Showing posts with label servis. Show all posts

SERVIS URUT TRADISIONAL JAWA

SERVIS URUT TRADISIONAL JAWA. Mengurut ni memang sinonim dengan masyarakat melayu.. erkk.. rasanya bukan orang melayu je. Kat malaysia ni rasa semua bangsa pun suka mengurut badan. Tu tak termasuk urutan yang bukan bukan. Lagi la kepelbagaian bangsa ada. Tapi bukan la saya nak cerita pasal servis urut yang bukan bukan tu. Tak nak la kita tanggung dosa.. Dosa yang ada pun banyak tak terampun lagi katanya.

Gambar Sekadar Hiasan. Sumber Google

Urut atau omputih kata massage.. Memang ada kebaikkan dia. Terutama untuk ibu ibu lepas bersalin & orang yang terkena penyakit saraf macam strok ke. Urutan salah satu cara untuk merangsang balik bahagian bahagian anggota banda yang mengalami lumpuh sementara tu. Untuk ibu ibu lepas bersalin ni.. dengan mengurut boleh memberi kesegaran dan mengembalikan tenaga yang mungkin hilang semasa mengandung & proses kelahiran. Bagi sesetengah orang.. urut ni satu kemestian yang di buat. Kira rutin wajib tak kira la sebulan sekali atau berapa bulan sekalipun.

Melakukan urutan badan ni berfungsi sebagai menghilangkan rasa letih dan mampu memberi kelegaan kepada bahagian badan yang mungkin sengal, lenguh akibat terlalu kuat bekerja. Benda ni secara tak langsung memberi kesan positif pada mental kita. Yelah.. kalau badan sakit sakit.. sengal sengal mesti la fikiran kita pun akan rasa down. Jadi penting juga sekali sekala kita manjakan diri dengan pergi mengurut badan untuk refresh balik badan kita.

Selain tu kalau korang ada malasah tidur pun boleh membantu juga dengan mengurut badan. Sebab kalau badan sakit sakit, penat boleh menggangu juga tidur. Dengan berurut.. bila badan dah rasa rilex.. Insya Allah kita boleh dapat tidur yang berkualiti. Selain tu kalau stress pun boleh juga bawa diri pergi berurut.

Macam macam jenis urutan yang ada.. Ada urutan tradisional melayu & ada urutan tradsional jawa. Memang ada beza antara urutan tradisional melayu dengan jawa. Teknik urutan dia tak sama. Urutan tradisional jawa ni biasanya teknik urutan dia menggunakan teknik urut guna ibu jari. Di tekan tekan. di picit picit dengan kekuatan ibu jari tu katanya.

Keistimewaan urutan tradisional jawa ni katanya tak la menyakitkan sangat. Sesetengah teknik mengurut badan memang sakit tau! Jadi ada yang mungkin tak sanggup nak pergi tadah badan untuk di urut. So yang nak berurut tapi tak menyakitkan boleh la try urutan tradisional jawa ni.

Tak semestinya urut ni untuk orang sakit je kan.. Kita nak manjakan badan pun boleh. Almaklum la.. hari hari badan kita di kerah bekerja.. sesekali dia perlu juga servis dengan ambil pakej urut badan ni untuk hilangkan rasa sakit sakit, sengal sengal & lenguh lenguh badan. Baru la dapat mengembalikan kecerdasan sekaligus aura fresh tu terpancar kat wajah katanya. Baru la kita menjadi manusia yang lebih proaktif & produktif katanya. hehehehe

Kalau korang nak cari tempat mengurut badan menggunakan teknik urutan tradisional jawa korang yang tinggal di area lembah kelang ni boleh la try sentuhan ibu siti. Dia punya tempat kat central point batu caves. Selain urut ada juga servis scrub badan.

Perkhidmatan yang di sediakan ibu siti ni

✓ Urutan badan RM55 (1jam)
✓ Scrub RM50

❖ Untuk pakej Urutan & scrub RM100. Jimat RM5 boleh la buat pergi minum minum lepas berurut & scrub badan katanya. 

Kalau nak cuba urutan tradisional jawa ni
Untuk pertanyaan atau info lanjut boleh hubungi terus Ibu Siti di Talian
 ☏ Tel : 017 354 1568 

CARA MUDAH BELAJAR LUKIS PELAN GUNA AUTOCAD DAN 3DS-MAX

CARA MUDAH BELAJAR LUKIS PELAN GUNA AUTOCAD DAN 3DS-MAX. Autocad ni dulu saya selalu tengok kakak saya guna masa dia study sebab dia ambil Kejuruteraan Elektrik & elektronik. Kadang2 curi curi try juga nak design pelan kononnya guna autocad. Yang penting keinginan untuk belajar tu ada walau tak ada guru nak ajar masa tu. Disebab tak ada guru & saya tak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi maka.. Saya memang tak tahu la nak guna perisian Autocad ni untuk design pelan apa apa.


Bagus tau kalau anda yang minat lukisan kejuruteraan ni belajar melukis pelan guna autocad sebab skill tu sangat mahal zaman sekarang. Manalah tau boleh design rumah sendiri atau ambil servis design rumah orang lain. Disitu dah boleh menghasilkan sumber pendapatan. Cuma korang perlu ada minat & kesungguhan jer.. Takpe tak belajar kat mana mana IPTA atau IPTS pun sebab skill ni boleh belajar di mana mana pun. Nak nak lagi zaman sekarang semua informasi di hujung jari.


Jadi kalau korang yang ada minat dalam bidang lukisan kejuruteraan ni tak belajar menggunakan perisian AUTODCAS DAN 3DS-MAX. Tak tahu kat mana nak ambil kelas untuk belajar.. Meh sini baca rapat rapat sikit. Saya nak bongkarkan rahsia belajar menjadi pengguna MESRA AUTOCAD.


Bagi yang berminat nak jadi pengguna mesra AUTOCAD dan 3DS-MAX Mesti nak tau mesra macam mana tu? Ok meh sini nak explain sikit maksud mesra AUTOCAD dan 3DS-MAX.. Mesra yang di maksudkan adalah bila kau dah suka & minat AUTOCAD ni auto kau saya happy setiap kali buat kerja kerja melukis pelan menggunakan aplikasi ni. Takde la stress & rasa benda tu sesuatu yang susah.


Nak rasa benda tu senang & enjoy bila kita buat kena la belajar caranya.. Nak belajar cara mudah guna AUTOCAD dan 3DS-MAX ni korang boleh sertai kelas ni.

Sedikit info berkenaan kelas Autocad & 3DS-MAX ni..

☛ Kelas ni di hadkan maximum untuk 4 orang student sahaja dalam satu masa. So tak ramai tenaga pengajar senang nak focus pada pelajar.

☛ Membantu anda untuk mahir dalam menggunakan Aplikasi Autocad dan 3DS-MAX dengan mudah.

☛ 90% pembelajaran adalah secara pratikal.


Apa yang best lagi tentang Kelas Autocad & 3DS-MAX adalah..

➟Ada Group coaching khas untuk anda. Segala soal dan jawab boleh di bincangkan di group tersebut

➟Di ajar dengan Teknik yang mudah, praktikal dan berkesan untuk kuasai ilmu autocad dan 3ds-Max.

➟Pembelajaran tidak terhad kepada sukatan pembelajaran sahaja. teori berdasarkan buku, praktikal berdasarkan pengalaman.

 ➟Tenaga pengajar mempunyai pengalaman 5 tahun berkerja dalam industri pelukis plan dan pereka hiasan dalaman.


SEPANJANG SESI INI ANDA AKAN DIDEDAHKAN DENGAN:

✒ Kaedah Belajar Asas Autocad dengan mudah
✒ Tools dan Shortcut untuk membuat design
✒ Kaedah Buat Design yang Simple dan Cepat
✒ Kaedah Menggunakan TEMPLETE dan LIBRARY yang di berikan untuk memudahkan dan mempercepatkan design.

Berminat untuk sertai kelas Melukis pelan menggunakan AUTOCAD DAN 3DS-MAX ni boleh hubungi/layari :

 FB pages: kelasbelajarAutocaddan 3Ds-max Cara Mudah 
 Instagram : kelasbelajarAutocaddan 3D-max 
 Website: http://szdesign2020.com.my/ 
 Whatsapp : www.wasap.my/60132020320 


Atau sekiranya anda berminat untuk menggunakan servis mereka untuk Design pelan pun boleh. Mereka menyediakan perkhidmatan seperti:


♜➧ Lukisan pelan 2D rumah dan bangunan (Pelan Lantai, Pelan Bumbung, Pelan Siling, Laluan Saluran PenyamanUdara, Pandangan sisi, Tangki Septik, Laluan sanitari dan saluran air, susun atur perabot,lukisan elektrik dan lukisan terperinci

♜➧ Perkhidmatan Hiasan Dalaman

♜➧ Lukisan Ubahsuai, Lukisan Hiasan Dalaman & Lukisan Gambaran Akhir (As build Drawing)

♜➧ Lukis Semula Pelan

♜➧ Pandangan 3D Perspektif Untuk Dalaman dan Luaran Rumah atau Bangunan

♜➧ LukisanElektrik (Cable Layout, Single line Diagram, Schematic Drawing & Electrical Diagram)

Jangan risau harga masih boleh di runding mengikut budget anda. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

☎ En.Sazli : 013-2020912
☎ Pn. Shazeera : 013-2020320

⌛ Website : http://szdesign2020.com.my
✉ E-mail to : szdesign2020@gmail.com

✏ Fb pages : Sz Design Studio
⌛ website : www.szdesign2020.com.my

PERHATIAN! PENIAGA ONLINE PERLU TAHU APA ITU COPYWRITING

PERHATIAN! PENIAGA ONLINE PERLU TAHU APA ITU COPYWRITING. Sekarang ramai orang buat perniagaan secara online.. Jenglot pun orang jual online ok apatah lagi benda2 yang dulu kita tak terfikir untuk di pasarkan secara atas talian kini dah ada orang buat. Sekarang ni segala mak nenek boleh beli secara online ni.. Nak beli barang basah macam kat market tu pun ada. Pendek kata kalau berat sangat bontot hangpa nak keluar boleh order je online satgi depa mai hantaq depan batang hidung hangpa.


Bila berniaga secara online ni.. Salah satu perkara yang sangat penting adalah copywriting. Kalau tak faham copywriting tu macam mana.. Lebih kurang macam ayat2 iklan untuk menarik minat orang membeli produk atau jualan anda. Lagi menarik ayat yang korang guna makin senang produk anda di kenali seterusnya mampu menarik pembeli untuk membuat urus niaga dengan anda.

Kalau korang seorang yang kreatif jadi tak perlu nak guna khidmat orang lain untuk mencipta ayat copywriting untuk anda.. Macam blogger pun kena pandai jugak buat copywriting ni sebab kebanyakkan blogger memang buat service review berbayar. So tajuk entri tu bagi aku macam copywriting jugak la untuk menarik minat orang lain membaca review yang aku tulis. Kalau baca tajuk pun boring.. Macam mana depa nak tahu apa produk yang kita tulis tu kan? Sebab tak ada tarikkan langsung untuk orang membaca. So bagi aku seorang blogger, tajuk entri umpama copywriting sesuatu artikel yang aku tulis untuk menarik minat orang lain membaca. Tu pendapat aku la kan.. kalau salah tolong tunjukkan. hehehehe

Kalau lahir dari kepala hotak & idea sendiri tu memang la free of charge. Sebab keuntungan tu nanti kau juga yang kaut kan.. Tapi kalau nak minta orang lain buat copywriting untuk anda jangan la harap percuma sebab benda ni sekarang ada rate dia. Ada kawan aku mesej minta tolong aku buat copywriting satu produk client dia.. Sebab sekarang dia bekerja dalam satu team viral. Kalau hangpa nak viralkan produk atau jualan hangpa boleh PM dia kat facebook Azie Zah. Dia memang baru belajar so banyak yang dia tak tau pasal copywriting. Kerja dia bukan dok buat copywriting pun. Kerja dia cuma memviralkan produk atau perkhidmatan anda bersama team dia la. Terpaksa aku explain kat dia benda ni bukan boleh main minta2 jer orang buat. Benda ni salah satu service yang kena bayar bukan percuma. Terpaksa aku explain even nampak macam simple tapi bukan mudah sebab ia berkaitan dengan idea & kreativiti. Konsep dia bukan sekadar tolong menolong. Baru la dia faham benda tu ada harga yang perlu di bayar. Win win situation la kan.. customer nak produk dia terjual & dapat untung takkan kita yang buat kerja untuk dia pakai modal air liur je kan. Aku buat kerja kerja amal jugak kat blog ni.. Tapi syarat bukan untuk keuntungan mana2 pihak & benda tu memang semata mata untuk charity.

Nak buat copywriting ni kena tengok produk apa yang hangpa nak jual & target pembeli. Contoh macam nak jual produk buang bulu macam pernah aku buat untuk kawan aku yang jual produk wax tu.. Aku fokus pada bulu apa yang nak di buang. Bila kita highlight bulu jer.. Kadang2 orang tak tahu.. Misai, janggut semua tu pun dalam kategori bulu jugak. Jadi kadang2 kena highlight benda tu supaya dalam satu iklan dapat menyampaikan info yang buat semua orang faham fungsi sesuatu produk tu secara ringkas. Contoh ayat aku guna.. Produk penanggal bulu ketiak,kemaluan,misai,bulu roma paling berkesan. Bulu roma ni orang tak heran sangat sebab biasa jer... Orang akan tertarik tang bulu celah bedah tu je macam ketiak & kemaluan. Ternyata memang berjaya buat kawan aku meraih sale yang berpanjang dari review tu. Sebab tu penting buat copywriting yang memang mampu menarik orang untuk berkenalan dengan produk yang anda jual. Kalau setakat tulis wax penangal bulu.. boring sangat. So kena ada ayat2 yang mampu buat orang nak tahu lebih lanjut tentang produk atau perkhidmatan anda.

Jangan la nak cebik - cebik dok cakap.. macam aku terer sangat nak bagi tip kat orang. Aku bukan pakar tapi just berkongsi je apa yang aku tahu & aku buat. Tapi kalau nak guna service aku untuk review produk, jualan atau perkhidmatan hangpa boleh ja email ke lekatlekitgurl@yahoo.com. Yang tu memang dalam kemahiran aku nak buat. hehehehe Kita boleh bincang dari hati ke hati tapi jangan sampai jatuh cinta pulak. hahahahaha

Moral of the story.. Tiada yang percuma zaman sekarang. Sekarang ni kreativiti tak kira hanya dengan penulisan santai macam blog aku pun ada harganya. Orang sekarang kadang2 kita guna konsep tolong bila dah berjaya lupa orang yang pernah tolong tu. Sebagai manusia kadang2 akan timbul rasa terkilan & kesalan kat situ. Jadi zaman sekarang kena guna konsep berniaga jer.. Kau bayar, aku buat kerja. So tak ada sapa terhutang budi atau tak kenang budi sesiapa, kan? hehehehe

SERVIS HANTAR MAYAT GUNA MOTORSIKAL KERANA KOS AMBULAN MAHAL

SERVIS HANTAR MAYAT GUNA MOTORSIKAL KERANA KOS AMBULAN MAHAL. Kadang2 tak terbayang kita orang orang susah ni apa yang mereka akan buat bila terdesak. Bila dalam keadaan yang tiada pilihan.. Mereka terpaksa guna sahaja apapun kaedah sebagai jalan penyelesaian walau di mata orang lain mungkin akan pandang rendah, sinis, hina & bagi yang berhati mulia sikit mungkin pandangan mereka lebih kepada pandangan simpati & sedih.


Bila terbaca perkongsian kat media sosial tentang servis penghantaran mayat guna motorsikal di Uganda, kerana katanya kos ambulan di sana mahal.. Time ni baru rasa syukur kita kat Malaysia yang masih boleh guna khidmat ambulan dengan percuma. Erkk.. percuma ke? Tapi rasanya percuma la sebab laki aku pun pernah naik ambulan untuk di hantar ke emergency tapi tak di kenakan sebarang kos pun.


Kat di negara2 miskin macam Afrika.. Dah lama miskin lepas tu semuanya nak kena bayar jadi apa yang kita tak pernah nampak berlaku di Malaysia jadi sesuatu perkara biasa di negara mereka. Sedih sangat tengok fenomena macam tu.. Tapi nak buat macam mana.. kemampuan mereka terbatas untuk menyempurnakan penghormatan terakhir dengan cara lebih baik. Tu je yang mereka mampu. So, sama2 la muhasabah diri yer kawan - kawan.. At least orang meninggal dunia kat Malaysia ni takde lagi dengar bawa balik naik motorsikal atau waris dukung jalan kaki bawa balik rumah untuk menyempurnakan mayat tu tapi di negara lain.. Memang ada berlaku semua tu.


Kita rasa kita susah.. Ada orang lain lebih susah maka sedarlah. Kau tak sesusah mana berbanding mereka yang lebih susah. Kalau kau masih mampu duduk & makan kat tempat ni >> Ramai Yang Sanggup Menanti Sepanjang Tahun Hanya Kerana Burger Ni << Sila rasa malu untuk mengaku kau orang susah, ok! Orang susah mungkin tak pernah merasa makan benda2 tu semua walau kau rasa bukan makanan mewah tapi kalau orang betul2 susah bagi dia makanan macam tu dah cukup mewah dah.

Moral of the story.. Walau kita rasa terbeban dengan pemerintahan kerajaan sekarang tapi tetap kita kena bersyukur kita masih mampu survive hidup kat Malaysia cuma jangan terlampau rasa selesa sampai malas nak usaha. Asyik dok harap BR1M jer. hihihihi

YANG BERLAKU BILA ANDA TERBELI BARANG YANG HABIS STOK DI LAZADA

YANG BERLAKU BILA ANDA TERBELI BARANG YANG HABIS STOK DI LAZADA. Sejak bulan lepas aku rasa aku kurang bernasib baik lepas buat pembelian online. Paling teruk aku kena dengan ezbuy. Kau bayangkan berganti ganti barang aku kena reject lepas buat payment sebab tak ada stok. Yang terbaru alasan depa cancel order aku sebab item yang aku order hilang kat gudang depa. Menjadikan dalam tempoh sebulan 4 barang aku order reject. Sampai sekarang semua barang yang aku order belum sampai. Aku pun dah malas nak tanya progress.. Tapi aku akan sentiasa bagitau semua orang yang service ezbuy memang teruk supaya orang lain tak terkena. Bukan aku sorang je terkena, ramai yang terkena. Tapi semua komen2 kat Fb page ezbuy malaysia yang tak puas hati dengan service mereka di delete admin page tersebut. Nampak sangat mereka cukup menutup kelemahan mereka tu.


Bukan je kat ezbuy item yang aku order kena reject kebetulan waktu yang sama aku ada order sepasang baju kat lazada. sebab murah sangat. Stock pun limited sebab nak habiskan stok aku rasa. Sementara masih available tu aku pun proceed payment. Lepas beberapa hari dapat email dari lazada baju tu dah tak ada stok. So, mereka terpaksa cancel order aku. Kecewa aku.. Apsal la malang sangat nasib aku sejak bulan lepas ni. Tapi takde la sampai meroyan macam dengan ezbuy. ezbuy teruk sangat berganti ganti order aku kena reject sebab masalah tak ada stock.


Tapi di lazada even kau terbeli item yang out of stock.. dia tak macam ezbuy ok! Ezbuy dia akan refund ke account prepay... bermakna duit refund tu nak tak nak kau kena jugak membeli kat ezbuy kalau tak rugi la. Tu yang jadi lepas order, reject.. lepas order reject bagai. Sebab nak habiskan duit dalam account prepay & tak rasa macam dah tak nak membeli apa2 di ezbuy sebab website depa ni.. banyak barang yang dah tak ada stock tapi masih di jual & service penghantaran memang sangat teruk!!

Berbanding lazada.. Selepas dorang dapat detect barang tu dah out of the stock dorang akan email & minta detail account bank.. selepas 3 - 4 hari tu dorang akan transfer refund tu dalam account. Jadi kita ada pilihan samada nak buat pembelian atau tidak. Sebab duit tu dah masuk account bank kita. Kelebihan lazada.. dia akan refund amount yang anda bayar.. sebab lazada ni banyak barang yang free shipping. Dia cuma letak 1 harga.. iatu harga item yang kita beli. Kita sedia maklum shipping + delivery memang dah include dalam harga barang tu. Aku rasa better buat macam lazada sebab in case berlaku benda macam tu kita dapat refund semua sekali. So, kita tak rasa rugi sangat. Berbanding ezbuy dia dia separate harga barang + shipping + Delivery. Ada 3 perkara kau kena bayar dalam i order. Delivery dia pulak kau beli banyak pun dia kira 1 harga. So, kalau dalam banyak2 kau beli satu atau dua item yang reject dia tak refund dah delivery. Sekali ok la kan.. sampai 3 ke 4 kali kau order kemudian kena reject berturut turut macam aku kena.. dah berapa banyak kau rugi kos delivery semata mata nak habiskan duit dalam prepay account tu.

Bila aku buat survey kat facebook pun ramai yang lebih berpuas hati membeli di lazada berbanding website lain. Aku pun sebelum ni memang pernah jugak membeli di lazada.. so far memang tak ada apa yang aku rasa tak puas hati la. Mereka lebih sistematik & konsep mereka tu menguntungkan kedua dua belah pihak walau kadang2 aku dok tengok barang2 dia jual tu macam takde diskaun walau kat situ letak ada diskaun. Tu biasa la strategi marketing. Kau sendiri kena pandai2 survey la.

Tindakkan lazada juga lebih pantas berbanding ezbuy. Kadang2 sampai seminggu baru bagitau barang tak ada stock. Macam kes hilang kat warehouse tu.. dekat 2 minggu baru dorang bagitau. Kau bayangkan kau ambil shipping yang sepatutnya selepas seminggu kau dah patut dapat barang.. bila kau tunggu tak sampai sampai.. yang sampai cuma khabar yang buat kau naik angin.

Jadi.. jika nak buat pembelian secara online.. antara ezbuy & lazada. Better beli di lazada. Lebih terjamin & lebih memuaskan hati. Better jangan terjebak dengan ezbuy ni.. takut hangpa pun terkena macam aku. Lepas order kena cancel, order lagi, cancel lagi sampai kiamat duit dalam prepay account kau ada balance & kau terpaksa membeli lagi & kena bayar kos delivery lagi dan lagi. hehehehe

SEMUA NI BERPUNCA DARI LAZADA

SEMUA NI BERPUNCA DARI LAZADA. Semua ni sebab Lazada. Kalau tak kerana Lazada Buat Sale Online Revolution pasti benda ni tak jadi kat aku. Tapi tu la terlajak perahu mungkin boleh undur.. terlajak terjebak ni memang tak boleh nak undur dah. Terpaksa pasrah & redha je la. halalkan apa yang dah keluar tu. hehehe

Lazada Malaysia

Kerana Online Revolution Sale ni aku yang memang jarang sangat nak membeli belah secara online kecuali supplement untuk anak aku tu pun sebab kat luar tak ada jual kali ni memang betul2 terjebak jugak. Untuk Online Revolution Sale ni 4 barang dah aku beli. Aku harap cepat la Berakhirnya Online Revolution Sale ni. Tak sanggup lagi aku.. di hantui dengan perkara yang bernama sale. Tapi Alhamdulillah la.. Walau aku terjebak tapi semua benda yang aku beli sebab nak guna bukan semata mata sebab sale. Cuma ambil kesempatan beli masa sale la.

3 Barang aku dah pernah cerita kat blog.. Yang terbaru 2 hari lepas aku order Samsung Dvd Player. Sebab Dvd player aku ni hidup pun sebab di kuasi saka jer.. Nak play dvd asyik disc error jer. Kalau aku takde dvd player celah mana aku nak tengok dvd kan? PC?.. Tengok kat PC memang tak mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga. Aku kalau nak tengok movie aku paksa semua yang ada dalam rumah tengok sekali. hahahaha.. Laki aku yang tak berapa minat cerita seram dulu pun dah layan sebab bini dia gila tengok cerita seram. Sebab tu aku suka tengok kat TV.. Salah satu aktiviti untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan katanya. walaupun kadang2 aku sorang je tengok yang lain mengiramakan dengkur paling merdu. hahahaa

Nak tengok wayang keadaan tak mengizinkan. Anak aku jenis bukan nak duduk lama2 mengadap benda yang dia tak minat. Tapi kalau yang suka tengok wayang.. Elok juga hangpa dapatkan tiket free untuk tengok wayang bulan sepanjang bulan december ni kat sini >> Jom tengok Macam Mana Nak Dapat Tiket Wayang Free Untuk Bulan Disember Ni << Rugi la dah boleh dapat free nak bayar jugak. Aku kalau anak aku boleh tengok skrin pawagam tu lama2 aku pun nak pi tengok wayang kalau dapat tiket free ni.

Sebab tak boleh.. Maka terembat 1 Samsung DVD player yang tak mahal manapun. RM129 jer.. Cukup la untuk melempias nafsu seram aku katanya. Hahahaha

Satu je aku tak puas hati.. Kata include battery dalam remote tu tapi apsal bateri takde bila sampai. Pentipu sungguh. hahahaha

Aku dah tekad.. Cukup la setakat tu aku bershopping kat lazada untuk tahun ni. Lain kali je la kita bersua kembali yer lazada. Doakan aku semoga kuat Iman menghadapi jualan2 murah tak kira kat memana pun. Cukup lah.. Aku tak nak jadi orang yang gila shopping hahahaha. Apapun lazada paling best delivery memang pantas macam lipas kudung. Aku order malam 8 dec... Tadi dah sampai barangnya.

BERAKHIRNYA LEKATLEKITGURL.BLOGSPOT.COM

BERAKHIRNYA LEKATLEKITGURL.BLOGSPOT.COM. Ramai yang sedia maklum tiada lagi blog lekatlekitgurl.blogspot.com. Almaklum la tuan punya blog pun bukan gugirl lagi jadi terpaksa la korbankan lekatlekitgurl. Dah tak layak dah nak berblog dengan imej gugirl katanya. Sedar diri dah masuk zon balusia (baby lanjut usia) jadi dengan terpaksa aku remove lekatlekitgurl.


Tapi jangan sesedih blog lekat lekit masih wujud di arena blog. Belum mengalami sebarang kepupusan cuma bertukar nama kepada lekatlekit.com je. Ada jugak yang tanya macam mana nak tukar ke dot com. Free ke? Macam mana nak buat.

Maaf tiada benda percuma dalam hidup ni. Orang nak masuk liang lahat pun kena bayar inikan nak tukar dari blogspot.com ke dot com. Yer.. kena bayar cuma bagi aku setakat nak ber domain takde la mahal. Aku ambil dengan netkl RM35 setahun. Domain jer bukan hosting. Kalau dengan hosting tu mahal la sikit. Macam mana proses nak tukar ke dot com. Terus terang aku cuma transfer duit lain2 orang yang settlekan sebab penyakit M sedang menyerang. Aku sibuk nak cari idea update blog katanya tak sempat nak fikir benda lain. hahahaha

Seorang blogger yang pemurah lagi baik hati  iatu Alongxp sedia membantu. Aku transfer je payment ke account dia dari proses order domain sampai la setting ke blog semua dia buat tak sampai pun 1 hari. Rasanya dalam sejam dah siap blog aku bertukar dari blogspot.com kepada lekatlekit.com.

Mungkin ada yang macam aku sebelum ni tertanya tanya apa nasib BE @ CPUV nuffnang yang tengah on going kalau tukar domain. Nasib dia tak berubah.. cuma lepas tukar ke dot com ubah setting kat manage blog nuffnang. Masukkan url baru dot com korang tu. Kemudian masukkan semula coding2 banner kat blog. Settle. BE @ CPUV yang tengan on Going tu tak terjejas pun.

So, bagi blogger lain yang nak berdomain boleh la survey ramai orang buat servis macam ni cuma jangan tertipu kadang2 ada yang ambil kesempatan caj dia setting sampai berpuluh2 ringgit padahal kalau anda minta pihak netkl setting pun dia caj RM3 je. Ada yang tak caj langsung setting tu. Jadi pandai2 survey atau rajin2 la google belajar buat sendiri. Sebab katanya tak susah.

Moral of the story.. Kalau anda serius & memang spesis aku yang rajin update blog rasanya tak sia sia bertukar ke dot com untuk mengkukuhkan tapak blog kita. Memang ia membantu dari segi traffic. Rasanya traffic aku memang agak mencanak jugak semalam lepas tukar ke dot com.

PENGAKUAN DARI PENGEDAR PRODUK YANG GUNA KHIDMAT BLOGGER

Zaman sekarang ni nak iklan atau promosi produk,service atau apa2 sahaja tak payah nak tempek2 poster kat bus stop.. tiang2 lampu.. pokok2 tepi jalan.. kedai2.. iklan kat tv, radio,suratkhabar majalah bagai dah.. Ada yang lagi mudah boleh buat nak2 lagi peniaga online ni. Salah satu guna khidmat blogger.. Tapi berbaloi ke bayar blogger untuk review/ promosi ni? Betul ke berkesan? Boleh caya ke? Ramai ke orang refer dari blog? Kalau nak tahu.. teruskan membaca

Sumber google

Ada orang was was nak keluar budget untuk bayar blogger review/promosi produk dorang takut tak capai target. Sebenarnya ia bergantung pada modal yang korang peruntukkan untuk bayar blogger. Kalau banyak.. Insya Allah hasilnya banyak. Nak meniaga kena la berani ambil risiko sebab dalam hidup ni takde benda yang takde risiko. Nak suap nasi ke mulut pun ada risiko.. Inikan pula berniaga.

Baru2 ni aku ada tolong sorang kawan untuk arrange promosi produk dia. Memula dia just whatsapp aku tanya pasal bayaran yang aku kenakan untuk review kat blog tapi aku cadangkan dia untuk keluar budget banyak sikit & ambil ramai blogger untuk review produk tu supaya jadi viral. Budget dia tak besar la sangat.. Kira dalam kemampuan lagi la even peniaga kecik2 pun masih mampu bayar. Yelah.. dia pun baru nak meniaga kan. Jangan risau tak semua blogger demand. Masih ada blogger yang terima job kecik2 ni. Even bukan blogger tahap retis pun.. Kalau ramai bercakap tentang sesatu produk tu.. Boleh mempengaruhi jugak orang lain untuk mencuba. Jangan salah sangka.. Kebanyakkan review blogger tak menipu sebab kami guna dulu produk tu untuk share testimoni dalam review yang kami buat. Sebab tu penting untuk pengedar produk bagi free produk pada blogger untuk di cuba.

Alhamdulillah hasil dari review & promosi yang di buat oleh blogger.. katanya dapat feedback yang bagus tentang produk dia. Ni pengakuan ikhlas dari pengedar tu..

Pengedar ni cuma ambil 10 blogger untuk buat review di blog & FB masing2 dengan budget yang di dalam kemampuan la. Sambutan dia tak mengecewakan.. 

So, jangan memperkecilkan kemampuan blogger even blogger yang biasa2 macam aku ni. Jangan kedekut untuk keluar budget kalau nak untung. Keuntungan dia bukan dari segi penjualan je.. Tapi bila seseorang blogger menulis tentang produk korang, produk korang dah ada dalam carian google. Bila orang nak cari info tentang produk korang, kalau banyak blogger yang review, maka banyaklah rujukan dari carian google. Nampak macam takde apa2.. tapi kalau korang pun nak beli sesatu produk, korang google ramai yang tulis pasal produk tu kat blog dengan testimoni yang bagus, korang pun tak was was sangat nak beli kan? Salah satu kebaikkan & keistimewaan yang korang dapat bila guna khidmat blogger untuk review/promosi produk korang. Dan paling penting korang bayar sekali tapi review tu kekal sampai bila2 di blog selagi blog tu masih wujud.

Jadi kalau rasa nak guna khidmat blogger untuk promosi produk korang silakan.. Pilih nak blogger level mana. Semua ada. Bergantung pada budget masing2.. Budget besar boleh guna khidmat blogger popular.. Kalau nak guna ramai blogger budget biasa2 jer boleh je cari blogger2 level2 aku ni. Pilihan di tangan anda. Tepuk dada tanya poket.. kekekeke

P/S : kalau minat nak review kat blog melekit pun boleh.. meh la risik2. Boleh PM kat Fb Suria Lekatlekit


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com