Showing posts with label myamar. Show all posts

SESUATU YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG 7 TEMPAT DI ASIA INI

SESUATU YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG 7 TEMPAT DI ASIA INI. Hari ni ramai bercuti terutama kaum India la sebab hari ni kan hari depavali. Biasa la raya kat Malaysia ni kan.. Semua kaum akan meraikan. ramai hari ni cuba belit saree... Ntah berjaya ntah tidak tak tahu la. Tapi yang teringin nak belajar pakai saree tu meh la tengok tutorial kat sini macam mana nak pakai saree dalam masa tak sampai 5 minit. Macam tak caya je kan.. Boleh pakai saree dalam masa sesingkat tu tapi percayalah dengan ikuti tutorial ni anda mampu pakai saree lebih cepat dari pakai baju kurung. Nak tau macam mana tengok le sendiri kat sini >> Cara Pakai Saree Paling Mudah Tak sampai 5 minit <<


Bagi yang tak ada plan apa2, melepak je kat rumah. Takpe jangan sesedih. Kat rumah pun kita boleh jenjalan sampai oversea katanya. Apa susah sekarang ni nak round the world guna jari jer.. Almaklum dunia di hujung jari katanya. Alah.. setakat muruku bersepah jual kat memana setiap hari. Tak payah sedih sangat la tak dapat makan muruku depavali. bagi la change orang india kuasi jalan.. Depa nak pi raya senang sikit tak jam katanya.

Kita yang dok rumah ni meh la membongkar sesuatu yang mungkin kita sendiri tak pernah tahu tentangnya. Yelah.. bukan semua orang berkemampuan nak flight sana sini ke tempat tempat macam ni jadi tak semua orang tahu la apa ada kat situ. Menarik ke? Seram Ke? Mistik ke? bahaya ke? Jadi melalui artikel ni kita boleh tahu apa yang ada kat 7 buah tempat dari 7 buah negara ni >>  7 Tempat Ni Wajib Anda Tahu <<

Rugi korang tak baca sebab aku confirm ramai yang tak tahu pasal satu tempat ni kat Bangladesh. sebab tak ramai pilih bangladesh sebagai destinasi percutian jadi confirm tak ramai yang tahu tentang tempat tu. Inilah masanya kita ambil tahu. Tak payah tunggu kawen dengan mat bangla dulu baru nak ambil tahu, ye dak? hehehehe

Moral of the story.. Internet menghubungkan kita dengan dunia, jadi kenapa sia sia kan kemudahan yang ada. Bayar sebulan tak sampai RM100 pun mampu keliling dunia dengan jari katanya. Tak ada alasan kita masih berfikiran & berpengetahuan bawah tempurung. Selamat menjelajah dengan jari. Happy Depavali.

BUKTI BEDAK TANAKA SELAMAT DI GUNAKAN

Ni pasal bedak tanaka lagi?? Bedak yang tengah famous & menjadi kontroversi dengan status kelulusan dari KKM. Haritu sang lekit ada tulis dah pasal bedak ni tapi den tak berani nak mengesahkan khabar angin yang kata bedak tanaka ni tak selamat sebab takde kelulusan KKM.

Hari ni den sempat terbaca kat status FB berkenaan bedak tanaka yang kononnya sudah di sahkan selamat melalui website Biro pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Sang lekit nak tulis dalam entri mana boleh printscreen je bulat2 & sebarkan.. kan?? Jadi sang lekit sendiri ke link tersebut & cuba search sendiri produk bedak tanaka atas nama produk shwe pyi nann seperti yang di beritahu seorang anonymous dalam komen kat entri Bedak Tanaka Tiada Kelulusan KKM? tu.



 Komen Anonymous tu boleh refer kat entri ni BEDAK TANAKA

Hasil sang lekit sendiri search kat website Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan tu adalah..


Sememangnya kalau atas nama yang di katakan mewakili Bedak Thanaka/tanaka/thanakha ni.. memang ada dalam senarai produk yang selamat. Jadi pada pengguna & penjual bedak tanaka ni.. Ucaplah syukur sebab kontroversi pasal bedak tanaka ni dah terjawab.

Kalau korang tak yakin korang boleh jugak semak produk ni atau apa2 produk kat sini >> BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN << mana tau mungkin sang lekit search dapat result lain & korang search ada result lain sila share kat komen entri ni apa2 result yang korang dapat samada sama dengan sang lekit atau mungkin ada result lain.

BEDAK THANAKA RM40 DENGAN RM7 APA BEZANYA SELAIN HARGA?

Sejak Nora Danish jual & promosikan bedak Tanaka ni nampaknya kini bedak tu semakin mendapat permintaan tinggi. Mula2 den tak berapa ambil tahu sangat pasal bedak ni.. Sebab even ko calit kat muka Nora Danish pun kau fikir aku percaya dengan hanya amalkan bedak tu kulit aku boleh jadi secantik Nora Danish. Try korang pi skodeng meja make up Nora Danish.. Semata2 ada bedak Tanaka tu je ker?? 100% guaranty korang akan jumpa berbagai bagai produk mahal dia.

Ni la rupa botol bedak tu

Bila dapat tahu bedak Thanaka ni sebenarnya bedak dari myamar yang selalu aku dok tengok orang2 mymar tempek setompok kat pipi tu baru aku teringat 9 ke 8 tahun lepas den pernah dapat hadiah dari budak myamar bedak ni. Dorang bagi free jer tapi harga dia masa tu tak sampai RM10 pun. Tup2.. sebab Nora Danish tunjuk muka dia tempek bedak myamar ni terus harga dia sekarang RM40 Uolls.. Maybe ada mahal lagi kot dari tu.

Wah.. apakah?? Kenapa harga asal yang sebenarnya tak sampai RM10 tetiba jadi RM40. Kos tinggi sangat ke?? Yelah nak kena import dari myamar kan.. Tapi takkan berganda2 sampai macam tu. Adakah bedak yang Nora Danish Demo tu dengan yang ada kat pasaran sebelum ni (kebanyakkan di jual oleh orang myamar kat malaysia) tak sama kualiti? ke cuma tak sama pipi jer.. Pipi buruh myamar kat Malaysia ni mana ada harga berbanding pipi Nora Danish yang gebu tu kan??

Ni la gambar Nora Danish pakai bedak Thanaka

Den pun tak sure kenapa harga dia sangat berbeza.. Apa yang den survey kat online ni harga dia memang kebanyakkan RM40 tapi menurut perbincangan kat FB kawan den cakap dia baru je beli bedak tu kat kedai myamar di Bukit Mertajam Penang baru RM7. Jauh kan perbezaan harga. Kalau kos pos pun.. takkan sampai RM40 include postage, ye dak??



Apa beza beli bedak yang di edarkan kat online (label Nora Danish)  ni dengan beli kat kedai myamar kat luar sana?? Kalau kualiti sama jer.. Takde label Nora Danish pun takpe.. janji murah sudah. Buat apa bayar lebih untuk barang yang sebenarnya sama kat luar sana tapi harga je berbeza, ye dak?? Nak kata bedak tu tak sama.. tengok sama jer beza mungkin yang original myamar jual takde tulis tate ke hapa atas penutup tu yang nora danish pakai ada la tulis tate tapi ingredient & kualiti dia ada beza ker??..  entahlah mungkin harga jadi mahal bila permintaan semakin tinggi. Time ni la kot peniaga nak buat duit untuk orang2 yang obses dengan produk kecantikkan ni. Kalau boleh apa je jual kat FB/Blog semua dia nak beli tempek kat muka..hahahaha

P/S : Ni bukan entri nak tutup periuk nasi sapa2 di bulan puasa ni tapi ni entri ketidakfahaman kenapa harga bedak Thanaka ni berbeza sangat. Kalau yang jual bedak thanaka ni boleh explain kenapa produk & brand yang sama tapi harga yang berbeza??

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com