Showing posts with label makhluk. Show all posts

JANGAN SILAP! JIN, IBLIS & SYAITAN ADALAH MAKHLUK YANG BERBEZA

JANGAN SILAP! JIN, IBLIS & SYAITAN ADALAH MAKHLUK YANG BERBEZA. Dalam hal ni rasanya ramai yang masih tak faham & selalu salah sangka. Sebab masyarakat melayu dia gelarkan makhluk ghaib ni sebagai hantu maka dia pukul rata.. Hantu tu semua adalah sama.. Jin pun dia.. Setan pun dia.. & iblis pun dia. Tapi sebenarnya Jin, Syaitan & Iblis ni adalah 3 makhluk yang berbeza. Memandangkan blog lekatlekit.com ni memang banyak berkongsi kisah seram, mistik, misteri.. Kisah2 dari makhluk alam ghaib ni.. Elok la share sikit penjelasan pasal ni kan...


Sebab ramai yang salah faham antara Jin, Iblis & Syaitan ni.. Kadang2 depa jadi pelik terutama masa bulan ramadhan. Katanya Syaitan & iblis kena ikat sepanjang bulan puasa.. Dah kenapa boleh berlaku lagi kejadian kerasukkan & histeria ni? Mesti la boleh berlaku sebab kerasukkan atau histeria ni berlaku kerana gangguan jin bukan iblis & syaitan.. Jadi Jin ni masih berkeliaran la walau di bulan ramadhan kan sebab depa bukan spesis yang sama.


Jadi nak kenal perbezaan antara Jin, Iblis & Syaitan ni.. Boleh baca penjelasan di bawah yang di ambil dari blog Ustaz Dr Shauqi

JIN 
jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggungjawab memperhambakan diri kepada Allah seumpama manusia. Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Justeru, jin adalah seumpama manusia dari sudut keimanan dan kekufuran. Oleh itu, terdapat dalam kalangan jin golongan yang Islam, soleh, kafir, fasik, munafik dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al-Jinn ayat 11 bermaksud: Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. Jin merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 27 bermaksud: Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”
IBLIS 
Manakala iblis pula ialah makhluk Allah yang derhaka dari kalangan jin. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa Iblis adalah daripada jenis jin. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50, bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. 
SYAITAN 
Manakala syaitan pula adalah golongan yang engkar dari kalangan jin dan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-An`am ayat 112 bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

So sekarang hangpa tau dah kan apa beza Jin, Iblis & syaitan.. Mereka memang dari makhluk ghaib tapi depa dari golongan yang berbeza. Lepas ni hangpa tak boleh pukul rata lagi.. Tak payah nak mempersoalkan kenapa bulan posa pun ada orang kena histeria ok! Bukan sebab Iblis & syaitan.. Tu sebab jin. Jin yang buat salah.. jangan iblis & syaitan pulak dapat nama ok! hehehehehe

Moral of the story.. Walaupun berbeza 3 spesis tu tetap kita tak boleh taksub atau berdampingan dengan mereka. Lebih2 lagi untuk perkara yang menjurus kepada unsur syirik & khurafat.

MAKHLUK AL HIN CUMA CERITA LAGENDA TIDAK SAHIH

MAKHLUK AL HIN CUMA CERITA LAGENDA TIDAK SAHIH. Dalam blog ni aku pernah share satu kisah makhluk bernama Al hin yang katanya Jin yang wujud sebelum manusia. Kononnya merasuk seorang budak & berjaya di kesan oleh seorang perawat alternatif. Korang nak baca boleh baca kat sini >> KISAH MAKHLUK AL HIN BUKAN JIN ATAU SYAITAN TAPI BOLEH MERASUK MANUSIA << Tadi sesambil buka puasa sambil menonton rancangan halaqah ada jugak isu Al hin ni di sebut.

Al hin yang di gambarkan satu makhluk yang bersayap. betul ke tidak Wallahualam

Menurut ahli panel seorang doktor perubatan, penulis buku dan pendakwah, Dr Danial Zainal Abidin Al hin ni cuma cerita lagenda yang tiada fakta sahih membuktikan kewujudannya. Tapi kalau Dinasour katanya memang pernah wujud & pupus sejak 66 juta tahun lalu. Yang wujud sebelum manusia adalah dinasour manakala Al hin tidak ada sebarang fakta yang membuktikan kewujudannya.


Mungkin kisah Al hin ni cuma mitos. mungkin benar macam Ustaz Azhar Idrus cakap cuma sesuatu yang di luar pemikiran & pengetahuan kita tak perlu la kita ambil sebagai sesuatu fakta sahih.. Aku pun bukan pengkaji hadis atau agama.. Jadi aku cuma ambil fakta dari rancangan halaqah je la. Kalau  fakta di sampaikan salah, maka salah jugak la apa yang aku sampaikan. Tapi rancangan tv berbentuk keagamaan macam tu takkan nak sampaikan fakta yang salah kan.. Menurut penerbit dalam rancangan tu semua fakta yang di ambil dari kajian dilakukan terhadap dalil al-Quran dan hadis sahih. Semua yang dipersembahkan berpandukan hadis sahih disahkan pakar hadis yang masyhur.

Lagipun sebelum ni memang aku ada baca kewujudan Al hin memang tak ada bukti sahih. Mungkin cuma cerita lagenda jadi tak perlu la kita ambil sebagai satu kepercayaan sangat. Allah lebih mengetahui segalanya. Kalaupun ada cerita pasal Al Hin kita anggap sebagai cerita cereka untuk hiburan semata mata macam tengok filem seram macam filem ni >> Babak babak dalam filem seram yang di adaptasi dari kisah benar aktiviti paranormal katanya mampu buat orang demam panas sebulan << Dengar & lupakan begitu sahaja. Jangan fikir sangat Sebab tiada siapa boleh membuktikan ia pernah wujud. Takut kita percaya perkara yang sengaja di reka reka pulak.

Moral of the story.. Tak semua perkara Allah suruh kita kaji & cari jawapan. Ada perkara kita tak perlu cari. Allah maha mengetahui segalanya. Nak2 berkaitan perkara ghaib ni.

PEMBUNUH PALING KECIL YANG NAMANYA BERMULA DENGAN HURUF M

PEMBUNUH PALING KECIL YANG NAMANYA BERMULA DENGAN HURUF M. Zaman sekarang pembunuh dalam macam2 rupa & bentuk. Ada yang kita boleh nampak ada yang tidak. Ada yang kita boleh dakwa kat mahkamah & di jatuhkan hukuman dan ada yang kita tak boleh heret dia ke mahkamah. Kita cuma mampu membenteras aktiviti dia jer.


Sebab tu akhir zaman sekarang macam2 makhluk boleh menjadi amat menakutkan bukan hanya manusia. Sifat dia kecik jer.. tapi impak dia sangat besar. Mudah membiak tapi susah nak pupus. Semua berlaku adalah di sebabkan kelalaian & kerosakkan yang manusia tu sendiri lakukan. memang apa2 kemudaratan yang berlaku dalam dunia ni puncanya adalah manusia. Tu kita tak boleh nafikan.

Tapi pembunuh yang namanya bermula dengan huruf M ni memang sedang menghantui kita sekarang. Dia tak boleh di hapuskan kalau tak ada kerjasama dari semua pihak. Kalau sorang je cuba membenteras memang tak jadi.. Sebab kita hidup berkongsi bumi yang sama.

Makhluk M ni memang kecik jer.. Tak pernah besar tapak tangan pun badan dia. Besar kuku pun susah nak jumpa. Memang spesis dia semua kecik kecik tapi bak kata pepatah kecik kecik cili padi. Tentu korang tertanya tanya apakah spesi makhluk pembunuh paling kecil yang namanya bermula huruf M ni. Kalau nak tahu sila baca kat sini >> Inilah Makhluk kecil Paling Dahsyat & Mampu Membunuh Yang Namanya Bermula dengan huruf M <<

Jadi berhati hatilah dengan makhluk M ni. Siapa sahaja boleh jadi mangsa dia. Jadi ambil langkah pencegahan awal la sebelum makhluk M membunuh anda, Ingat cegah itu lebih baik dari merawati

VIRAL SERAM! KISAH KAWAN PUKUL 12 TENGAHMALAM

VIRAL SERAM! KISAH KAWAN PUKUL 12 TENGAHMALAM. Bila seorang mula share kisah seram pasal kawan sebilik, mula la lepas tu ada lagi yang lain lain akan mula membongkar perkara misteri berkaitan kawan depa jugak. Mungkin sebelum ni depa tak terfikir kot nak share tapi bila ada yang mulakan.. So, depa pun baru ada keinginan nak share pengalaman sendiri pulak. Takpe.. akak suka baca kisah2 seram ni walau kisah tu rekaan semata mata. Sebab akak pun membaca sekadar hiburan semata mata.. hahahaha


Sempat terbaca satu sharing dari Sukar Star TV ke hapa nama page dia.. Lebih kurang macam tu la bunyinya nama page dia. Dia share satu kisah misteri berlaku pada pelajar Universiti jugak. Tentang ke misterian perangai kawan sebilik dia ni. Katanya kawan dia ni ada perangai pelik.. Kalau dia nak jemur baju mesti tepat pukul 12 tengah malam.. Macam tu jugak nak angkat baju kering. Dia akan angkat baju tu tepat 12 tengahmalam esok harinya..

Nak di jadikan cerita seramnya.. Pada satu hari tu dia intai la si kawan perangai pelik ni jemur baju tetiba dia dengan kawan dia macam sedang cakap dengan seseorang. Dengan cabul & busy body nya dia pun tanya dengan siapa kawan dia berbual. Jawapan tu agak meremang la bila dengar.. Katanya berbual dengan kawan dia tingkat atas sedangkan rumah depa tingkat paling atas. Atas tu dah tak ada rumah lagi. terus lepas tu dia tak berani tanya lagi.

kejadian kedua.. Pada satu hari tu sipolan yang misteri tu katanya masak banyak sangat. Padahal yang tinggal depa berdua je kat rumah. Yang lain2 dah balik kampung cuti semester. Tapi si kawan ni walau dia tahu banyak perangai pelik & seram kawan sebilik dia suka buat tapi tetap berbaik sangka. Dia anggap kawan dia nak jemput kawan2 lain datang makan. Tapi mungkin tengok tak ada sapa datang makanan pun lebih banyak dia cadangkan sedekah je la kat jiran2. Tapi sipolan ni kata pukul 12 tengah malam nanti kawan2 dia nak datang. Bila tiba waktu yang katanya kawan2 dia nak datang.. si kawan ni pun intai la tengok sipolan tu tengah buat apa. Sumpah! Aku rasa apa yang budak ni tengok kawan dia buat mungkin menjadi episod paling seram dalam hidup dia. Dia nampak sipolan ni tengah hulur makanan bawah meja kat ruang tamu.. Untuk siapa?? Wallahualam...

Lain2 perangai misteri sipolan ni katanya suka nyanyi dalam tandas sambil sikat rambut dia yang panjang. Dah tu siap ada lagu lagi.. Antara lirik lagu dia.. 'Terima kasih tolong sikat. Terima kasih tolong sikat. Saya suka awak jaga kemas.Jangan mengurai nanti bercerai. Katanya ada jugak lirik2 dalam bahasa jawa yang tak di fahami.

Dalam cerita ni aku perasan time dia nak buat benda2 yang orang rasa seram mesti pukul 12 tengahmalam. Yelah.. tengah malam sinonim dengan benda2 mistik kan. Mungkin jugak time tu kawan misteri sipolan ni muncul.

Banyak jugak rupanya student yang berperangai mistik & pysko macam ni yer. Bagi aku cuma dua sebab.. samada dia ada gangguan mental atau dia ada gangguan mistik. Kedua dua sebab ni je mungkin akan buat seseorang tu berkelakuan pelik & menakutkan.

PENGALAMAN SERAM DI SAKAT HANTU STESEN MINYAK MERSING

PENGALAMAN SERAM DI SAKAT HANTU STESEN MINYAK MERSING. Awai sungguh segmen lekatlekit seram serik bersiaran hari ni. Almaklum la hari minggu penuh jerebu katanya. Mereput lagi la minggu ni dalam rumah kalau bacaan jerebu masih di level tidak sihat. Takut sangat jatuh sakit katanya... Takpe la, at least tak terusik duit dalam account sebab aku bukan jenis online shopper. Duduk rumah memang tak luak la duit dalam account.

Sumber Google. Sekadar Hiasan

Sebab takde isu best nak di kupas kupis & kopek dengan rakusnya setakat ni maka meh la kita baca cerita seram santai di siang hari. Alkisah seorang mamat ni 2 kali kena sakat dengan makhluk tu. Dua2 kat stesen minyak di mersing pulak tu. Cuma dua stesen minyak yang berbeza la.

Kejadian pertama katanya berlaku masa bujang waktu tu dia dalam perjalanan dari terengganu ke Johor Baharu. Sebab mengantuk sangat dia singgah la nak tidur sekejab di sebuah stesen minyak area mersing. Katanya stesen minyak tu bersebelahan tokong (Rumah Ibadat Budhha). Dia cari port yang gelap sikit nak tidur. tengah sedap2 tidur dia terbangun tengok ada seorang perempuan elok je lepak sebelah dia. Maybe sebab dia rasa semacam sempat dia azan & awek tu tetiba hilang. Sah2 la tak berapa awek sangat la kan kalau dengar azan terus blah.

Kejadian kedua katanya dia dah kawen. Masa tu dia dengan bini dia. Stesen minyak kat mersing jugak tapi bukan stesen minyak yang sama dia pernah kena sakat masa bujang la. Tengah sedap2 tidur katanya.. dia terbangun sebab ada orang ketuk cermin tingkap kereta. Bila terbangun dia.. dia nampak satu susuk tubuh tak berbaju dengan muka pucat. Takde nak soal siasat dah hapa.. terus dia menjerit sambil start enjin terus pecut sampai terkejut bini dia dengar jeritan jantan macam tu. Sampai macam tu punya penakut. hahaha

Sumber : kelab Kisah Seram

Moral of the story yang suka sangat singgah stesen minyak terutama time malam2 hati hati la yer. Jangan kena sakat pulak macam mamat dalam cerita ni. Almaklum la stesen minyak sekarang dah berfungsi macam RnR dah sekarang. Bukan takat manusia hantu pun suka singgah.

MANUSIA YANG DI BENCI MONYET

MANUSIA YANG DI BENCI MONYET. Setiap hari sebelum fenomena jerebu melanda Malaysia.. bangun pagi aku akan buka tingkap & jenguk kat luar. yelah.. pagi2 tengok permandangan hijau memang memberi aura positif & segar. Penting nak mulakan hari kita tengok sesuatu yang menenangkan sebab ia akan mempengaruhi mood kita hari tu. Itu dulu tapi sekarang.. permandangan hijau tu dah sedikit cacat bila buka tingkap nampak kesan tarahan hutan. Dulu nampak hutan sekarang dah nampak jalan seberang sana..


Hutan kecil sekangkang kera tu banyak beruk & monyet. Beruk2 & moenyet2 nakal yang pernah suka usik2 aku masa aku mula2 datang sini dulu. Terfikir andai hutan tu di tebang & di bangunkan.. kemana beruk2 tu akan pergi. Kawasan bandar memang tak banyak dah hutan. Yelah.. hartanah memang macam emas sekarang. Sangat2 berharga jadi manusia jadi tamak & kejam sehingga menafikan hak makhluk lain di muka bumi ni. Apa saja dalam dunia ni semua jadi milik manusia.

Kesian sangat aku fikir nasib makhluk2 hutan & rimba ni.. Sebab tu la banyak haiwan mula mengalami kepupusan semuanya sebab manusia yang melakukan kerosakkan & kemusnahan flora & fauna. Sebab tu banyak bencana alam berlaku, tanah runtuh, jerebu & macam2 lagi la akibat ketamakkan manusia.

Manusia2 macam ni memang bukan kata sesama manusia.. monyet pun meluat dengan dia. Selagi ada tempat boleh buat duit selagi tu dia akan rampas & jadikan sesuatu yang mendatangkan keuntungan besar pada dia tapi memusnahkan habitat & tempat tinggal makhluk lain. Ni kalau terserempak dengan monyet confirm monyet pun rasa nak gigit. Orang macam ni confirm monyet tak lepaskan dia untuk lari. Kalau test kat sini pun memang result dia jenis manusia yang takkan dapat lepaskan diri dari monyet punya. Kalau korang nak test korang mampu lepaskan diri dari monyet atau tak,  test kat sini kalau tak dapat lari tu maybe korang pun spesis di benci monyet hahaha >> Test! Adakah Ada Mampu Lepaskan Diri Bila Di Serang Monyet? Jom Tengok <<

Moral of the story.. kalau taknak jadi manusia yang di benci makhluk lain maka berkongsilah bumi Allah dengan seadil adilnya. Kita semua cuma menumpang tak kira dari apa spesis sekalipun. Bumi di jadikan untuk semua kehidupan bukan hanya manusia.

KISAH MAKHLUK AL HIN BUKAN JIN ATAU SYAITAN TAPI BOLEH MERASUK MANUSIA

KISAH MAKHLUK AL HIN BUKAN JIN  ATAU SYAITAN TAPI BOLEH MERASUK MANUSIA. Malam ni segmen seram serik lekat lekit nak cerita pada korang tentang makhluk bernama Al Hin.. Mungkin ada yang pernah terbaca pasal cerita ni tapi saja la nak letak jugak kisah makhluk ni dalam blog puaka lekat lekit. Cerita ni nak kata seram tak seram sangat tapi seram sedih la kot. Sebab bila aku baca tetiba rasa sayu jer..

Sumber Google. Sekadar Hiasan

Dari apa yang aku baca Al Hin bukan dari spesis Jin, Syaitan,Iblis,Malaikat jauh sekali manusia. Boleh merasuk badan manusia & hidup berjuta juta tahun lalu sebelum kewujudan jin & manusia lagi. Tu pengenalan tentang Al hin.. Aku nak cerita lebih2 pun ilmu aku tentang perkara ni memang takde langsung la. Apa aku tulis adalah dari apa yang aku baca. Kat sini aku bagitau awal awal.. untuk rujukan yang lebih sahih & tepat pergi la cari agamawan yang lebih berilmu tentang perkara ni.

Alkisahnya.. seorang budak ni mengikuti kursus kadet di sebuah tempat rekreasi. Disebabkan budak ni katanya tak takut dengan salah satu makhluk dari spesis Al hin ni, maka Al hin dari puak poppy bernama Mizari ni mendampingi & menumpang dalam badan budak ni menyebabkan budak ni bila setiap kali bulan mengambang dia akan merenung bulan kemudian menangis. Sebab benda tu berlaku pada budak ni.. mak bapak dia jenuh jugak nak cari pengamal perubatan alternatif nak ubat anak dia tapi tak ada seorang pun perawat berjaya mengesan apa masalah anak dia sebab Makhluk Al hin ni katanya tak boleh di kesan dengan apa2 jenis ritual sekali pun kecuali dengan izin Allah.

Dan dengan izin Allah jugak.. Pada suatu hari mak bapak dia bawak budak ni pergi berubat kat salah seorang pengamal perubatan alternatif. Dengan izin Allah.. Perawat tersebut dapat bercakap dengan makhluk yang menumpang dalam tubuh budak tu. Tu pun selepas mandi & pakai wangian, barulah makhluk tu bersuara & menegurnya dengan menggunakan perantaraan badan budak tu. Sebab mula2 dia cuba kesan memang tak dapat. Pernah di petuakan pada dia.. kadang2 kalau badan tak bersih memang tiada konsentrasi & menyebabkan gagal untuk mengesan sebarang masalah pada pesakit. Selepas berjaya buat makhluk tu muncul.. Maka berlakulah perbualan antara perawat & makhluk Al hin tersebut.

Diceritakan semua tentang dia.. dari spesis apa, dari mana,kenapa dia menumpang dalam badan budak tu, berapa umur dia & kenapa dia suka merenung bulan kemudian menangis. Perbuatan yang selalu nampak budak tu buat setiap kali bulan mengambang. katanya dia buat perkara tu untuk kira umur dia. Bila di tanya tentang agamanya.. dia jugak menyembah Allah tapi bukan beragama Islam. Agama dia Agama Monoteisme. Agama sebelum kewujudan manusia. Bila di ajak masuk Islam dia tak nak pulak katanya dia yakin dengan agama dia dengan alasan dia bukan dari spesis Jin atau manusia & cerita kaum dia tiada dalam Al quran. Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56. Maksudnya:'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.' Jadi, dia yakin dengan pegangannya sekarang kerana dia tidak pernah menduakan Allah.

Menurut cerita makhluk Al hin dari puak poppy yang bernama Mizari ni banyak puak mereka telah di binasakan oleh Allah atas kesalahan mereka sendiri sehingga spesis mereka tidak lagi berkembang & hanya tinggal tidak lebih dari 1000. Bila di ceritakan pada perawat tersebut.. barulah dia teringat tentang kisah makhluk Al Hin dalam sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang tertulis dalam buku tersebut tentang makhluk Al hin ni.

Bila di tanya apa yang mereka lakukan sehinggan di murkai Allah.. menurut cerita Mizari apa yang mereka lakukan sama seperti apa yang berlaku di akhir zaman cuma manusia akhir zaman lebih dahsyat lagi melakukan maksiat & kerosakkan di bumi Allah berbanding mereka dulu. Dia tanya juga kenapa mula2 tadi dia cuba kesan kehadiran makhluk tu dalam badan budak ni tak dapat & sekarang boleh pulak dia muncul & berbual. Katanya memang tiada cara yang boleh kesan kehadiran mereka kecuali dengan izin Allah.. apa yang berlaku adalah dia sendiri yang nak bercakap dengan perawat tu. Maka dengan izin Allah perawat tu terpilih dapat bercakap dengan dia.

Selepas sesi interview antara perawat & makhluk Al hin ni.. perawat tersebut minta la si Mizari ni keluar dari badan budak tu. Si Mizari ni takde masalah tapi ada syarat. Katanya dia nak salam & minta maaf kat mak bapak budak tu dulu sebab sebelum ni banyak menyusahkan mereka semasa dia menumpang dalam badan budak tu. Reti jugak dia rasa bersalah tapi tu la apa yang berlaku ada sebabnya. Selain syarat bermaafan dengan mak bapak budak tu dia minta jugak mak bapak budak tu doakan semoga Allah pendekkan umur dia sebab dah terlalu lama dia hidup 4 juta 130 ribu tahun. Sebab terlalu lama hidup dia rasa terlalu sunyi sebab tu dia suka menangis bila tengok bulan.

Sebelum dia keluar dari badan budak tersebut sempat juga perawat tu tanya kalau la boleh kan.. nak tengok jugak rupa bentuk makhluk Al hin ni. Boleh ke tidak dia tunjukkan diri.. Katanya boleh dengan izin Allah. Cuma dia suruh baca surah Al kautsar 1000 kali sebelum tidur & mohon pada Allah nak lihat makhluk tu, Insya Allah. Sebab keinginan si perawat tu nak tengok jugak makhluk Al hin ni maka dia amalkan apa yang di suruh Mizari, Alhamdulillah dengan izin Allah.. dia nampak dalam mimpi makhluk Al hin. Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap tapi dia tak bagi confirmation apa yang dia nampak tu betul2 Al hin mungkin sekadar mainan mimpi sebab keinginan dia nak tengok & siapa tahu mungkin itulah Al hin.. Segalanya Allah yang lebih mengetahui. Wallahualam..

Sumber e-fatwa laman Portal rasmi JAKIM



Kisah ni serius aku sendiri tak tau sejauh mana kesahihannya tapi banyak pengajaran yang boleh di ambil. Sekarang kita boleh nampak Allah menunjukkan kemurkaanNya kepada manusia atas semua kerosakkan & dosa yang manusia buat. Jadi marilah menuju kejayaan yang kekal abadi. Sama kita perbaiki hubungan kita dengan Allah.

RUMAH SEWA ORANG MATI DI BUNUH JADI BERHANTU

Kita yang menyewa ni.. kadang2 tak tahu salasilah rumah yang kita nak sewa. Tak tahu siapa penyewa sebelum ni.. tak tahu apa yang pernah berlaku pada rumah tu & tak tahu rumah tu ada penghuni tak nampak ke tidak. Bila kita dapat rumah yang kita rasa sesuai dengan kita tak kira tempat dia strategik atau sewa dia yang dalam kemampuan mahupun rumah tu selesa untuk kita tinggal.. Maka selalunya kita akan terus deal. Jarang sangat nak tanya pasal penyewa sebelum ni. Kalau tanya tuan rumah  takkan bagitau punya.

Sumber Google. Sekadar Hiasan

Bila jadi banyak kejadian bunuh kat rumah ni aku terfikir jugak.. yelah sekarang ni zaman viral so rumah yang pernah berlaku kes pembunuhan kejam macam yang berlaku pada sebuah rumah sewa yang di sewa sekeluarga kemudian berlaku kejadian bunuh & mayat si anak di tanam bawah lantai dapur kemudian di simen semula.. Lepas selesai siasatan & kes, ada lagi ke orang nak sewa rumah tu?

Kebanyakkan rumah macam ni akan jadi rumah hantu sebabnya jarang dah nak ada orang duduk. Bila dah tinggal & di biarkan usang maka datanglah makhluk2 tak nampak, nak2 lagi tempat yang pernah jadi pembunuhan memang antara sempat kesukaan jin. Spesis jin ni memang suka sangat nak tinggal free. Amaklum la orang tak nampak. Lepas tu mula dia buat hakmilik. Kalau ada orang lain datang tinggal start la dia menyakat.

Sebenarnya rumah2 macam ni boleh di bersihkan mengikut ritual keagamaan masing2. Kalau milik orang Islam.. buat cara Islam. Begitu jugak kalau pemilik dia non muslim buat cara depa je la. Tapi tu la yang susah nak bersih adalah mentaliti masyarakat. Asal rumah orang mati kena bunuh jer.. mesti jadi rumah seram berhantu. Maka mula la blog melekit nak up cerita segmen seram serik lekat lekit. Yelah.. asyik dok momokkan orang dengan cerita seram pasal rumah tu maka aku pun bernafsu jugak nak tulis hahahaha.

Kesian kan.. bila yang berlaku kes macam tu adalah rumah sewa & yang buat adalah penyewa maka yang teraniaya adalah pemilik rumah tu. Rumah dia dah jadi takde value lagi. Kecuali hartanah memang ada value la. Roboh & bina semula. Tapi nak buat macam mana kalau dah takde rezeki dari rumah tu... macam aku hari ni cream bird nest bio essence anak aku campak dari tingkat 9. Banyak lagi isi dalam tu.. tapi dah takde rezeki maka berkecai kat lantai bawah je, Mujur tak kena kepala orang. Kalau tak bocor jugak. erkk.. ada kena mengena ke dengan cerita rumah orang mati di bunuh. Hahahaha..tetap nak bagitau tu.

Moral of the story... Jangan terlalu taksub dengan momokkan cerita rumah yang ada orang mati di bunuh atau bunuh diri akan jadi berhantu. Jangan terpengaruh dengan filem. Yang jadi berhantu bila rumah tu di biar kosong bukan hantu dari roh orang yang mati tu.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com