Showing posts with label JAKUN. Show all posts

ORANG BANDAR SUKA BERLAGAK JAKUN MACAM LAHIR & BESAR DALAM KLCC

ORANG BANDAR SUKA BERLAGAK JAKUN MACAM LAHIR & BESAR DALAM KLCC. Confirm sentap orang bandar baca tajuk entri aku kan? tapi nak buat macam mana.. rata2 aku dok tengok orang yang rasa dia budak bandar sangat walau duduk kat Paya jaras je pun suka buat2 jakun benda2 yang kita rasa takde sebab dia nak rasa macam teruja sangat macam selama umur dia.. dia tak pernah jumpa. Bukan Tempat yang dekat dengan KL ni semua bandar je. Tak payah feeling macam orang datang dari planet sangat la bila jumpa kampung yang berada di kawasan luar bandar atau jauh dari bandar.

Ada orang walaupun tak berapa bandar mana pun tempat dia lahir & membesar tapi dia punya feeling macam budak bandar tu agak melampau lampau. Buat2 Jakun tengok sawah padi. Tu ok la.. Yang buat cempeqa jumpa sungai paling tak boleh blah. Macam la kat Key el tak pernah ada sungai. Dekat2 Kl ni melambak kot sungai. Punya nak tunjuk bandarnya dia macam dia lahir & membesar dalam KLCC jer... hahaha. Tak pernah pergi beriadah kat kawasan2 yang penuh dengan alam semulajadi. Padahal ulu yam.. sungai pisang.. apa nama sungai kat selayang baru2 ni aku pergi pun lokasi bukan jauh sangat dari bandar. Selama dia membesar mak dia bawak beridah dalam mall je ke? hahahaha


Aku mengaku terang terang aku lahir & membesar di kampung. Aktiviti aku buat masa kecik2 pun tak jauh beza dengan budak kampung lain. Sebab tu aku sentiasa ada idea update blog. hahahaha.. kreatif katanya (statement minta kena pijak dengan orang bandar ) yelah.. budak2 kampung ni main dengan pasir,lumpur, sungai,rumput,hutan bagai kan.. So, benda2 macam tu kan membantu merangsang perkembangan otak kanak kanak. Penting tau benda2 tu dalam perkembangan kanak kanak ok! Anak aku yang ada masalah sensory ni pun therapist suggest main benda2 macam tu. Biar comot tapi meransang otak.

Jadi budak bandar ni sebenarnya bukan best sangat pun.. Aku tengok rutin anak aku tak best langsung. Banyak masa habis kat dalam rumah.. Paling2 pun main kat playground. Terhad sangat aktiviti dia. Tak macam aku dulu.. segala bukit bukau kami daki. Sungai kami redah. tak payah swimming pool

Tapi yang perasan bandar walau tak berapa bandar sangat kalau nak tahu kau memang betul2 budak bandar atau tak meh test kat sini >> Nak tahu samada anda betul budak bandar atau kampung, test kat sini << Bandar ke tidak kau nanti kau dapat jawapan. Kalau jawapan kau tak berapa nak membandar sangat, sedarlah sebenarnya kau pun ada kampungnya. Hahahaha

Apa nak malu jadi budak kampung & apa nak bangga sangat jadi budak bandar. Dua2 pun ada keistimewaan & kekurangan masing masing. Tapi aku rasa bertuah sebab di lahirkan sebagai budak kampung kemudian dewasa kat bandar katanya.So, aku dapat rasa dua2 kehidupan. tapi sebagai anak kampung bila rasa terlampau lama kat bandar memang akan rindu suasana kampung. Memang di kampung sebenarnya lagi best.

JOM KENAL SIAPA JAKUN,SAKAI,BATAK YANG SELALU KORANG SEBUT

JOM KENAL SIAPA JAKUN,SAKAI,BATAK YANG SELALU KORANG SEBUT. Kita biasa dengar & baca ayat2 macam ni.. "Jakun la kau tak pernah tengok orang pakai fesyen color block".. dan ayat macam ni.. " Jangan jadi batak sangat la sampai tak boleh terima pendapat orang lain" atau mungkin ayat macam ni.. "kau ni macam sakai la.. pergi la sikat rambut sikit.".. tu contoh ayat..  mesti dalam hidup kita seharian akan dengar & baca ayat2 macam tu kan?? Korang istilahkan orang sakai, jakun & batak bagai tu.. korang tau ka siapa SAKAI, JAKUN & BATAK yang sebenarnya?? kalau tak tau jom kita berkenalan dengan depa..

BATAK
Sumber gambar di SINI

Batak adalah sebuah istilah kolektif yang digunakan untuk mengenal pasti sebilangan kumpulan etnik yang terdapat di kawasan tanah tinggi di Sumatra Utara, Indonesia. Kawasan pedalaman mereka terletak di sebelah barat Medan dan berpusat di Danau Toba. Sebenarnya orang "Batak" terdiri daripada beberapa kumpulan etnik yang berbeza tetapi mempunyai bahasa, budaya dan adat yang agak serupa. Walaupun istilah "Batak" digunakan untuk orang-orang Toba, Karo, Pak Pak, Simalungun, Angkola dan Mandailing, ada di kalangan mereka yang tidak suka dikenali sebagai orang Batak. suku Batak mempunyai reputasi sebagai pahlawan-pahlawan yang garang yang kadangkala mengamalkan kanibalisme. (Info penuh di sini >> BATAK <<

JAKUN
Gambar Carian Google

Suku Jakun atau orang Ulu merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Pahang, Johor. Mereka dikelaskan sebagai 'Pra-Melayu' dari Mongoloid Selatan.
Jakun terbahagi 2 iaitu Jakun di hutan dan Jakun di tepi laut (Orang Laut / Orang Kuala).
Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua. Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu. (Sumber kat sini >> JAKUN <<
P/s : Gambar tu gambar suku kaum jakun dulu2 sekarang rasanya orang Jakun pun malu nak bercawat tapi yang tak Jakun pulak banyak bercawat dengan bangganya. Kawan asben ada sorang orang Jakun berjaya. Jadi tak perlu kita umpamakan orang yang kolot & tak up to date ti JAKUN.. depa pun pandai guna tenet dah.

SAKAI (tak jumpa gambar)
Orang Sakai merupakan sekumpulan masyarakat yang terasing dan hidup masih secara tradisional dan nomaden pada suatu kawasan di pulau Sumatera, Indonesia.
Beberapa ahli berpendapat, orang Sakai ini merupakan percampuran antara orang Wedoid dengan orang Minangkabau yang bermigrasi sekitar abad ke-14
Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani (Rujukan kat sini >> Sakai << & kat sini jugak >> Sakai 1 << )

Selamat berkenalan dengan orang2 yang selalu kita sebut untuk jadi bahan sindiran, kutukkan & hinaan. Mereka pun manusia yang ada hati yang membezakan mungkin suku kaum, bangsa, adat, cara hidup & agama tapi perasaan sebagai manusia tetap sama kot macam kita. Benda ni dah jadi sinonim sangat dengan kita bila nak gambarkan sesuatu atau seseorang yang kononnya tak up to date,kolot,hina & comot, selekeh kotor bagai. Kadang2 kesian jugak dengan depa.. hanya kerana depa dari suku kaum orang asli, kita yang tak asli asyik jadikan depa bahan je untuk gambarkan sesuatu yang buruk pada seseorang. Kita pun marah bila orang umpamakan kita dengan sesuatu yang buruk kan jadi renung renungkanlah... perasaan dari pihak depa pulak. Sekadar berkongsi info & pandangan. Pada yang terasa tu.. maafla nak cakap, sapa makan cili dia la rasa pedas, kan??kan??kan??

P/S : Jangan sewenangkan nak gambarkan suku kaum orang asli tu sebagai golongan terpencil & jauh dari kemajuan & kemodenan sebab dah banyak mereka yang berjaya di luar sana. Ada antara depa pun dah ada blog. tak caya clik SINI.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE
 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com