KULIT BERJERAWAT TERUK AKIBAT GUNA PRODUK BERMERKURI BOLEH CUBA RAWAT DENGAN PRODUK NI

1/12/2017 02:16:00 PM suria lekatlekit 28 Comments

KULIT BERJERAWAT TERUK AKIBAT GUNA PRODUK BERMERKURI BOLEH CUBA RAWAT DENGAN PRODUK NI. Sekarang tengah hot pasal isu local produk yang katanya ada mercury & chemical yang banyak sehingga menyebabkan ada di antara pengguna produk ni mengalami masalah kulit wajah yang serius.. Bukan setakat berjerawat.. siap jerawat bernanah lagi. Selain katanya menyebabkan jerawat selepas stop pakai produk tu lepas seminggu.. ada juga yang kata kulit timbul bintik2 putih di muka..Tak tau adakah betul produk ni banyak mercury & chemical kena tunggu penjelasan dari pengasas produk tu la. Nak tahu jugak kat mana dia buat ujikaji produk dia. kalau dia kata produk dia selamat bebas chemical & mercury kan. Mesti kena ada satu pihak yang mengesahkan tentang tu.. So tunggu je sebab benda ni pun mula jadi viral.


Bila baca ramai yang terkesan pada local produk tu.. Ada yang tengah guna & nak stop tapi takut menerima kesan yang sama.. Jadi kat sini aku nak share satu produk berasaskan bahan semulajadi. Natural produk jugak la tapi tidak la mahal sangat.. Produk ni senang korang boleh beli kat mana2 farmasi, guardian,watson atau kalau kat tempat korang susah nak jumpa watson & guardian ni boleh je beli melalui website lazada. Sebab Guardian ada jual barang kat website lazada. Kat pasaraya setakat ni tak jumpa pulak ada jual. Sebab produk memang aku guna jadi aku berani la nak rekemen. Selama aku guna memang tak bagi apa2 pun kesan buruk walau kadang2 aku stop bila aku curang dengan produk2 lain. On off guna pun dia menyumpah muka korang jadi bukan bukan jangan risau. hehehehe

Ada yang masih tak tau tentang produk Garden Of Eden. Bukan produk baru yer.. dah lama ada kat pasaran. Pengalaman aku sebelum ni la.. Bukan tak pernah tersalah guna produk. Malah dulu aku juga salah seorang pengguna tegar local skincare dulu. Banyak jugak jenama aku try tapi masa tu sangat jahil tentang produk skincare. Normally produk yang aku guna cream dia memang melekit. Tu salah satu ciri2 produk yang ada mercury. Bila pakai tu elok la.. Bila stop jerawat meriah berpesta muda mudi kat muka. Tapi time tu dok rasa kulit aku ni jenis memang mudah berjerawat tak fikir pasal kesan daripada produk yang ada mercury. Yelah time tu mercury pun tak tau apa benda hahahaha.

Bila terjebak dalam dunia blog kadang2 perlu review produk skincare ni. Ada produk yang tak sesuai dengan kulit atau terlampau mengejut tukar produk akan effect jugak kat kulit. Bila berlaku macam tu selalunya untuk merehat & menaturalkan balik kulit yang terkesan akibat penggunaan produk yang tak sesuai atau produk tu mungkin mengandungi mercury atau chemical yang berlebihan.. aku akan guna Garden Of eden Rosa T Mild Cleanser. Harga dia antara RM18 - RM21 untuk 100ml. Harga memang tak tetap. Lain tempat lain harga. Cleanser dia memang berbau natural takde bau wangi ke masam ke hapa. Dalam seminggu guna kalau ada keradangan kulit macam jadi merah2 ke hapa.. dia akan reda. Kalau jerawat.. jerawat akan mula kecut & kering.

Garden Of Eden Rosa T Mild Cleanser. Ni memang sentiasa ada stok. Walau aku guna produk lain yang ni tetap aku simpan jugak. Untuk mengelakkan berlaku masalah jerawat kalau tersalah pakai apa2 produk

Aku pernah mengalami masalah jerawat yang serius jadi aku pernah guna Tripple Action Acne serum garden of eden. Masa tu aku beli harga dalam RM31++ untuk 5ml. Aku pakai 2 botol serum dalam tempoh sebulan memang masalah jerawat tu berjaya di selesaikan.
Garden Of Eden Rosa T Tripple Action Acne Serum

Atau boleh guna bersama Garden Of Eden Acne Gel.. Yang ni selalu aku stanby kat rumah. Yelah.. kadang2 tumbuh jugak sebiji dua jerawat merenyam time2 bulan nak mengambang. Almaklum la perempuan kan.. Jadi kalau ada jerawat singgah.. aku sapu je. nanti di kecut la.

Garden Of Eden Rosa T Acne Gel

Produk Garden of eden ni kalau kau nak harap muka kau jadi glowing, flawless atau gebu macam Emma Maembong tu mungkin tidak la untuk set jerawat. Dia memang semata mata merawat jerawat tapi sangat berkesan. Cuma bila guna Rosa T Mild Cleanser tu aku nasihatkan guna juga apa2 pelembab sebab bila nak rawat jerawat ni dia akan keringkan sikit kulit sebab nak keringkan & kecutkan jerawat tu. Tapi tahap kering dia tu tak sampai la mengelupas cuma kita boleh rasa kulit kita kering sedikit. Tapi kalau guna dengan Acne & scar serum tu.. Dia akan melembabkan kulit sebab serum dia macam minyak pati tumbuh tumbuhan. Tapi sekarang tengok dah ada Satin White cream tu mungkin membantu mengimbangi kekeringan kulit la kot.  Sebab aku belum pernah try yang satin white cream tu tak tau la effect dia macam mana.Kulit jadi licin macam kain satin ke hapa.. Try la hangpa guna nanti bagitau aku. hehehehe. Aku cuma share yang aku pernah guna la..

Produk Garden Of Eden Untuk Set Jerawat

Produk Garden Of eden sebenarnya ada banyak set bukan untuk jerawat jer.. untuk pigmentasi pun ada. Cuma rasanya dia tak jual dalam bentuk set dia jual single2 macam tu. Tak tau la kot2 hangpa pi cari jumpa dia jual set macam kat dalam gambar tu kan. Tapi setakat ni yang aku jumpa semua jual single je. Tapi untuk apa2 masalah kulit kat packaging dia tu dia akan mention untuk kegunaan apa. Atau korang nak survey tentang produk ni boleh tengok kat Facebook Garden Of Eden.

Garden of eden adalah produk berasaskan ektrak tumbuh tumbuhan. Memang bebas chemical. Kesan dia bukan macam produk yang ada mercury.. 3 hari boleh nampak kulit gebu, jerawat hilang bagai. Semestinya tidak begitu cepat. Dia merawat perlahan lahan.. selepas seminggu tu kalau masalah jerawat.. jerawat akan stop & mula kering/mengejut sikit demi sedikit. Tapi antara produk yang berkesan aku cuba untuk masalah jerawat. Jadi guna produk2 natural macam ni memang kena sabar & istiqomah yer. Tapi jangan risau Insya Allah.. dapat membantu masalah jerawat yang berbunga mekar di wajah masing masing.

Kesimpulannya.. semua orang nak kulit cantik macam gambar guna applikasi kamera 360 tu.. Takde sapa nak kulit muka macam kawah bulan atau macam kodok.. Tapi dalam mengejar kecantikkan tu please jangan jadi obses nak cantik dalam kadar segera. Bila kulit kita ada masalah kalau merawat cara selamat memang ambil masa untuk nampak hasil. Kalau boleh dapat kesan yang terlalu cepat mungkin anda perlu meragui sesuatu produk tu. Mungkin sedikit siasatan perlu di lakukan. Nak cantik tu kekal berpanjangan memang kena cari produk yang tidak mengandungi bahan kimia & mercury. Yup.. Natural produk adalah salah satu pilihan yang selamat.

28 comments:

  1. terima kasih sis atas perkongsian, saya membantu saya dlm ilmu produk garden of eden ini, saya juga salah seorang pengguna produk ini.

    ReplyDelete
  2. Ok x produk ni.. Sy baru nk guna muka sy teruk sgt lpas salah pakai pencuci muka.. Jerawat dh mcm campak dh.. Malu sgt org tegur ni. 😭😭😭

    ReplyDelete
  3. Hai..nk berkongsi feedback selepas mnggunakan serum rosa T. Seriesly saya suka sngat pkai serum nie.serum rosa T saya baru apply 2 days.amazing sgt abis jerawat mengecut.merah2 pon hilang disebabkan jerawat bijik2 putih bernanah 2.Puncanya salah skincare.abis muka menggerutu jerawat kecik2 naik ke muka.selepas sapu jek serum 2,esok bangun pagi dh kecut gaiss..saya cuba serum eden nie sbb baca blog nie lah.tq sgt..😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye ke..saya pakai dh seminggu..x de pape pun...huhuhu

      Delete
  4. Admin..kite nak tnye.serum nie boleh apply skli dgn krim malam skincare lain pnya x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. serum ni jenis minyak.. saya pernah campur dengan night cream dari brand lain so far takde masalah tapi saya guna drugstore produk bukan local produk la.. Cuma maybe rasanya better hanya pakai serum ni jangan campur.. sebab tindakbalas setiap kulit takut tak sama.. tapi kalau nak ber eksperimen sendiri tu boleh la cuba.

      Delete
  5. hai,, saya nk berkongsi feedback pakai serum t ni,,mmg berkesan.. produk ni mmg la ambil msa yg lama untuk pulihkn muka yg broken,, tapi dy punya hasil mmg best la.. seriesly,, walaupon harga mhal tapi dy punya kualiti mmg superb.. ���� ,,
    yg mne baru nk mencuba, sangat dialu-alukan..

    ReplyDelete
  6. Saya guna pencuci muka dan acne gel dia. Betullah dia mengecutkan jerawat tapi haih tak tahula parut ni cemana nak hilang :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk parut guna hiruscar je dear , sy dh guna botol ke 6 dh untuk parut , srsly memang parut tu hilang , cuma kene sabar sbb bahan semulajadi lambat berkesan but berkualiti and selamat

      Delete
  7. Dia cuma menhilangkan jerawat jelah eh ? Tidak glowingkan muka mcm kita pakai local product ?

    ReplyDelete
  8. Dia cuma menhilangkan jerawat jelah eh ? Tidak glowingkan muka mcm kita pakai local product ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. local produk high bahan kimia , thats why nk glowing guna bahan dapur je , mcm kunyit or putih telur , biar lambat asal selamat pada kulit

      Delete
  9. nak tanya serum ni yg rosa t tu pakai satu muka atau kawasan jerawat je?? pakai dia sama mcm serum lain ke? cleanser toner serum and then moisturizer?? boleh ke jadikan serum ni ubat jerawat so lepas semua step baru apply serum tu dekat area jerawat??

    ReplyDelete
  10. Kalau ibu hamil boleh tak pakai garden of eden?

    ReplyDelete
  11. Memang best pom produk Garden of Eden nii..

    ReplyDelete
  12. Just nk kongsi sya punya pengalaman.. Mula kenal dengan eden ni.. Atas flight.. Terbaca dari majalah yg dok selit kat belakang seat tu..

    Muka memang hadapi masalah jeragat tebal.. Terbaca iklan eden.. Terus cuba.. Alhamdulillah menjadi.. Bukan setakat pudarkan jeragat cam kita pakai local produk.. Eden terus clearkan.. Cuma kesannya lambat sikit.. Kena sabar.. Dlm sebulan lebih baru nampak kesan.. Mulanya dah hilang sabar.. Tapi usaha tambah lagi sabar.. Memang nampak kesan dia.. Menjadi.. Terus repeat oder.. Bukan pudar tauu.. Jeragat Hilang.. Guna Serum E Pigmentation serum tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke kak memang Berkesan untuk jeragat??? Serum Eden vitamin E ??? Saya Ada masalah jeraagt baru nak berjinak2 ni kat tulang pipi...

      Delete
  13. Hai sis.. Klu eden serum y label hijau tu sesuai utk pudarkan bekas jerawat tak?? I bru nak try beli mgu lalu skg bru nk pki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang hijau tu tak silap scar serum memang untuk pudar & hilangkan parut

      Delete
  14. assalamulaikum sis .. sya pun alami jeragat yg sama. boleh tahu serum yg mana satu utk ilang kan jeragat tu yea , sebab eden ni byk jenis .. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk jeragat yang Rosa E pigmentation serum. Packaging dia warna merah tak silap

      Delete
    2. Ha..saya nak try pakai jugak la.. Ada Satu lagi brand elok jugak Neutrax Therapy Oil..

      Delete
  15. TQ sis . alhmdulillah .. dh 1 bulan pkai rosa e tu mkin kurang dh jeragat . amik masa lama sikit ..

    ReplyDelete
  16. alhmdulillah sis dh makin kurang skit jeragat .. dekat 1 bln jgk lah ..

    ReplyDelete
  17. Saya pakai satin white garden of eden.
    Best bau dia, bau orange. Pastu memang tak berminyak muka macam day cream lain tu. Tak thu la nape satin. Lembut macam satin kut. Sebab pakai dengan compact power ke bedak tabur ke effect dia nampak smooth je.

    ReplyDelete
  18. Hi...muka sya sejak stop produk yg ada merkuri, laani jeragat dh mula berjinak² atas muka. sya google sehinggalah miss google perkenalkan sy dgn produk Garden of eden ni, setelah 2 minggu lebih guna, alhamdulillah, jeragat sy makin pudar, pori² semakin mengecil dan kulit terasa smooth ja. Sy jatuh cinta dgn rangkain produk garden of eden

    ReplyDelete
  19. sis,klw utk kulit kering,sesuai x guna serum yg anti acne tu?

    ReplyDelete
  20. Kalau kulit kombinasi pencuci mana yg sesuai yee....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com