KL SEMPIT
Semalam Sang Lekit sempat pergi tengok teater KL sempit di panggung teater DBKL. wah memang penuh panggung. Yang tak best semua seat2 depan di booking. Tak tau pulak boleh booking, mungkin individu tertentu je kot boleh book seat. Macam geng2 dari mereka2 yang terlibat dalam teater pastu ada book dari budak2 sekolah mana entah yang pasti area - area KL. walau terpacak awal depan pintu panggung pun still tak dapat seat depan. Amatlah mengecewakan sebab Sang Lekit memang tak suka duduk belakang kalau tengok teater.Apapun teater KL sempit ni memang tidak mengecewakan. Selain sarat dengan mesej & adengan - adengan & dialog komedi dalam teater tu memang menjadi. Tak sangka Dj Pool (KLFM, wataknya sebagai Shahdan) memang berbakat jadi pelakon komedi.Antara pelakon2 lain seperti Raja Azrey,(Alim) Izwan Pilus(Cikgu epy),Maya (matahari(Nurain), Ieda Moin(Lela),Dato Jalaluddin Hassan(Pak Mat) yang biasa kita tengok kat tv. Lagu - lagu yang di miming dalam teater tu memang sangat2 menghiburkan sebab kelakar sangat macam lagu Kekanda Adinda (Ieda Moin & dj Pool), Kasihnya Laila (Raja Azrey) & yang paling kelakar lagu Kalau berpacaran watak orang alim miming sambil menari. Apa tak kelakarnya berjubah, sarban bagai tapi kemain dia terkinja - kinja.
Teater ni mengisahkan golongan berpendapatan rendah yang tinggal di KL. Sekejab lagi Sang Lekit share sinopsis yang di copy paste jer berserta gambar - gambar yang sempat sang lekit snap dari jauh. Kualiti kurang bagus sebab camera cap ayam pencen jer... Bukan DSLR bagai tu. Dah tu terpaksa di zoom pula. Nak masukkan dalam blog kena pula compress bagi kecik sikit size. Boleh la setakat untuk hiburan mata kan??
Jom baca sinopsis & layan2 sebahagian gambar2 semasa pementasan berlangsung