PENGALAMAN GUNA LOSYEN PUTIH AJAIB ROZITA CHE WAN
Losyen Putih Ajaib RCW (Rozita Che Wan) |
Alahai.. melawak sikit pun tak boleh ka? Jangan risau pakai losyen che ta ka.. losyen cik ti ka kami sama ja macam tu. Apa yang kami guna kami share dengan hangpa semua. Kami tak kedekut nak share apa2 perkara yang mungkin boleh membantu orang lain. Orang kata benda baik elok share kan.. Moga sama2 kita dapat kebaikkannya.
Baru2 ni kami cuba satu losyen Putih Ajaib Rozita Che Wan @ RCW. Memang berbunga bunga hati kami dapat merasa guna losyen retis ni tau.. Tapi best ke tidak lepas guna losyen che ta ni? Ajaib sangat ka? Boleh putih dengan segera ka? Boleh memutihkan kulit ka? Boleh putih macam che ta ka?
Amboi.. Bertubi tubi soalan tu. Yalah.. Kita selalu tengok artis2 kulit gebu gebas dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Bila nak guna produk yang artis jual mesti la kita harap kita pun nampak cantik macam artis tu jugak kan... Soalan biasa orang tanya bila nak beli produk pemutihan so kami just tulis balik ja la.. persoalan tu semua.. Ok meh kami jawab satu persatu berdasarkan pengalaman kami..
Best ke guna Losyen Putih Ajain Rozita che wan ni?
Best ok! Sebab kami dah try. Pengalaman kami guna losyen ni apa yang kami boleh cakap tentang losyen ni adalah.. losyen ni tidak berlengas, melekit atau berminyak. Bila pakai akan rasa kelembaban pada kulit. Kami ni kan tak suka pakai losyen sebab kami tak suka rasa melekat lekit tu kat kulit walau blog kami lekatlekit. hahahaha.. Jadi Losyen Putih Ajaib ni memang rasa selesa bila di sapu pada kulit. Bau dia memang wangi yang menyelesakan hidung. At least kalau nak keluar ke hapa.. Pakai losyen ni pun kalau rasa tak nak pakai perfume pun dah cukup wangi bagi kami. At least kalau ada bau belacan ke hapa yang jenis melekat walau dah di basuh boleh jugak la cover dengan bau losyen che ta ni kan. Almaklum orang dapur macam kami ni.. At least peminat bersalam dengan kita melekat juga la bau wangi dari tapak tangan tu kat tapak tangan depa bukan bau belacan. hahahahaha
Boleh putih dengan segera ke?
Yer boleh putih on the spot.. Bila kita sapu je kat kulit akan nampak perbezaannya. Tu untuk instant whitening. Untuk putih yang berpanjangan & kekal boleh nampak kesan sewal 7 hari penggunaan secara consistent. Kalau amalkan selalu akan buat kulit jadi gebu & lembut. Tapi kalau sebulan sekali je hang pakai.. Tunggu la 5 tahun akan datang la kot baru dapat nampak kesan pemutihan tu. Apapun produk yang kita nak nampak kesan dia perlu di pakai secara konsisten ok! Kalau malas hang mandi clorox ja kalau nak putih. hahahaha
Ni testimoni yang aku sendiri cuba. Memang nampak perbezaan sebelum & selepas sapu Losyen Putih Ajaib |
Ni soalan yang orang akan tanya jugak? Produk ni selamat ke? Ada kelulusan KKM?
Jangan risau produk ni ada kelulusan KKM. Boleh check KKM - NOT160101051 K. Jadi dengan No KKM yang di beri anda boleh buat semakkan. Jadi tak perlu was was kalau nak gunakan. Ni bukan produk timbang kilo ok! Almaklum la zaman sekarang lambakkan produk timbang kilo risau jugak kan. Manatau retis pun nak kaya cepat keluarkan produk timbang kilo ke hapa kan. Tapi jangan risau dengan pengesahan KKM insya Allah selamat untuk kulit.
Selain memutihkan kulit ia membantu menyelesaikan masalah seperti berikut :
1. Kulit hitam kusam
Walau ramai dah tahu macam mana nak guna losyen ni tapi kadang2 ada jugak orang macam confuse.. Sebab bagi dia setiap brand tu mungkin ada perbezaan cara menggunakannya. Jadi bagi tak buat hangpa tertanya.. Kami bagi tutorial siap - siap la yer..
Picit 2cm je tak payah banyak..sapu pada kawasan yang hendak diputihkan atau yang bermasalah seperti Tangan, Celah paha, Pelipat kaki, Strech mark, Parut, Tumit kaki merekah, Lutut & Siku atau mana2 tempat yang bermasalah untuk di rawat atau di putihkan. Kalau rasa celah telinga hitam pun boleh jer sapu kat telinga. Apa ada hal kan? Guna 2 kali sehari pagi & malam selepas mandi. Sebelum mandi tak payah nak sapu sangat.. Kang losyen bercampur gaul dengan daki2 jadi cekodok pulak kan kulit hangpa. hehehehe. Bukan apa.. lepas mandi tu kulit tengah lembut & sejuk lagi so senang nak menyerap ke dalam kulit.
Putih Ajaib Hand & Body Whitening Lotion With Collagen Anda Vitamen E |
Harga dia takde la mahal mana.. Walaupun ada nama Produk retis katanya harganya cuma RM35.90 (semenanjung Malaysia) & RM37.90 (sabah/Sarawak). Kandungan adalah 110ml. Banyak ok. Sekiranya berminat nak cuba.. Tak payah susah nak cari contact number che ta.. Ingat senang che ta nak balas whatsapp hangpa.. Boleh je beli dengan pengedar dia iatu...
Instagram : Hq putihajaibbyrcw
Mana2 peminat che ta tu elok la beli produk ni.. Sebabnya anda boleh dapat tandatangan che ta kat losyen putih ajaib. Tak caya.. meh nak tunjuk..
Tengok ni? Tu kan autograf Rozita Che Wan @ Che ta? hahahaha |
Salam dari Singapura. I suka sangat at this lotion the best of the best in my whole life wkwkwk. Really bagus. Instant putih,tak lekit,wangi bila pakai feeling2 mcm ratu jawa pulak lol. U Olls shoukd try ok. Hari2 sapu nanti boleh tegangkan kulit juga and lighten freckles. Saya sapu Di wajah juga bagus putih gebu. Jgn was2 Cuba Jgn tak Cuba takkan menyesal laaa
ReplyDeletesaya mahu losyen nie
ReplyDelete