SAAT NASIK MULA DI KUNYAH & DI TELAN
Wah.. tajuk entri.. sesuatu sangat. Nak tau sesuatu apa teruskan membaca hingga ke titik yang terakhir tanpa skip satu perkataan pun. Tu dia serius bebeno bunyinya, kan??Rasanya dekat sebulan jugak budak lala meragam tak nak makan. Asyik minum susu jer.. Sang Lekit tetap tak putus asa untuk pujuk dia makan. Kalaupun dia taknak makan makanan berat sekali sekala dalam sebulan ni sang lekit bagi la juga makanan yang ringan & sedikit sedikit setakat dia nak makan. Macam roti ke.. buah ke.. Sesuap dua jer dia makan. Kadang2 dia nganga je tapi dia kemam dalam mulut tak telan2 sampai terpaksa sang lekit korek & buang pulak. Yelah.. selagi ada makanan dalam mulut dia sampai dia tidur pun dia tak telan & dia takkan minum susu selagi makanan tu ada dalam mulut.
Susah hati tu tak payah cakap. Tapi pendekatan yang sang lekit buat, adalah jangan paksa dia makan. Biar dulu kalau dia taknak makan. Sang lekit taknak dia fobia dengan makanan bila kita terlampau paksa. Lagipun sebelum ni dia elok je makan.. mungkin masuk tahun baru dalam umur dia tu ragam dia macam tu.
Lala |
Perkembangan seterusnya.. lala mula tunjuk langkah pertama dia semalam bila sang lekit cuba ajar dia berjalan. Dia berjaya tiga empat tapak jugak la sambil sengih sampai telinga. Hari ni pun sama juga. Cuma kena tambah keyakinan dalam diri dia. Kena bagi moral support banyak2. Tak lama lagi.. maka berlari riang ria la anak mummy. Maka bertambah mantap la vokal & stamina mummy lepas ni.
Lala masih terus ambil scott emulsion & Appeton Multivitamin lysine. Cadangan nak bagi lala mealshake tu tak jadi buat masa ni sebab dia dah tunjuk tanda positif nak makan. Mungkin Appeton Multivitamin Lysine tu boleh dah cukup membantu kot setakat ni. Tengok perkembangan seterusnya la nanti. Kalau memerlukan jugak lala ambil mealshake, nanti mummy belikan je la. Takpe asalkan lala sihat & aktif selalu.
Jadi kesimpulannya.. mak lala pun happy la sikit. Moral of the story.. jangan jadi mak yang cepat gabra macam sang lekit. Cool sudah.. solve problem ikut peringkat & jangan nak amik pusing sangat dengan perkembangan anak orang yang lebih cepat berbanding anak sendiri. Lantak la dorang nak compare pun.. kan??
P/S : Lala dah nak makan nasi senang hati sikit nak pergi holiday bulan depan. Dady nak bawak kita jenjalan jauh tu.. :D