TREND TERKINI YANG ADA DALAM MAJLIS KAHWIN ORANG MELAYU SEKARANG
Kalau dulu majlis kahwin ni kita biasa tengok ada acara persembahan silat, kompang, sanding, tepung tawar atau zaman hitam putih ada joget lambak. Takde la kita nak tengok budaya2 barat sangat dalam perkahwinan orang2 melayu even adat melayu pun banyak di adaptasi dari adat india macam bersanding berinai bagai tu kan.
gambar sekadar hiasan
Prop. Dulu mana ada prop2 ni.. kawen sanding amik gambar settle.
Candy booth. Dulu orang kalau nak bagi gula2 pun letak dalam bekas telur jer. Takde booth2 bagai.
Flowers girl. Dulu kita boleh nampak flowers girl dalam perkahwinan orang2 kristian atau orang barat jer. Ada budak bawa bunga mengiring pengantin masuk ke gereja untuk di nikahkan. Tapi sekarang kita boleh nampak flowers girl di dalam majlis kahwin orang melayu.
Aku cukup perasan 3 ni je paling popular sekarang. Sapa2 je nak kawen sekarang kebanyakkan mesti masukkan perkara ni dalam senarai.Betul tak? Aku tak nak la pertikai apa2.. hak individu nak buat apapun. Just entri ni cuma nak share trend2 terbaru dalam perkahwinan orang melayu Islam sekarang. Nak cakap pasal hukum hakam aku bukan orang yang layak memperkatakan tentang tu sebab ilmu aku cuma paras buku lali.
Apapun.. yang baik nak buat tu buat la.. mana yang agak tak berapa di berkati tu elakkan. Lagi satu soal kemampuan. Rasa mampu buat kalau jadi satu bebanan tu tak payah la nak ber trend2 sangat. Kita nak kawen sebab nak rasa bahagia bukan nak tambah bala, ye dak??
Moral of the wedding story ni... Nak buat apapun tepuk dada jangan tanya selera sebab kadang2 selera manusia lebih dari kemampuan & kewarasan jadi tanyalah hati & akal. Jangan kita terbeban untuk mengejar kepuasan sebab yang puas nikmatnya adalah kita rasa tenang, senang & bahagia selepas melakukannya bukan sengsara. Peace!