Showing posts with label silat. Show all posts

TREND TERKINI YANG ADA DALAM MAJLIS KAHWIN ORANG MELAYU SEKARANG

Kalau dulu majlis kahwin ni kita biasa tengok ada acara persembahan silat, kompang, sanding, tepung tawar atau zaman hitam putih ada joget lambak. Takde la kita nak tengok budaya2 barat sangat dalam perkahwinan orang2 melayu even adat melayu pun banyak di adaptasi dari adat india macam bersanding berinai bagai tu kan.

gambar sekadar hiasan

Tapi zaman sekarang muncul trend baru yang di ambil dari budaya barat & di jadikan salah satu upacara atau aktiviti dalam majlis perkahwinan orang melayu bukan setakat fesyen baju pengantin jer. Antara trend yang paling popular sekarang yang aku rasa semua orang pun perasan adalah

Prop. Dulu mana ada prop2 ni.. kawen sanding amik gambar settle.

Candy booth. Dulu orang kalau nak bagi gula2 pun letak dalam bekas telur jer. Takde booth2 bagai.

Flowers girl. Dulu kita boleh nampak flowers girl dalam perkahwinan orang2 kristian  atau orang barat jer. Ada budak bawa bunga mengiring pengantin masuk ke gereja untuk di nikahkan. Tapi sekarang kita boleh nampak flowers girl di dalam majlis kahwin orang melayu.

Aku cukup perasan 3 ni je paling popular sekarang. Sapa2 je nak kawen sekarang kebanyakkan mesti masukkan perkara ni dalam senarai.Betul tak? Aku tak nak la pertikai apa2.. hak individu nak buat apapun. Just entri ni cuma nak share trend2 terbaru dalam perkahwinan orang melayu Islam sekarang. Nak cakap pasal hukum hakam aku bukan orang yang layak memperkatakan tentang tu sebab ilmu aku cuma paras buku lali.

Apapun.. yang baik nak buat tu buat la.. mana yang agak tak berapa di berkati tu elakkan. Lagi satu soal kemampuan. Rasa mampu buat kalau jadi satu bebanan tu tak payah la nak ber trend2 sangat. Kita nak kawen sebab nak rasa bahagia bukan nak tambah bala, ye dak??

Moral of the wedding story ni... Nak buat apapun tepuk dada jangan tanya selera sebab kadang2 selera manusia lebih dari kemampuan & kewarasan jadi tanyalah hati & akal. Jangan kita terbeban untuk mengejar kepuasan sebab yang puas nikmatnya adalah kita rasa tenang, senang & bahagia selepas melakukannya bukan sengsara. Peace!


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com