ESENTIEL COOLING LOTION MERAWAT DEMAM CAMPAK @ CHICKEN POX PALING BERKESAN
Esentiel Cooling Lotion. Gambar di ambil lepas dah di gunakan. So memang comot tak hengat. hahahaha |
Demam campak @ chicken pox ni kita sedia maklum penyakit yang berjangkit kan.. Jadi kita tak boleh selfish sangat memperjudikan kesihatan anak orang lain. Pastikan betul2 sembuh baru hantar ke sekolah. Bermakna dah tak ada kudis semua tu.. Baru hantar.
Yer tahu anda ibu - ibu yang bekerja tak macam saya. Surirumah je. Boleh la duduk rumah belek anak je ye dak.. Tapi Nak buat macam mana. Tu dah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa kan. Bekerjaya atau tak.. Kita kena jaga sendiri anak kita masa sakit. Tak boleh nak suruh cikgu jagakan. Tu bukan kerja cikgu nak jaga anak orang sakit, ok! Lagipun bukan anak kita je kat tadika atau taska.. Tapi ramai lagi budak budak lain. So, jangan sebab anak kita, anak orang lain berjangkit pulak.
Sebab saya ni duduk dalam kawasan bandar.. selepas campak mula banyak kat badan & muka.. Of course dia jadi tak selesa sebab rasa gatal. Ikut cara tradisi.. Guna daun semambu. Tapi kat sini memang susah dapat daun semambu tapi mujur la ada sepohon pokok semambu yang di tanam oleh seorang india kat parking. Boleh la minta sikit tapi anak saya meraung kalau kita mandikan dengan daun semambu atau tempek dengan bedak sejuk yang di campur daun semambu yang di tumbuk halus tu. Dia punya meraung macam kena histeria pulak..
Ada pergi ambil ubat sapu & makan kat klinik.. Tapi takde la mengurangkan sangat masalah chicken pox. Yelah.. kena ambil masa. So suami saya cuba mencari ubat kat farmasi.. Maybe farmasi suggest dia kot essential cooling lotion tu.
Apa yang best cooling lotion ni memang membantu kurangkan rasa gatal chicken pox tu. Jadi takde la tergaru garu budak tu. Selain tu dia mempercepatkan chicken pox tu kering. Sekali sapu esok tu boleh nampak kesan ada yang dah mula kering. Yang best tak menyebabkan parut pada bekas chicken pox tu kecuali kalau di garu. Mungkin anak saya picky eater juga kot so makanan yang di ambil agak terhad jadi kurang la parut tu.
Tapi memang essential cooling lotion ni mempercepatkan chicken pox tu sembuh. Dalam beberapa hari tu dah nampak kesan banyak yang dah mula kering & sembuh. bau dia pun wangi macam bedak. Jadi takde la terkepit sangat hidung. Harga dia saya tak sure.. dalam RM10++ kot sebotol. Sebotol kandungan dia 200ml.. Tak habis pun guna chicken pox anak saya dah baik.
Boleh di gunakan untuk merawat & melegakan kegatalan pada kulit akibat gigitan serangga |
Saya sapu guna tangan je.. Sebab farmasi kata boleh je sapu pakai tangan. Sapu macam kita sapu lotion kat semua tempat yang di tumbuhi chicken pox tu selepas mandi & sebelum tidur. Insya Allah.. lena tanpa rasa gatal. Sebab bila di sapu pada kulit dia rasa mint.. Benda tu yang mengurangkan rasa gatal. Kalau bukan chicken pox pun.. kalau ada masalah gatal kat kulit boleh je sapu, takde masalah.
Sekarang ni nampak macam musim demam campak @ chicken pox kan.. Jadi mana2 ahli keluarga yang terkenal chicken pox tu boleh la ikhtiar merawat dengan esentiel cooling lotion ni. Kalau ikut orang dulu2.. bedak sejuk, daun semambu jer.. Tapi tu la cara hidup dah berubah. Nak cari daun semambu pun susah kan.. So, tak rasa guna ubat ubatan moden. Kita cuma ikhtiar selebihnya Allah yang menyembuhkan.
Siapa yang kena memamg sengsara..
ReplyDeleteWah senang lah lepas ni, sapu sapu sejuk aje... chiken pox pun lari...
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi
ReplyDeleteBeli kat farmasi mana?
ReplyDelete