MAKHLUK AL HIN CUMA CERITA LAGENDA TIDAK SAHIH
Al hin yang di gambarkan satu makhluk yang bersayap. betul ke tidak Wallahualam |
Menurut ahli panel seorang doktor perubatan, penulis buku dan pendakwah, Dr Danial Zainal Abidin Al hin ni cuma cerita lagenda yang tiada fakta sahih membuktikan kewujudannya. Tapi kalau Dinasour katanya memang pernah wujud & pupus sejak 66 juta tahun lalu. Yang wujud sebelum manusia adalah dinasour manakala Al hin tidak ada sebarang fakta yang membuktikan kewujudannya.
Mungkin kisah Al hin ni cuma mitos. mungkin benar macam Ustaz Azhar Idrus cakap cuma sesuatu yang di luar pemikiran & pengetahuan kita tak perlu la kita ambil sebagai sesuatu fakta sahih.. Aku pun bukan pengkaji hadis atau agama.. Jadi aku cuma ambil fakta dari rancangan halaqah je la. Kalau fakta di sampaikan salah, maka salah jugak la apa yang aku sampaikan. Tapi rancangan tv berbentuk keagamaan macam tu takkan nak sampaikan fakta yang salah kan.. Menurut penerbit dalam rancangan tu semua fakta yang di ambil dari kajian dilakukan terhadap dalil al-Quran dan hadis sahih. Semua yang dipersembahkan berpandukan hadis sahih disahkan pakar hadis yang masyhur.
Lagipun sebelum ni memang aku ada baca kewujudan Al hin memang tak ada bukti sahih. Mungkin cuma cerita lagenda jadi tak perlu la kita ambil sebagai satu kepercayaan sangat. Allah lebih mengetahui segalanya. Kalaupun ada cerita pasal Al Hin kita anggap sebagai cerita cereka untuk hiburan semata mata macam tengok filem seram macam filem ni >> Babak babak dalam filem seram yang di adaptasi dari kisah benar aktiviti paranormal katanya mampu buat orang demam panas sebulan << Dengar & lupakan begitu sahaja. Jangan fikir sangat Sebab tiada siapa boleh membuktikan ia pernah wujud. Takut kita percaya perkara yang sengaja di reka reka pulak.
Moral of the story.. Tak semua perkara Allah suruh kita kaji & cari jawapan. Ada perkara kita tak perlu cari. Allah maha mengetahui segalanya. Nak2 berkaitan perkara ghaib ni.
Tak sahih rpenye.. tapi best kot baca kisah al-hin nie..
ReplyDeleteTuan-Tuan Al-Hin wujud dizaman kita ini dan hanya tinggal sedikit bilangannya diseluruh pelusuk dunia.
DeleteTuan-Tuan,Al-Hin sebenarnya wujud..hanya mereka yang diizinkan Allah sahaja yang dapat melihatnya dan sememangnya Al-Hin suka berkawan dengan manusia Tapi juga bukan senang untuk nya berjumpa manusia. Al-Hin bukan jin, maka ianya tidak boleh dikawal atau discan oleh mana-mana perawat atau bomoh atau ahli makrifat sekalipun...hanya jika Al-Hin itu sendiri ingin menunjukkan dirinya maka mereka(manusia) boleh mengetahui kehadirannya atau melihatnya...Al-Hin tidak boleh diseru seperti jin..Al-Hin mirip manusia tetapi bersayap burung..cuma mukanya kecil sedikit dan hidung mancung semacam paruh burung..yang lelaki kita panggil Al-Hin manakala yang perempuan Al-Fin...Al-Fin tidak suka bergaul dengan manusia...hanya Al-Hin yang ada berkawan dengan manusia...mereka tidak seperti jin yang boleh menyesatkan manusia namun begitu kena berhati2...Al-Hin macam manusia juga, jika kita berbuat baik dan ikhlas padanya, mereka pun begitu juga. Al-Hin juga suka pada Batu Marjan kerana sebagai bahan binaan dan perhiasan tempat tinggal nya...bangsa Al-Hin tinggal di tempat tinggi salah satu nya di pergunungan Himalaya..tempat tertinggi yang tidak dapat ditakluki oleh manusia...begitulah serba sedikit tentang Al-Hin...saya berpeluang untuk berjumpa tapi nak kena cari Batu Marjan sebagai hadiah kepada Al-Hin...kalau diizinkan Allah
ReplyDeleteSubhanallah.. Saya pernah mimpi, ada sayap kepak besaR tu.. Rasa real sgt dlm mimpi.. Tjaga dlm 3 lebih ke 4 pagi macam tu.. Terasa letih sgt² sbb terbang.. Belakang saya yg ada kepak sayap tu terasa pedih sakit bhari jugak..
Delete