Showing posts with label ais batu. Show all posts

KORANG MASIH BUAT AIS BATU GUNA AIR PAIP KAT RUMAH?

Kalau zaman dulu2.. tak semua orang ada peti ais kat rumah memang majoriti kita tengok bila buat ais batu atau orang kedah cakap ais ketoi guna air paip jer. Takde nak masak2 dulu air nak buat ais tu. Tadah je kat paip masuk dalam peti ais tempat beku.. tunggu beku jadilah ais. Bila jadi ais... Nak buat minuman masukkan je dalam air perasa. Air perasa pandai pulak buat guna air masak. Hahahahaha... kelakar kan??


Tapi zaman sekarang masih ada kah yang buat ais batu guna air paip kat rumah?? Confirm masih ramai yang pratikkan benda tu. Tapi kat umah den kalau hangpa mai minum air ais Insya Allah selamat sebab semua benda yang nak di jadikan minuman termasuk ais memang cheq guna air masak.

Sumber kat SINI

Kadang2 pelik jugak.. kita takkan minum air paip (kecuali dalam keadaan darurat la). Kita akan pastikan air tu di masak dulu ataupun kita nak minum air kosong yang tak di masak pun air mineral tapi kita mustahil akan minum air terus dari paip tapi bila bab ais je kita boleh pulak terima air paip sedangkan bila ais tu cair dia tetap jadi air yang kita minum. Lalu pulak kita minum air paip bila dah jadi ais yer.. Kalau kat luar tu kita tak mampu nak control la tapi kalau kat rumah kita mampu mengubahnya. ye dak??

Sumber SINI

Tapi pernah satu peristiwa yang berlaku depan mata daku sendiri kat sebuah gerai makan.. kita dok tunggu dia bungkus order sambil2 dok perati la pakcik ni buat air sirap. Lepas masuk air gula & sirap tetiba tengok dia tadah plastik air tu kat paip & selamba buka paip isi air dalam sirap tu. kemudian masuk ais straw ikat tali bagi kat orang. Mak Aai.. terang2 depan mata tu. Kalau korang gamaknya korang datang lagi tak??? Sendiri jawab..

Sebenarnya minum air tak di masak ni agak bahaya boleh menyebabkan penyakit & kematian jugak. Sekarang ni macam pencemaran air berlaku.. Walau hanya seketul ais tetap menggunakan air. Bila dia beku tak mengubah apa2 selain dari cecair kepada beku & dia akan kembali cair bila kita campurkan dalam air untuk kita minum. Bila kita buat ais dengan air tak di masak samalah macam kita minum air tak masak jugak, kan??

Jadi.. pada para suri kat rumah tu yang memang kerja kita la isi air dalam peti ais.. buat ais bagai.. hanya kita je boleh control semua tu. Alahai masak air  sejuk kan tu bukan susah mana untuk buat seketul dua ais batu, ye dak?? So,jadikan kebiasaan & amalan buat ais batu guna air masak untuk kesihatan seisi keluarga.

P/S : Zaman sekarang banyak rumah yang dah ada penapis air & depa rasa confident guna air yang di tapis buat ais batu macam family den kat kampung tapi asben den kata tetap rasa air paip. Even jadi ais pun dia boleh beza air tu di masak atau tak


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com