Showing posts with label kucing mati. Show all posts

JANGAN TANAM KUCING MATI NANTI KENA PANAH PETIR

Terkejut kan baca tajuk entri ni?? Sang Lekit mula - mula terkejut juga bila ada seorang pengomen yang komen di entri sang lekit yang bertajuk GAMBAR KUCING DI KAFANKAN SEBELUM DI TANAM yang kata ada orang cakap kalau kucing mati tak elok di tanam nanti kena panah petir. Sebaiknya di hanyutkan saja ke sungai. Lepas tu Di Fb pun bila sang lekit upload gambar kucing di kafankan tu bagi komen yang sama. Masalahnya betul ker??

Inilah gambar yang di maksudkan

Kenyataan itu sama sekali tidak berasas apatah lagi sang lekit nak anggap ia relevan di guna pakai tak kira zaman dulu atau zaman sekarang. Buktinya cukup kukuh bahawa kepercayaan itu karut semata mata sebab sang lekit kat kampung memang banyak kucing dari kecil sampai la sekarang. Dah tak terkira banyak yang mati & di tanam kat kawasan rumah. Sekali pun rumah sang lekit tak pernah kena petir. Tapi kenapa timbul kepercayaan mengarut ni?? Jom kita kupas kupis isu ni.

Kepercayaan ni asalnya di reka oleh orang dulu - dulu sebab orang dulu - dulu memang cukup handal mereka cerita dengan alasannya sekali tanpa memberitahu sebab sebenar semata - mata nak elakkan anak - anak kecil, anak - anak muda melakukan perkara tersebut yang mendatangkan keburukkan. Contoh kita ambil dogeng pasal pakai inai siang hari. Kalau orang tua2 dulu cakap pakai inai siang - siang nanti inai tu tak merah sebab ayam tengok walhal sebenarnya kalau anak2 dara pakai inai siang2 hari macam mana la dorang nak buat kerja rumah, kan?? Itulah alasan & sebab musabab sebenarnya tapi punca sebenar telah di ubahsuai dengan mitos2 yang menakutkan agar perbuatan tersebut dapat di elakkan.

Berbalik isu pasal tanam kucing kat kawasan rumah akan menyebabkan rumah di panah petir ni, cuba korang fikir di mana datangnya kepercayaan mengarut ni & apa alasannya kepercayaan mengarut ni tercipta?? Pada pendapat melekit la kan... Mungkin kepercayaan timbul sebab orang dulu - dulu kan banyak tinggal kawasan yang masih belum membangun. Ada hutan berhampiran kawasan rumah, jadi banyaklah binatang liar pemakan bangkai ni. Untuk mengelakkan binatang liar datang ke kawasan rumah sejurusnya mengoret bangkai yang di tanam mereka mengambil keputusan untuk membuang atau menghayutkan saja bangkai haiwan tersebut ke sungai. Kalau haiwan yang tak manja mungkin tak jadi masalah tapi haiwan peliharaan dalam rumah selalunya memang amat di sayangi jadi bila dah mati rasa tak sampai hati nak hanyutkan kat sungai. Rasa biarlah matinya bertanda untuk jadi kenangan. Orang tua - tua dulu2 memang kreatif sebab tu la di reka cerita macam ni seterusnya menjadi kepercayaan anak cucu cicit mereka sampai hari ni. Nak - nak lagi kalau ada kes yang kebetulan jadi macam cerita yang di reka, makin percaya orang dengan kepercayaan karut macam ni.

Haruskah kita yang berakal & makin maju & moden ni percaya dengan perkara2 macam tu sedangkan banyak sumber rujukan yang boleh kita cari untuk mengetahui kesahihan perkara tersebut. Lagipun dalam Al-Quran pun takde sebut kot (Maaf la sang lekit cetek sikit ilmu). Tapi kalau guna logik akal pun dah jelas memang merepek. Apa kaitan bangkai haiwan dengan petir?? Korang sendiri fikir la la yer.. Apapun yang karut marut ni kalau percaya lebih - lebih kang jadi khurafat pula. Sebelum memutuskan sesuatu perkara untuk di ikuti sila la kaji sahih & logik dulu. Setiap kejadian pasti ada alasannya. Inilah masa kita menggunakan akal & simpan kepala lutut untuk di gunakan pada tempat yang sepatutnya.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com