TREND TERKINI YANG ADA DALAM MAJLIS KAHWIN ORANG MELAYU SEKARANG

6/26/2014 01:08:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Kalau dulu majlis kahwin ni kita biasa tengok ada acara persembahan silat, kompang, sanding, tepung tawar atau zaman hitam putih ada joget lambak. Takde la kita nak tengok budaya2 barat sangat dalam perkahwinan orang2 melayu even adat melayu pun banyak di adaptasi dari adat india macam bersanding berinai bagai tu kan.

gambar sekadar hiasan

Tapi zaman sekarang muncul trend baru yang di ambil dari budaya barat & di jadikan salah satu upacara atau aktiviti dalam majlis perkahwinan orang melayu bukan setakat fesyen baju pengantin jer. Antara trend yang paling popular sekarang yang aku rasa semua orang pun perasan adalah

Prop. Dulu mana ada prop2 ni.. kawen sanding amik gambar settle.

Candy booth. Dulu orang kalau nak bagi gula2 pun letak dalam bekas telur jer. Takde booth2 bagai.

Flowers girl. Dulu kita boleh nampak flowers girl dalam perkahwinan orang2 kristian  atau orang barat jer. Ada budak bawa bunga mengiring pengantin masuk ke gereja untuk di nikahkan. Tapi sekarang kita boleh nampak flowers girl di dalam majlis kahwin orang melayu.

Aku cukup perasan 3 ni je paling popular sekarang. Sapa2 je nak kawen sekarang kebanyakkan mesti masukkan perkara ni dalam senarai.Betul tak? Aku tak nak la pertikai apa2.. hak individu nak buat apapun. Just entri ni cuma nak share trend2 terbaru dalam perkahwinan orang melayu Islam sekarang. Nak cakap pasal hukum hakam aku bukan orang yang layak memperkatakan tentang tu sebab ilmu aku cuma paras buku lali.

Apapun.. yang baik nak buat tu buat la.. mana yang agak tak berapa di berkati tu elakkan. Lagi satu soal kemampuan. Rasa mampu buat kalau jadi satu bebanan tu tak payah la nak ber trend2 sangat. Kita nak kawen sebab nak rasa bahagia bukan nak tambah bala, ye dak??

Moral of the wedding story ni... Nak buat apapun tepuk dada jangan tanya selera sebab kadang2 selera manusia lebih dari kemampuan & kewarasan jadi tanyalah hati & akal. Jangan kita terbeban untuk mengejar kepuasan sebab yang puas nikmatnya adalah kita rasa tenang, senang & bahagia selepas melakukannya bukan sengsara. Peace!

11 comments:

  1. sokong, ikut hati maria. maria just nak nikah n sanding mcm biasa. tak nk ada candu buffet (wat org tmbh gemuk) prop prop pun tak nak sbb nnt pengantin mcm diabaikan sbb ada bnda tu. hahaha . dan paling penting kita kawen utk eratkan silaturahim bukan utk wat hal sndiri jer. :) just my opinion

    ReplyDelete
  2. hahahaha iku trend katanya kak.

    ReplyDelete
  3. Ada duit smua blh jadik. Tp sbb dah trend x de duit pun org buat jugak. Xpe blh buat loan 15-20 k nnt bayar bulan2 smpi ada 2-3 anak boleh bayar smpi abis. Ekeke.

    Bagi yg ada duit buatlah apa pun. Tp bg yg berhutang bagai sgtlah x sesuai benda ni byk membazir pd akk.

    ReplyDelete
  4. kalau orang kaya boleh la :) yg penting ikut kemampuan..
    tapi kalau buat sebab ikut trend tu macam tak perlu la

    ReplyDelete
  5. satu lg, bertunang skang ni pun dah mcm kawen, siap pelamin bagai... pastu pakai sepasang. meriah mcm orang barat. sepatutnya, pertunangan xperlu heboh2 camtu.. kawen je yg wajib dihebohkn

    ReplyDelete
  6. salam mami lala..
    huhu..lagi modern katanya.. nasib baik lah cma kawin awal dulu..takde segala mcm ni.. heheheh

    ReplyDelete
  7. dulu amik gmbr & posing cm malu2 jer..skrg ni kahwin kaw2 punye posing..sengih je manjang (termasuk zura..hihih)

    ReplyDelete
  8. hahaha...tau X pe...wat segala benda X berfaedah ni..pastu upload kt FB n blog.. konon2 comel la..tu tujuan dorng ni sebenarnya..

    ReplyDelete
  9. Salam. Sekarang pun dah ramai pakai "bridesmaid" dan "bestman" ie. Kawan2 pengantin yg mengenekan pakaian ala2 boria dan mengiring pengantin ketika bertandang...pak ngah, mak long, kak chik dah tak ikot dah....

    ReplyDelete
  10. dh jd industry beso, business baju bridesmaid, flower girl , baju rental bunga2, candybooth bagai ni.. tak tau la ape nk jadi ..skang sedara mara, family n tetamu tgk aje dr meja bila mempelai sibuk bergambo pelbagai aksi dgn bfffff memasing. Tengah trend katanyaaa...

    ReplyDelete
  11. mcm2 trend pelik2 skrg ni.. x tau nak cakap apa dah

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com