PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE BAGI PENJELASAN TENTANG VIRAL PRODUK MEREKA YANG DI KATAKAN TIDAK SELAMAT
PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE BAGI PENJELASAN TENTANG VIRAL PRODUK MEREKA YANG DI KATAKAN TIDAK SELAMAT. Sebagai blogger kena la adil. Kita tak boleh post untuk sebelah pihak.. Kena post untuk kedua dua belah pihak katanya. Semua rasanya sedia maklum kan dua hari ni hangat di perkatakan tentang local produk yang tengah popular ni. Walau tak di mention oleh bekas pengguna tapi sebab mungkin ramai yang mengalami perkara yang sama bila berhenti atau skip menggunakan produk tu untuk tempoh lebih kurang seminggu maka ramai yang dapat meneka produk apa.Jadi di sebabkan benda tu dah jadi viral serata alam maya.. Maka pengasas produk tu tampil memberi penjelasan di laman facebook beliau. Menurut Puan Nurhayati Hashima pengasas produk Tati Skincare.. dia kata ia salah satu konspirasi untuk menjatuhkan perniagaan beliau. Bab2 konspirasi ni aku tak mau buat spekulasi apa apa la.. Sebab benda tu kena ada siasatan dalaman. Yang aku tau bekas pengguna produk ni tidak membayar aku menulis tentang apa yang berlaku kepada dia selepas berhenti guna produk tu. Aku sendiri yang minta nak kongsi kat blog. So, antara dia dengan aku memang tak ada sebarang konspirasi berbayar untuk menjatuh sesiapa.
Pasal katanya ada produk lain cuba mengambil kesempatan mempromosikan produk mereka dari viral tersebut.. Biasa la kan. Strategi marketing katanya. Masa ni la nak membuktikan produk siapa paling bagus mampu menyelesaikan masalah kulit pengguna yang terkesan dari penggunaan produk yang mungkin tidak selamat untuk kulit.
Pada pandangan peribadi aku la.. Aku tak nampak apa yang jadi viral ni satu konspirasi menjatuhkan pihak yang di tuduh tu sebabnya aku sendiri try google & cuba baca semua pendedahan dari pihak pengguna. yer.. ada yang berpuas hati dengan kesan selepas penggunaannya.. Tapi ramai jugak yang memberi feedback yang negatif bila berhenti menggunakan produk tersebut. Aku ni memang suka tukar2 produk.. Sebab aku banyak guna produk jual kat farmasi je sekarang.. Memang kalau aku stop guna apa2 produk yang aku guna sebelum tu memang tak bagi apa2 kesan buruk kepada kulit aku. Yelah.. aku kalau datang musim malas aku pakai cleanser jer... Yang lain2 aku skip. Aku jarang pakai 1 set produk dari brand yang sama.. Skincare aku sekarang ada 2 3 brand. Sebab produk tu kebanyak natural produk memang tak bagi apa2 kesan buruk walau aku mempunyai kulit yang sensitif & silap pakai produk memang akan berjerawat.
Tapi tak tau la kan.. Sebab katanya ada fake Tati Skincare ni.. mungkin boleh terima alasan sebab produk tiruan cuma yang musykil ada yang cakap beli direct HQ pun sama juga. Bila stop muka terus jadi bukan bukan. Entah la.. Mungkin pihak Tati Skincare boleh membuktikan produk mereka selamat dengan lampiran pengesahan dari pihak2 yang pernah membuat ujikaji terhadap produk mereka. Mungkin dengan cara tu dapat mengembalikan kepercayaan pengguna.
Apapun... Semoga ada penyelesaian yang baik. Jika terbukti produk tu selamat hope ada la lampiran bukti yang sahih.