Showing posts with label pelaburan. Show all posts

MEMBONGKAR RAHSIA KEUNTUNGAN PELABURAN UNIT TRUST SEHINGGA 3 KALI GANDA

MEMBONGKAR RAHSIA KEUNTUNGAN PELABURAN UNIT TRUST SEHINGGA 3 KALI GANDA. Sebagai pengenalan bagi yang tak tahu tentang pelaburan Unit trust ni Unit Trust/ Unit Amanah /Amanah Saham. Konsep sama seperti ASB (ASB juga adalah sejenis dana unit trust). Bezanya keuntungan ASB dalam bentuk dividen + bonus sedangkan keuntungan Unit Trust melalui dividen + kenaikan harga unit dana.

Unit Trust Management Company, UTMC adalah Syarikat Pengurusan Unit Amanah. UTMC ini dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia, dibenarkan operasi oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Ramai yang terlibat dengan pelaburan Unit trust sekarang ni. Ramai yang mengambilnya melalui agent & akan sentiasa follow up dengan agent.. Tapi mesti paling latest pun korang follow up 6 bulan lepas atau setahun lepas.


Kalau jarang update berkemungkinan pelaburan korang dalam unit trust tu tidak aktif sangat sekaligus tak ada sangat pulangan yang besar. Tak mustahil mungkin boleh rugi juga. Dan di sebabkan tu korang tak boleh bergantung sangat dengan agent kena berdikari untuk memastikan korang boleh dapat keuntungan berlipat kali ganda dalam pelaburan unit trust ni.

So jangan terlalu bergantung pada agent.. Korang kena lakukan sendiri untuk meningkatkan keuntungan pelaburan korang sebab potensi dalam pelaburan unit trust ni sangat besar malah boleh memberi keuntungan 3 kali ganda lebih banyak dari pelaburan ASB, EPF ataupun Fixed Deposit.

 Terdapat 2 cara memperolehi keuntungan yang tinggi dalam pelaburan unit trust iatu : 


☝ Melabur di dalam FUND YANG TERBAIK dari segi pulangan
✌ MASA YANG TEPAT untuk membeli atau menjual.

Kaedah memaksimunkan keuntungan ini, saya berikan nama sebagai "Kaedah MTS". Ianya satu kaedah pelaburan yang sedikit unik tetapi terbukti berkesan.

 Apa Itu Kaedah MTS? 

Kaedah MTS adalah satu kaedah untuk menentukan "FUND YANG TERBAIK" dan juga "MASA YANG TEPAT" untuk melabur di dalam unit trust. Jika anda mampu menguasai 2 syarat ini, insyallah, keuntungan pelaburan anda akan menjadi berlipat kali ganda.

Apakah kaedah MTS ini? Apakah Fund yang terbaik untuk dipilih? Bilakah masa yang tepat untuk melabur? Bagaimana untuk melakukan kaedah MTS ini?

Semuanya dibongkar & di dedahkan di dalam ebook ni >> RAHSIA UNIT TRUST <<

 Apakah Isi Kandungan & Manfaat Yang Terdapat Di Dalam Ebook Ini? 

Menerusi ebook ini, anda akan didedahkan dengan...

➠Perbezaan & persamaan diantara pelaburan unit trust dan pasaran saham.

➠Bagaimana untuk menterjemah carta indeks pasaran saham bagi mengetahui arah sebenar pergerakkan pasaran saham samaada turun (downtrend) atau naik (uptrend) . Perkara ini sangat penting untuk menentukan masa yang sesuai untuk anda melabur di dalam unit trust.

➠Anda akan didedahkan dengan kaedah ringkas memilih dana saham terbaik yang sedang mengalami peningkatan yang memberangsangkan berbanding dana-dana yang lain .

➠Apakah kriteria-kriteria yang perlu dilihat dan dinilai sewaktu memilih dana pelaburan.dan banyak lagi..

So korang kena dapatkan ebook tersebut untuk belajar bagaimana rahsia mengandakan pelaburan Unit trust anda sehingga 3 kali ganda. So jangan malas & jangan kedekut. 

PASTIKAN ANDA IKUT 5 TIP NI SEBELUM MEMBELI RUMAH SUPAYA TIDAK MENYESAL

PASTIKAN ANDA IKUT 5 TIP NI SEBELUM MEMBELI RUMAH SUPAYA TIDAK MENYESAL. Terlebih dahulu nak minta maaf.. Saya bukan nak gantikan abang ensem blogger yang menulis tentang hartanah. Masih belum berniat nak tukar nama jadi kakak ensem. Lagipun belum layak cuma saya nak berkongsi sesuatu yang saya baca dengan orang lain. Almaklum la saya ni kan memang jenis tak boleh simpan sorang sorang. Apa yang best semua saya nak share. Ok hari ni saya acah2 jadi kakak ensem sekejab yer..


Membeli hartanah ni macam membeli unit rumah atau pejabat la. Tak kisah korang nak membeli yang mana satu tapi tips dia lebih kurang sama jer. Almaklum kita nak beli aset yang mahal lagi berharga ni. Aset2 macam rumah ni bukan jenis aset susut harga. Aset yang setiap tahun harga dia melambung tinggi ke awan biru. Tak macam kereta.. Tahun ni kau pakai.. tahun depan kereta kau pakai tu dah tak dapat harga kau beli jauh sekali kau boleh up harga lebih tinggi. 

Jadi bila nak membeli aset macam rumah ni.. Pastikan anda buat 5 perkara ni supaya anda dapat memilih yang terbaik. Antara perkara yang korang mesti buat sebelum membeli rumah atau ruang pejabat adalah...

1. Tetapkan keutamaan Anda
Anda mesti tahu apa yang anda mahu dari unit rumah yang anda ingin beli. Senarai semua yang anda mahu ada pada rumah yang anda mahu beli. Minta pandangan orang2 terdekat. Kemudian pastikan rumah yang anda ingin miliki ada sekurang kurangnya 5 ciri yang anda mahu.

2. Kaji sebelum Beli
Beli rumah sama jugak macam pilih jodoh. Silap pilih mungkin kena tanggung penyesalan seumur hidup jadi jangan percaya sangat dengan cinta pandangan pertama sebelum mengkaji dulu unit rumah yang anda hendak beli. Siasat latar belakang rumah & pemaju yang anda ingin berurusan dalam pembelian rumah. Takut dapat pemaju yang ada rekod yang buruk, risiko jugak rumah yang anda beli cuma siap pacak tiang je. Kalau beli rumah dari pemilik rumah sebelum ni siasat jugak tentang pemilik atau penyewa sebelum ni. Check rumah samada selamat atau tidak di diami. Mana tau kat celah2 yang kita tak nampak ada dah kena makan anai anai ke. Atau ada apa2 yang bocor dalam rumah tu. Jangan dah beli kita terpaksa tanggung kos membaik pulih yang banyak. 

Yang ketiga, keempat & kelima sangat penting korang kena buat untuk memastikan anda membeli unit rumah yang tepat & tidak bermasalah. Tapi sebab ia artikel orang tak elok la aku cedok semua info masuk blog aku, ye dak? Jadi untuk tips yang ke 3, ke 4 & ke 5 korang baca sendiri kat sini >> 5 Tips penting anda kena tahu sebelum membeli hartanah @ rumah <<

Ingat membeli rumah bukan seperti beli gadget2 elektronik yang sekejab je mahal lepas tu dia dah jadi tak ada harga. Kita guna pun dalam tempoh masa tertentu lepas tu mungkin dia jadi barangan terbuang. Membeli hartanah macam rumah ni ada pelaburan seumur hidup. Mungkin kita akan tinggal seumur hidup kat rumah tu. Jadi penting kita memilih rumah yang betul. Banyak perkara kita kena titiiberatkan sebelum mengambil keputusan membeli sesebuah unit rumah seperti lokasi rumah tersebut. Lebih2 lagi yang nak jadikan ia sebagai pelaburan jangka masa panjang. Kalau rumah kita beli kat kawasan tak strategi mungkin rumah tu tak mampu beri apa2 keuntungan pada kita di masa akan datang.

Sekian tips dari kakak ensem. Semoga tips ni memberi manafaat kepada anda yang memang tengah merancangan nak beli rumah. Kakak ensem bukan pakar hartanah macam abang ensem jer.. kakak ensem cuma acah2 pakar jadian sekali sekala je. hahahaha

5 PERKARA YANG ORANG SALAH FAHAM TENTANG INSURAN

Bagi yang berkemampuan elok la ambil insurance untuk cover. bagi yang tak berkemampuan tu takpe la.. Yang pasti semua orang kalau mampu nak yang terbaik. So, yang mana2 jual insurance atau yang memang ada cover insurance cakap tu pandang2 jugak kemampuan orang yer. Jangan main sembur je macam semua orang mampu macam kau. Jangan anggap orang yang takde cover insurance tak fikir masa depan atau masa kecemasan. Tapi kalau dah cukup2 makan.. nak bayar insurance lagi, kau nak tolong tanggung boleh jugak. Kalau tak nak tolong diam2 sudah.


Tu dia terbebel la pulak.. Bukan la aku nak cakap pasal tu ni aku nak cerita pasal 5 perkara yang orang selalu salah faham pasal insurance.

1. Insurance tu sesuatu yang mahal
Ramai yang anggap insurance tu mahal tapi tahukah anda ada insurance serendah RM9.85 sebulan untuk melindungi diri anda sekiranya berlaku perkara yang tak di ingini. So, tak semua insurance tu mahal cuma perlu pandai pilih sebab sekarang banyak syarikat insurance yang tumbuh bagai cendawan kukur selepas hujan.

2. Menganggap Insurance macam pelaburan yang boleh dapat Untung besar
Insurance bukan pelaburan tapi perlindungan sekiranya berlaku kemalangan, kematian atau sakit. Kalau korang berminat nak melabur pastikan korang mempunyai backup  supaya berlaku apa2 yang tak di ingini anda ada sesuatu yang boleh cover balik kerugian.

Selebihnya korang baca sendiri kat sini. Dah la ambil artikel orang nak tulis panjang2 pulak katanya. Alah bukan susah clik & baca jer...

5 Salah Faham Yang Berlaku tentang Insurance

Kalau dah baca & Faham.. tengok kemampuan. Kalau dalam kemampuan ambil la insurance. Kita tak tau apa yang akan berlaku di masa depan.

Moral Of the story.. Agen Insurance kalau minat nak review kat blog aku sila contact kalau sekadar nak suruh aku beli insurance sila simpan niat anda. Malas nak layan hahaha


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com