital TV ni.

SESUATU YANG BAKAL BERLAKU PADA TV MALAYSIA SELEPAS 2018

SESUATU YANG BAKAL BERLAKU PADA TV MALAYSIA SELEPAS 2018. Teknologi memang memudahkan tapi teknologi juga banyak memusnahkan 'childhood'. Zaman kanak kanak sekarang dah semakin tak best bila mereka banyak habiskan bermain gadget. Kita dulu kalau hari tak sekolah tu.. memang full pack jadual. Pagi bangun nak tengok dulu kartun.. Lepas tengok kartun keluar sekejab jumpa kawan2 nak planning apa nak main petang nanti. Tengahari makan ramai2 bawah pokok. Masing2 bawa la nasi. Tak kira yang makan berlauk sedap atau hanya berlauk telur mata & kicap. Semua enjoy jer buat aktiviti makan bersama sama  ni. Tapi sekarang budak2 kalau tak layan gadget layan kartun 24jam kat TV. Outdoor activity dah semakin kurang.


Aku ni budak kampung.. Tv masa tu pun antena jenis pacak atas bumbung yang jenis macam ampaian kain tu. So, TV rumah aku masa zaman tu memang 'line clear' la berbanding tv rumah orang lain yang pakai jenis area macam sesungut semut tu. Sekali tukar channel, sekali kena ubah posisi area dia. Kira sapa masa tu pakai antena ampai kain atas bumbung macam orang pakai piring UFO esteruk la walau tengok siaran tv yang sama. Dari tv almari hitam putih sampai la tukar tv warna tekan2 butang bawah tv guna antena ampai kain tu. Bila esteruk mula menjajah kampung aku.. antena ampai kain tu tak mampu lagi menunjukkan kuasa veto. Habis semua siaran mula jadi polkadot membuatkan adik beradik aku terpaksa tunduk kepada piring UFO esteruk sebab mak aku kat rumah nak tengok TV.. nak tengok filem tamil tanpa masalah. Depa pun nak tengok cerita korea pun banyak pilihan. Tak payah la nak beli full set dvd/vcd episod drama korea. Walau aku tak terjebak dengan depa.. tahap obses adik & kakak aku dengan drama korea ni memang tahap sanggup order full episod dvd/vcd drama korea la. Tapi tu dulu la sebelum ada esteruk.

Ni la rupa antena tv ampai kain yer adik adik. hahaha. Kan rupa dia lebih kurang macam ampai kain yang di jual kat luar.

Dari zaman tv antena ampai kain sampai la sekarang depa masih gila tengok tv walau masing2 dah bekerjaraya. Tapi bila cuti tak kerja.. Layan cerita korea sampai lemau. Aku balik kampung pun sampai pelik kadang2 adik aku dok ternganga depan tv layan konsert retis korea. Dulu sebelum kemunculan drama korea kakak aku ni gila dengan cerita cina & hongkong. Tak kira drama cina malaysia atau hongkong apatah lagi filem hongkong dia suka tengok. Dia boleh bagitau nama retis2 hongkong lagi kalau dia tengok. Sekarang dah bertukar selera korea pulak. taste dia semua sepet2 & putih2 je gamaknya.

Tapi sekarang zaman antena ampai kain yang dah semakin pupus mungkin akan kembali meriah di bumbung2 rumah rakyat malaysia. Walaupun ramai dah mula pacak piring UFO esteruk tapi percayalah ramai yang akan kembali guna antena ampai kain selepas 2018 nanti. Semuanya sebab ni >> Sesuatu Yang Akan Berlaku Pada Tv di Malaysia Selepas 2018 <<

Dan teknologi akan semakin memusnahkan 'childhood' kanak kanak tak lama lagi. Rasanya akan datang permainan batu seremban,teng teng, galah panjang bagai akan di anggap permainan pra sejarah oleh budak2 zaman akan datang. hahaha.. Abis la apa yang kita pernah main dulu di anggap permainan kuno. Aktiviti budak2 akan datang hanya terpacak depan skrin tak kira gadget atau TV.

Moral of the story.. Lepas ni yang ada piring UFO esteruk tak boleh kerek la dapat jajah semua siaran tv. mungkin antena ampai kain akan merampas kembali kawasan jajahannya. Tunggu je UFO esteruk... Mungkin kau akan di hantar ke planet kembali sebab kau tak berapa sesuai kat bumi. Kalau nak tinggal kat malaysia tak boleh takut hujan tapi UFO esteruk ni takut hujan so dia kena duduk kat planet je takde hujan. hahahaha.. erkk.. planet memang tak pernah hujan ke? tetttttttttttttttt!!

LAGU YANG WAJIB KERAP KELUAR TV DULU YANG TIADA LAGI SEKARANG

LAGU YANG WAJIB KERAP KELUAR TV DULU YANG TIADA LAGI SEKARANG. Zaman dah berubah maka apa yang muncul di kaca TV juga berubah seiring zaman. Ada yang masih ada & ada yang mungkin telah tiada. Dulu mungkin kita rasa macam bosan je bila terpaksa tengok atau dengar benda tu setiap hari percaya lah sekarang kita akan rasa rindu dengan sesuatu yang kita rasa bosan dulu sebab dah tak ada lagi berkumandang atau di siarkan kat TV.


Dulu siaran tv tak banyak.. Mula2 ada siaran RTM je. TV1 & TV2. Nak tengok tv pun bukan senang. Kalau tak pasang antena atas bumbung tu memang susah nak dapat siaran. Aku sempat jugak merasa zaman TV ada lesen. tengok arwah Ayah gantung kat dinding siap frame lagi. Budak2 sekarang confirm tak tahu pasal lesen tv ni. Kalau ada TV @ radio tapi tak apply lesen boleh di kenakan tindakkan undang2 tau. Denda dia tak silap kalau tv RM3000 atau 12 bulan penjara. Radio lebih murah. Ok aku mengaku hasil google je info ni. Hahaha. Di mansuhkan pada tahun 1989. time tu sangat2 kecik kot aku yang memang tak membesar ni. Erkk.. sekarang dah berjaya membesar cuma yang tak berjaya meninggi je. hehehe

Dulu ada satu lagu wajib keluar kat TV setiap hari. Tak tau ada tak antara pembaca blog lekatlekit.com ni sempat melalui zaman lagu ni tengah popular kat TV. Bukan lagu cinta ok! Kau akan dengar lagu ni selama bertahun2 setiap hari. Muak ke,mual ke, morning sickness ke ko kena hadap jugak lagu ni kalau tengok TV. Almaklum dulu2 tak banyak siaran tv katanya. Nak tukar channel tv pun kena bangun tekan butang2 kat TV. Mana ada remote control bagai. Jadi bila berkumandang lagu.. jemu tak jemu layan jugak la. Nak tau lagu apa meh tengok kat sini >> Inilah Lagu Yang Setiap Hari Akan Disiarkan Kat TV <<

Nostalgia gila bila dengar lagu tu. Serius teringat pulak arwah ayah & kakak aku yang selalu berberebut nak tengok cerita favourite masing2. Almaklum TV satu jer.. Sekarang lagu tu memang tak di siarkan lagi kat TV & arwah ayah pun dah lama takde. Baru sedar dah jauh aku tinggalkan memori tu... hurmm.. sayu pulak hati ni.

Moral of the story.. Betul lah.. sesuatu yang kita bosan akan jadi perkara yang paling kita rindu bila dah tak ada. Macam lagu tu.

ORANG CELIK LEBIH SENSITIF BERBANDING CALIPH BUSKERS YANG BUTA

ORANG CELIK LEBIH SENSITIF BERBANDING CALIPH BUSKERS YANG BUTA. Dua tiga hari ni aku dok baca jugak kisah Pelawak & pengacara Tv Hj Nabil yang di hentam bagai nak rak sebab terlepas cakap sesuatu yang bagi peminat seolah2 menghina kekurangan caliph Buskers dalam satu rancangan tengah bergegar kat astro sekarang ni. Aku ni insan tak berlanggan esteruk katanya.. Jadi cuma baca update kat media sosial je la. Dua tiga hari tengok wartawan & media dok panas kan isu ni terfikir jugak aku benda kecik je. Ni strategi untuk menaikkan rating rancangan tu ke hapa. Biasa la stesen tv ni kadang2 menjadikan isu kecil sebagai kontroversi untuk menaikkan rating rancangan tu.

Caliph Buskers

Katanya Caliph Buskers pun tak rasa terhina atas gurauan Hj Nabil tu. Bagi aku pun Nabil bukan niat nak menghina pun. Mungkin sebab dia bercakap secara spontan maka terlepas cakap benda macam tu tanpa ada niat tak baik selain bergurau. Tapi yang pelik orang yang sempurna pancaindera pulak terlebih touching dari orang buta ni, camna? Depa yang terlebih terasa berbanding orang yang terlibat. Ingat semua orang Istimewa ni sensitif sampai tak boleh bergurau ke. Depa tak teruk sangat kot nak emosi benda kecik2 macam ni.

Sumber Beautifulnara

Kadang2 kita ni over dari mangsa kejadian. Orang cuit sikit jer tapi yang tolong terasa tu dia punya sentap lebih dari orang yang di tujukan. Dah lebih sudu dari kuah katanya. Kadang2 bukan dia simpati sangat pun cuma nak tunjuk betapa dia warrior. Memperjuangkan orang yang di tindas padahal benda kecik je. Takde isu penghinaan atau penindasan pun. Tapi bila masa lagi nak tunjuk hero kan? time2 camni la katanya. Takat taip guna jari telunjuk je jangan berangan nak jadi keyboard warrior sangat la. hahaha.

Kalau aku berada kat tempat Caliph Buskers pun aku tak rasa benda ni isu yang patut aku sedih sampai nak sentap. Kadang2 golongan OKU ni pun tak suka di layan macam OKU sangat. Mereka pun nak rasa hidup macam orang normal. Depa pun nak bergurau, mengusik macam orang lain. Kadang2 sebab kita ni terlebih jaga perasaan golongan OKU ni mungkin buat mereka rasa diri mereka terlalu kekurangan sampai tak boleh di layan macam orang normal lain.

Moral of the story.. Hidup dalam dunia ni orang cepat sentap memang akan sentiasa makan hati last2 mati bunuh diri je. Jadi sila control sikit emosi anda. Ada perkara yang kita tak perlu sentap sangat.

DAPUR PANAS TV3 MASAK RESEPI DARI NAJIS SOTONG

DAPUR PANAS TV3 MASAK RESEPI DARI NAJIS SOTONG. Haritu aku ada tengok iklan untuk rancangan dapur panas. Salah satu resepi dia yang aku dengar ada gunakan dakwat sotong sebagai bahan masakan. Jadi aku mula konpius. Samada selama ni aku salah faham atau mereka yang kurang study tentang penggunaan dakwat sotong dalam masakan halal ni. Nak kata rancangan ni masak masakan tak halal tak jugak.. Tapi kenapa guna dakwat sotong??


Jadi untuk lebih kepastian aku luangkan masa tengok dapur panas kat tv3 hari ni. Sorry.. tak bergetar pun tulang temulang aku tengok chef dia. Aku cuma nak tengok apa dia masak je. Nak2 lagi sebab ada resepi berasaskan dakwat sotong.. Nak buat isu kena ada bukti ye dak??

Memang betul dia masak dakwat sotong.. Menu dia bernama Risotto dakwat sotong. Katanya ia sejenis masakan dari Italy berasaskan nasi jugak. tapi beras dia guna katanya takde jual kat sini. Orang Itali makan dakwat sotong maybe depa non muslim tapi kenapa mesti rancangan masakan boleh masak masakan macam ni??

Aku pernah tulis entri berkenaan hukum makan dakwat sotong ni. Aku rujuk dari portal rasmi Jakim, e-fatwa. Hukum yang tertulis dalam portal tersebut.. Boleh rujuk entri ni >> Hukum Makan Dakwat Sotong <<

Mungkin yang suka makan dakwat sotong mempunyai selera tidak normal. Bahaya ni. hahahaha

Jadi kenapa dalam rancangan masakan yang di siarkan di tv masih menggunakan bahan tersebut dalam makanan? Atau depa memang tak sengaja sebab kurang rujukan? Ke memang orang sekarang suka makan najis? ops.. hahahaha

Moral of the story.. Dalam banyak2 perasa kenapa dakwat sotong jugak nak jadikan perasa dalam makanan. Bila dah kata Najis sila rasa geli. Kalau setakat taik sotong tak payah italian taste sangat la kan... hahahhaa

11 MASALAH YANG KERAP BERLAKU BILA MENONTON SECARA ONLINE

11 MASALAH YANG KERAP BERLAKU BILA MENONTON SECARA ONLINE. Sapa kat sini suka tengok filem, drama berepisod atau rancangan kegemaran kat online atau download online. Nak2 lagi yang baru keluar.. Kadang2 memang kualiti cetak rompak secara online kadang2 kualiti ok jer tapi biasa la bila menonton secara online perjalanan dia tidak la selancari kita tonton kat TV @ pawagam kan??


Yang suka tengok filem @ rancangan kegemaran online aku confirm 11 masalah ni memang selalu berlaku. Aku pun pernah jugak try tengok filem seram kat online Tapi Ya Allah... takpe la aku beli dvd je lagi bagus. Walau ada jugak yang ok puas di tonton tapi kebanyakkan memang kalau tak hampeh 200% kategori boleh je la tengok. Free je kan.. bayar bil tenet je katanya.

Antara masalah yang selalu berlaku bila tengok movie online ni adalah subtitle.. Kalau filem yang bahasa aku tak faham tu memang malas nak tengok online. Rasa macam tengok orang bergerak tapi tak tau pejadah dia cakap sebab kadang2 subtitle takde & kadang2 subtitle kuali Ah Lang Nun.. tunggang langgang. Tu salah satu masalah yang ada bila menonton movie online kalau hangpa nak tau apa lagi 11 perkara yang menjadi masalah bila tengok movie @ tv show online & cara nak tonton dengan best qualiti secara online meh baca kat sii >> 11 Perkara Yang Rakyat Malaysia Je Faham Bila Menonton  Secara Online <<

Dan kerana itu aku memilih untuk menonton kalau setakat drama kat TV jer.. Kalau filem aku beli dvd dari aku dok membebel macam orang gila bila tengok online ni. Online biarlah aku habiskan bandwith (walau tak pernah abis) dengan FB & blog jer...

Moral of the story..Tonton secara online perlu tahap kesabaran yang tinggi sebab ia bergantung pada connection internet. Kalau dia demam.. memang kita pun boleh demam. hahahaha

LEBIH MURAH DARI ASTRO HANYA RM8 SEBULAN UNTUK BERIBU FILEM,DRAMA & TV SHOW

LEBIH MURAH DARI ASTRO HANYA RM8 SEBULAN UNTUK BERIBU FILEM,DRAMA & TV SHOW. Ramai yang merungut, astro dah la mahal cerita asyik ulang tayang je. Bila hujan langsung tak boleh tengok astro. Harga makin naik tak pernah turun.. kualiti tak naik naik katanya. So, berubah la kepada yang lebih murah & lebih banyak rancangan & filem. Tak perlu tengok cerita yang sama berulang kali. RM8 je sebulan...

Yang best lagi korang boleh menonton dimana saja korang suka melalui TV,smartphone,laptop, tablet & pc. Jadi tak payah risau terlepas rancangan atau drama/filem kegemaran korang. Tak payah risau dengan rancangan atau cerita berulang sebab kat sini ada beribu rancangan tv,drama & filem tak kira tempatan, luar negara, hollywood, bollywood,korean, kartun semua ada.


Mesti korang nak tau macam mana nak dapat pakej menarik ni?? RM8 sebulan tu jimat banyak berbanding bayar esteruk yang memang teruk tu. Aku tak nak bagi korang tertanya tanya sangat jadi meh serbu ramai ramai kat sini >>[TERBONGKAR] Rahsia Yang Dinanti-nantikan Peminat Tegar Filem & Program Best Di Luar Sana! << Ni aku bagitau kita2 je tau. Sapa baca entri blog lekatlekit ni untunglah dapat tau. kalau nak 30 hari percubaan percuma terjah laju laju link kat atas tu.

So takde episod frust tertonggeng langgang lagi la sebab terlepas filem,drama atau rancangan kegemaran korang lepas ni. Dah la murah boleh tengok kat mana2 je korang suka.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com