Showing posts with label rawat. Show all posts

ESENTIEL COOLING LOTION MERAWAT DEMAM CAMPAK @ CHICKEN POX PALING BERKESAN

ESENTIEL COOLING LOTION MERAWAT DEMAM CAMPAK @ CHICKEN POX PALING BERKESAN.  Kali pertama anak saya kena demam campak sejak 19 July lepas. Sekarang Alhamdulillah sembuh sepenuhnya dah cuma ada parut sikit lagi kat badan. Cuma esok je nak pergi ambil surat pengesahan doktor yang mengatakan dia bebas chicken pox. Sebab tadika anak saya memang macam tu peraturan dia. Jadi kena la ikut.

Esentiel Cooling Lotion. Gambar di ambil lepas dah di gunakan. So memang comot tak hengat. hahahaha

Demam campak @ chicken pox ni kita sedia maklum penyakit yang berjangkit kan.. Jadi kita tak boleh selfish sangat memperjudikan kesihatan anak orang lain. Pastikan betul2 sembuh baru hantar ke sekolah. Bermakna dah tak ada kudis semua tu.. Baru hantar.

Yer tahu anda ibu - ibu yang bekerja tak macam saya. Surirumah je. Boleh la duduk rumah belek anak je ye dak.. Tapi Nak buat macam mana. Tu dah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa kan. Bekerjaya atau tak.. Kita kena jaga sendiri anak kita masa sakit. Tak boleh nak suruh cikgu jagakan. Tu bukan kerja cikgu nak jaga anak orang sakit, ok! Lagipun bukan anak kita je kat tadika atau taska.. Tapi ramai lagi budak budak lain. So, jangan sebab anak kita, anak orang lain berjangkit pulak.

Sebab saya ni duduk dalam kawasan bandar.. selepas campak mula banyak kat badan & muka.. Of course dia jadi tak selesa sebab rasa gatal. Ikut cara tradisi.. Guna daun semambu. Tapi kat sini memang susah dapat daun semambu tapi mujur la ada sepohon pokok semambu yang di tanam oleh seorang india kat parking. Boleh la minta sikit tapi anak saya meraung kalau kita mandikan dengan daun semambu atau tempek dengan bedak sejuk yang di campur daun semambu yang di tumbuk halus tu. Dia punya meraung macam kena histeria pulak..

Ada pergi ambil ubat sapu & makan kat klinik.. Tapi takde la mengurangkan sangat masalah chicken pox. Yelah.. kena ambil masa. So suami saya cuba mencari ubat kat farmasi.. Maybe farmasi suggest dia kot essential cooling lotion tu.

Apa yang best cooling lotion ni memang membantu kurangkan rasa gatal chicken pox tu. Jadi takde la tergaru garu budak tu. Selain tu dia mempercepatkan chicken pox tu kering. Sekali sapu esok tu boleh nampak kesan ada yang dah mula kering. Yang best tak menyebabkan parut pada bekas chicken pox tu kecuali kalau di garu. Mungkin anak saya picky eater juga kot so makanan yang di ambil agak terhad jadi kurang la parut tu.

Tapi memang essential cooling lotion ni mempercepatkan chicken pox tu sembuh. Dalam beberapa hari tu dah nampak kesan banyak yang dah mula kering & sembuh. bau dia pun wangi macam bedak. Jadi takde la terkepit sangat hidung. Harga dia saya tak sure.. dalam RM10++ kot sebotol. Sebotol kandungan dia 200ml.. Tak habis pun guna chicken pox anak saya dah baik.

Boleh di gunakan untuk merawat & melegakan kegatalan pada kulit akibat gigitan serangga

Saya sapu guna tangan je.. Sebab farmasi kata boleh je sapu pakai tangan. Sapu macam kita sapu lotion kat semua tempat yang di tumbuhi chicken pox tu selepas mandi & sebelum tidur. Insya Allah.. lena tanpa rasa gatal. Sebab bila di sapu pada kulit dia rasa mint.. Benda tu yang mengurangkan rasa gatal. Kalau bukan chicken pox pun.. kalau ada masalah gatal kat kulit boleh je sapu, takde masalah.

Sekarang ni nampak macam musim demam campak @ chicken pox kan.. Jadi mana2 ahli keluarga yang terkenal chicken pox tu boleh la ikhtiar merawat dengan esentiel cooling lotion ni. Kalau ikut orang dulu2.. bedak sejuk, daun semambu jer.. Tapi tu la cara hidup dah berubah. Nak cari daun semambu pun susah kan.. So, tak rasa guna ubat ubatan moden. Kita cuma ikhtiar selebihnya Allah yang menyembuhkan.

CARA RAWAT PARUT JERAWAT BERLUBANG TANPA MENGGUNAKAN PRODUK

CARA RAWAT PARUT JERAWAT BERLUBANG TANPA MENGGUNAKAN PRODUK. Mesti ramai yang semakin fobia nak guna produk bila semakin banyak produk dari krim timbang kilo di jual dengan jenama2 tempatan berleluasa. Siap ada yang cop KKM bagai.. Packaging pun kemain lawa tak nampak macam produk low class. Tapi di sebalik keindahan packaging & label dia.. Rupanya dia adalah produk krim timbang kilo je yang boleh beli secara borong. Dengan modal 2 - 3 ribu dah boleh jadi pengasas produk. Seram kan? Kalau kita antara mangsa penipuan orang2 macam ni.. mesti fobia juga dengan produk skincare ni.


Maka orang pun mula la nak cari cara atau petua nak merawat masalah kulit terutama muka la kan.. dengan kaedah alami atau semulajadi dengan menggunakan bahan dari tumbuhan atau herba. Salah satu masalah manusia ni.. Masalah parut jerawat. Kalau parut jerawat yang jenis hitam tu.. senang la hilang sebab dia cuma macam atas kulit tapi kalau yang jenis berlubang.. Tak mudah ok malah ada yang sampai mati pun tak hilang.

Punca parut jerawat jadi berlubang macam tu.. Salah satu sebab kita suka picit & garu tempat berjerawat semasa jerawat tengah aktif di muka. Sapa2 yang pernah jadi jurujerawat faham la.. Tengok jerawat tu macam geram je kan.. Dia tak boleh tengok.. mula picit lepas tu jadi ketagih & asyik nak picit... kesudahnya bila jerawat tu dah kecut akan meninggalkan kesan parut yang berlubang & berlobak kat muka. Aku kalau muka naik jerawat sekarang untuk elak dari picit aku tempek bedak sejuk.. Tak tau kenapa kalau tempek bedak sejuk, tangan aku jadi auto tak picit jerawat mungkin sayang takut bedak sejuk tu terhakis kalau dok garu2 kot. hahahaha

Kalau hangpa mengalami masalah parut jerawat berlubang ni.. Tapi takut nak rawat guna sebarang produk.. ada petua menggunakan bahan2 semula jadi anda boleh amalkan. antaranya..

1. Masker Tomato
Seperti yang kita sedia maklum.. Tomato memang sangat baik untuk kulit sebab tomato Tomato mengandungi banyak vitamin dan nutrien yang boleh mengecutkan liang, jadi ia mampu menutup parut jerawat berlubang. Tomato boleh membaiki kerosakan kulit ke tahap selular. Jadi Tomato sangat berkesan untuk hilangkan parut jerawat berlubang dengan lebih cepat cuma kena consistent la amalkan benda ni.

caranya
Hiris buah tomato nipis nipis, kemudian letakkan kepingan tomato yang di hiris ke bahagian kulit anda yang berparut. Boleh jugak hancurkan tomato kemudian sapu di bahagian parut macam pakai mask. Biar lebih kurang 20 minit kemudian cuci dengan air bersih. Amalkan sekali sehari, Insya Allah parut jerawat yang berlubang akan semakin pudar & rata.

2. Timun
Timun pun antara bahan yang sangat berkesan merawat parut jerawat berlubang ni sebab khasiat dia lebih kurang sama macam tomato jugak. Timun ni mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat, membuang sel sel kulit mati, membersihkan habuk & kotoran & membersih sisa sisa makeup. Selain tu timun juga mampu menegangkan kulit & menanggalkan sel sel kulit mati.. so dia mampu memudarkan jerawat & parut.

caranya :
Potong timun nipis nipis kemudian letak kepingan timun di bahagian parut. Biar sehingga 15 - 20 minit selepas tu baru cuci dengan air. Untuk kesan yang cepat lakukan sehari sekali sehingga parut jerawat hilang

Sebenarnya tak susah cuma yang jadi susah tu sebab tak rajin je. Macam aku dulu rajin jugak buat ikut petua orang dulu dulu guna bahan semulajadi ni.. Memang berkesan tapi lama2 jadi malas. Macam nak cerahkan kulit,licinkan kulit & pudarkan parut jerawat ni boleh juga guna beras yang di sangai kemudian di blend halus.. Campur dengan telur putih & sapu kat muka macam masker. Amalkan setiap hari serius tak sampai sebulan boleh nampak hasil. Malah kesan drastik pun boleh rasa selepas pakai masker beras & telur ni tau. Rasa kulit hangpa macam kulit telur gitu. Licin baq hang!! hehehehe

Apapun semoga perkongsian kecil ni memberi manafaat besar kepada orang lain. Yang mana rajin cuba la kan.. Guna bahan2 semulajadi ni tak ada risiko kalau pun mungkin kesan dia lambat. Nak cepat memang kena guna produk tapi kena hati hati la pilih produk jangan sampai hangpa tenyeh racun kat muka sudah.

YANG BERPANAU & BERKURAP CUBA LA RAWAT DENGAN GLOW GELENGGANG

YANG BERPANAU & BERKURAP CUBA LA RAWAT DENGAN GLOW GELENGGANG. Sapa ada masalah yang di sebut kat tajuk entri tu? antara masalah kulit yang boleh buat kita hilang keyakinan diri juga tu selain tidak selesa pada bahagian kulit. Nak2 lagi kalau dia hinggap kat bahagian yang orang boleh nampak.. Lagi la rasa down terus kan. Banyak produk kat pasaran untuk rawat masalah tersebut tapi bukan semua produk sesuai untuk semua bahagian kulit terutama muka la kan.. Kadang2 ada produk dia agak 'keras' tak sesuai untuk di sapu pada bahagian jangkitan kulit muka ni. Muka ok! Antara aset penting jugak tu...


Macam masalah kurap, panau,kudis bagai ni kan.. Kalau orang dulu dulu guna daun gelenggang untuk rawat. Memang daun gelenggang ada khasiat yang merawat & menyembuhkan jangkitan pada kulit ni. Memang terbukti benda tu berkesan melegakan penyakit tersebut tapi kalau dah hang duduk tengah2 bandaq ni.. Nak2 lagi hang daun gelenggang pun memang tak pernah tengok. Mana hang nak cari?? Takdak la dia tumbuh liar tepi2 jalan macam lalang tu.. Tumbuhan herba dia selalu tumbuh dalam hutan kan.. Jadi memudahkan kita para pengguna yang memerlukan khasiat daun gelenggang maka produk berasaskan daun gelenggang di hasilkan. Antara produk tu.. ada produk Glow Gelenggang. Apa yang best pasal produk ni??

Set Produk Glow Gelenggang

Kami cuba guna selama 2 minggu ok! Bukan dua hari terus tulis review ni.. Selama dua minggu kami sental muka kami dengan sabun herba glow gelenggang yang cantik & wangi macam bau vanila tu. Sedap ok menikmati bau dia sambil mencuci muka kami yang penuh noda ni. Boleh rasa mint (berangin/sejuk) ja bila guna sabun glow gelenggang. Nak2 lagi musim panas cuci muka guna sabun ni memang rasa nyaman & dingin sekali ok! Kesan drastik boleh rasa lepas cuci tu.. Kulit rasa bersih & lembut jer... Selepas dua minggu masalah kulit kering tu terawat jugak la. Tak dak la berbulu sangat nampak muka bila pakai bedak kan.

Organic Herbal Soap Glow Gelenggang

Herbal Oil Habatus Sauda dia pun wangi yang amat.. Dah la macam gula merah minyak dia, bau pulak macam vanila. Rasa nak jilat jilat pulak. Fungsi dia untuk merawat bahagian kulit yang terkena jangkitan macam gatal, kurap, panau, kudis bagai tu.. Kalau gatai2 tu kami sapu jugak la. Alhamdulillah mampu memberi kelegaan pada kegatalan tersebut. Kalau nak guna daily sebagai skincare pun boleh. Boleh guna pada kulit wajah.. dont worry.. Tapi kena kuat iman la. Ia boleh menyebabkan anda rasa makan jer sebab bau dia sangat sedap ok. Anak kami pun kami sapu juga kalau dok tergaru2 lepas tu jadi berkudis sebab kesan luka garu tu. Insya Allah tidak menyebabkan apa2 kesan alergik atau kesan buruk pada kulit kanak kanak.

Secara ringkasnya produk Glow Gelenggang ni untuk merawat masalah

#Gatal
#eczema
#panau
#kurap
#psoriasis
#Kudis Buta
#Resdung

Kalau jenis sabun ni kadang2 ada yang jenis cepat cair tapi Herbal Soap Glow Gelenggang ni kami guna dia tak cepat cair bila kena air. So, tak payah la nak potong 4 bahagian semata mata nak jimat supaya dia tak cepat habis. Nak buat sebagai sabun badan pun boleh kalau hangpa ada masalah gatal2 pada kulit badan. Seketoi tu kami guna dah 2 minggu pun tak luak mana lagi. 2 kali sehari tau kami guna.. Bukan 2 minggu sekali.

Organic Herbal Oil Glow Gelenggang + Habatus Sauda

Ni penting.. Apa2 produk pun orang nak beli orang sekarang nak tau apa kandungan bahan yang terdapat dalam produk tersebut. 

Bahan yang di gunakan untuk Sabun glow gelenggang

Herba gelenggang
Habatus Sauda
Susu Kambing
Minyak Argan
Minyak Zaitun
Menthol

Kalau hangpa berminat la nak cuba kat diri sendiri atau anak anak boleh la hubungi/layari

Fb page : Glow Gelenggang
Whatsapp : 014 5445951

Insya Allah dengan penggunaan berterusan & cara yang betul boleh memberi kesan positif pada masalah jangkitan pada kulit anda. KIta berikhtiar yang menyembuhkan Allah SWT tapi sebagai manusia kita wajib berusaha mencari penawar setiap penyakit.

TOLONG JANGAN JUAL MAINAN KANAK KANAK DI HOSPITAL KERAJAAN

TOLONG JANGAN JUAL MAINAN KANAK KANAK DI HOSPITAL KERAJAAN. Dah lama aku rasa benda ni pihak kerajaan & pihak hospital kerajaan kena alert. Menyewakan tapak jualan di hospital. Aku tak kisah sangat kalau booth tu jual makanan, pakaian jer.. Tapi aku rasa jual mainan kanak kanak ni sangat tak perlu ada kat situ nak nak lagi hospital kerajaan. Nak tau sebab apa aku rasa tak perlu ada? Teruskan membaca

Kita sedia maklum yang banyak menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan ni dari golongan miskin & sederhana sebab tak mampu nak bayar mahal. Jadi memang hospital swasta ni untuk golongan orang ada ada atau golongan yang ada medical card dari company bagai.. Walaupun masih ada orang kaya guna khidmat hospital kerajaan tapi tetap yang banyak golongan susah & golongan sederhana macam aku ni. Yelah jumpa pakar hospital kerajaan bayar RM5 jer.. kalau swasta siap beratus  la sekadar nak check up perkembangan anak je. Aku tak kisah sangat kena tunggu lama..  Sebab kita sedia maklum hospital kerajaan ni ramai.

Ada yang datang hospital kadang2 cukup duit tambang jer.. Mungkin anak dia perlu rawatan atau pemeriksaan. Mungkin jugak dia sendiri yang nak buat rawatan atau pemeriksaan kesihatan. Sebab tak ada orang jaga anak dia.. mungkin terpaksa bawa sekali. Anak pulak kecik lagi belum cukup akal. Bukan dia paham mak bapak dia ada duit ke tidak.. Lalu nak masuk ke tempat pendaftaran sampai 2 ke 3 booth jual mainan kanak kanak kalau kat hospital sungai buloh tu.. Anak merengek nak beli. Mak bapak tak cukup duit. Meraung la anak sepanjang dok tunggu nak jumpa doktor.

Kisah tu memang ada berlaku. Aku pernah tengok satu family ni anak ramai datang hospital pergi makan kat kafe. Depa cuma ambil pinggan jer.. Makanan bawa sendiri. Makanan pun nampak sekadar lauk goreng & sayur. Dari penampilan & cara memang nampak susah. Anak kecik kecik lagi.. Bayangkan la budak2 sekecil tu nampak orang jual mainan meraung nak beli.. Allah sedihnya. Kat situ membuktikan ada orang makanan pun tak mampu nak beli dari kafeteria hospital apatah lagi mainan untuk anak anak dia.

Aku rasa tak perlu pun pihak hospital nak sewakan tapak jualan untuk peniaga yang jual mainan ni. Aku rasa kejam sangat la booth mainan yang di letak strategik kat laluan orang nak menuju ke kaunter pendaftaran macam kat hospital sungai buloh. Nak2 pulak nak ke bahagian pediatric pun guna laluan yang sama. Pediatric ni pepaham je memang pakar kanak kanak kan. Maka yang guna laluan tu parents yang bawa anak anak la ramai. Kau lalu ikut mana pun tetap nampak booth jualan yang meriah dengan mainan kanak kanak. Anak aku pun setiap kali check up mesti nak singgah tapi aku dah ajar dia.. Tak payah setiap kali nampak nak beli. So sebab umur dah  semakin besar.. dia dah boleh terima. Tapi sebelum ni memang merengek jugak kalau tak dapat. Dia bukan tau mak dia bawa cash rm5 je nak bayar servis pakar tu.. hahahaha (ok! aku tipu. Selalu aku bawa cash RM10 sebab nak beli roti & air mineral hahaha). Jadi atas sebab tu memang tak cukup cash la kalau anak aku nak beli mainan. Kalau aku ni.. kategori memang la masih mampu nak beli setakat mainan RM5 macam tu.. Tapi belum tentu semua orang lain pun mampu. Hidup ni belajar untuk fikir tentang orang lain.. Jangan ingat kita mampu.. orang lain lantak la. Sampai satu ketika Allah nak uji kita jatuh susah.. jangankan mainan RM5.. nak bayar air kosong 30sen pun tak mampu.. waktu tu baru kita harap orang faham situasi kita.

Salah satu booth yang jual mainan kanak kanak.. Ni sebab gambar jauh aku candid.. banyak tau mainan yang boleh tahan harga dia jual. Tu satu.. jalan terus sikit berdepan dengan pintu nak masuk ke kaunter pendaftaran ada 2 lagi booth tak silap jual mainan. Matilamak kalau setiap booth anak nak singgah & beli

Jadi booth2 jual mainan kanak kanak ni aku rasa kalau pun nak ada letak la jauh sikit. Pi la letak dekat cafe ke hapa... Jangan la letak kat laluan betul2 jalan nak masuk ke tempat orang nak daftar & jumpa doktor. Menyusahkan mak bapak yang bawa anak anak.. Mana nak pujuk anak tantrum tak dapat membeli belah.. mana nak menunggu berejam nak daftar.. pastu berejam lagi nak jumpa doktor. Bab menunggu tu aku enjoy lagi tapi kalau bab anak tantrum sebab nampak booth2 jual mainan.. nak2 lagi mainan mahal mahal dia dok tayang. Rasa macam nak maki orang yang jual tu tau tak??

Yer.. orang yang jual tu pun cari rezeki.. Cuma aku rasa tak patut kat tempat tu dia berdagang benda2 macam tu. Sebab menyusahkan orang balik. Hope pihak hospital kalau terbaca entri ni sila bawa ke tengah isu ni. Tolong kesian kepada golongan miskin. Setakat nak letak orang jual kerepek ke.. kek ke.. kain pasang ke hapa.. Aku rasa ok lagi. Benda tu tak berapa attract kanak kanak kecil yang tak cukup akal. Tapi kalau mainan.. Memang kejam ok!

Moral of the story..Kalau nak hidup selesa zaman sekarang memang perlu pratikkan 5 perkara ni >> 5 Cara untuk pastikan Kewangan Anda Stabil setiap masa << Kos sara hidup dah tinggi tak kira keperluan atau kehendak. Duduk dalam rumah pun macam2 kos dah kita kena bayar.. apatah lagi keluar rumah. Bukan apa bila ada kewangan yang stabil takde la terdera sangat perasaan anak & keluarga kita.. Kita mungkin boleh mengeluh tapi keluhan kita bukan semua orang peduli... Tak caya kau pergi mengeluh kat gerai2 jualan orang jualan mainan kanak kanak tu.. Ada dia kesah?? Yang dia tau kalau anak kau meraung nak mainan sila la beli.. Takde duit pandai pandai la kau pujuk anak kau.

BERITA PALSU ARY MALIK MENINGGAL DUNIA

BERITA PALSU ARY MALIK MENINGGAL DUNIA. Asal ada artis yang tengah sakit & kritikal sedang di rawat je macam jadi satu trend pulak mereka2 yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu kononnya retis tu dah meninggal dunia. Yer.. betul benda tu boleh menaikkan rating post mereka tapi sila la ada rasa tanggungjawab sedikit sebelum menyebarkan apa2 berita. Yang tak sure tu tak payah jadi orang pertama share sangat la kan..


Semua orang akan mati termasuk la penyebar berita2 palsu ni. Kalau ye pun kau tak sabar nak tulis cerita pasal kematian orang lain jangan la sampai jadi fitnah. Mangsa terbaru ary Malik yang kini sedang kritikal & di rawat di hospital akibat penyakit kanser ovari tahap 4. Ternampak orang mula share cerita dia dah meninggal dunia. Tak tau la sapa yang punya angkara sebarkan fitnah macam tu.. Patutnya doa la yang terbaik untuk mereka yang sedang bertarung nyawa melawan penyakit kronik macam ni. Ni macam kau doa dia cepat mati pulak.

Ingat.. masa kita sihat, masa kita masih boleh menulis berita tentang orang lain nak2 lagi berita palsu macam tu.. Tak semestinya kita tak akan sakit & jauh sekali boleh elak dari mati. Jangan nanti tiba saat kita berada dalam situasi orang2 yang kita pernah jadikan mangsa untuk meraih  keuntungan, baru kita nak rasa betapa sakitnya dalam kondisi kita yang tidak sihat kemudian orang pulak dok sebar berita palsu konon kita dah mati.

Moral of the story.. sama2 kita doakan yang terbaik buat Ary malik. Semoga Allah permudahkan segala untuk beliau.

INI PENYEBAB BERLAKUNYA JERAWAT BERNANAH

INI PENYEBAB BERLAKUNYA JERAWAT BERNANAH. Bagi yang pernah mengalami masalah jerawat ni rasanya biasa kot di hingapi jerawat jenis macam bernanah. Kalau tak banyak pun seketoi dua tu ada jugak kadang2. Selebihnya jenis jerawat yang bonjol yang merah2 macam bukit tu orang panggil jerawat batu ke hapa.  Sebagai bekas jurujerawat yang kadang2 masih ada sebiji dua menyinggah bertanya khabar kat muka aku ni.. Of course la aku pernah di hantui dua jenis jerawat tu. Pendek kata jerawat pasir ke, jerawat bukit ke atau jerawat gunung berapi yang ada larva putih kuning tunggu masa nak meletop ke semua pernah merasa dah. Kira luas jugak la pengalaman aku dengan jerawat ni kan.. hahahaha


Tahukah anda... Apa sebenarnya cecair pekat kekuningan yang macam nanah dalam jerawat tu? Ok ok.. aku tau korang tak tau. Saja je tanya sebab nak bagi nampak pandai sikit dari hangpa sebab aku dah tau apa benda cecair pekat kekuningan dalam jerawat gunung berapi. Jadi sebagai seorang yang nak berlagak pandai sekejab meh sini baca apa yang nak aku taip ni & hadam betul betul..

Sedikit info bagaimana berlakunya nanah ni.. Nanah adalah bahan bewarna kuning keputihan atau kuning kehijauan yang hadir dibahagian yang dijangkiti bakteria, termasuk luka kecil, seperti jerawat, dan jangkitan dalam, seperti bisul. Nanah kebanyakannya terdiri dari sel darah putih dan bakteria mati, termasuk juga buangan keradangan. Apabila jangkiti pada luka, akan berlaku 'nanah' , dan perlu dicuci dengan antiseptik.

Untuk jerawat bernanah pulak.. Cecair pekat putih kekuningan (nanah) itu sebenarnya terbentuk disebabkan kalenjar sebum kulit kita merembeskan minyak secara berlebihan. Oleh itu benda putih kekuningan itu adalah minyak yang berlebihan dan bercampur dengan bakteria. Ramai jurujerawat di luar sana suka picit sebab nak bagi cepat surut jerawat tu walaupun rasanya ramai dah tahu kan.. cara macam tu sebenarnya salah & boleh merosakkan kulit muka sebab kalau salah cara kita pecahkan jerawat akan menyebabkan jangkitan bakteria & mengakibatkan masalah jerawat jadi semakin serius. Selain tu.. cara tu jugak boleh menyebabkan parut pada bekas jerawat. Jadi seeloknya jangan pict biarkan dia pecah sendiri. Boleh rawat dengan apa2 produk mengecutkan jerawat.. salah satu aku pernah guna acne gel garden of eden. Cari je kat farmasi ada je jual.

Sebagai jurujerawat kita kena jugak tahu asal usul jerawat yang berkampung di muka kita kan.. Penting untuk kita tahu bagaimana ia terjadi untuk kita ambil langkah membasmi atau mengelakkan dia kembali bermastautin di daerah kulit terutama di bahagian muka. Spesis jerawat ni memang pendatang tanpa izin yang tak tau malu sikit tapi kedatangan dia selalu memalukan kita, kan? hehehehehehe...

Moral of the story.. Kalau muka berjerawat sila rawat jerawat dulu tak payah sibuk sangat nak nak tambah collagen dalam muka bagai nak bagi sentiasa awet muda.. Kalau muka berjerawat memang muka tak nampak awet sangat dah.. Lepas dah settle masalah jerawat baru ke step seterusnya untuk mengekalkan kemudaan pada kulit. Salah satu produk korang boleh try untuk awet muda yang ni >> Yang Nak Sentiasa Perasan Muda Boleh Try Produk Ni <<

KULIT BERJERAWAT TERUK AKIBAT GUNA PRODUK BERMERKURI BOLEH CUBA RAWAT DENGAN PRODUK NI

KULIT BERJERAWAT TERUK AKIBAT GUNA PRODUK BERMERKURI BOLEH CUBA RAWAT DENGAN PRODUK NI. Sekarang tengah hot pasal isu local produk yang katanya ada mercury & chemical yang banyak sehingga menyebabkan ada di antara pengguna produk ni mengalami masalah kulit wajah yang serius.. Bukan setakat berjerawat.. siap jerawat bernanah lagi. Selain katanya menyebabkan jerawat selepas stop pakai produk tu lepas seminggu.. ada juga yang kata kulit timbul bintik2 putih di muka..Tak tau adakah betul produk ni banyak mercury & chemical kena tunggu penjelasan dari pengasas produk tu la. Nak tahu jugak kat mana dia buat ujikaji produk dia. kalau dia kata produk dia selamat bebas chemical & mercury kan. Mesti kena ada satu pihak yang mengesahkan tentang tu.. So tunggu je sebab benda ni pun mula jadi viral.


Bila baca ramai yang terkesan pada local produk tu.. Ada yang tengah guna & nak stop tapi takut menerima kesan yang sama.. Jadi kat sini aku nak share satu produk berasaskan bahan semulajadi. Natural produk jugak la tapi tidak la mahal sangat.. Produk ni senang korang boleh beli kat mana2 farmasi, guardian,watson atau kalau kat tempat korang susah nak jumpa watson & guardian ni boleh je beli melalui website lazada. Sebab Guardian ada jual barang kat website lazada. Kat pasaraya setakat ni tak jumpa pulak ada jual. Sebab produk memang aku guna jadi aku berani la nak rekemen. Selama aku guna memang tak bagi apa2 pun kesan buruk walau kadang2 aku stop bila aku curang dengan produk2 lain. On off guna pun dia menyumpah muka korang jadi bukan bukan jangan risau. hehehehe

Ada yang masih tak tau tentang produk Garden Of Eden. Bukan produk baru yer.. dah lama ada kat pasaran. Pengalaman aku sebelum ni la.. Bukan tak pernah tersalah guna produk. Malah dulu aku juga salah seorang pengguna tegar local skincare dulu. Banyak jugak jenama aku try tapi masa tu sangat jahil tentang produk skincare. Normally produk yang aku guna cream dia memang melekit. Tu salah satu ciri2 produk yang ada mercury. Bila pakai tu elok la.. Bila stop jerawat meriah berpesta muda mudi kat muka. Tapi time tu dok rasa kulit aku ni jenis memang mudah berjerawat tak fikir pasal kesan daripada produk yang ada mercury. Yelah time tu mercury pun tak tau apa benda hahahaha.

Bila terjebak dalam dunia blog kadang2 perlu review produk skincare ni. Ada produk yang tak sesuai dengan kulit atau terlampau mengejut tukar produk akan effect jugak kat kulit. Bila berlaku macam tu selalunya untuk merehat & menaturalkan balik kulit yang terkesan akibat penggunaan produk yang tak sesuai atau produk tu mungkin mengandungi mercury atau chemical yang berlebihan.. aku akan guna Garden Of eden Rosa T Mild Cleanser. Harga dia antara RM18 - RM21 untuk 100ml. Harga memang tak tetap. Lain tempat lain harga. Cleanser dia memang berbau natural takde bau wangi ke masam ke hapa. Dalam seminggu guna kalau ada keradangan kulit macam jadi merah2 ke hapa.. dia akan reda. Kalau jerawat.. jerawat akan mula kecut & kering.

Garden Of Eden Rosa T Mild Cleanser. Ni memang sentiasa ada stok. Walau aku guna produk lain yang ni tetap aku simpan jugak. Untuk mengelakkan berlaku masalah jerawat kalau tersalah pakai apa2 produk

Aku pernah mengalami masalah jerawat yang serius jadi aku pernah guna Tripple Action Acne serum garden of eden. Masa tu aku beli harga dalam RM31++ untuk 5ml. Aku pakai 2 botol serum dalam tempoh sebulan memang masalah jerawat tu berjaya di selesaikan.
Garden Of Eden Rosa T Tripple Action Acne Serum

Atau boleh guna bersama Garden Of Eden Acne Gel.. Yang ni selalu aku stanby kat rumah. Yelah.. kadang2 tumbuh jugak sebiji dua jerawat merenyam time2 bulan nak mengambang. Almaklum la perempuan kan.. Jadi kalau ada jerawat singgah.. aku sapu je. nanti di kecut la.

Garden Of Eden Rosa T Acne Gel

Produk Garden of eden ni kalau kau nak harap muka kau jadi glowing, flawless atau gebu macam Emma Maembong tu mungkin tidak la untuk set jerawat. Dia memang semata mata merawat jerawat tapi sangat berkesan. Cuma bila guna Rosa T Mild Cleanser tu aku nasihatkan guna juga apa2 pelembab sebab bila nak rawat jerawat ni dia akan keringkan sikit kulit sebab nak keringkan & kecutkan jerawat tu. Tapi tahap kering dia tu tak sampai la mengelupas cuma kita boleh rasa kulit kita kering sedikit. Tapi kalau guna dengan Acne & scar serum tu.. Dia akan melembabkan kulit sebab serum dia macam minyak pati tumbuh tumbuhan. Tapi sekarang tengok dah ada Satin White cream tu mungkin membantu mengimbangi kekeringan kulit la kot.  Sebab aku belum pernah try yang satin white cream tu tak tau la effect dia macam mana.Kulit jadi licin macam kain satin ke hapa.. Try la hangpa guna nanti bagitau aku. hehehehe. Aku cuma share yang aku pernah guna la..

Produk Garden Of Eden Untuk Set Jerawat

Produk Garden Of eden sebenarnya ada banyak set bukan untuk jerawat jer.. untuk pigmentasi pun ada. Cuma rasanya dia tak jual dalam bentuk set dia jual single2 macam tu. Tak tau la kot2 hangpa pi cari jumpa dia jual set macam kat dalam gambar tu kan. Tapi setakat ni yang aku jumpa semua jual single je. Tapi untuk apa2 masalah kulit kat packaging dia tu dia akan mention untuk kegunaan apa. Atau korang nak survey tentang produk ni boleh tengok kat Facebook Garden Of Eden.

Garden of eden adalah produk berasaskan ektrak tumbuh tumbuhan. Memang bebas chemical. Kesan dia bukan macam produk yang ada mercury.. 3 hari boleh nampak kulit gebu, jerawat hilang bagai. Semestinya tidak begitu cepat. Dia merawat perlahan lahan.. selepas seminggu tu kalau masalah jerawat.. jerawat akan stop & mula kering/mengejut sikit demi sedikit. Tapi antara produk yang berkesan aku cuba untuk masalah jerawat. Jadi guna produk2 natural macam ni memang kena sabar & istiqomah yer. Tapi jangan risau Insya Allah.. dapat membantu masalah jerawat yang berbunga mekar di wajah masing masing.

Kesimpulannya.. semua orang nak kulit cantik macam gambar guna applikasi kamera 360 tu.. Takde sapa nak kulit muka macam kawah bulan atau macam kodok.. Tapi dalam mengejar kecantikkan tu please jangan jadi obses nak cantik dalam kadar segera. Bila kulit kita ada masalah kalau merawat cara selamat memang ambil masa untuk nampak hasil. Kalau boleh dapat kesan yang terlalu cepat mungkin anda perlu meragui sesuatu produk tu. Mungkin sedikit siasatan perlu di lakukan. Nak cantik tu kekal berpanjangan memang kena cari produk yang tidak mengandungi bahan kimia & mercury. Yup.. Natural produk adalah salah satu pilihan yang selamat.

PENGALAMAN NGERI SELEPAS GUNA PRODUK TA** SKINCARE.

PENGALAMAN NGERI SELEPAS GUNA PRODUK TA** SKINCARE. Antara produk local skincare yang tengah In-trend jugak sekarang. Dari hasil pembacaan aku dari pengalaman mereka yang pernah guna.. kesan selepas guna produk ni ada yang kata ok.. Cantik, gebu, licin terutama yang ada masalah jerawat tapi tak kurang jugak ada yang memberi feedback negatif selepas stop atau tak consistent guna produk ni.. Mula la episod mimpi ngeri. Serius.. aku sendiri kurang berminat guna local skincare sekarang sebabnya pengalaman aku sebelum ni banyak jugak guna local skincare pelbagai jenama ni.. Masa tu kategori jahiliah lagi la.. Masa guna ok.. lepas stop muka kembali jadi 'jemah jelmaan'. Jerawat subur bagai di baja.. tona kulit pun jadi pelbagai warna, kusam & tidak sekata. Selepas stop guna local skincare.. aku beralih membeli produk2 kat farmasi.. dari start try Bio Essence sampai sekarang macam2 produk aku dah try semuanya produk farmasi atau yang ada clinical approve. Alhamdulillah.. masalah jerawat aku anggap selesai la sekarang. Takat jerawat sebiji dua miang miang buluh rebung tu.. ada la. Lepas tu dia kecut tamat la riwayat dia kat situ.



Tadi terbaca satu perkongsian dengan bekas pengguna produk Ta** skincare. Kalau tengok pada gambar yang dia kongsi memang menakutkan terutama orang macam aku yang pernah pegang jawatan 'Jurujerawat' ni. Even masalah jerawat dulu tak seteruk tu pun kita dah rasa muka macam kodok inikan kalau mengalami situasi macam tu. Mau murung setahun katanya. Menurut cerita bekas pengguna produk tu katanya.. Mula2 pakai memang cepat & cantik kesannnya. Konon dalam masa 7 hari jerawat settle. Yelah.. time pakai tu memang putih mulus, gebu gebas.. Lepas kulit dia dah makin cantik & sihat kononnya dia mula tak consistent guna. kejab pakai kejab tak.. Time tu baru nampak kesan buruk pada kulit dia dari penggunaan produk tu. Jerawat naik bukan sikit penuh kat muka terutama kawasan mulut.. siap yang jenis bernanah lagi. Kulit dia pulak jadi semakin sensitif. Tak boleh kena cahaya matahari terus jadi pedih. Bayangkan la betapa azab dia menanggung seksa selepas cantik seketika waktu selepas penggunaan skincare tu.

Kesan selepas guna Ta** skincare. Kalau tak rasa menakutkan tak tau la

Kadang2 tengok kengkawan kat Facebook dok tanya pendapat nak guna produk ni aku bagi juga la pandangan walau kebanyakkan ignore pendapat orang2 macam aku ni. Almaklum la bukan Ahli Farmasi katanya. Biarlah kan.. muka depa hak depa. Apa depa nak tempek.. nak tenyeh.. nak tonyoh.. kita tak boleh nak halang. Cuma sekadar berkongsi untuk kebaikkan bersama.. Bukan kata semua local skincare tu merbahaya tapi kebanyakkan memang tak berapa elok untuk kulit. Bukan kata produk luar ni semua terjamin selamat cuma kebanyakkan produk yang selamat tu melalui jenama dari luar. Jadi berhati hati untuk mencuba apa2 produk.. Betul kesan masa kita guna memang kadang2 buat kita jadi terawang awang. Rasa macam cantik menarik kau memang da'bomb.. tapi belum tentu kesan selepas kita berhenti menggunakan kekal cantik. Tak cantik ok lagi.. kalau sampai memudaratkan kulit tu yang bahaya sangat. Sebab tu sangat penting pengesahan KKM. Sebab tu kadang2 aku meluat dengan seller yang dok perli2.. produk luar takde KKM orang tak kisah nak guna.. yang local produk sibuk nak tanya ada KKM ke tidak. Tak kira produk tu luar ke dalam penting sangat KKM. Kalau jadi camni hangpa nak bertanggungjawab ke? Hangpa tu seller sepatutnya sebelum jual kena pastikan produk tu betul2 selamat dulu.


Pada yang masih menggunakan produk ni terpulang.. Kalau rasa tak jejaskan kulit korang & confident produk tu tak bahaya teruskan. Kalau rasa nak lebih kepastian siasat dari mana produk tu, apa bahan di gunakan.. kat mana produk tu di ujikaji keberkesanan & keselamatan dia. Semua terpulang kepada diri sendiri.. Yang nak cantik atau rosak muka hangpa kan..


Moral of the story.. Semua orang suka & nak cantik termasuk aku tapi please jangan perjudikan keselamatan & kesihatan kulit korang. Kalau effect kulit je maybe boleh rawat lagi.. kalau effect organ dalaman ke hapa.. macam mana? Jangan ingat skincare tak boleh memudaratkan kesihatan & fungsi tubuh badan kita ok!

PETUA RAWAT KENCING MALAM GUNA GIGITAN PEPATUNG PADA PUSAT

PETUA RAWAT KENCING MALAM GUNA GIGITAN PEPATUNG PADA PUSAT. Sapa pernah dengar petua ni? Aku?? Sebagai anak kampung.. petua ni bukan rare sangat malah dari kecik lagi aku dah tahu pasal petua ni. Malah masa kecik2 dulu aku & the geng memang selalu buat aktiviti ni. Tangkap pepatung kemudian letak kat pusat bagi dia gigit. Kadang2 rasa macam gatal2.. masa pepatung tu nak gigit & kadang2 rasa sakit bila dia gigit. Tapi tak ada la sampai mendatangkan kecederaan atau kesan alergik atau apa2 penyakit kulit. Masa kecik kami just anggap salah satu aktiviti bermain je. Almaklum la budak kampung

Petua Orang dulu dulu nak hentikan tabiat kencing malam di kalangan kanak kanak

Semalam kat group Autisme Malaysia ada seorang ibu berkongsi petua ni katanya berkesan untuk anak dia yang kencing malam tu. Lepas buat petua ni anak dia dah tak kencing masa tidur walau dia tak terbangun untuk kencing di tengah malam. Tak tahu la samada benda tu memang ada kaitan dengan gigitan pepatung kat pusat kanak kanak yang kencing malam atau kebetulan sahaja. Maka aku try jugak google pasal petua ni sebab semalam ada yang macam tak puas hati bila si ibu ni berkongsi petua lama ni. Ada yang anggap benda ni boleh mendatangkan kesan samping & ada yang berpendapat ia mengarut. Tapi bagi pendapat aku ia sekadar ikhtiar. Selagi tidak bercanggah dengan ajaran agama kita, tak salah nak mencuba. Tapi kalau memudaratkan tu tak perlu la nak buat. Manalah tau boleh bagi kesan trauma ke.. Nama pun petua. So, benda ni sapa rasa mampu ikut, ikut la. Tak mampu tak payah gigih sangat sebab risiko anda yang tanggung.

Dari apa yang aku baca memang tiada bukti kaedah tu mampu memulihkan tabiat kencing malam ni malah belum ada mana2 pihak membuat kajian tentang gigitan pepatung mampu merawat kencing malam ni. Aku sendiri tak tahu macam mana orang dulu dulu boleh guna kaedah ni yang pasti setiap perkara yang orang dulu buat ni pasti ada alasan & sebab yang mengaitkan dengan perkara tu. Kadang2 cuma psychology jer..

Inilah jenis pepatung yang selalu masa kecik2 aku & kawan2 guna bagi gigit pusat. Kami panggil patung harimau. Sakit jugak ok dia gigit

Apapun tabiat kencing malam ni kadang kadang ada kaitan dengan penyakit seperti jangkitan kuman dalam kencing, masalah sembelit & struktur buah pinggang yang tidak normal atau mungkin di sebabkan ketidakmatangan sistem perkembangan kanak kanak & faktor genetik. (keturunan).

Ada macam2 rawatan & latihan boleh di pratikkan untuk mengurangkan tabiat kencing malam di kalangan kanak kanak ni.. Antaranya biasakan anak anak kencing sebelum tidur yang biasa kita buat pada anak anak kita. Bila di latih Insya Allah benda ni membantu anak anak tidak terkencing waktu tidur. Atau dulu ada sejenis minyak angin yang mampu membantu masalah kencing malam. Di sapu di bawa perut ketika anak tidur.

Moral of the story.. benda ni cuma petua sekadar ikhtiar yang menyembuhkan adalah Allah SWT. tak salah nak cuba. Tak perlu beremosi pun dengan perkongsian petua macam ni sampai yang semalam aku baca minta yang berkongsi petua ni bertanggungjawab kalau ada yang cuba & memudaratkan. Punya tak puas hati tu.. Apapun petua atau tips yang di kongsikan kena ingat tidak semua sesuai untuk semua orang sebab penerimaan setiap orang terutama kanak kanak ni berbeza. Rasa mampu boleh cuba.. rasa benda akan memberi tekanan emosi pada anak anak korang jangan buat. Simple jer..

VIRAL VIDEO PEREMPUAN CANTIK MENGAMUK, SEKADAR TAKTIK NAK LARISKAN PRODUK

VIRAL VIDEO PEREMPUAN CANTIK MENGAMUK, SEKADAR TAKTIK NAK LARISKAN PRODUK. Dulu kecoh perempuan montel rakam video kononnya buat laporan polis sebab dia beli krim pelansing ni tapi bila dia pakai tak panas so dia tak puas hati. Katanya kalau tak panas macam mana nak bakar lemak dia.. Walhal memang produk tu dah mention awal2 bahawasanya krim tu memang tak panas tapi mampu melansingkan badan. Siap sebut nama produk banyak kali.. Akhirnya orang dapat detect itu cuma strategi marketing untuk memviralkan produk tu supaya orang tahu & beli.


Ok habis cerita terobek tu.. Ni yang terbaru. Kali ni tak guna minah montel tapi guna perempuan cantik,langsing putih gebu yang stylo milo macam retis datang serang satu kedai jual produk. Konon dia tak puas hati dengan produk yang mula2 katanya dapat menyembuhkan penyakit kencing manis mak dia..  tapi bila dia check kencing manis mak dia kat hospital katanya dari 15 turun ke 10. Dia tak puas hati sebab turun 5 jer (kat situ sebenarnya dia nak bagitahu produk tu berjaya turunkan level kencing manis mak dia).. Lepas tu dalam video tu tak tunjuk langsung muka orang yang dia maki. Kalau betul dia nak viral confirm la dia tunjuk muka orang yang jual & consult dia pasal produk tu. Confirm dia nak highlight orang yang kononnya menipu dia, ye dak? Ni tak dia video tu hanya fokus kat muka dia & produk tu.. Kat situ nampak sangat la.. saja buat video supaya jadi kontroversi seterusnya akan viral.

Muka cantik tapi marketing tak cantik sangat walau berkesan untuk di viralkan. Cuma orang yang percaya akan maki balik dia la.. hahaha

Alah.. trick sampah la cik kak Ooi.. Orang baru kenal media sosial mungkin terpedaya & percaya la kau betul2 tak puas hati dengan produk tu. Tapi bagi blogger macam den.. Memang selalu mengikuti perkembangan semasa di media sosial ni, nampak 'drama sangat' tau!! Trick2 macam tu kami dah tak terpedaya la. Kalau produk tu betul2 berkesan tak perlu kot nak guna taktik2 drama sangat yang nampak murahan macam tu. Tu kategori menipu jugak tu. Kalau tak tau macam mana nak perkenalkan produk hang tu meh sini bagi blogger buat review secara berjemaah. Kalau minat email je kat den lekatlekitgurl@yahoo.com.

Takpe la.. nampak berbakat jugak dia dalam lakonan hope Mejar David Teo ambil dia berlakon dalam filem seram akan datang. Sebab dia dah ada pakej yang David Teo nak.. cantik.. seksi & boleh berlakon tu sebagai bonus la kan.. hehehehe... Bagi watak hantu pun sesuai nampak garang tu sesuai jugak jadi hantu.

Moral of the story.. Tak payah tengok filem2 macam ni kat wayang dah >> 6 Aksi Panas Dalam Filem Underworld: Blood Wars! Ok. Bawah Umur Sila Jangan Tengok << membazir je beli tiket sebab kat media sosial sebenarnya lagi banyak drama panas boleh di tonton. hehehehe

P/S : Nak tonton video perempuan ni mengamuk tengok kat SINI

PEMBUNUH PALING KECIL YANG NAMANYA BERMULA DENGAN HURUF M

PEMBUNUH PALING KECIL YANG NAMANYA BERMULA DENGAN HURUF M. Zaman sekarang pembunuh dalam macam2 rupa & bentuk. Ada yang kita boleh nampak ada yang tidak. Ada yang kita boleh dakwa kat mahkamah & di jatuhkan hukuman dan ada yang kita tak boleh heret dia ke mahkamah. Kita cuma mampu membenteras aktiviti dia jer.


Sebab tu akhir zaman sekarang macam2 makhluk boleh menjadi amat menakutkan bukan hanya manusia. Sifat dia kecik jer.. tapi impak dia sangat besar. Mudah membiak tapi susah nak pupus. Semua berlaku adalah di sebabkan kelalaian & kerosakkan yang manusia tu sendiri lakukan. memang apa2 kemudaratan yang berlaku dalam dunia ni puncanya adalah manusia. Tu kita tak boleh nafikan.

Tapi pembunuh yang namanya bermula dengan huruf M ni memang sedang menghantui kita sekarang. Dia tak boleh di hapuskan kalau tak ada kerjasama dari semua pihak. Kalau sorang je cuba membenteras memang tak jadi.. Sebab kita hidup berkongsi bumi yang sama.

Makhluk M ni memang kecik jer.. Tak pernah besar tapak tangan pun badan dia. Besar kuku pun susah nak jumpa. Memang spesis dia semua kecik kecik tapi bak kata pepatah kecik kecik cili padi. Tentu korang tertanya tanya apakah spesi makhluk pembunuh paling kecil yang namanya bermula huruf M ni. Kalau nak tahu sila baca kat sini >> Inilah Makhluk kecil Paling Dahsyat & Mampu Membunuh Yang Namanya Bermula dengan huruf M <<

Jadi berhati hatilah dengan makhluk M ni. Siapa sahaja boleh jadi mangsa dia. Jadi ambil langkah pencegahan awal la sebelum makhluk M membunuh anda, Ingat cegah itu lebih baik dari merawati

13 TRICKS MUDAH SEMBUNYIKAN PARUT JERAWAT DI WAJAH

Jerawat bagi seorang manusia nak nak lagi berjantina perempuan ni kadang2 macam satu malapetaka besar even sebijik je dia park kat muka. Tu pun ada yang rasa macam hidup dia dah tak ada makna lagi. Apatah lagi kalau yang jenis muka subur dengan jerawat. Dah layak bergelar jurujerawat katanya...


jangan risau.. Memang nak treatment jerawat ni bukan ambil masa 1 hari. Kadang kadang ambil masa berbulan. lepas dah kering jerawat kadang2 jadi berparut. Kalau parut di hati orang tak nampak tapi parut di muka memang semua orang boleh tengok. Nak tutup dengan makeup pun perlukan kepakaran.. kalau silap touch up lain pulak jadinya. Kang nampak bertompok tompok muka macam kena tampal. Jangan risau para jurujerawat sekalian.. wonderpeah datang membantu anda. Ada tips yang paling mudah nak sorokkan parut jerawat kat muka...

Dengan pembongkaran tips & trick paling mudah ni.. dapatlah memberi anda ilham & idea tiap kali di kunjungi jerawat & tiap kali jerawat jadi berparut. Bukan semua orang tau tips ni.. bertuahlah bagi sesapa yang baca blog lekatlekit ni katanya... bertuah la sangat kan? hahahaha... Sembang riuh, tips tak bagi jugak. Sabaq noh... tak lari blog lekatlekit di kejar. Den pakai free domain... so tak bayar pun blog still ada. Jangan risau...

Korang betul ke nak tau tips mudah sorokkan parut jerawat di muka ni?? Serius tak menyesal?? Kalau korang nak tau jugak baca la sendiri kat sini >> 13 trick & Cara paling mudah & senang sembunyikan parut jerawat di wajah << Almaklum la artikel orang. Tak sopan dok copypaste macam tu je kan?? Hidup ni kena la reti hormati hak orang lain, ye dak??

Moral of the story.. biar muka berjerawat, hodoh & jijik janji tak picit depan muka orang lain hahahaha.


SEMUANYA SEBAB PAKAI EPYHRA SKIN BAR

Ephyra bersedia ke nak bayar blogger lekat lekit?? Kalau dah masuk blog puaka lekat lekit ni bersedialah untuk pendedahan berani bongkar. Takde sapa terkecuali kalau dah masuk perangkap lekat lekit. Seram tak dengan statement tu?? Mesti semua pengguna ephyra skin bar cuak & cepat2 clik entri kan? Nak tau apa yang berlaku kat bawah mata aku... Ni aku nak story kat hangpa semua agar hangpa semua tahu 'Apa tu ephyra skin bar'


Alkisahnya masuk bulan puasa.. Cuaca jadi panas lain macam sikit. Tetiba kulit aku jadi berminyak sangat. Rasanya kalau berjemur tengah panas.. pecah telur atas muka pun boleh masak tanpa melekat kat pipi sebab cukup dah minyak pelincir katanya. Mengelabah jugak aku sebab tetiba jadi ruam sampai aku stop semua skincare aku pakai cuma guna cleanser bio essence & pakai bedak agnesia je dulu. Dalam gelabah tu ter order epyhra skin bar...

Sesampainya epyhra skin bar kat tangan aku macam biasa la.. Aku memang takde nak belek2 sangat dah. Terus je guna. Penggunaan pertama kali memang menyebabkan kulit jadi kering sikit tapi selepas 2 3 kali penggunaan dah jadi ok. Maybe sokongan skincare lain yang aku pakai macam produk bio essence & nour ain. Ok jer.. bila blend dengan ephyra skin bar semua skincare aku pakai.

Masalahnya sekarang... Masalahnya masalah ke? hahahaha... Sebelum bawah mata aku ada tumbuh satu bintik yang macam kutil aku tak tau la apa benda. Nak kata bintik kolestrol pun tak sangat sebab sebijik je tak hilang. Lepas seminggu guna ephyra skin bar.. Sumpah aku tak tipu benda tu mengecut .. Tak tau la tanda2 penuaan ke, pigmentasi ke hapa.. tapi yang penting ia berjaya di lenyapkan di muka kawah bulan aku ni.

Sekarang ni masalah kulit berminyak takde lagi, jerawat pun takde baja dah nak membiak, kawah bulan pun makin tak berapa kawah, parut jerawat pun semakin pudar, masalah pori pun dah ok. Semakin mengecil & semestinya kulit pun makin cerah even tak mampu setanding snow white lagi katanya...

Sebelum ni aku memang malas nak pakai cleanser jenis sabun.. sebab leceh. Nak kena potong. Nak kena simpan dalam bekas yang tak masuk air tapi tu la keistimewaan cleanser jenis sabun ni.. kesan dia lebih baik sebab kebanyakkan cleanser jenis sabun yang pernah aku pakai semua Alhamdulillah merawat kulit aku dengan jayanya tapi sebab aku  siperasan cantik yang pemalas so aku suka guna cleanser jenis tube tu. Senang picit & guna. Tutup & simpan je dalam bilik air.

Tapi kalau yang ada masalah kulit boleh try ephyra skin bar.. Sebab seketul tu boleh potong 4. Sepotong tu aku pakai tahan lebih 7 hari jugak even satu hari 3 kali aku cuci muka. Jimat la jugak. Aku beli dengan dkna Abza. Seketoi RM36 free postage.

Moral of the story.. Nak cantik memang kena keluar budget.. So, budget kita boleh tentukan produk yang macam mana dalam kemampuan kita.


RAHSIA BEDAK AGNESIA YANG MUNGKIN KORANG TAK TAHU

Punya la banyak produk dok beli alih2 bedak agnesia jugak paling membantu di musim panas ni. Yelah.. masuk je bulan puasa, cuaca dari agak panas dari kebiasaan. Kebetulan aku pulak baru jer nak cuba pencuci muka baru yang tak pernah aku cuba sebelum ni. Maka tetiba kulit aku jadi masalah balik even masalah lama pun bukan settle lagi. Mood terus dari beauty rasa jadi beast. Hahahaha

Panas menyebabkan kulit aku jadi berminyak lepas pakai pencuci muka bio essence Tanaka white. Lepas tu aku tambah pulak dengan koleksi skin care baru Evesoft skinz youth recall hydrating toning lotion.. konon nak bagi pori mengecil. rekemen akak kerja kat guardian kat kulim. Dah la kulit jadi berminyak.. pakai pulak tonner eversoft tu.. masalah jadi double. Minyak tambah muka aku tepi2 hidung jadi macam ruam & naik jerawat pasir pulak. Faktor cuaca panas jugak. Gelabah punya pasal aku order ephyra skin bar dengan dkna abza.

Produk yang kena kuarantin dulu.. hahaha

Sementara tunggu sabun pencuci epyhra tu sampai.. aku stop dulu semua skincare yang aku guna.. aku pakai bio essence miracle bio water foamy cleaser  yang ada fungsi oil control kemudian.. aku tempek je bedak agnesia. Pakai macam bedak sejuk tu. Alhamdulillah 3 kali jer pakai bedak agnesia.. minyak, ruam & jerawat pasir dah takde. Sebab bedak agnesia memang membantu menyembuhkan ruam pada kulit. Musim panas memang sesuai sapu kat anak anak bedak agnesia ni. Dia macam menyejukkan kulit jugak la. tapi sebelum ni mungkin ada antara korang yang tak tahu bedak agnesia boleh jugak di gunakan untuk masalah kulit wajah seperti jerawat, gatal,ruam,kulit berminyak bagai..Sebenarnya untuk kulit berjerawat pun boleh rawat dengan bedak agnesia sebab dia ada antiseptic yang membunuh kuman. Yang penting bedak ni murah jer berbanding skincare yang lain. Di percayai turun temurun & di gunakan kat kedai gunting rambut india sejak dulu kala hahahaha.


Semalam aku nak keluar pun aku skip pakai foundation. Aku cuma pakai bio essence sunscreen moisturizing cream yang ada spf 56, Maybeline pure concealer Mineral (aku pakai macam foundation. Tempek satu muka hahahaa) & bedak ronasutra. Alhamdulillah.. even cuaca panas muka tak jadi kuali goreng ikan sangat.


Skincare pulak aku pakai yang biasa aku pakai sebelum ni lepas minyak kat muka terkawal, ruam dah takde & jerawat pasir dah hilang .. Pakai balik la Bio essence bio gold water, Bio essence bird nest double whitening cream & cleanser aku pakai bio essence miracle bio water foamy cleaser. Yang aku reject buat sementara waktu.. Tanaka white cleanser & Eversoft tonner. Rasanya aku berani dah pakai kot hahaha..

Moral of the story.. petua yang aku boleh share bila korang cuba sesatu produk tu macam bagi effect tak baik kat kulit korang jangan terus pakai dulu. Stop & rawat. Macam aku stop semua termasuk skincare yang aku pakai sebelum ni.. aku rawat dulu dengan bedak agnesia... lepas dah ok baru pakai skincare yang aku pakai sebelum ni. Jangan ambil risiko.. nanti takut korang sendiri tak sudi tengok muka sendiri. hehehe

NI CARA NAK MAKAN PEDAS KETIKA ULSER TANPA RASA SAKIT

Musim panas paling senang nak kena ulser mulut. Bila kena tu.. Ya Allah perit jugak nak makan. Kira makan macam telan je tak boleh nak menikmati sangat sebab bila makanan bersentuhan dengan ulser peritnya.. Tak tau nak habaq kan? Tapi aku sekarang kalau ulser rilex jer.. Aku boleh menikmati makanan even makanan pedas pun tanpa rasa sakit. Mesti hangpa semua nak tau.. macam mana aku boleh enjoy makanan pedas time ulser bersepah dalam mulut...

Sumber google

Caranya senang jer... Tak susah nak cari petua tok nenek. Gi farmasi atau kat tesco pun ada jual ubat ni. Cakap jer kat dia nak oral Aid..  Lepas tu korang letak je kat ulser bila nak makan. Dia akan rasa kebas so hangpa boleh makan sepuasnya seolah2 takde ulser dalam mulut. Oral Aid ni bagus sebabnya selain merawat dia memberi kelegaaan sementara bila kita nak makan. Kat rumah aku memang sentiasa ada stok Oral Aid sebab Ulser ni jenis penyakit nak datang tak bagi signal dah. dah hinggap bukan sehari dua nak baik.. so, penyelesaiannya Oral Aid

besar ni je botol dia. -sumber google-

So, sesapa yang kena ulser mulut atau kerap dapat ulser mulut kena sentiasa stanby. Nak bawak pun senang sebab botol dia kecik jer.. sumbat dalam poket pun boleh...

Ni je tips dari aku untuk pengidap ulser mulut. Selamat mencuba.. ok sekarang aku tengah kena ulser tapi aku tak risau nak makan sambal belacan selesung pun boleh dengan adanya Oral Aid. hehehehe

INI SEMUA SALAH TANAKA WHITE NIGHT CREAM BIO ESSENCE

Inilah akibat kulit dayang senandung berangan nak jadi kulit macam emma maembong.. Angan2 sampai ke langit ke tujuh padahal tinggi hanya 140cm katanya. Takpe even tak tinggi angan2 kena tinggi baru boleh terbang ke langit biru katanya even tak boleh cecah sampai langit ke tujuh sekalipun.

Akibat berangan tahap minah jenin ni maka aku pun obses nak putih.. nak kulit licin.. nak gebu gebas macam cik mat gebu dapur tanpa sempadan. So apa yang boleh bantu masalah kulit aku yang subur dengan bunga2 cinta ni.. Aku try la. Sebab aku pernah guna bird nest night cream bio essence & tak bagi effect ngeri sangat kat kulit muka aku.. maka dengan yakinnya aku beli Tanaka White double whitening renewal night cream bio essence walhal mula2 tu sekadar nak cari pelembab jer. Dasar perempuan kan.. pantang nampak perkataan sales terus tergugat Iman. hahahaha

kalau gambar yang ada watermark aku tu aku snap sendiri yer bukan ambil dari google

Maka beli la sebekas Tanaka White double whitening renewal night cream bio essence ni dengan harga selepas diskaun RM48++ tanpa rasa bersalah atau curiga walau sebesar taik hidung pun.. balik tu dengan rakus ku tenyeh muka aku dengan tanaka white sambil berangan muka aku seputih pengasas produk Qu puteh. Hasilnya selepas seminggu menyemai impian bersama Tanaka White double whitening renewal night cream bio essence...
 terpaksa tutup mata sebab aku taknak rasa bersalah kalau ada yang histeria tengok rupa makhluk separa misteri & seram ni hahahaha... alasan sangat tau! Walau takde la seputih putih melati tapi ada perbezaan la selepas seminggu guna. Tak kusam sangat la kulit aku yang pernah menjadi mangsa produk ni hahahaha. Baru aku perasan aku semakin hitam berbanding dulu.. kenapa ekk? sebab main laut kat PD ke? kekekeke

Aku rasa aku sekarang bukan lagi aku yang dulu. Dulu ku rentung sekarang dah terang. Semua ni salah Tanaka White double whitening renewal night cream bio essence. Hahahaha... dasar tak kenang budi. Bagi hasil yang baik pun tetap nak salahkan produk jugak.

Memang aku perasan kecerahan even tak sampai level emma maembong lagi tapi putih sikit la berbanding bontot kuali kan? Aku pun kulit bukan la putih sangat kan. Ok la tu baru seminggu guna dah nampak hasil.. ni kalau istiqomah habiskan sebekas mana tau tetiba jenjalan kat luar orang panggil emma maembong pulak kan. kekekekeke

Cream ni tak berminyak.. tak mengeringkan kulit & berfungsi sebagai pelembab jugak selain mencerahkan kulit & merawat kulit semasa tidur. Sapa nak try boleh la try.. harga tengah sales ni rembat la sampai gol sebelum harga kembali kepangkal jalan. kekekekeke

P/s : siang aku pakai aloe vera gel untuk merawat masalah jerawat seketoi dua ni..  kulit aku sensitif jiran renovate rumah pun aku effect bukan muka je tangan pun jadi gatal2.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com