Showing posts with label kulit. Show all posts

KULIT BERMINYAK DAN JERAWAT CUBA DULU SERUM NI

KULIT BERMINYAK DAN JERAWAT CUBA DULU SERUM NIAssalammualaikum. Sudah lama rasanya tak menconteng blog lekatlekit.com ni. Almaklumlah semakin bertambah komitmen hidup semakin kurang masa untuk beramah mesra dengan pembaca blog. Insya Allah.. selagi di izin Tuhan untuk blog ni hidup, masih boleh di capai melalui carian google.

Rasanya dah lama juga saya tak berkongsi produk produk penjagaan kulit wajah yang menarik untuk anda cuba, kan? Jadi hari ini rasa nak kongsi dengan anda produk yang saya baru cuba beberapa bulan sebelum. Alhamdulillah, rezeki di beri peluang oleh pengasas produk Zaffy.co untuk mencuba serum dari rangkaian produk Zaffy.co.

Memang pada mulanya risau juga nak cuba sebab saya memiliki kulit wajah yang agak sensitif dengan sesetengah bahan  yang ada dalam produk penjagaan kulit ni. Tapi memandang dah lebih 2 tahun saya berhenti dari mencuba sebarang produk dan hanya mengamalkan basic skincare iatu pencuci, penyengar, pelembab dan krim pelindung matahari jadi rasa yakin nak mencuba produk serum Zaffy.co. Sebelum menerima produk untuk di cuba dan memberi ulasan terlebih dahulu pengasas produk Zaffy.co ni melampirkan semua dokumen yang mengesahkan produk mereka selamat dan bebas bahan terlarang.

Almaklum lah lambakan produk tempatan yang di kesan mengandungi racun berjadual & beracun persepsi pengguna terhadap produk tempatan terutama yang tidak memasuki pasaran 'drugstore' atau 'farmasi, agak negatif. Jadi pihak Zaffy.co melampirkan semua dokumen bahawa serum mereka melepasi ujian makmal dan tiada mengandungi bahan terlarang. 

 So saya nak share pengalaman menggunakan Zaffy.co serum ni sejak awal bulan december 2022 yang lepas.

Kali pertama sentuh serum ni.. Testur dia macam gel yang pekat. Macam gam pun ye juga. Tapi bila kita sapu ke atas kulit sangat cepat meresap dan tidak rasa berkerim atau berminyak di kulit. Memang ringan dan selesa. Jadi selesa untuk di bawa tidur. 

Masa hari pertama (Saya pakai malam sebelum tidur) dengan menggunakan cara biasa.cuci muka, toner moisturizer dan last layer dengan zaffy.co serum ni. Esok hari tu bila bangun pagi lepas cuci bilas dengan air, kulit saya rasa sedikit tegang & kering tapi bukan seluruh wajah la. Di bahagia tepi mulut, hidung dan bawah mata. Tapi tak ada apa apa masalah serius. Jadi saya cuba mencari solusi lain untuk memastikan kulit saya tidak menjadi kering. 

Cara pemakaian serum zaffy ni, di sarankan hanya dua hari sekali tapi saya tak nak ambil risiko jadi saya cuba dulu seminggu sekali. Selepas seminggu kali kedua saya nak pakai Zaffy.co serum ni, saya guna teknik sandwich macam yang founder produk ni cadangkan sekiranya mengalami masalah kulit kering. Cara teknik sandwich adalah sebelum pakai zaffy.co serum lapiskan dulu dengan pelembab kemudian baru pakai serum kemudian lapiskan sekali lagi dengan pelembab.

kali kedua guna teknik sandwich Alhamdulillah. Kulit tak kering. Mula mula pakai seminggu sekali. Sekarang dah berani apply seminggu 2 kali atau 2-3 hari sekali. Dengan teknik sandwich juga sebab dah tak ada masalah kulit kering. 

Pada awal rasa risau nak cuba tapi sekarang memang saya jatuh cinta dengan serum salacilid asid ni. Boleh nampak perubah kulit tu selepas sebulan saya guna. Parut parut hitam pudar, jerawat pun kurang aktif, kalau ada jerawat cepat kecut, masalah kulit berminyak dah hampir tiada, kulit nampak makin cerah (bukan putih), kulit pun nampak lebih segar.

Bagi saya produk ni sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat cuma nak gunakan produk yang ada bahan aktif macam ni perlulah kukuhkan basic skincare. Kalau jenis memang tak amalkan basic skincare dalam rutin harian risau saya nak recommend produk ni. Jadi kalau nak cuba pastikan basic skincare anda di amalkan sekurang kurangnya 6 bulan. Maksudnya kena hari hari gunakan facial wash, pelembab, toner dan sunscreen. 

Untuk guna serum ni yang paling tak boleh abaikan pelembab dan sunscreen. Wanib Kena pakai pelembab dan sunscreen. Pendek kata basic skincare tu kena di pakai bersama lah. Tak boleh abaikan salah satu. Risau muka anda akan breakout atau sunburn pulak.

Apa yang saya baca dari pengalaman kawan kawan yang pernah guna produk mengandungi salacilid asid ni.. yer kesan dia agak cepat. Saya setuju. Cuma macam saya cakap.. dia tak boleh terus pakai kalau tak jadikan basic skincare sebagai rutin sekurang kurangnya selama 6 bulan. Perbuatan macam ni mungkin merisikokan kulit wajah anda. 

Serum zaffy ni mempunyai bahan bahan aktif yang boleh rawat kulit dan mempunyai bahan bahan pemutih untuk membantu mencerahkan kulit dan memudarkan parut jerawat dan juga jeragat. 

Pada anda yang nak cuba produk Serum Zaffy.co ni boleh cuba tapi kesan penggunaan tu mungkin berbeza. Kalau berlaku iritasi atau tindakbalas yang tidak baik sila hentikan. Mungkin tidak sesuai dengan keperluan kulit anda. Semua produk di pasaran pun macam tu juga. Bergantung pada keperluan dan kesesuaian kulit wajah seseorang. 

Zaffy.co serum ni di cadangkan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti berminyak, berjerawat, kusam dan masalah pori. Boleh cuba sekiranya anda mempunyai masalah kulit seperti yang di cadangkan tetapi sekali lagi di ingatkan tindakbalas pada setiap orang mungkin tidak sama. Samada positif atau sebaliknya. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan produk Serum Zaffy.co ni anda boleh layari laman facebook Zaffy. co di sini Zaffy. co


ESENTIEL COOLING LOTION MERAWAT DEMAM CAMPAK @ CHICKEN POX PALING BERKESAN

ESENTIEL COOLING LOTION MERAWAT DEMAM CAMPAK @ CHICKEN POX PALING BERKESAN.  Kali pertama anak saya kena demam campak sejak 19 July lepas. Sekarang Alhamdulillah sembuh sepenuhnya dah cuma ada parut sikit lagi kat badan. Cuma esok je nak pergi ambil surat pengesahan doktor yang mengatakan dia bebas chicken pox. Sebab tadika anak saya memang macam tu peraturan dia. Jadi kena la ikut.

Esentiel Cooling Lotion. Gambar di ambil lepas dah di gunakan. So memang comot tak hengat. hahahaha

Demam campak @ chicken pox ni kita sedia maklum penyakit yang berjangkit kan.. Jadi kita tak boleh selfish sangat memperjudikan kesihatan anak orang lain. Pastikan betul2 sembuh baru hantar ke sekolah. Bermakna dah tak ada kudis semua tu.. Baru hantar.

Yer tahu anda ibu - ibu yang bekerja tak macam saya. Surirumah je. Boleh la duduk rumah belek anak je ye dak.. Tapi Nak buat macam mana. Tu dah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa kan. Bekerjaya atau tak.. Kita kena jaga sendiri anak kita masa sakit. Tak boleh nak suruh cikgu jagakan. Tu bukan kerja cikgu nak jaga anak orang sakit, ok! Lagipun bukan anak kita je kat tadika atau taska.. Tapi ramai lagi budak budak lain. So, jangan sebab anak kita, anak orang lain berjangkit pulak.

Sebab saya ni duduk dalam kawasan bandar.. selepas campak mula banyak kat badan & muka.. Of course dia jadi tak selesa sebab rasa gatal. Ikut cara tradisi.. Guna daun semambu. Tapi kat sini memang susah dapat daun semambu tapi mujur la ada sepohon pokok semambu yang di tanam oleh seorang india kat parking. Boleh la minta sikit tapi anak saya meraung kalau kita mandikan dengan daun semambu atau tempek dengan bedak sejuk yang di campur daun semambu yang di tumbuk halus tu. Dia punya meraung macam kena histeria pulak..

Ada pergi ambil ubat sapu & makan kat klinik.. Tapi takde la mengurangkan sangat masalah chicken pox. Yelah.. kena ambil masa. So suami saya cuba mencari ubat kat farmasi.. Maybe farmasi suggest dia kot essential cooling lotion tu.

Apa yang best cooling lotion ni memang membantu kurangkan rasa gatal chicken pox tu. Jadi takde la tergaru garu budak tu. Selain tu dia mempercepatkan chicken pox tu kering. Sekali sapu esok tu boleh nampak kesan ada yang dah mula kering. Yang best tak menyebabkan parut pada bekas chicken pox tu kecuali kalau di garu. Mungkin anak saya picky eater juga kot so makanan yang di ambil agak terhad jadi kurang la parut tu.

Tapi memang essential cooling lotion ni mempercepatkan chicken pox tu sembuh. Dalam beberapa hari tu dah nampak kesan banyak yang dah mula kering & sembuh. bau dia pun wangi macam bedak. Jadi takde la terkepit sangat hidung. Harga dia saya tak sure.. dalam RM10++ kot sebotol. Sebotol kandungan dia 200ml.. Tak habis pun guna chicken pox anak saya dah baik.

Boleh di gunakan untuk merawat & melegakan kegatalan pada kulit akibat gigitan serangga

Saya sapu guna tangan je.. Sebab farmasi kata boleh je sapu pakai tangan. Sapu macam kita sapu lotion kat semua tempat yang di tumbuhi chicken pox tu selepas mandi & sebelum tidur. Insya Allah.. lena tanpa rasa gatal. Sebab bila di sapu pada kulit dia rasa mint.. Benda tu yang mengurangkan rasa gatal. Kalau bukan chicken pox pun.. kalau ada masalah gatal kat kulit boleh je sapu, takde masalah.

Sekarang ni nampak macam musim demam campak @ chicken pox kan.. Jadi mana2 ahli keluarga yang terkenal chicken pox tu boleh la ikhtiar merawat dengan esentiel cooling lotion ni. Kalau ikut orang dulu2.. bedak sejuk, daun semambu jer.. Tapi tu la cara hidup dah berubah. Nak cari daun semambu pun susah kan.. So, tak rasa guna ubat ubatan moden. Kita cuma ikhtiar selebihnya Allah yang menyembuhkan.

BUKAN SEKADAR PUTIHKAN KULIT, PARUT DEMAM CAMPAK PUN BOLEH HILANG DENGAN CINDO WHITE

BUKAN SEKADAR PUTIHKAN KULIT, PARUT DEMAM CAMPAK PUN BOLEH HILANG DENGAN CINDO WHITE. Sapa yang tak nak kulit putih, licin berseri macam kulit telur kan. Gila la sapa kata suka kulit kusam, gelap, berlobak & berliku apatah lagi berparut. Cuma beza ada orang sangat ambil berat dengan kecantikkan kulit & ada orang dia bukan tak ada keinginan nak cantik tapi sebab malas dia lupakan keinginan tu hehehehe..


Walaupun kita jaga giler kulit hatta setitik parut pun tak ada tapi kalau Allah nak uji dia bagi demam campak.. Jangan kata setitik.. berpeta la satu badan & muka dengan parut campak ni. Nak hilang memang makan masa lama juga la. Sesapa yang pernah kena demam campak memang tahu la.. Azab masa campak tengah naik tu 1 hal.. azab lepas campak kering & jadi berparut tu pun satu hal.


Tapi zaman sekarang tak perlu risau dah.. Ada produk yang boleh membantu untuk menghilangkan parut campak ni. So, tak payah menangis bawah bantal seolah olah hidup dah musnah sangat la kalau di hinggapi parut campak ni.. Ni ha Cindo white mampu mengatasinya.


Dengan penggunaan yang berterusan produk Cindo White, Insya Allah mampu menghilangkan parut dan memudarkan warna parut tu. Kandungan Shea Butter dalam krim Cindo White sangat bagus untuk masalah ruam, bintik-bintik pada badan dan juga parut .Samada parut luka, dan parut demam campak bukan jadi satu masalah pada Cindo White untuk menyelesaikannya.


Jangan ingat Cindo White ni untuk menghilangkan kesan parut jer.. Kalau dah nama ada White tu dah tentu la ada fungsi memutihkan & mencerahkan juga. Kalau ada mana - mana bahagian tubuh kita yang jadi macam lebam & gelap terutama bahagian lutut, siku, celah ketiak, celah peha & belakang leher tu boleh amalkan Cindo White ni ok! Insya Allah dengan penggunaan consistent akan nampak hasil yang positif. Takde lagi masalah bertompok2 macam panda hehehehe.

Selain tu cindo white ni mampu mengatasi masalah seperti

KULIT KERING
Cindo White mengandungi Vitamin C dan E yang kita sedia maklum la Vitamin tersebut memang baik untuk kulit. Ia melindungi kulit dari sinaran matahari kerana mampu meneutralkan radikal bebas yang terhasil semasa kulit terdedah dengan sinaran matahari ni. Vitamin E ni fungsinya mengekalkan kandungan kolegen dalam kulit. Nak kulit awet muda kena cukup kolegen ok! So kulit yang awet muda adalah kulit yang nampak lembut & lembab. Untuk mengekalkan kesegaran kulit tu sila amalkan cindo white yer. Boleh sapu secara nipis di bahagian kulit kering macam kat lutut, siku, buku lali, kaki & tangan.

KULIT MATI
Yang dah mati tak elok simpan nanti jadi bangkai hehehe.. Macam tu juga dengan kulit mati. Kulit mati ni biasanya berlaku bila kulit kering terutama kat bahagian siku, ketiak, celah jari & tapak kaki. So, korang boleh tanggalkan kulit mati dengan cara menggosok cindo white kat bahagian tersebut. Amalkan setiap hari Insya Allah kulit akan semakin cantik & tiada lagi bangkai2 kulit mati tu hehehehe

BAU BADAN\BAU KETIAK

Bahagian terkepit macam ketiak ni memang senang sangat berbau nak2 lagi time berpeluh. Bau dia memang azab sikit la. Jadi Krim Cindo White ni mempunyai haruman yang mampu mengatasi masalah ketiak berbau atau badan berbau. Caranya korang boleh sapu di bahagian ketiak atau bahagian yang mudah berpeluh & berbau untuk mengurangkan bau badan & ketiak. Boleh jer pakai kat tangan & badan macam losyen tu sebagai pengantin perfume sebab ia mempunyai bau yang harum.

LUKA TERBAKAR DAN MELECUR
Bila terbakar & melecur ni memang akan meninggalkan kesan parut. Ia akan jadi parut kekal kalau tak di rawat tapi boleh atasi masalah ni dengan Cindo White. Ia boleh mengurangkan kesan parut. Kalau consistent Insya Alla parut boleh hilang & kulit pun jadi semakin cantik.

Testimoni Pengguna Yang Berpuas Hati & berjaya

Tapi kena ingat Cindo White ni bukan krim yang boleh memutihkan & mencerahkan segera. Jangan la expect 3 hari terus putih yer.. Untuk mendapatkan kesan perlu la menggunakan secara berterusan & consistent. Kalau seminggu sekali je hangpa sapu.. Tak jamin la berapa lama boleh nampak kesan. Tapi kalau betul2 amalkan memang dalam masa tak sampai 2 minggu boleh nampak kesan positif keatas kulit korang. Sebab ramai yang guna memang puas hati dengan Lotion Cindo White ni..

Bagi yang nak mendapatkan Krim Cindo White ni boleh hubungi 

facebook : MV Cindo Organics
Whatsapp : 018 912 7233

CARA RAWAT PARUT JERAWAT BERLUBANG TANPA MENGGUNAKAN PRODUK

CARA RAWAT PARUT JERAWAT BERLUBANG TANPA MENGGUNAKAN PRODUK. Mesti ramai yang semakin fobia nak guna produk bila semakin banyak produk dari krim timbang kilo di jual dengan jenama2 tempatan berleluasa. Siap ada yang cop KKM bagai.. Packaging pun kemain lawa tak nampak macam produk low class. Tapi di sebalik keindahan packaging & label dia.. Rupanya dia adalah produk krim timbang kilo je yang boleh beli secara borong. Dengan modal 2 - 3 ribu dah boleh jadi pengasas produk. Seram kan? Kalau kita antara mangsa penipuan orang2 macam ni.. mesti fobia juga dengan produk skincare ni.


Maka orang pun mula la nak cari cara atau petua nak merawat masalah kulit terutama muka la kan.. dengan kaedah alami atau semulajadi dengan menggunakan bahan dari tumbuhan atau herba. Salah satu masalah manusia ni.. Masalah parut jerawat. Kalau parut jerawat yang jenis hitam tu.. senang la hilang sebab dia cuma macam atas kulit tapi kalau yang jenis berlubang.. Tak mudah ok malah ada yang sampai mati pun tak hilang.

Punca parut jerawat jadi berlubang macam tu.. Salah satu sebab kita suka picit & garu tempat berjerawat semasa jerawat tengah aktif di muka. Sapa2 yang pernah jadi jurujerawat faham la.. Tengok jerawat tu macam geram je kan.. Dia tak boleh tengok.. mula picit lepas tu jadi ketagih & asyik nak picit... kesudahnya bila jerawat tu dah kecut akan meninggalkan kesan parut yang berlubang & berlobak kat muka. Aku kalau muka naik jerawat sekarang untuk elak dari picit aku tempek bedak sejuk.. Tak tau kenapa kalau tempek bedak sejuk, tangan aku jadi auto tak picit jerawat mungkin sayang takut bedak sejuk tu terhakis kalau dok garu2 kot. hahahaha

Kalau hangpa mengalami masalah parut jerawat berlubang ni.. Tapi takut nak rawat guna sebarang produk.. ada petua menggunakan bahan2 semula jadi anda boleh amalkan. antaranya..

1. Masker Tomato
Seperti yang kita sedia maklum.. Tomato memang sangat baik untuk kulit sebab tomato Tomato mengandungi banyak vitamin dan nutrien yang boleh mengecutkan liang, jadi ia mampu menutup parut jerawat berlubang. Tomato boleh membaiki kerosakan kulit ke tahap selular. Jadi Tomato sangat berkesan untuk hilangkan parut jerawat berlubang dengan lebih cepat cuma kena consistent la amalkan benda ni.

caranya
Hiris buah tomato nipis nipis, kemudian letakkan kepingan tomato yang di hiris ke bahagian kulit anda yang berparut. Boleh jugak hancurkan tomato kemudian sapu di bahagian parut macam pakai mask. Biar lebih kurang 20 minit kemudian cuci dengan air bersih. Amalkan sekali sehari, Insya Allah parut jerawat yang berlubang akan semakin pudar & rata.

2. Timun
Timun pun antara bahan yang sangat berkesan merawat parut jerawat berlubang ni sebab khasiat dia lebih kurang sama macam tomato jugak. Timun ni mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat, membuang sel sel kulit mati, membersihkan habuk & kotoran & membersih sisa sisa makeup. Selain tu timun juga mampu menegangkan kulit & menanggalkan sel sel kulit mati.. so dia mampu memudarkan jerawat & parut.

caranya :
Potong timun nipis nipis kemudian letak kepingan timun di bahagian parut. Biar sehingga 15 - 20 minit selepas tu baru cuci dengan air. Untuk kesan yang cepat lakukan sehari sekali sehingga parut jerawat hilang

Sebenarnya tak susah cuma yang jadi susah tu sebab tak rajin je. Macam aku dulu rajin jugak buat ikut petua orang dulu dulu guna bahan semulajadi ni.. Memang berkesan tapi lama2 jadi malas. Macam nak cerahkan kulit,licinkan kulit & pudarkan parut jerawat ni boleh juga guna beras yang di sangai kemudian di blend halus.. Campur dengan telur putih & sapu kat muka macam masker. Amalkan setiap hari serius tak sampai sebulan boleh nampak hasil. Malah kesan drastik pun boleh rasa selepas pakai masker beras & telur ni tau. Rasa kulit hangpa macam kulit telur gitu. Licin baq hang!! hehehehe

Apapun semoga perkongsian kecil ni memberi manafaat besar kepada orang lain. Yang mana rajin cuba la kan.. Guna bahan2 semulajadi ni tak ada risiko kalau pun mungkin kesan dia lambat. Nak cepat memang kena guna produk tapi kena hati hati la pilih produk jangan sampai hangpa tenyeh racun kat muka sudah.

YANG BERPANAU & BERKURAP CUBA LA RAWAT DENGAN GLOW GELENGGANG

YANG BERPANAU & BERKURAP CUBA LA RAWAT DENGAN GLOW GELENGGANG. Sapa ada masalah yang di sebut kat tajuk entri tu? antara masalah kulit yang boleh buat kita hilang keyakinan diri juga tu selain tidak selesa pada bahagian kulit. Nak2 lagi kalau dia hinggap kat bahagian yang orang boleh nampak.. Lagi la rasa down terus kan. Banyak produk kat pasaran untuk rawat masalah tersebut tapi bukan semua produk sesuai untuk semua bahagian kulit terutama muka la kan.. Kadang2 ada produk dia agak 'keras' tak sesuai untuk di sapu pada bahagian jangkitan kulit muka ni. Muka ok! Antara aset penting jugak tu...


Macam masalah kurap, panau,kudis bagai ni kan.. Kalau orang dulu dulu guna daun gelenggang untuk rawat. Memang daun gelenggang ada khasiat yang merawat & menyembuhkan jangkitan pada kulit ni. Memang terbukti benda tu berkesan melegakan penyakit tersebut tapi kalau dah hang duduk tengah2 bandaq ni.. Nak2 lagi hang daun gelenggang pun memang tak pernah tengok. Mana hang nak cari?? Takdak la dia tumbuh liar tepi2 jalan macam lalang tu.. Tumbuhan herba dia selalu tumbuh dalam hutan kan.. Jadi memudahkan kita para pengguna yang memerlukan khasiat daun gelenggang maka produk berasaskan daun gelenggang di hasilkan. Antara produk tu.. ada produk Glow Gelenggang. Apa yang best pasal produk ni??

Set Produk Glow Gelenggang

Kami cuba guna selama 2 minggu ok! Bukan dua hari terus tulis review ni.. Selama dua minggu kami sental muka kami dengan sabun herba glow gelenggang yang cantik & wangi macam bau vanila tu. Sedap ok menikmati bau dia sambil mencuci muka kami yang penuh noda ni. Boleh rasa mint (berangin/sejuk) ja bila guna sabun glow gelenggang. Nak2 lagi musim panas cuci muka guna sabun ni memang rasa nyaman & dingin sekali ok! Kesan drastik boleh rasa lepas cuci tu.. Kulit rasa bersih & lembut jer... Selepas dua minggu masalah kulit kering tu terawat jugak la. Tak dak la berbulu sangat nampak muka bila pakai bedak kan.

Organic Herbal Soap Glow Gelenggang

Herbal Oil Habatus Sauda dia pun wangi yang amat.. Dah la macam gula merah minyak dia, bau pulak macam vanila. Rasa nak jilat jilat pulak. Fungsi dia untuk merawat bahagian kulit yang terkena jangkitan macam gatal, kurap, panau, kudis bagai tu.. Kalau gatai2 tu kami sapu jugak la. Alhamdulillah mampu memberi kelegaan pada kegatalan tersebut. Kalau nak guna daily sebagai skincare pun boleh. Boleh guna pada kulit wajah.. dont worry.. Tapi kena kuat iman la. Ia boleh menyebabkan anda rasa makan jer sebab bau dia sangat sedap ok. Anak kami pun kami sapu juga kalau dok tergaru2 lepas tu jadi berkudis sebab kesan luka garu tu. Insya Allah tidak menyebabkan apa2 kesan alergik atau kesan buruk pada kulit kanak kanak.

Secara ringkasnya produk Glow Gelenggang ni untuk merawat masalah

#Gatal
#eczema
#panau
#kurap
#psoriasis
#Kudis Buta
#Resdung

Kalau jenis sabun ni kadang2 ada yang jenis cepat cair tapi Herbal Soap Glow Gelenggang ni kami guna dia tak cepat cair bila kena air. So, tak payah la nak potong 4 bahagian semata mata nak jimat supaya dia tak cepat habis. Nak buat sebagai sabun badan pun boleh kalau hangpa ada masalah gatal2 pada kulit badan. Seketoi tu kami guna dah 2 minggu pun tak luak mana lagi. 2 kali sehari tau kami guna.. Bukan 2 minggu sekali.

Organic Herbal Oil Glow Gelenggang + Habatus Sauda

Ni penting.. Apa2 produk pun orang nak beli orang sekarang nak tau apa kandungan bahan yang terdapat dalam produk tersebut. 

Bahan yang di gunakan untuk Sabun glow gelenggang

Herba gelenggang
Habatus Sauda
Susu Kambing
Minyak Argan
Minyak Zaitun
Menthol

Kalau hangpa berminat la nak cuba kat diri sendiri atau anak anak boleh la hubungi/layari

Fb page : Glow Gelenggang
Whatsapp : 014 5445951

Insya Allah dengan penggunaan berterusan & cara yang betul boleh memberi kesan positif pada masalah jangkitan pada kulit anda. KIta berikhtiar yang menyembuhkan Allah SWT tapi sebagai manusia kita wajib berusaha mencari penawar setiap penyakit.

PENGALAMAN GUNA LOSYEN PUTIH AJAIB ROZITA CHE WAN

PENGALAMAN GUNA LOSYEN PUTIH AJAIB ROZITA CHE WAN. Amboi lekatlekit sekarang dah guna produk retis katanya. Of course la beb! I kan blogger retis.. haruslah pakai produk retis2 je ok! Tu dia.. statement minta kena ludah beramai ramai. Baru pakai losyen che ta dia punya kerek setinggi KLCC katanya.. Mesti la kerek.. Hangpa ada pakai losyen che ta? Tak dak kan? hahahaha

Losyen Putih Ajaib RCW (Rozita Che Wan)

Alahai.. melawak sikit pun tak boleh ka? Jangan risau pakai losyen che ta ka.. losyen cik ti ka kami sama ja macam tu. Apa yang kami guna kami share dengan hangpa semua. Kami tak kedekut nak share apa2 perkara yang mungkin boleh membantu orang lain. Orang kata benda baik elok share kan.. Moga sama2 kita dapat kebaikkannya.

Baru2 ni kami cuba satu losyen Putih Ajaib Rozita Che Wan @ RCW. Memang berbunga bunga hati kami dapat merasa guna losyen retis ni tau.. Tapi best ke tidak lepas guna losyen che ta ni? Ajaib sangat ka? Boleh putih dengan segera ka? Boleh memutihkan kulit ka? Boleh putih macam che ta ka?

Amboi.. Bertubi tubi soalan tu. Yalah.. Kita selalu tengok artis2 kulit gebu gebas dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Bila nak guna produk yang artis jual mesti la kita harap kita pun nampak cantik macam artis tu jugak kan... Soalan biasa orang tanya bila nak beli produk pemutihan so kami just tulis balik ja la.. persoalan tu semua.. Ok meh kami jawab satu persatu berdasarkan pengalaman kami..

Best ke guna Losyen Putih Ajain Rozita che wan ni?

Best ok! Sebab kami dah try. Pengalaman kami guna losyen ni apa yang kami boleh cakap tentang losyen ni adalah.. losyen ni tidak berlengas, melekit atau berminyak. Bila pakai akan rasa kelembaban pada kulit. Kami ni kan tak suka pakai losyen sebab kami tak suka rasa melekat lekit tu kat kulit walau blog kami lekatlekit. hahahaha.. Jadi Losyen Putih Ajaib ni memang rasa selesa bila di sapu pada kulit. Bau dia memang wangi yang menyelesakan hidung. At least kalau nak keluar ke hapa.. Pakai losyen ni pun kalau rasa tak nak pakai perfume pun dah cukup wangi bagi kami. At least kalau ada bau belacan ke hapa yang jenis melekat walau dah di basuh boleh jugak la cover dengan bau losyen che ta ni kan. Almaklum orang dapur macam kami ni.. At least peminat bersalam dengan kita melekat juga la bau wangi dari tapak tangan tu kat tapak tangan depa bukan bau belacan. hahahahaha

Boleh putih dengan segera ke?

Yer boleh putih on the spot.. Bila kita sapu je kat kulit akan nampak perbezaannya. Tu untuk instant whitening. Untuk putih yang berpanjangan & kekal boleh nampak kesan sewal 7 hari penggunaan secara consistent. Kalau amalkan selalu akan buat kulit jadi gebu & lembut. Tapi kalau sebulan sekali je hang pakai.. Tunggu la 5 tahun akan datang la kot baru dapat nampak kesan pemutihan tu. Apapun produk yang kita nak nampak kesan dia perlu di pakai secara konsisten ok! Kalau malas hang mandi clorox ja kalau nak putih. hahahaha

Ni testimoni yang aku sendiri cuba. Memang nampak perbezaan sebelum & selepas sapu Losyen Putih Ajaib

Ni soalan yang orang akan tanya jugak? Produk ni selamat ke? Ada kelulusan KKM?

Jangan risau produk ni ada kelulusan KKM. Boleh check KKM - NOT160101051 K. Jadi dengan No KKM yang di beri anda boleh buat semakkan. Jadi tak perlu was was kalau nak gunakan. Ni bukan produk timbang kilo ok! Almaklum la zaman sekarang lambakkan produk timbang kilo risau jugak kan. Manatau retis pun nak kaya cepat keluarkan produk timbang kilo ke hapa kan. Tapi jangan risau dengan pengesahan KKM insya Allah selamat untuk kulit.

Selain memutihkan kulit ia membantu menyelesaikan masalah seperti berikut :

1. Kulit hitam kusam
2. Regangan kulit (strech mark) 
3. Parut Kudis 
4. Bekas jerawat 
5. Tumit kaki merekah 
6. Ruam lampin bayi

Kalau ruam bayi pun boleh gunakan losyen ni tak perlu risau la dengan kandungan produk ni. Dah terbukti selamat untuk kulit. Tapi semua orang boleh cakap selamat untuk kulit tapi betul ke selamat? Jadi kena juga bagitau apa kandungan yang terdapat dalam produk ni. Antara bahan yang di gunakan bagi menghasilkan Losyen Putih Ajaib ni adalah..

1.Minyak Bunga Matahari - Anti radang kulit Eczema Melembapkan kulit & kaya Vit E dan Antipenuaan. 
2.Gliserin - Melindungi kulit dari cahaya matahari Mencerahkan kulit Anti penuaan 
3.Marine Kolagen- Memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Mengekalkan kelembapan kulit dan mencegah kedutan. Memulih masalah kulit (mestimulasi sel baru) Mencerahkan kulit Antipenuaan
 4.Aqua (ikon mineral water) - Mengencang dan menghaluskan kulit Menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit Melindungi dari radikal bebas. 
5. Vitamin E & C yang diperlukan kulit. 
6.Haruman Wangian Precious by Rcw

Walau ramai dah tahu macam mana nak guna losyen ni tapi kadang2 ada jugak orang macam confuse.. Sebab bagi dia setiap brand tu mungkin ada perbezaan cara menggunakannya. Jadi bagi tak buat hangpa tertanya.. Kami bagi tutorial siap - siap la yer..

Picit 2cm je tak payah banyak..sapu pada kawasan yang hendak diputihkan atau yang bermasalah seperti Tangan, Celah paha, Pelipat kaki, Strech mark, Parut, Tumit kaki merekah, Lutut & Siku atau mana2 tempat yang bermasalah untuk di rawat atau di putihkan. Kalau rasa celah telinga hitam pun boleh jer sapu kat telinga. Apa ada hal kan? Guna 2 kali sehari pagi & malam selepas mandi. Sebelum mandi tak payah nak sapu sangat.. Kang losyen bercampur gaul dengan daki2 jadi cekodok pulak kan kulit hangpa. hehehehe. Bukan apa.. lepas mandi tu kulit tengah lembut & sejuk lagi so senang nak menyerap ke dalam kulit.

Putih Ajaib Hand & Body Whitening Lotion With Collagen Anda Vitamen E

Harga dia takde la mahal mana.. Walaupun ada nama Produk retis katanya harganya cuma RM35.90 (semenanjung Malaysia) & RM37.90 (sabah/Sarawak). Kandungan adalah 110ml. Banyak ok. Sekiranya berminat nak cuba.. Tak payah susah nak cari contact number che ta.. Ingat senang che ta nak balas whatsapp hangpa.. Boleh je beli dengan pengedar dia iatu...

No. Tel : 0169583222 (Amira)
Hotline : 1-800-222-000
Facebook : HQ PutihAjaib
Instagram : Hq putihajaibbyrcw

Mana2 peminat che ta tu elok la beli produk ni.. Sebabnya anda boleh dapat tandatangan che ta kat losyen putih ajaib. Tak caya.. meh nak tunjuk..

Tengok ni? Tu kan autograf Rozita Che Wan @ Che ta? hahahaha

INI PENYEBAB BERLAKUNYA JERAWAT BERNANAH

INI PENYEBAB BERLAKUNYA JERAWAT BERNANAH. Bagi yang pernah mengalami masalah jerawat ni rasanya biasa kot di hingapi jerawat jenis macam bernanah. Kalau tak banyak pun seketoi dua tu ada jugak kadang2. Selebihnya jenis jerawat yang bonjol yang merah2 macam bukit tu orang panggil jerawat batu ke hapa.  Sebagai bekas jurujerawat yang kadang2 masih ada sebiji dua menyinggah bertanya khabar kat muka aku ni.. Of course la aku pernah di hantui dua jenis jerawat tu. Pendek kata jerawat pasir ke, jerawat bukit ke atau jerawat gunung berapi yang ada larva putih kuning tunggu masa nak meletop ke semua pernah merasa dah. Kira luas jugak la pengalaman aku dengan jerawat ni kan.. hahahaha


Tahukah anda... Apa sebenarnya cecair pekat kekuningan yang macam nanah dalam jerawat tu? Ok ok.. aku tau korang tak tau. Saja je tanya sebab nak bagi nampak pandai sikit dari hangpa sebab aku dah tau apa benda cecair pekat kekuningan dalam jerawat gunung berapi. Jadi sebagai seorang yang nak berlagak pandai sekejab meh sini baca apa yang nak aku taip ni & hadam betul betul..

Sedikit info bagaimana berlakunya nanah ni.. Nanah adalah bahan bewarna kuning keputihan atau kuning kehijauan yang hadir dibahagian yang dijangkiti bakteria, termasuk luka kecil, seperti jerawat, dan jangkitan dalam, seperti bisul. Nanah kebanyakannya terdiri dari sel darah putih dan bakteria mati, termasuk juga buangan keradangan. Apabila jangkiti pada luka, akan berlaku 'nanah' , dan perlu dicuci dengan antiseptik.

Untuk jerawat bernanah pulak.. Cecair pekat putih kekuningan (nanah) itu sebenarnya terbentuk disebabkan kalenjar sebum kulit kita merembeskan minyak secara berlebihan. Oleh itu benda putih kekuningan itu adalah minyak yang berlebihan dan bercampur dengan bakteria. Ramai jurujerawat di luar sana suka picit sebab nak bagi cepat surut jerawat tu walaupun rasanya ramai dah tahu kan.. cara macam tu sebenarnya salah & boleh merosakkan kulit muka sebab kalau salah cara kita pecahkan jerawat akan menyebabkan jangkitan bakteria & mengakibatkan masalah jerawat jadi semakin serius. Selain tu.. cara tu jugak boleh menyebabkan parut pada bekas jerawat. Jadi seeloknya jangan pict biarkan dia pecah sendiri. Boleh rawat dengan apa2 produk mengecutkan jerawat.. salah satu aku pernah guna acne gel garden of eden. Cari je kat farmasi ada je jual.

Sebagai jurujerawat kita kena jugak tahu asal usul jerawat yang berkampung di muka kita kan.. Penting untuk kita tahu bagaimana ia terjadi untuk kita ambil langkah membasmi atau mengelakkan dia kembali bermastautin di daerah kulit terutama di bahagian muka. Spesis jerawat ni memang pendatang tanpa izin yang tak tau malu sikit tapi kedatangan dia selalu memalukan kita, kan? hehehehehehe...

Moral of the story.. Kalau muka berjerawat sila rawat jerawat dulu tak payah sibuk sangat nak nak tambah collagen dalam muka bagai nak bagi sentiasa awet muda.. Kalau muka berjerawat memang muka tak nampak awet sangat dah.. Lepas dah settle masalah jerawat baru ke step seterusnya untuk mengekalkan kemudaan pada kulit. Salah satu produk korang boleh try untuk awet muda yang ni >> Yang Nak Sentiasa Perasan Muda Boleh Try Produk Ni <<

LAGI PENDEDAHAN KULIT MUKA ROSAK SELEPAS GUNA LOCAL PRODUCT NI

LAGI PENDEDAHAN KULIT MUKA ROSAK SELEPAS GUNA LOCAL PRODUCT NI. Sebelum ni dah kecoh pasal local produk ni katanya masa consistent memang la gebus gebas kulit muka kau! Kalau kau tinggal paling lama seminggu kau akan nampak malapetaka yang akan berlaku pada muka kau yang menggebu gebas lepas guna produk tu. Ni terjumpa lagi satu perkongsian dari pengguna local product yang tengah kontroversi ni.


Kisahnya.. dia tertinggal 3 hari je tak pakai cream dari produk tu.. tetiba muka yang gebu gebas naik jerawat2 halus.. Lepas ni apa lagi alasan seller2 & pengasas produk tu nak bagi. Sebelum ni dok blame konon yang kulit muka rosak guna fake produk.. Tapi sampai sekarang depa tak lampirkan bukti2 yang mengatakan produk mereka sangat selamat bebas merkuri & chemical.. cuma konon tengah bincang dengan lawyer untuk saman menyaman jer.. Kau nak saman sapa? Pengguna yang kulit depa rosak tu ke? hahahaha


Aku memang agak pelik kenapa bila berlaku masalah macam ni mesti timbul isu 'produk tiruan'. Local product ni memang senang di ciplak ke camna.. sebab tak pernah lagi aku dengar produk2 yang dok jual kat farmasi macam bio essence. eucerin..  atau produk yang mahal sikit macam SKII, bagai ada isu 'Fake Product'. Asal local produk bila pengguna mengadu kulit rosak je mesti tuduh pengguna guna fake product. Ke hangpa jual produk timbang kilo? Tu sekadar pertanyaan bukan tuduhan ok.

Naik seram pulak aku bila banyak pendedahan berani mati yang di dedahkan oleh pengguna selepas menggunakan local produk ni. Please la.. Kalau pun nak jadi jutawan produk kosmetik ke hapa.. Jangan memperjudikan kesihatan & keselamatan pengguna. Jual la produk yang betul2 dah di uji & di sahkan selamat. Bukan kau sahkan sendiri produk kau tu selamat ok!.. Bukan nak kondem bisnes orang tempatan tapi bila berlaku benda2 macam ni.. kesian jugak la pada mangsa2 keadaan. Sebab aku dulu pun pernah menjadi mangsa local product jugak. Nanti orang hilang kepercayaan pada local product sebab isu2 macam ni walaupun bukan semua local product tu tidak selamat.

Kepada mangsa product skincare tu aku rasa korang patut buat laporan kepada pihak2 yang boleh mengambil tindakkan terhadap pengasas produk yang menjual produk2 yang tidak selamat ni. Setakat viral tanpa tindakkan susulan pun tak boleh sebab ada orang kulit dia kebal.. bila pakai tak nampak kesan buruk untuk jangkamasa pendek so dia tetap akan terpedaya. Takut jangkamasa panjang hilang hidung ke.. mata ke buta ke.. muka berlubang ke hapa kesian jugak kan. Kalau betul produk tu tak selamat sepatutnya pihak berkuasa kena haramkan penjualannya.

Moral of the story.. apapun pilihan di tangan kita.. Tak mampu nak beli produk selamat sebab mahal guna je cara lama.. Guna bahan2 semulajadi.. Kalau jerawat kau tenyeh je kunyit hidup, nak kulit licin puth gebu guna putih telur buat mask katanya. hehehehe

KULIT BERJERAWAT TERUK AKIBAT GUNA PRODUK BERMERKURI BOLEH CUBA RAWAT DENGAN PRODUK NI

KULIT BERJERAWAT TERUK AKIBAT GUNA PRODUK BERMERKURI BOLEH CUBA RAWAT DENGAN PRODUK NI. Sekarang tengah hot pasal isu local produk yang katanya ada mercury & chemical yang banyak sehingga menyebabkan ada di antara pengguna produk ni mengalami masalah kulit wajah yang serius.. Bukan setakat berjerawat.. siap jerawat bernanah lagi. Selain katanya menyebabkan jerawat selepas stop pakai produk tu lepas seminggu.. ada juga yang kata kulit timbul bintik2 putih di muka..Tak tau adakah betul produk ni banyak mercury & chemical kena tunggu penjelasan dari pengasas produk tu la. Nak tahu jugak kat mana dia buat ujikaji produk dia. kalau dia kata produk dia selamat bebas chemical & mercury kan. Mesti kena ada satu pihak yang mengesahkan tentang tu.. So tunggu je sebab benda ni pun mula jadi viral.


Bila baca ramai yang terkesan pada local produk tu.. Ada yang tengah guna & nak stop tapi takut menerima kesan yang sama.. Jadi kat sini aku nak share satu produk berasaskan bahan semulajadi. Natural produk jugak la tapi tidak la mahal sangat.. Produk ni senang korang boleh beli kat mana2 farmasi, guardian,watson atau kalau kat tempat korang susah nak jumpa watson & guardian ni boleh je beli melalui website lazada. Sebab Guardian ada jual barang kat website lazada. Kat pasaraya setakat ni tak jumpa pulak ada jual. Sebab produk memang aku guna jadi aku berani la nak rekemen. Selama aku guna memang tak bagi apa2 pun kesan buruk walau kadang2 aku stop bila aku curang dengan produk2 lain. On off guna pun dia menyumpah muka korang jadi bukan bukan jangan risau. hehehehe

Ada yang masih tak tau tentang produk Garden Of Eden. Bukan produk baru yer.. dah lama ada kat pasaran. Pengalaman aku sebelum ni la.. Bukan tak pernah tersalah guna produk. Malah dulu aku juga salah seorang pengguna tegar local skincare dulu. Banyak jugak jenama aku try tapi masa tu sangat jahil tentang produk skincare. Normally produk yang aku guna cream dia memang melekit. Tu salah satu ciri2 produk yang ada mercury. Bila pakai tu elok la.. Bila stop jerawat meriah berpesta muda mudi kat muka. Tapi time tu dok rasa kulit aku ni jenis memang mudah berjerawat tak fikir pasal kesan daripada produk yang ada mercury. Yelah time tu mercury pun tak tau apa benda hahahaha.

Bila terjebak dalam dunia blog kadang2 perlu review produk skincare ni. Ada produk yang tak sesuai dengan kulit atau terlampau mengejut tukar produk akan effect jugak kat kulit. Bila berlaku macam tu selalunya untuk merehat & menaturalkan balik kulit yang terkesan akibat penggunaan produk yang tak sesuai atau produk tu mungkin mengandungi mercury atau chemical yang berlebihan.. aku akan guna Garden Of eden Rosa T Mild Cleanser. Harga dia antara RM18 - RM21 untuk 100ml. Harga memang tak tetap. Lain tempat lain harga. Cleanser dia memang berbau natural takde bau wangi ke masam ke hapa. Dalam seminggu guna kalau ada keradangan kulit macam jadi merah2 ke hapa.. dia akan reda. Kalau jerawat.. jerawat akan mula kecut & kering.

Garden Of Eden Rosa T Mild Cleanser. Ni memang sentiasa ada stok. Walau aku guna produk lain yang ni tetap aku simpan jugak. Untuk mengelakkan berlaku masalah jerawat kalau tersalah pakai apa2 produk

Aku pernah mengalami masalah jerawat yang serius jadi aku pernah guna Tripple Action Acne serum garden of eden. Masa tu aku beli harga dalam RM31++ untuk 5ml. Aku pakai 2 botol serum dalam tempoh sebulan memang masalah jerawat tu berjaya di selesaikan.
Garden Of Eden Rosa T Tripple Action Acne Serum

Atau boleh guna bersama Garden Of Eden Acne Gel.. Yang ni selalu aku stanby kat rumah. Yelah.. kadang2 tumbuh jugak sebiji dua jerawat merenyam time2 bulan nak mengambang. Almaklum la perempuan kan.. Jadi kalau ada jerawat singgah.. aku sapu je. nanti di kecut la.

Garden Of Eden Rosa T Acne Gel

Produk Garden of eden ni kalau kau nak harap muka kau jadi glowing, flawless atau gebu macam Emma Maembong tu mungkin tidak la untuk set jerawat. Dia memang semata mata merawat jerawat tapi sangat berkesan. Cuma bila guna Rosa T Mild Cleanser tu aku nasihatkan guna juga apa2 pelembab sebab bila nak rawat jerawat ni dia akan keringkan sikit kulit sebab nak keringkan & kecutkan jerawat tu. Tapi tahap kering dia tu tak sampai la mengelupas cuma kita boleh rasa kulit kita kering sedikit. Tapi kalau guna dengan Acne & scar serum tu.. Dia akan melembabkan kulit sebab serum dia macam minyak pati tumbuh tumbuhan. Tapi sekarang tengok dah ada Satin White cream tu mungkin membantu mengimbangi kekeringan kulit la kot.  Sebab aku belum pernah try yang satin white cream tu tak tau la effect dia macam mana.Kulit jadi licin macam kain satin ke hapa.. Try la hangpa guna nanti bagitau aku. hehehehe. Aku cuma share yang aku pernah guna la..

Produk Garden Of Eden Untuk Set Jerawat

Produk Garden Of eden sebenarnya ada banyak set bukan untuk jerawat jer.. untuk pigmentasi pun ada. Cuma rasanya dia tak jual dalam bentuk set dia jual single2 macam tu. Tak tau la kot2 hangpa pi cari jumpa dia jual set macam kat dalam gambar tu kan. Tapi setakat ni yang aku jumpa semua jual single je. Tapi untuk apa2 masalah kulit kat packaging dia tu dia akan mention untuk kegunaan apa. Atau korang nak survey tentang produk ni boleh tengok kat Facebook Garden Of Eden.

Garden of eden adalah produk berasaskan ektrak tumbuh tumbuhan. Memang bebas chemical. Kesan dia bukan macam produk yang ada mercury.. 3 hari boleh nampak kulit gebu, jerawat hilang bagai. Semestinya tidak begitu cepat. Dia merawat perlahan lahan.. selepas seminggu tu kalau masalah jerawat.. jerawat akan stop & mula kering/mengejut sikit demi sedikit. Tapi antara produk yang berkesan aku cuba untuk masalah jerawat. Jadi guna produk2 natural macam ni memang kena sabar & istiqomah yer. Tapi jangan risau Insya Allah.. dapat membantu masalah jerawat yang berbunga mekar di wajah masing masing.

Kesimpulannya.. semua orang nak kulit cantik macam gambar guna applikasi kamera 360 tu.. Takde sapa nak kulit muka macam kawah bulan atau macam kodok.. Tapi dalam mengejar kecantikkan tu please jangan jadi obses nak cantik dalam kadar segera. Bila kulit kita ada masalah kalau merawat cara selamat memang ambil masa untuk nampak hasil. Kalau boleh dapat kesan yang terlalu cepat mungkin anda perlu meragui sesuatu produk tu. Mungkin sedikit siasatan perlu di lakukan. Nak cantik tu kekal berpanjangan memang kena cari produk yang tidak mengandungi bahan kimia & mercury. Yup.. Natural produk adalah salah satu pilihan yang selamat.

INILAH PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE

INILAH PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE. Ni tetiba buat entri pasal pengasas Tati Skin Care kau pun terjebak guna produk yang katanya berkesan dalam masa 3 hari & jerawat settle dalam masa 7 hari. Bukan kau shopping skincare kat guardian je ke? Rasanya guardian takde jual produk Tati Skincare ni kan.. Yer betul. aku guna skincare yang jual kat Guardian je. Aku bukan salah seorang pengguna Produk Tati Skincare pun & aku sesungguhnya tidak berani nak ambil risiko guna produk ni.. hahahaha. Hanya yang berkulit kental & kenyal je boleh guna produk ni. Yang berkulit lemah semangat macam kulit aku tak payah la nak cuba - cuba hahahaha


Produk ni sesungguhnya feedback pengguna yang aku baca ada Pro & contra. Ada yang kata kesan dia memang sangat memuaskan hati & ada yang komen sangat mengecewakan.. Sebab aku tak pernah guna komen aku cuma menakutkan je baca feedback dari bekas bekas pengguna produk ni.


Mungkin ramai yang tak kenal siapa pengasas produk yang tengan 'In trend' sepanjang 2016 ni & bakal jadi kontroversi untuk tahun 2017 katanya hehehehe... Pengasasnya bukan seorang lelaki berpewatakkan lembut tapi perempuan original yang bertudung. Perempuan melayu jugak. Nama pengasas produk ni adalah Nurhayati Hashima. Mengikut hasil siasatan aku melaui Facebook.. Beliau berasal dari Pasir Mas Kelantan & menetap di sana jugak. Katanya belajar kat UM Kelantan.


Tu je la yang aku tahu. Bila dia mula mengeluarkan produk Tati skincare ke hapa tak jumpa pulak info pasal tu. Jadi pada mereka mereka yang tertanya tanya siapa gamaknya pengasas produk yang meletop bagaikan pop corn baru masak ni hope dah berkenal kenalan yer. Putih gebu orangnya. Padan la jadi pengasas produk kecantikkan pun. takde la orang pertikai dia keluarkan produk skincare pun hahahaha. Macam aku kalau jadi pengasas produk kecantikkan mungkin kena kecam. Almaklum.. even bebas jerawat pun takde la gebu gebas lagi. Masih banyak perlu di repair kat muka aku ni hahahahaha.. Jadi sapa nak berkolabrasi untuk review kat blog lekatlekit.com ni & ada produk best nak suruh aku test, manatau aku boleh jadi testimoni berjaya kalau betul2 produk korang tu berkesan kan. Jadi boleh la email lekatlekitgurl@yahoo.com. Syarat produk korang bukan produk yang banyak chemical & mercury, ada pengesahan KKM, GMP, Halal (kalau ada salah satu daripada 3 tu pun ok. Tapi paling penting KKM & Halal la) yang sah bukan setakat print sticker kat kotak produk bila di semak tak pernah pun dapat pengesahan atau kelulusan KKM, GMP atau Halal JAKIM.

Kalau korang nak share untuk orang lain mengenali siapa pengasas produk Tati skincare ni pun boleh.. share je pada button2 social media yang ada kat sebelah kiri & bawah artikel ni. Manalah tau ramai lagi yang masih tercari cari siapa sebenarnya pengasas produk ni. Mungkin depa ada urusan nak kenal juga siapa pengasas produk tati skincare kan.. hehehehe

P/S : Ramai kan orang kelantan yang jadi pengasas produk kecantikkan ni. Senang dapat stok kot hehehehe

PENGALAMAN NGERI SELEPAS GUNA PRODUK TA** SKINCARE.

PENGALAMAN NGERI SELEPAS GUNA PRODUK TA** SKINCARE. Antara produk local skincare yang tengah In-trend jugak sekarang. Dari hasil pembacaan aku dari pengalaman mereka yang pernah guna.. kesan selepas guna produk ni ada yang kata ok.. Cantik, gebu, licin terutama yang ada masalah jerawat tapi tak kurang jugak ada yang memberi feedback negatif selepas stop atau tak consistent guna produk ni.. Mula la episod mimpi ngeri. Serius.. aku sendiri kurang berminat guna local skincare sekarang sebabnya pengalaman aku sebelum ni banyak jugak guna local skincare pelbagai jenama ni.. Masa tu kategori jahiliah lagi la.. Masa guna ok.. lepas stop muka kembali jadi 'jemah jelmaan'. Jerawat subur bagai di baja.. tona kulit pun jadi pelbagai warna, kusam & tidak sekata. Selepas stop guna local skincare.. aku beralih membeli produk2 kat farmasi.. dari start try Bio Essence sampai sekarang macam2 produk aku dah try semuanya produk farmasi atau yang ada clinical approve. Alhamdulillah.. masalah jerawat aku anggap selesai la sekarang. Takat jerawat sebiji dua miang miang buluh rebung tu.. ada la. Lepas tu dia kecut tamat la riwayat dia kat situ.



Tadi terbaca satu perkongsian dengan bekas pengguna produk Ta** skincare. Kalau tengok pada gambar yang dia kongsi memang menakutkan terutama orang macam aku yang pernah pegang jawatan 'Jurujerawat' ni. Even masalah jerawat dulu tak seteruk tu pun kita dah rasa muka macam kodok inikan kalau mengalami situasi macam tu. Mau murung setahun katanya. Menurut cerita bekas pengguna produk tu katanya.. Mula2 pakai memang cepat & cantik kesannnya. Konon dalam masa 7 hari jerawat settle. Yelah.. time pakai tu memang putih mulus, gebu gebas.. Lepas kulit dia dah makin cantik & sihat kononnya dia mula tak consistent guna. kejab pakai kejab tak.. Time tu baru nampak kesan buruk pada kulit dia dari penggunaan produk tu. Jerawat naik bukan sikit penuh kat muka terutama kawasan mulut.. siap yang jenis bernanah lagi. Kulit dia pulak jadi semakin sensitif. Tak boleh kena cahaya matahari terus jadi pedih. Bayangkan la betapa azab dia menanggung seksa selepas cantik seketika waktu selepas penggunaan skincare tu.

Kesan selepas guna Ta** skincare. Kalau tak rasa menakutkan tak tau la

Kadang2 tengok kengkawan kat Facebook dok tanya pendapat nak guna produk ni aku bagi juga la pandangan walau kebanyakkan ignore pendapat orang2 macam aku ni. Almaklum la bukan Ahli Farmasi katanya. Biarlah kan.. muka depa hak depa. Apa depa nak tempek.. nak tenyeh.. nak tonyoh.. kita tak boleh nak halang. Cuma sekadar berkongsi untuk kebaikkan bersama.. Bukan kata semua local skincare tu merbahaya tapi kebanyakkan memang tak berapa elok untuk kulit. Bukan kata produk luar ni semua terjamin selamat cuma kebanyakkan produk yang selamat tu melalui jenama dari luar. Jadi berhati hati untuk mencuba apa2 produk.. Betul kesan masa kita guna memang kadang2 buat kita jadi terawang awang. Rasa macam cantik menarik kau memang da'bomb.. tapi belum tentu kesan selepas kita berhenti menggunakan kekal cantik. Tak cantik ok lagi.. kalau sampai memudaratkan kulit tu yang bahaya sangat. Sebab tu sangat penting pengesahan KKM. Sebab tu kadang2 aku meluat dengan seller yang dok perli2.. produk luar takde KKM orang tak kisah nak guna.. yang local produk sibuk nak tanya ada KKM ke tidak. Tak kira produk tu luar ke dalam penting sangat KKM. Kalau jadi camni hangpa nak bertanggungjawab ke? Hangpa tu seller sepatutnya sebelum jual kena pastikan produk tu betul2 selamat dulu.


Pada yang masih menggunakan produk ni terpulang.. Kalau rasa tak jejaskan kulit korang & confident produk tu tak bahaya teruskan. Kalau rasa nak lebih kepastian siasat dari mana produk tu, apa bahan di gunakan.. kat mana produk tu di ujikaji keberkesanan & keselamatan dia. Semua terpulang kepada diri sendiri.. Yang nak cantik atau rosak muka hangpa kan..


Moral of the story.. Semua orang suka & nak cantik termasuk aku tapi please jangan perjudikan keselamatan & kesihatan kulit korang. Kalau effect kulit je maybe boleh rawat lagi.. kalau effect organ dalaman ke hapa.. macam mana? Jangan ingat skincare tak boleh memudaratkan kesihatan & fungsi tubuh badan kita ok!

SEQY BEAUTY BB CREAM BERFUNGSI SEBAGAI BEDAK ASAS JUGA MERAWAT KULIT BERMASALAH JERAWAT

SEQY BEAUTY BB CREAM BERFUNGSI SEBAGAI BEDAK ASAS JUGA MERAWAT KULIT BERMASALAH JERAWAT. Bedak asas ni sangat penting kalau nak bersolek. Tanpa bedak asas rasa macam tak lengkap solekkan & kadang2 pemakaian bedak pun jadi macam tak sekata atau tak melekat pada kulit. Bedak asas seperti yang kita sedia maklum.. Selain menyempurnakan solekkan ia jugak berfungsi menutup cela pada wajah.


Tapi awas.. Bedak asas @ foundation ni.. Bukan semua boleh main pakai jer. Aku pernah jugak tersilap pakai sejenis foundation yang ada brand & harga pun bukan murah sangat. Tapi di sebabkan ia tidak sesuai dengan kulit wajah aku.. Maka tumbuhlah jerawat monster kat muka. Tapi masa pakai memang best.. nampak sekata, kulit jadi cantik tapi kesan dia selepas tu memang menangis depan cermin ok! Jadi penting untuk kita pilih foundation atau apa2 jer produk yang berfungsi sebagai bedak asas yang menepati & bersesuaian dengan kulit wajah kita.

Salah satu produk bumiputera yang selamat & Insya Allah tidak memudaratkan kulit wajah anda adalah Seqybeauty BB Cream. Sebab selain ia mempunya fungsi seperti bedak asas dalam pada yang sama ia juga melindungi & merawat kulit anda. Bagus kan.. Kalau kulit bermasalah seperti jerawat.. Dengan pemakaian yang berterusan boleh merawat masalah yang ada pada kulit anda di samping ia boleh menyembunyikan cela di wajah anda juga.

Testimoni pengguna

Selain menutup cela & merawat kulit, Seqybeauty mempunya SPF 30 di mana melindungi kulit anda dari sinaran UV. So, takde la sunburn sangat kan sebab kesan sinaran UV yang berlebihan ni boleh menyebabkan jeragat & kesan penuaan.

Sesetengah BB Cream kadang2 bila kita berada di tempat panas ia akan jadi pecah minyak tapi BB Cream Seqybeauty ni Tidak berminyak. Kalau jenis kulit kering dah tak perlu apply pelembab sebelum bersolek. Just pakai terus Seqybeauty BB cream ni.. Ia mengawal kelembapan pada kulit & kulit anda tidak kering.


Secara ringkasnya kelebihan Seqybeauty BB Cream ni adalah..

* Sesuai untuk semua jenis kulit.
* Menutupi cela di muka.
* Sebagai bedak asas.
* Lebih ringan dari foundation.
* Sebagai essential cream, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit.
* Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30)
* Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya.
* Wajah tidak berminyak sepanjang hari.
* Berfungsi melawan sinar violet dan pencemaran udara sehingga endikan kulit sihat.
* Melambatkan penuaan.
* Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia.

Antara bahan yang di gunakan dalam SeqyBeauty BB Cream adalah

* Aqua Cream
* Beeswax
* Cetyl Alcohol
* Octyl Methoxycinnamate
* Cyclopentasiloxane
* Dimenthicone
* Caprylic/Capric Triglyceride
* Propylene Glycol
* Titanium Dioxide
* Iron Oxides
* Sodium Chloride
* Phenoxyethanol

Berminat untuk mencuba boleh hubungi :
Whatsapp : 014 9712982


7 MITOS TENTANG PENJAGAAN KULIT WAJAH YANG KITA PERCAYA SELAMA INI

7 MITOS TENTANG PENJAGAAN KULIT WAJAH YANG KITA PERCAYA SELAMA INI. Manusia ni memang suka mencipta mitos. Semua ni berlaku sebab manusia suka buat andaian & anggapan sendiri tanpa mengkaji. Dia rasa apa boleh terima logik akal dia.. maka jadi betul la semua. Lepas tu di kongsikan dengan orang lain..


Macam tu jugak dengan penjagaan kulit wajah. Almaklum muka adalah aset penting pada seorang manusia. Kalau dok ikut panduan yang berunsur mitos ni takut kita tak dapat hasil yang memuaskan malah mungkin memberi kesan buruk pulak pada kulit wajah kita. Benda ni paling di takuti manusia.. Bila muka jadi buruk. Jadi meh sini kita semak apa 7 mitos yang mungkin menjadi amalan & kepercayaan kita selama ni dalam penjagaan kulit wajah..

1. Cukup sekadar membersih muka 2 kali sehari
Memang membersih muka memang sebaiknya di lakukan malam sebelum tidur & waktu pagi selepas bangun tidur. Tapi kalau anda seorang yang aktif bersukan atau bekerja yang banyak mengeluarkan peluh ni adalah lebih baik membersih wajah selepas beraktiviti.

2. Mencuci muka menggunakan span/kain
Benda ni selalunya kita tak buat kat rumah tapi kat spa2 atau salon kecantikkan suka la guna span atau kain bagai bagi membersih kotoran yang melekat di kulit wajah kita. Sebenarnya kaedah paling terbaik adalah menggunakan tangan sendiri macam kebiasaan kita buat tu. Kalau gunakan kain/span mungkin gosokkan tu terjadi sedikit kuat. Kalau guna tangan seeloknya cuci tangan dulu sebelum menggosok muka. Kebanyakkan orang dia terus basahkan muka pakai face wash terus gosok je muka. 

3. Guna air panas membersih wajah
Sebenarnya menggunakan air panas boleh menyebabkan kulit jadi kering tapi kalau guna air sejuk pulak tak mampu untuk membersihkan kesan kotoran,minyak & kesan makeup pada kulit. Yang terbaik adalah guna air suam suam kuku katanya.

4.  Mengecilkan Pori menggunakan ais
Memang masa kita mencuci wajah dengan air ais pori pori akan mengecil. Macam tu jugak bila kita mencuci guna air panas pori2 akan terbuka tapi sebenarnya benda tu berlaku hanya pada waktu tu je. Cuma kesan jangka masa pendek. Jadi sebaiknya untuk merawat masalah pori ni gunakan masker atau scrub untuk membuang sel sel kulit mati & menjadikan kulit wajah menjadi lembut & cerah

5. Bertukar tukar produk supaya kulit semakin jadi cantik
Produk ni kadang2 walau kita guna terus menerus dalam masa yang lama, dia akan semakin berkesan pada kulit sebab kulit kita akan secara semulajadi meneutralisasi bahan tersebut. Tapi kalau rasa produk tu serasi dengan kulit kita & kita nampak keberkesanannya tak perlu nak tukar produk lagi. Yang ni aku susah nak follow sebab bab setia pada 1 jenama produk aku memang tak berapa kuat iman. hahahah

6. Pakai krim antipenuaan malam hari kerana waktu malam waktu terbaik merawat kulit 
Waktu malam, sirkulasi darah di bahagian kulit meningkat & level PH kulit akan menurun sehingga krim rawatan mampu di serap kedalam kulit lebih mudah. Tapi bukan semua krim antipenuaan di formulasi sebagai krim malam. Ada jugak krim antipenuaan dalam bentuk day cream yang mengandungi antioksidan & SPF tinggi bagi melindungi kulit dari sinaran matahari. Jadi lebih sesuai pakai krim antipenuaan yang berbentuk krim siang ni supaya boleh di pakai waktu pagi & siang.

7. Semakin banyak memakai produk antipenuaan semakin awet muda & cantik
Memakai banyak produk rawatan kulit sebenarnya tidak menjadikan kulit anda semakin cantik atau memberi banyak manafaat. Jadi tak payah berabih duit sangat la. Yang penting sebenarnya adalah memilih produk yang menepati keperluan kulit anda & memakai dengan cara yang betul sahaja. Selain tu memakai krim wajah terlalu tebal akan menutup pori wajah sehinggan menyebabkan blackhead. Yang ni aku setuju dulu aku suka pakai macam2 produk tak cantik mana tapi bila aku dah malas pakai milk cleansing & cleanser eucerin ni kulit jadi makin elok la pulak. Jerawat pun malas nak hinggap. Maka pemilihan produk yang betul sebenarnya sangat penting bukan memakai produk yang banyak.

Cukup la 7 mitos aku share. sebenarnya ada lagi cuma malas nak taip panjang panjang.. hahaha.. Boleh gitu! Boleh jer. Nak tau selebihnya try la google. hehehe. Apapun gunalah produk yang selamat ada pengesahan kementerian kesihatan malaysia. Nak lagi baik cari produk yang ada kelulusan klinikal macam produk eucerin yang aku sedang pakai. Serius.. memang berkesan & tidak menyebabkan kesan sampingan.

AKIBAT TERBELI EUCERIN MILD CLEANSING MILK INI YANG BERLAKU

AKIBAT TERBELI EUCERIN MILD CLEANSING MILK INI YANG BERLAKU. Kisahnya berlaku 2 3 minggu lepas di guardian Selayang Mall. Ada aku tulis kisah macam mana boleh terbeli Eucerin Mild Cleansing Milk. Nanti aku share link entri tu balik. Akibat dah terbeli maka terpaksa la try guna jugak kan. Takkan nak buang. Bukan bayar pakai air liur ye dak. Semua bayar pakai Ringgit Malaysia yang sah. Bukan duit print guna printer canon katanya. Kalau laku duit print guna printer canon dah lama aku tak payah sampai kontot jari menaip review & iklan kat blog demi nak dapat sebotol cleansing katanya hahahahaha...


Mula2 aku memang ingat cleanser (pencuci muka) sebab memang masa tu aku tengah cari pencuci muka tapi bila aku tenyeh2 apsal la dia macam lotion pulak ni. Tak ada kesan macam cleanser pun. Maka aku suarakan pertanyaan kat Facebook.. Katanya dia sejenis cleansing yang di guna macam toner tu. Kita cuci dulu guna kapas kemudian kita cuci dengan cleanser. Oo.. kisahnya. Almaklum tak pernah guna produk Eucerin lagi sebelum ni. Mula2 aku tenyeh pakai tangan je sebab rasa macam lotion kan. Errkk.. Apsal macam best pulak pakai Mild Cleansing Milk ni.  Lepas tu aku try cuci guna kapas. Hek eleh.. bertambah best pulak kesan dia. Muka rasa bersih, lembab & lembut giler beb!


Maka aku teruskan pemakaian sehingga hari ni.. Ya Allah syukur aku tersilap beli cleansing ni. Sebelum ni kulit aku kering & mengelupas sikit sebab pakai 1 produk ni untuk review. Tapi bila di gabungkan dengan Eucerin Dermatoclean Mild Cleansing Milk ni hasilnya memang kebabom. Kulit semakin cerah, licin,lembab, glowing, jerawat pun malas nak singgah even time bulan mengambang, parut jerawat yang lama semakin pudar & hilang. Nak2 lepas seminggu beli Mild Cleansing Milk ni aku beli plak Cleanser gel dia. Yang tu nanti next entri aku review ok.

Produk Eucerin ni adalah poduk yang selamat kerana dia lulus ujian clinical atau senang kategori produk clinical. Bau dia pun tak harum sundal malam ke hapa.. Bau dia pun bauan yang semulajadi yang masih sedap di hidu. Untuk Mild Cleansing Milk ni.. Memang fungsi dia membersih sisa kotoran yang melekat pada kulit atau kesan makeup sambil memelihara kulit dari berlaku kekeringan. Produk Eucerin memang sangat rekemen pada mereka berkulit sensitif, kulit kering/mengelupas & bermasalah jerawat. Aku memang sekarang cuba untuk guna produk2 clinical ni. Sebab kesan pemulihan dia memang untuk jangka masa panjang. Bukan macam sesetengah local produk yang hanya cantik bila kita consistent guna, lepas kita stop muka kita kembali bermasalah atau lebih teruk masalah kulit berlaku.

Cara nak pakai Eucerin Dermatoclean Mild Cleansing Milk ni cuma tuang atas kapas kemudian sapu di bahagian muka. Time tu nak tengok tahap daki2 kat muka kau boleh nampak kesan atas kapas. Gunakan 2 kali sehari.. Pagi & malam (sebelum tidur). Lepas 3 hari korang boleh nampak kesan kulit nampak lembab, licin & bersih. Harga dia sebenarnya tak mahal.. sebab kuantiti dia 200ml. Harga dia RM45++. Aku beli kat guardian.


Moral of the story.. Produk apapun kita nak guna perlu fikir kesan jangka masa panjang. Jangan hanya cantik sekarang esok dah tua2 menderita kanser kulit la.. sakit tu sakit ni. Sebab kita ni kadang2 tak sedar apa yang kita buat setiap hari memang memberi kesan kemudaratan pada kesihatan kita di masa akan datang. Jadi penting kita tahu apapun yang kita nak buat atau produk apa kita nak guna tidak memberi kesan buruk di masa akan datang.

P/S : Kisah di sebalik macam mana boleh tersilap beli Cleansing ni Boleh baca kat sini >> SALESGIRL GUARDIAN SELAYANG MALL TOLONG JAGA PERANGAI <<

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com