KISAH SERAM! PENUNGGU KEPALA MANGSA PENGGAL DI SARAWAK MENANGIS BILA BULAN MENGAMBANG
Gambar sekadar hiasan |
Kalau upacara tu tak di buat setiap kali menjelang hari Gawai Hantu maka bila bulan mengambang akan dengar bunyi riuh rendah dari pondok yang menyimpan kepala musuh tersebut. tengkorak2 milik musuh tu akan bercahaya macam bebola api dan lepas tu mesti ada penduduk kat situ yang meninggal... Tak kira la tua ke muda ke, kecik atau besar. Ikut sempat la sapa yang jadi mangsa. Kat situ ada satu tempanyan yang berpenutup.. Tempayan tu akan mengeluarkan bunyi yang seakan akan orang menangis sayu.. Sapa2 yang dengar memang akan rasa seram & meremang bulu roma..
Zaman tu memang kat kampung tu belum ada bekalan tenaga elektrik.. Pendalaman sarawak pepaham je la kan.. So, menambahkan lagi suasana seram bila malam menjelma. Kalau biasanya dengar suara ayam itik riuh berbunyi tapi bila suara dari tempayan tu berbunyi semua haiwan seolah olah terdiam kaku.. bunyi nafas pun tak dengar apatah lagi bunyik kentut. Benda tu menambahkan lagi rasa seram.. bukan setakat meremang bulu roma.. Rasanya boleh tercabut akar bulu ketiak jugak la bagi sesiapa yang melalui situasi macam tu. di tambah pulak ada background music suara lolongan anjing... Aunggggggggggggggggggg auk auk... Kalau time tu kalau ada diapers rasanya masing2 pakai diaper. Tak berani nak keluar kencing berak kat luar.
Waktu tu memang takkan ada sebarang bunyi lain melainkan suara tangisan sayu dari tempayan tersebut & suara lolongan anjing yang minta kena baling selipar. Yang tinggal jauh dari pondok simpan kepala tu tak payah enjoy sangat la kan.. Depa pun tak terkecuali kena kacau. Selalunya bila bila benda tu terjadi penduduk kat situ akan kena ganggu.. bumbung rumah macam kena siram batu kerikil, bunyi dinding di cakar & akan nampak jari berkuku panjang celah bilah tingkap. Tu ok lagi.. Yang tak berapa nak ok bila dengar suara mengilai keliling rumah & ada sepasang mata yang sedang mengintai di belakang tabir.. Bayangkan time tu sumber cahaya cuma dari lampu minyak tanah. Pengsan mak nak kalau mak yang kena. Serius boleh kentut berdarah nok!
Selepas 15 tahun katanya.. di sebabkan satu kebakaran pondok tu hangus terbakar termasuk tengkorak mangsa penggal tu sekali. Semua jadi abu bin bakar memasing. Sejak tu gangguan bunyi menyeramkan di pondok tu pun dah tak ada. Cuma tempayan tu je masih ada cuma kurang dah menangis. Mungkin dia dah happy ke camna tak sure la kan..
Uish, baca pun dah seram sambil-sambil tu mengekeh gelak sikit aje. Tak berani nak buka mulut lebar-lebar apatah lagi bila baca perkataan 'tempayan' tu. Seram betul ni, Suria! Menggeletar segala bulu. Hahaha!
ReplyDelete