Showing posts with label lagenda. Show all posts

KISAH SERAM! PENUNGGU KEPALA MANGSA PENGGAL DI SARAWAK MENANGIS BILA BULAN MENGAMBANG

KISAH SERAM! PENUNGGU KEPALA MANGSA PENGGAL DI SARAWAK MENANGIS BILA BULAN MENGAMBANG. Rasa segmen seram serik lekatlekit ni dah lama kot cuti. Peminat cerita seram kat blog lekatlekit ni mesti tertunggu tunggu kan... Almaklum la rasa macam tak lengkap kalau hidup tak di selubungi misteri. Sekali sekala kena ada feel yang boleh buat bulu roma meremang katanya.. Ok ok.. bagi tak menghampakan peminat cerita di blog lekat lekit ni.. Moh ler kita berseram serik lekatlekit..

Gambar sekadar hiasan

Kisah ni aku baca kat sebuah forum.. Di kongsikan oleh someone. Benda ni berlaku dalam keluarga dia.. Siapa dia, apa id dia guna kat forum, forum mana tu tak boleh nak mention. Katanya moyang kepada Atuk dia dulu seorang dukun...So memang ilmu kedukunan tu dapat sikit2 la kat mak dia. Biasa la benda tu memang boleh di warisi ahli keluarga. Mereka ni berketurunan Dayak & perkampungan mereka dekat dengan sungai.. Rasanya ramai yang tahu sejarah iban @ dayak ni kan.. Zaman dulu kalau depa berperang yang menang akan penggal kepala ketua musuh & bawa balik sebagai tanda kemenangan.

Kat kampung dia tu dulu pernah juga berlaku peperangan antara 2 puak.. Macam biasa yang kalah kepala kena penggal & di bawa balik oleh ketua puak yang menang. Kepala mangsa penggal tu akan di simpan di satu pondok khas yang terletak di belakang rumah datuk dia.. Datuk dia ni ketua kampung so port tu mesti dekat dengan rumah ketua kampung la kan. Walaupun kepala tu milik musuh tapi depa tetap menghormati & akan melakukan ritual pemujaan pada setiap hari Gawai Hantu. Orang dulu ni kita sedia maklum.. kebanyakkan ada pendamping.. So bila guna pendamping ni macam kau bela jugak. Kena bagi makan & kena buat apa yang kau janjikan dengan dia. Kalau langgar perjanjian dia akan menyusahkan kau & keturunan kau...

Kalau upacara tu tak di buat setiap kali menjelang hari Gawai Hantu maka bila bulan mengambang akan dengar bunyi riuh rendah dari pondok yang menyimpan kepala musuh tersebut. tengkorak2 milik musuh tu akan bercahaya macam bebola api dan lepas tu mesti ada penduduk kat situ yang meninggal... Tak kira la tua ke muda ke, kecik atau besar. Ikut sempat la sapa yang jadi mangsa. Kat situ ada satu tempanyan yang berpenutup.. Tempayan tu akan mengeluarkan bunyi yang seakan akan orang menangis sayu.. Sapa2 yang dengar memang akan rasa seram & meremang bulu roma..

Zaman tu memang kat kampung tu belum ada bekalan tenaga elektrik.. Pendalaman sarawak pepaham je la kan.. So, menambahkan lagi suasana seram bila malam menjelma. Kalau biasanya dengar suara ayam itik riuh berbunyi tapi bila suara dari tempayan tu berbunyi semua haiwan seolah olah terdiam kaku.. bunyi nafas pun tak dengar apatah lagi bunyik kentut. Benda tu menambahkan lagi rasa seram.. bukan setakat meremang bulu roma.. Rasanya boleh tercabut akar bulu ketiak jugak la bagi sesiapa yang melalui situasi macam tu.  di tambah pulak ada background music suara lolongan anjing... Aunggggggggggggggggggg auk auk... Kalau time tu kalau ada diapers rasanya masing2 pakai diaper. Tak berani nak keluar kencing berak kat luar.

Waktu tu memang takkan ada sebarang bunyi lain melainkan suara tangisan sayu dari tempayan tersebut & suara lolongan anjing yang minta kena baling selipar. Yang tinggal jauh dari pondok simpan kepala tu tak payah enjoy sangat la kan.. Depa pun tak terkecuali kena kacau. Selalunya bila bila benda tu terjadi penduduk kat situ akan kena ganggu.. bumbung rumah macam kena siram batu kerikil, bunyi dinding di cakar & akan nampak jari berkuku panjang celah bilah tingkap. Tu ok lagi.. Yang tak berapa nak ok bila dengar suara mengilai keliling rumah & ada sepasang mata yang sedang mengintai di belakang tabir.. Bayangkan time tu sumber cahaya cuma dari lampu minyak tanah. Pengsan mak nak kalau mak yang kena. Serius boleh kentut berdarah nok!

Selepas 15 tahun katanya.. di sebabkan satu kebakaran pondok tu hangus terbakar termasuk tengkorak mangsa penggal tu sekali. Semua jadi abu bin bakar memasing. Sejak tu gangguan bunyi menyeramkan di pondok tu pun dah tak ada. Cuma tempayan tu je masih ada cuma kurang dah menangis. Mungkin dia dah happy ke camna tak sure la kan..

Tak tahu tempayan tu ada kaitan dengan kepala mangsa2 penggal tu ke tidak.. Sebab asal usul tempayan tu yang cerita ni pun tak tau dari mana. Adakah harta rampasan perang? wallahualam.. Sampai sekarang katanya cerita seram tu masih menjadi lagenda di kampung mereka.

Moral of the story.. Kalau tak suka pun jangan penggal kepala orang yer. Zaman dulu boleh accept la cara mereka berperang macam tu zaman sekarang kau setakat bergaduh berebut awek jangan la sampai penggal kepala pulak. hehehehe

LAGENDA SERAM 'HANTU MELATI' DI UITM SABAH

LAGENDA SERAM 'HANTU MELATI' DI UITM SABAH.  Tengok ramai blogger dok share pasal filem seram yang bakal di tayangkan di pawagam bertajuk 'Dorm Melati'. Ada satu contest di anjurkan Bro Framestone berkaitan filem tu. Aku ingat yang join contest tu tahu 'Dorm Melati' tu di adaptasi dari kisah lagenda seram ' Hantu Melati' Di UiTM sabah. Rupanya ramai jugak yang tak tahu pasal kisah hantu melati ni yer. Tapi berlaku zaman ITM la. Masa tu belum dapat Universiti lagi. Kira kisah pasal 'Hantu Melati' Ni dah lama..


Dulu aku pernah selitkan kisah 'Melati' ni kat satu entri kompilasi kisah kisah seram di asrama kat Malaysia tapi aku just share secara ringkas je. Di sebabkan ramai yang masih tak tahu pasal kisah seram yang popular di UiTM sabah ni.. boleh la aku up balik kisah pasal hantu melati ni kan.. Kali ni kita cerita lebih detail sikit la nak pancing traffic katanya. Hahahaha.. pengakuan ikhlas seorang blogger

Melati ni menurut cerita mulut ke mulut adalah jelmaan roh seorang pelajar ITM(UiTM) yang mati membunuh diri dengan cara menggantungkan diri. Ada jugak yang kata dia potong urat nadi kat tangan.. Banyak versi cara melati bunuh diri ni.. Tapi tetap la dia mati sebab bunuh diri tak kira la gantung ke.. hiris tangan ke..

Selepas Melati ni matinya.. Dia menghantui pelajar pelajar kat situ. Dalam Islam kita dah di jelaskan bahawa roh orang mati takkan kembali ke dunia dalam apa bentuk pun termasuk jadi hantu. Jadi kena ingat yang menjelma konon roh orang yang dah mati adalah jelmaan jin & syaitan yang ingin menyesatkan manusia. walaupun di ceritakan yang menganggu budak2 asrama UiTM tu adalah roh melati yang bunuh diri.. Kita sebagai generasi baru ni hope ubah persepsi tu yer. Ingat tiada orang mati boleh menjelma jadi hantu atau apa2 sahaja sebab mereka dah terpisah dari alam dunia & takkan boleh kembali ke dunia dalam apa cara sekalipun.

Berbalik kepada cerita melati ni..  Hantu melati ni katanya akan menganggu pelajar kat situ time dekat nak exam. Mesti dia mati tak sempat nak ambil exam tu jeles tu... Ada dua block asrama perempuan yang katanya menjadi port melati nak buat kacau sampai histeria la budak2 asrama block tu. Sebab kejadian histeria tu asrama budak perempuan di pindahkan ke block lain & block yang berhantu di jadikan asrama lelaki. Almaklum la lelaki.. Maybe melati takde nak ganggu kot. Lelaki kan kuat hehehehe...Menurut bekas pelajar kat situ katanya ada 3 block termasuk 2 block berhantu tu tandas dia tak ada cermin. Almaklum la.. kalau tempat2 berpuaka ni orang memang tak letak cermin untuk mengelak dari ternampak kelibat atau bayangan yang menyeramkan dalam cermin. Sebab ada kejadian pelajar kat situ nampak bayangan perempuan melintasi depan cermin tapi bila di periksa tapi tiada sesiapa kat situ. Jadi untuk mengelakkan dari ternampak kelibat melati semua cermin di buka di 3 block tu. Apa ingat hantu tak suka bercermin ke?? hahahahaha

Menurut cerita.. katanya ada budak junior masa tu berlagak konon tak percaya dengan cerita melati ni. Siap loyar buruk lagi.. konon kalau jumpa melati nak minta nombor ekor.. sekali malam tu melati mengamuk... ada yang kena tampar.. ada yang katil bergegar terus insaf. Kau ingat melati tak tau ke main nombor ekor tu haram. Kan melati dah marah... hehehe..

Itulah antara kisah tentang hantu melati di UiTM sabah. Sekarang David teo dah adaptasi dalam filem bertajuk 'Dorm Melati'. Dalam filem tak tau la cerita hantu melati ni macam mana.. Kalau rasa confident best pi la tengok nanti yer... hehehehe.

DRAMA CIK SITI DI AMBIL DARI KISAH LAGENDA SITI JALANG

DRAMA CIK SITI DI AMBIL DARI KISAH LAGENDA SITI JALANG. Sekarang tengah di tayangkan kat TV3 drama cik siti. Sebenarnya drama ni pernah di tayangkan dulu.. Antara drama yang best jugak layan sebab di angkat dari kisah lagenda seorang wanita yang bernama Siti Aminah atau lebih di kenali dengan gelaran siti jalang.


Tapi dalam drama ni tak highlight la gelaran Jalang tu.. mungkin menjaga sensitiviti. Perkataan jalang tu kita sedia maklum agak kasar. Bagi yang tak pernah baca atau dengar kisah pasal lagenda siti jalang ni,, meh la sini den nak mengungkit kembali kisah lama yang semakin hilang di zaman moden ni..

Kisah ni katanya berlaku abad ke 17, kira-kira 200 tahun selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.  berlaku di Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Sebagai tanda jika kita ke kampung ini terdapat makam yang dikatakan Makam Siti Aminah atau juga dikenali sebagai Siti Jalang. Mesti hangpa nak tau kenapa dia di gelar siti jalang kan? Adakah dia seorang perempuan tak baik.. Ops jangan buat spekulasi ok! Jom kita kembali ke kenangan lalu..

Mengikut cerita lagendanya, cik siti ni berasal dari kelantan & di pelihara oleh keluarga bangsawan bugis di kota tinggi sebagai anak angkat. Dia di gambarkan seorang yang cantik & menjadi rebutan ramai. Sebab anak dara angkat depa ni terlalu cantik maka keluarga angkat dia telah mewariskan satu ilmu pendinding dengan tujuan menjaga kesucian cik siti ni dari di aniaya lelaki lelaki yang tak bertanggungjawab.

Sampai la dia dah dewasa & di pinang seorang lelaki kaya. Maka berlangsung majlis perkahwinan dengan gilang gemilang. sehingga pada malam pertama mereka.. keadaan jadi huru hara bila si suami cik siti nak merasmikan malam pertama dia tak nampak tanda keperempuanannya. So, berpisah juga. Namun cik siti masih menjadi kegilaan lelaki & dia berkahwin buat kali kedua tapi perkara yang sama berlaku kepada suami keduanya maka dia di ceraikan keesokkan harinya. Perkara yang sama berlaku setiap kali dia berkahwin. Katanya perkahwinan beliau cecah 99 kali bersama 99 orang lelaki. Sehinggalah bertemu jodoh dengan suaminya yang ke 100 yang di gambarkan seorang yang warak dan mempunyai pegangan agama yang kuat serta ada ilmu batin yang mampu membuka kunci nafsu yang di warisi cik siti dari keluarga angkatnya. Dengan perkahwinan ke 100 tu je dia kekal hingga ke akhir hayat.Tapi malangnya mereka tidak mempunyai anak. Sebab banyak kali berkahwin sehingga 100 kali tu la dia di gelar siti jalang

Ada juga versi lain yang mengatakan cik siti meminta hantaran sebuah keranda & sekayu kain putih kepada lelaki yang meminangnya sebagai persediaan pengebumian suaminya keesokkan harinya. Sebab katanya cik siti memelihara kala jengking di bahagian alat sulitnya sebab tu suaminya akan mati pada malam pertama. Tapi kita sedia maklum kisah lagenda memang kita tak boleh claim ia benar2 berlaku sebab sejauh mana kebenarannya tak siapa boleh buktikan.

Macam tu la kisah lagenda siti aminah @ siti jalang ni. Dalam drama cik siti mungkin tak sama macam kisah lagenda tapi di angkat dari kisah yang sama mungkin di olah untuk sesuai dengan tontonan umum. Kalau yang tak minat drama melayu & memang tak layan drama cuma layan filem2 macam ni jer >> 6 Filem Hujung Tahun 2016 Korang kena tahu  << maybe tak layan la kot drama2 macam drama cik siti ni, kan? Tapi bagi yang layan drama macam aku, drama cik siti ni memang not bad la. Ok la nak sambung menonton jab hehehe

DEEPAVALI DISAMBUT UNTUK MERAIKAN KEMATIAN SYAITAN YANG KEJAM

DEEPAVALI DISAMBUT UNTUK MERAIKAN KEMATIAN SYAITAN YANG KEJAM. Esok semua penganut agama hindu akan meraikan hari deepavali yang kita kenali sebagai pesta cahaya. Deepavali jugak di kenali sebagai diwali. Deepavali bagi yang tak tak tahu maksudnya.. Dipa @ Deepa ni bermaksud cahaya & Gavali bermaksud Barisan. Jadi kalau yang tak tahu sebelum ni maka tahu la apa maksud deepavali tu kan?


Bersempena deepavali yang bakal di sambut dengan penuh meriah oleh penganut hindu seluruh dunia esok.. saja la google di sebalik perayaan deepavali ni. Setiap apa yang di raikan pasti ada cerita & sebabnya kan? Sama macam perayaan orang2 Islam jugak.. Apa yang di raikan tu pasti ada kisah kemenangan di sebaliknya.

Apa yang aku baca Menurut cerita lagenda, deepavali ada perayaan yang di sambut untuk meraikan kemenangan Dewa krishnan selepas berjaya membunuh Raja Narakasura iatu seekor syaitan yang sangat kejam & suka memeras rakyatnya. Sebelum mati katanya Narakasura meminta semua manusia supaya meraikan hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka tentang godaan hantu & syaitan agar mereka sentiasa berbuat baik & menjauhi diri dari membuat kejahatan sesama manusia. Pembunuhan Narakasura di sambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum deepavali sebagai memperingati kematian Narakasura yang suka mencetuskan huru hara oleh Satyabhama, isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar Yuga yang ketikan itu ia menjelma sebagai Raja Krishna. Sebelum kematian Narakasura, dia meminta restu dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu jelmaan Bhudevi aitu ibu Narakasura), bahawa semua orang harus meraikan kematiannya dengan cahaya berwarna-warni.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu sebagai lambang kejayaan 'kebaikan mengatasi kejahatan' yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta membuang kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama hilang.
Begitulah kisah di sebalik perayaan deepavali menurut kepercayaan orang2 hindu. Tak salah pun kita untuk ambil tahu walaupun kepercayaan kita berbeza. Kita kan kat malaysia berbilang kaum & agama.. mengenali agama orang lain tak bermakna kita mempercayai. Dr Zakir Naik pun mengkaji semua agama.. Takde la sampai dia nak murtad pun. Ia salah satu ilmu jugak untuk kita di pandang tinggi.. contoh macam Dr Zakir Naik. Semua kitab agama dia hafal.. Di sebabkan itu dia mampu berdiri dengan yakin di tengah lautan manusia untuk menjawab segala kemusykilan, pertikaian, pendebatan dari berbagai penganut agama di dunia. Jadi jangan sempitkan sangat fikiran korang yer.. 


Moral of the story.. dari cerita lagenda deepavali ni pun kita boleh nampak semua agama memperjuangan keamanan & kebaikkan. Jika semua manusia mengikut ajaran agama masing2 pasti dunia ni aman.. Muhasabah diri sendiri jugak yang masih banyak kekurangan ni. hehehe. Apapun bagi yang nak sambut deepavali esok tak reti nak pakai saree.. almaklum la belit saree ni lebih susah tau dari nak belit shawl.. boleh tengok tutorial pakai saree ni >> Cara nak pakai Saree hanya dalam Masa 5 minit << Happy diwali untuk semua penganut agama hindu.

MAKHLUK AL HIN CUMA CERITA LAGENDA TIDAK SAHIH

MAKHLUK AL HIN CUMA CERITA LAGENDA TIDAK SAHIH. Dalam blog ni aku pernah share satu kisah makhluk bernama Al hin yang katanya Jin yang wujud sebelum manusia. Kononnya merasuk seorang budak & berjaya di kesan oleh seorang perawat alternatif. Korang nak baca boleh baca kat sini >> KISAH MAKHLUK AL HIN BUKAN JIN ATAU SYAITAN TAPI BOLEH MERASUK MANUSIA << Tadi sesambil buka puasa sambil menonton rancangan halaqah ada jugak isu Al hin ni di sebut.

Al hin yang di gambarkan satu makhluk yang bersayap. betul ke tidak Wallahualam

Menurut ahli panel seorang doktor perubatan, penulis buku dan pendakwah, Dr Danial Zainal Abidin Al hin ni cuma cerita lagenda yang tiada fakta sahih membuktikan kewujudannya. Tapi kalau Dinasour katanya memang pernah wujud & pupus sejak 66 juta tahun lalu. Yang wujud sebelum manusia adalah dinasour manakala Al hin tidak ada sebarang fakta yang membuktikan kewujudannya.


Mungkin kisah Al hin ni cuma mitos. mungkin benar macam Ustaz Azhar Idrus cakap cuma sesuatu yang di luar pemikiran & pengetahuan kita tak perlu la kita ambil sebagai sesuatu fakta sahih.. Aku pun bukan pengkaji hadis atau agama.. Jadi aku cuma ambil fakta dari rancangan halaqah je la. Kalau  fakta di sampaikan salah, maka salah jugak la apa yang aku sampaikan. Tapi rancangan tv berbentuk keagamaan macam tu takkan nak sampaikan fakta yang salah kan.. Menurut penerbit dalam rancangan tu semua fakta yang di ambil dari kajian dilakukan terhadap dalil al-Quran dan hadis sahih. Semua yang dipersembahkan berpandukan hadis sahih disahkan pakar hadis yang masyhur.

Lagipun sebelum ni memang aku ada baca kewujudan Al hin memang tak ada bukti sahih. Mungkin cuma cerita lagenda jadi tak perlu la kita ambil sebagai satu kepercayaan sangat. Allah lebih mengetahui segalanya. Kalaupun ada cerita pasal Al Hin kita anggap sebagai cerita cereka untuk hiburan semata mata macam tengok filem seram macam filem ni >> Babak babak dalam filem seram yang di adaptasi dari kisah benar aktiviti paranormal katanya mampu buat orang demam panas sebulan << Dengar & lupakan begitu sahaja. Jangan fikir sangat Sebab tiada siapa boleh membuktikan ia pernah wujud. Takut kita percaya perkara yang sengaja di reka reka pulak.

Moral of the story.. Tak semua perkara Allah suruh kita kaji & cari jawapan. Ada perkara kita tak perlu cari. Allah maha mengetahui segalanya. Nak2 berkaitan perkara ghaib ni.

KUBUR MAE NAK HANTU LAGENDA PALING SERAM THAILAND MEMANG WUJUD

KUBUR MAE NAK HANTU LAGENDA PALING SERAM THAILAND MEMANG WUJUD. Ramai antara kita yang cuma kenal Nang Nak @ Mae Nak adalah watak hantu dalam Filem Seram Thailand tapi ramai yang tak tahu filem seram tu di Inspirasi dari kisah lagenda seram Thailand yang rata2 rakyat Thailand percaya akan kewujudan kisah seram Nang Nak @ Mae Nak  tu. Sebagai peminat cerita & filem seram.. Tak seram la tak minat filem Nang Nak @ Mae Nak. Gila kau! Filem Nang Nak ni tengok 10 kali pun tetap best kot. Sampai sekarang aku tak jumpa DVD filem ni jual.. Memang kalau dapat, mampu memuaskan nafsu seram aku.


Mae Nak antara nama yang bahan momok kepada budak2 yang buat perangai. Kalau kat kawasan pendalaman kampung2 di Thailand memang budak budak katanya takut sangat la dengan nama Mae Nak ni tapi sampai sekarang tiada siapa dapat membuktikan kewujudan Mae Nak sebab tu dia hanya menjadi lagenda. Pun begitu sesetengah rakyat Thailand memang mempercayai kisah Mae Nak ni.

Dari apa yang aku baca.. Mae Nak di lahirkan daerah Phra Khanong yang terletak di Bangkok sekitar tahun 1851 - 1868 dan meninggal dunia 18 tahun kemudian semasa bersalin. Katanya ada kubur dia di kuil Mahabute.

Inilah kubur Mae Nak di Bangkok

Menurut kisah lagenda Mae Nak ni.. Kisah cinta sepasang remaja yang hubungannya tak di restui keluarga sebelah lelaki sebab boipren Mae Nak ni anak orang kaya sedangkan Mae Nak ni cuma berasal dari keluar orang biasa biasa je. Bak kata mak zeton.. Boipren Mae Nak ni orang ada ada la.. ada 2 cincin berlian. hehehe. Yang cincin berlian tu takde kena mengena dengan cerita Mae Nak ok. hahaha

Sebab cinta sangat dah.. Depa tetap kahwin. Tak lama lepas tu Suami si Mae Nak ni terpaksa pergi berperang melawan cina masa tu. Tinggalah Mae Nak yang tengah mengandung. Sapa tak sedih kena berpisah dengan suami ye dak.. Nak2 suami tu kena pergi perang yang tak tau untung nasib. entah hidup entah mati. Seperti dalam Filem Mae Nak Mati semasa bersalin bersama anaknya tapi sebab dia masih nak hidup dengan suami dia.. dia tetap tunggu suaminya balik. Dia tak boleh terima hakikat dia dah mati. Dia jelmakan diri bila suami dia balik & hidup seolah2 dia belum mati

Dari situlah bermulanya kisah seram di kampung tu bila penduduk di hantui dengan Hantu Mae Nak. Sesiapa saja cuba memberitahu suaminya bahawa dia dah mati, akan di bunuh. Ramai bomoh dari serata tempat datang untuk melawan hantu Mae Nak ni tapi semua tewas sehingga seorang Sami Muda yang datang dari satu tempat yang jauh berjaya pujuk Mae Nak untuk kembali ke alamnya yang sudah mati. Katanya sampai sekarang masih ada kubur Mae Nak di Mahabute beralamat On Nut, Sukumwit Soi 77, Bangkok. Sesapa melawat bangkok boleh la try tengok kubur Nang nak ni tu pun kalau rasa berani la. Hahaha.

Tapi sebab kisah lagenda Seram Mae Nak ni sangat popular di Thailand.. Katanya penduduk setempat dapat untung besar la sebab Tempat Kubur Mae Nak ni katanya menjadi tumpuan orang ramai dari serata negara. tak sia sia Mae Nak jadi hantu dulu yer.. At Least orang lain merasa royalti dari kisah seram Mae Nak ni. hehehe

Dalam versi Filem ada 2 filem.. satu filem tajuk Nang Nak tak silap tahun 1999 & yang versi baru Mae Nak. Kedua dua filem ni memang best cuma yang versi baru kurang seram berbanding yang versi lama Nang Nak. Tapi kedua dua filem ni memang buat hati nan seram aku ni tersentuh. Sedih kisahnya walau seram.

Yang ni Filem Nang Nak

Moral of the story.. Kalau ada kuburnya bermakna Mae Nak ni memang pernah wujud cuma kisah seram berkaitan dengan dia jer tiada bukti yang mampu mengesah. Tapi jangan risau.. walau Thailand dengan Malaysia ni tak jauh percayalah.. Jangankan Mae Nak hantu lagenda Thai.. Ke-Ram-Pus hantu lagend krismas pun takkan berani datang ke Malaysia sebab kat Malaysia memang ada perkara Kalis Hantu macam ni >> 8 Perkara Yang Buat Ke-Ram-Pus Takkan Wujud Di Malaysia <<

Perkara mistik yang berlaku kadang2 susah untuk di buktikan. Mungkin ada berlaku kejadian mistik & seram tapi yang pasti bukan Mae Nak yang dah mati tu la jadi hantu cuma jin & syaitan ambil kesempatan guna Nama & rupa Mae Nak untuk meng horror kan penduduk setempat. yelah.. kita orang Islam percaya orang mati takkan boleh menjelma dalam apa bentuk sekalipun sebab dia dah terpisah dengan dunia & takkan boleh kembali lagi. Kalau ada.. itu hanya Jin & syaitan tapi bagi kepercayaan orang bukan islam.. Ia adalah roh orang yang mati dalam keadaan tidak tenteram.

KISAH SERAM DI SEBALIK KRISMAS

KISAH SERAM DI SEBALIK KRISMAS. Bersempena krismas yang tak lama lagi, haruslah segmen seram serik lekatlekit pun bertemakan krismas jugak la. Apa ingat sale je ada tema2 ni. Cerita seram pun ada jugak tau! Maaf la pada mereka yang merayakan krismas. Bukan niat nak menakutkan korang sekadar berkongsi cerita je.


Nak raya pun susah katanya. Ada benda2 yang menakutkan menghantui perayaan mereka rupanya. tapi ni cuma cerita lagenda seram rakyat Australia jer.. Aku ingat benda ni cuma ada dalam filem yang sedang di tayangkan kat pawagam rupanya memang ada cerita ni di kalangan rakyat mereka pasal hantu atau syaitan Ke-Ram-Puss ni.

Lagenda seram Ke-Ram-Puss atau lebih senang di sebut sebagai Krampus terkenal dalam cerita lagenda seram rakyat Australia. Krampuss di katakan sangat membenci Krismas. Dia adalah spesis syaitan yang akan menangkap & menculik kanak kanak yang jahat & nakal.

Menurut lagenda, Krampus akan bermalam di setiap rumah menjelang krismas. Dia akan meninggalkan seikat kayu kepada kanak kanak yang nakal atau dia akan memukul mereka dengan kayu. Kemudian memasukkan kanak kanak tersebut dalam karung dan membuangnya ke dalam sungai. Atau ada yang percaya kanak kanak tersebut di bawa terus ke neraka.

Kejamnya hantu Krampus ni kan?? Dengan budak2 pun nak berkira.. budak biasa la kalau nakal. Apapun kat malaysia katanya selamat dari syaitan Krampus ni. Krampus takkan berani datang ke Malaysia.. Inilah sebabnya >> Krampus Takkan Ada Di Malaysia Kerana Kat Malaysia je Ada Perkara ni <<

Untung la mereka2 yang merayakan krismas di Malaysia kan.. Tak payah nak takut2 hantu krampus ni. Tu la hangpa tak percaya.. Malaysia masih aman. Jangankan orang jahat, hantu pun tak berani masuk malaysia. hahaha

KISAH HANTU PEREMPUAN MULUT TERKOYAK

Untuk segmen seram serik kali ni kita ke jepun sekejab sebab Air Asia buat promosi tiket murah katanya hahaha.. Bila ke jepun ni singgah sekejab interview Kuchisake Onna ni untuk slot seram serik lekat lekit. Nampak sangat bohongnya kan? Interview hantu jepun la sangat kau! Setakat reti sebut sushi tak payah berangan, hokay!

Sumber Wikipedia Indonesia

Kuchisake Onna ni adalah salah satu hantu lagenda jepun yang popular tahun 70an. Sekitar tahun tu hantu ni memang menjadi viral mulut ke mulut & amat di takuti penduduk jepun sampai budak2 sekolah pun di nasihat balik kerumah secara berkumpulan. Alah macam zaman 90an kecoh hantu susu. Pakat semua gantung buluh kuning kat pintu rumah. Nasib baik family aku tak terlibat percaya sampai nak lakukan benda yang ada unsur khurafat macam tu cuma ramai la orang kampung time tu pakat dok gantung bulu kuning.

Berbalik pada cerita hantu kuchisake onna ni.. Asal usul dia katanya wanita yang di bunuh suami sebab cemburu. Dia jugak di katakan seorang perempuan cantik yang sombong.  sebab curang dia di bunuh & mulut dia di toreh hingga ke telinga. Ada versi lain mengatakan dia mangsa pembedahan pembedahan plastik. Katanya sebab doktor yang buat pembedahan tu pakai minyak rambut yang bau kuat sampai dia tak tahan masa operation di jalankan. dia tak boleh duduk diam sampai doktor tertoreh mulut dia. Versi mana yang betul... kena pergi jepun interview orang sana. Tapi versi sebab minyak rambut doktor tu macam kelakar jugak la. Tapi doktor2 kena ambil pengajaran jugak hahahahaha

Sebenarnya banyak versi asal usul kejadian mulut dia terkoyak.. antara yang kata sebab kemalangan jalan raya, ada jugak katanya dia mengalami sakit mental & menoreh sendiri mulut dia, ada cerita katanya dia mangsa rogol & mulut dia di toreh perogol & ada jugak kata sumpahan dari orang sebab dia makan duit haram. Version yang mana betul tak tahu tapi hantu ni memang trademark dia mulut dia terkoyak kedua belah sampai ketelinga.

Katanya hantu ni selalu pakai mask untuk tutup kesan mulut dia yang terkoyak tu. Tapi kalau jumpa hantu ni memang serba salah jadinya. Tak jawab dia salah.. jawab dia pun tetap salah. memang takde pilihan la jumpa spesis hantu camni. Menurut cerita lagenda jepun.. bila seseorang terserempak dengan hantu ni dia akan tanya soalan, samada dia cantik atau tak? Kalau kau jawab tak cantik siap kau! Katanya dia akan tikam kepala korang dengan gunting tapi kalau korang jawab cantik pulak.. dia akan gunting mulut korang sama macam mulut dia terkoyak. Tapi kalau jawab biasa jer, katanya akan selamat. kalau tak jawab apa2.. tak tau la pulak dia buat apa. Sebab sumber yang aku dapat tak cerita pun pasal tu. Maybe tak jawab lebih selamat jugak la kot hahahaha. Tapi ada versi yang wujud tahun 2000an yang kata kalau kita tanya dia balik samada kita cantik ke tak kita akan selamat sebab dia tak tau nak jawab, time dia tengah fikir tu boleh la cabut lari. Cuma bunyi macam tak berapa logik jer hantu ambil masa fikir nak jawab soalan kita. hahahaha

Yang bagus hantu ni katanya dia tak suka pembuli. Sapa kaki buli kat sekolah atau kat memana siap la. Katanya dia akan kelar leher si pembuli. Sampai dah membunuh susah jugak kan? kalau takat menyakat boleh la jemput datang ke Malaysia. Nak letak kat sekolah2 & asrama. Tapi kang abis mati anak orang kena kelar pulak. hahahaha

complecated sungguh hantu jepun sekor ni kan? Jawab cantik salah.. jawab tak cantik pun salah. Sebenarnya dia nak jawapan macam mana pun tak tau. Yelah.. kita pun kalau jumpa orang yang tak cantik pada pandangan mata kita datang tanya soalan macam tu confirm la sebagai nak jaga hati kita jawab cantik, ye dak?? Tapi minah hantu sekor ni tak guna bagi jawapan dua2 jadi musibah juga. Kalau jumpa tak payah layan. Buat2 macam tak nampak sudah. Maybe selamat. hahahaha

Moral of the story.. Jangan curang dengan pasangan masing2. Nanti mati jadi hantu kuchisake onna... hahaha.. tu ajaran sesat jangan percaya. Yang pasti curang termasuk dalam kategori derhaka pada suami & bila derhaka tak cium bau syurga.

PONTIANAK PETRONAS SUBANG AIRPORT

Jalan subang Airport ni pernah jadi laluan aku hari2 dulu sebab tempat aku kerja dulu kena lalu jalan kat situ. Memula opis aku depan rumah jer... Bukan la buka pintu terus nampak pintu opis.. maksudnya opis aku jalan kaki jer la pergi keja hari2. Cuma seberang jalan. tapi akibat berpindah ke Ara damansara maka aku tak mampu lagi berjoging ke opis. So, kos pun meningkat even duit minyak aku tak pernah bayar pun sebab menumpang gi kerja dengan asben. yelah.. kami se opis katanya. Sempat la merasa menumpang boipren & menumpang suami gi kerja. Yelah.. opis aku berpindah sebelum aku kawen, tak berapa bulan lepas tu baru aku kawen.

Erkk.. tercerita kisah sweet2 kencing manis pulak.. Berbalik kisah seram2 menegak bulu roma katanya. Kisah ni kisah seorang lelaki yang di sakat seekor hantu perempuan yang aku rasa kategori pontianak kot sebab jenis menumpang kereta orang kan? kebanyakkan cerita pontianak ni memang suka tumpang kereta, motorsikal atau basikal orang. Almaklum la tak berkaki katanya hahaha... Ops terbebel pulak.

 Sumber Google

Ok ok.. kita mulakan kisah dari sekarang. Kisahnya seorang lelaki ni balik lewat malam. Dalam perjalanan nak balik rumah tu dia singgah isi minyak kat petronas Subang Airport. Masa tu dah dekat pukul 2 pagi.  Disitulah bermulanya kisah seram yang mungkin sampai mati dia takkan lupa. lepas isi minyak dia pun gerak la nak balik. Keluar je dari stesen minyak tu tetiba jer kereta dia rasa berat lain macam pakej sekali dengan bulu roma meremang. Dia pun cuba tengok melalui cermin kat seat belakang. Macam kering darah di buatnya bila apa yang dia nampak tu. Satu lembaga berupa seorang wanita berambut lurus, baju lusuh warna kelabu atau hitam dia tak sure sebab nampak samar samar jer, tapi muka tak nampak sangat. Ok la tu tak nampak muka buatnya dia tunjuk muka macam hantu kum kum, mau keras kejung kat situ katanya. Dia cuba beranikan diri berdialog dengan makhluk tu, katanya "Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ" dalam nada terketar ketar. Even kau makhluk aku pun makhluk tang takut tu memang tak boleh hilang. ye dak??

so dia drive terus sampai la ke Ara Damansara dia buat U-turn untuk pergi semula ke stesen petronas Airport subang tu. Punya seksa dia drive sementara nak sampai ke petronas tu sebab berat hantu tu, katanya berat sangat.  macam pandu 30/kmj dengan bawa beban 50tan. sambil drive sambil dia usya kat belakang dengan mulut terkumat kamit membaca ayat Qursi. Tapi hantu kat belakang tu rilex takde kesan sampingan pun dari bacaan ayat2 suci al Quran. maybe sebab baca sambil gigil so bacaan pun jadi tunggang langgang la kot. Hantu dengar pun macam dengar lagu pop katanya. Sampai je ke petronas Airport subang dia pun turunkan cermin belakang & berdialog " Ok... saudari kita dah sampai... boleh turun di sini" sambil dok pantau seat belakang melalui cermin. Lepas tu dia toleh belakang awek hantu tu pun dah takde. Lepas tu memang tak toleh kiri kanan dia terus je pecut kereta.

Kisah ni rasanya ramai dah pernah baca tapi demi memartabatkan hantu2 tempatan aku up la kat blog aku. Spesis2 hantu menumpang kenderaan orang ni memang jenis berat2 belaka kan? Majoriti kita dengar atau baca kisah hantu menumpang kenderaan orang mesti ada rasa berat. Makan batu gamaknya spesis hantu macam ni. hahahaha

Moral of the story.. Jangan percaya dengan effect langsing yang kita nampak dari jelmaan hantu2 ni sebenarnya depa umpama guna teknik photoshop jugak nak bagi nampak langsing hakikat besar macam gajah. Berat tak mampu menipu. hahahaha

Sumber : himpunan kisah seram


HANTU YANG MENGHUNI TANDAS DI JEPUN

Tandas antara tempat yang agak popular dengan kisah2 seram ni kan? Almaklum la sebersih manapun tandas tu tetap di kategorikan tempat kotor sebab tempat tu la kita nak membuang segala sisa kan? Dan tempat tu memang di sukai syaitan. Sebab tempat tu menjadi pilihan jin & syaitan.. meh kita kita tengok lagenda kisah seram yang popular di jepun pasal hantu tandas ni.


Hantu Ako Manto
Ako manto adalah hantu tandas paling popular & menjadi lagenda cerita seram di jepun. Katanya hantu ni akan datang pada seseorang & meminta orang tu memilih kertas merah atau biru. Selalunya yang guna tandas paling hujung paling di sukai hantu ni. Sekiranya pilih kertas merah, katanya serta merta badan mangsa bagai di hiris & bertukar menjadi darah. Dan sekiranya memilih kertas biru, hantu tadi akak mencekik anda sehingga sehingga rupa bertukar menjadi biru. Kedua2 pilihan itu berakhir dengan kematian. Jangan cuba2 buat lawak pilih warna lain katanya.. hantu ni tak reti nak berlawak sangat. Kalau buat macam tu katanya kepala mangsa akan di tolak masuk dalam mangkuk tandas. Kesimpulannya kalau jumpa hantu ni memang takde pilihan selamat la..


hantu Hanako San
Hantu ni pun tak kurang popular jugak macam hantu ako manto. Kira tahap populariti depa ni berada di level seram yang sama la. Tapi hantu ni menghantui tandas sekolah. sebab dia hantu tandas sekolah dia di katakan menyerupai kanak kanak perempuan. Akan muncul kalau namanya di seru. Katanya kalau nak tengok hantu ni, pergi tandas paling hujung, ketuk 3 kali & tanya "Hanako San awak ada kat dalamkah? " dia akan menjawab "Saya disini". Bila masuk ke dalam tandas tu, katanya akan nampak seorang budak perempuan be skirt merah . Katanya hantu ni lebih kurang hantu mat saleh bloody mary la. Katanya hantu ni boleh menyerupainya macam macam tapi selalunya budak perempuan berskrit merah la. Dia boleh jadi nakal, dengki ataupun mesra. Almaklum la budak la katakan...


Cukup 2 spesis hantu busuk yang suka duduk dalam tandas ni. Hantu Malaysia demand tinggi duduk banglo2 mewah, hantu jepun tandas je pilihannya. Yelah.. hantu jepun pun macam orang jepun jugak kot low profile. hantu malaysia macam orang Malaysia, high taste katanya. Untuk next episod memburu hantu tunggu je kita flight kemana pulak.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com