Showing posts with label tetamu. Show all posts

KALAU DAH TAU ANAK TU TAK RETI DIAM, DUDUK JE KAT RUMAH TAK PAYAH BERAYA RUMAH ORANG

KALAU DAH TAU ANAK TU TAK RETI DIAM, DUDUK JE KAT RUMAH TAK PAYAH BERAYA RUMAH ORANG. Tiap kali raya isu ni mesti jadi viral nak nak lagi keluar dari mulut selebriti kan.. Kesahnya budak budak yang tak reti behave bila bertandang kat rumah orang. Sepahkan makanan... berlari sana sini, main tu ni.. Pecahkan pinggan mangkuk tuan rumah bagai. Akan keluar la rungutan & kecaman dari netizen yang akan menyalahkan mak bapak budak budak yang katanya tak reti nak ajar anak. Yelah anak depa tertib lentik katanya. Suruh duduk.. dia duduk.. suruh makan dia makan.. seinci pun tak bergerak kalau kat rumah orang. Anak hang pulak macam lipas kudung.. seminit pun tak boleh diam. Confirm la hang tak reti ajar anak katanya...

Gambar sekadar hiasan

Aku ni rasa raya tahun ni selain rumah mertua aku.. ada sebuah rumah je kawan kepada suami aku level pakcik2 dah aku pergi masa raya pertama. Anak aku takde la ramas2 kuih, pecahkan gelas orang atau lari sana sini. Sebab rumah pakcik tu ada kucing2.. dia dok mengadap kucing tu jer sampai balik. Tak pulak dia sepak2 atau pukul2 kucing tu. Dia cuma tengok usap2 & mengomel sorang2 dengan kucing tu.. Even anak aku mild autisme + Add.. tapi dia tak hyper atau agresif cuma kalau not in mood memang dia meragam jugak.

Tuan rumah pun takde la urut dada sangat kan even aku dah mention awal2 anak aku ni macam mana tapi sebab sepanjang kat rumah kawan suami aku tu dia sangat behave senang sikit mak bapak dia nak menyembang sambil makan makan. Tapi tengok budak lain yang normal pulak tak behave tumpahkan air bagai. See.. tak semua special kids ni bermasalah ok! Nak2 lagi ada anak pakcik tu dok melayan dia.. selfie bagai. Elok pulak dia bagi kerjasama dengan anak dara tu.. Autisme ni kalau di terapi, dididik & di asuh dengan baik.. makin besar ciri ciri dia semakin hilang. Macam anak aku pun banyak ciri2 autisme dia yang dah hilang sebab tu orang yang pertama kali jumpa bila aku cakap autisme masing2 macam tak percaya. Tapi still ada la masalah behavior kadang2. Bergantung pada mood tapi di sebabkan aku ni mak yang garang maka boleh la control juga.

Pun macam tu memang aku tak suka bertandang rumah orang. Sebab anak aku pun macam anak orang lain tak kira normal ke tidak.. Nak2 jumpa budak2 lain yang tengah dok melasak. Dia pun akan naik tocang dua juga la. Sebab aku taknak kalau anak aku terbuat perangai yang orang tak suka.. orang bercakap belakang. Zaman viral media sosial ni satgi dok up pulak anak aku buat tu ni padahal orang tak tahu masalah dia. Nampak normal tapi tidak tipikal. Orang ni kadang2 depan kita je dia manis mulut.. konon takpe budak budak je katanya. Belakang kita mulut muncung sedepa punya nak mengumpat. Status FB boleh buat novel dia punya karang.. Jadi berhati hati la. Memang ramai spesis bermuka muka macam ni.

Dulu.. Nak beraya kat rumah orang ni maybe tak jadi masalah even anak lasak tahap gaban tapi zaman sekarang ni.. Rasanya tak lama lagi budaya kunjung mengunjung ni akan hilang. Hanya di pratikkan oleh golongan tua yang anak2 dah besar panjang jer.Yang anak2 kecik tengah membesar maybe rasa duduk rumah layan TV lagi bagus dari bertandang rumah orang. dari kena umpat & jadi viral.. Kalau aku memang sakit hati orang mengata anak aku beb. Biar umpat aku jangan anak aku.. Kalau anak hangpa macam budak2 ni ok la kan bawa pi beraya rumah orang >> [VIDEO] Keluarga Dilawat 'Tetamu Special' Di Pagi Raya. Nampak Seram, Tapi Sebenarnya..<<

Kadang2 bukan salah didikan.. Ada budak2 yang jenis tak makan saman. Macam status blogger diana rashid tulis.. Takkan kat rumah orang kita mak bapak nak tunjuk perangai singa kita depan orang. Budak2 ni kadang2 bila kat rumah orang, jumpa pulak geng.. dia lupa dah cubit tampar mak dia. Jadi Bukan semua salah didikan. Budak.. fitrah dia bermain. Bersyukur la dapat anak yang dengar cakap.. Tapi kalau dapat anak tak makan saman ni, hangpa duduk je kat rumah tunggu orang datang. Biarlah orang nak kata apapun.. kalau angkut anak beranak pi beraya rumah orang anak buat perangai pun orang mengata jugak. So, memang tak ada cara nak elak dari tutup mulut orang mengata. Macam aku senang.. mampuih pi la nak mengata janji aku tak mau menyusahkan orang & aku tak mau menyusahkan anak aku jugak. Nak jaga hati orang takkan sampai nak menyakitkan anak sendiri. Dah tau ada memang tak boleh behave.. tak payah pulun sangat la kan.

Nak2 lagi yang ada anak ADHD @ hyperactive, autisme bagai ni.. Budak2 macam ni orang nampak je macam normal sebab tu ramai yang salah faham. Jadi.. bagi aku la yang ada special kids nak nak lagi yang memang tahu dia tak boleh nak duduk statik 1 tempat.. korbankan la keinginan kita nak bertandang rumah orang terutama hari raya. lebih lebih lagi rumah manusia yang tak faham masalah anak kita. Tak payah sesedih sangat la.. Banyak cara kita boleh buat untuk cari keseronokkan & kebahagian sendiri.

Moral of the story.. Kalau rasa anak kita memang jenis tak reti diam.. duduk je kat rumah atau berkunjung kerumah orang yang kita tahu boleh terima anak kita. Selalunya keluarga terdekat je la kan.. Buat apa kita nak pergi rumah orang yang kita tahu banyak rules kalau nak beraya kat rumah dia & salah sikit asyik nak viral je. Takut orang kata tak bermasyarakat atau tak reti bersosial? Sematkan dalam hati.. Ada ku kesah apa orang nak kata. Tu je cara paling berkesan. Orang tak boleh faham masalah kita so kita tak perlu terhegeh hegeh sangat nak bertandang rumah depa. Alah setakat jamu air oren dengan ketupat rendang tu.. apa la sangat.

ANTARA SEBAB TETAMU DIRUMAH ANDA TAK MINUM AIR YANG DI HIDANGKAN

ANTARA SEBAB TETAMU DIRUMAH ANDA TAK MINUM AIR YANG DI HIDANGKAN. Kita dah biasa dengan cara hidup yang di ajar Islam iatu meraikan tetamu sebab tetamu adalah pembawa rezeki tak kira tetamu tu kawan, adik beradik, ipar duai, mertua ke sapa.. Tapi selagi mereka datang menziarah kita tu di kira tetamu la walau jiran sebelah rumah yang tiap2 hari kita bersidang dengan dia tepi pagar.

Sumber gambar Google

Rasanya tak kira apa bangsa sekalipun memang meraikan tetamu.. paling tidak menghidangkan minuman. Benda tu kira kebiasaan yang kita buat bila menerima tetamu. Pernah tak berlaku walau tetamu tu lama jugak bertandang kat rumah kita tapi dia tak sentuh atau rasa pun minuman kita hidang? Aku tak pasti la tetamu aku ada tak macam tu tapi aku memang pernah menjadi tetamu yang macam tu di mana aku tak minum langsung air yang di hidang. Ada la sebabnya aku buat macam tu...

Kira kejadian ni baru lagi la.. Rumah siapa aku bertandang tu tak payah aku nak detail sangat bagitau bagi menjaga aib orang2 yang terlibat tapi perkongsian ni sekadar pengajaran & peringatan untuk kita semua.. Memang aku tak minum sampai balik. Even selalu aku minum je apa di hidang.. sebabnya masa nak buat air depan aku laki bini bergaduh pasal nak buat air je. Yang si laki injured sikit so pergerakkan jadi terbatas di tambah lagi menahan sakit ni nak buat apapun rasa tak berdaya. Yang si isteri ni sebab dah biasa laki dok buat semua tu macam tak boleh bertolak ansur langsung. Nak buat air pun sampai bertekak & bermasam muka. Kita yang kat depan ni terpinga pinga pulak.. tak tau nak lari keluar ke nak tunggu. Tak sedap jugak dok mengadap laki bini bergaduh walau gaduh anak anak je kan..

Timbul rasa tak best & rasa macam menyusahkan orang pulak kan.. Aku bukan nak minum sangat pun. Lagipun memang time baru sangat lepas makan laksa & sirap bandung kat restoran Selera D Klasik. Cuma dahaga tu ada jugak. Tapi ku tahan dahaga sampai balik.. Aku tak minum. Lagipun air tu tak siap tuang dalam gelas.. konsep nak minum baru tuang dari jug jadi tak rasa bersalah sangat la kalau tak minum.

Bukan apa.. Aku ni jenis imaginasi memang liar ok! Orang tengah marah buat air ntah dia ludah ker kan.. hahahaha. Tapi alasan paling tepat sebenarnya tak tertelan pulak air orang buat tak ikhlas ni. Nanti ada pulak pertikai yang dok minum kat kedai tu kau tau ke dia ikhlas ke tidak buat air kat kau!! hello yang tu kena bayar.. Dia punya pasal la tak ikhlas. Tu antara dia dengan Allah tak ikhlas melakukan kerja dia yang di bayar gaji. Ni bila bertamu mana ada orang bayar lepas minum beb!! So, lain situasinya.

Kat sini tolong la.. even kau marah laki atau bini kau jangan bergaduh depan orang. Masing2 dah bangka tolong la jangan berperangai seperti kanak kanak rebina. Even kau tak marah tetamu tapi tetamu akan terasa jugak. Nak bertekak tunggu la tetamu balik. Bukan setahun pun dia nak melukut dalam rumah kau tu.. Kalau dah setahun bukan tetamu lagi tu dah namanya menghuni. So, bersabar sikit sementara tetamu nak balik yer.

Tapi kalau nak buat tetamu suka kena tahu jugak taste tetamu kan. Kadang2 tak kena taste pun tetamu tak minum atau jamah apa yang kita hidang. Jadi kalau nak tau taste orang sekarang meh try tengok kat sini >> 8 Pilihan Hipster Malaysia Yang Akan Membongkar rasa ribena sebenar << Asyik hidang minuman berkafien je kan.. sesekali kena try jugak hidang menu hipster di rumah hehehee

Moral of the story.. Kita dari kecik mak bapak pesan jangan buat perangai depan tetamu walau kita still buat dah besar jangan tunjuk contoh tu kat anak pulak nanti anak ikut kau jangan nak marahkan anak. Ingat tetamu itu datangnya membawa rezeki kalau dia bertamu dengan niat baik la.. Kalau dia bertamu sebab niat di sebaliknya mungkin dia membawa malapetaka jugak hehehehe. Manalah tau dia bertamu sambil bawa bunjut kuning kemudian dia senyap2 selit celah sofa rumah kita tetiba malam2 kita tidur di hantui gangguan seram.

BARANG DECO HANTARAN & CENDERAHATI UNTUK MAJLIS KAHWIN DARI SERENDAH RM2

BARANG DECO HANTARAN & CENDERAHATI UNTUK MAJLIS KAHWIN DARI SERENDAH RM2. Kalau perkahwinan orang dulu dulu kebanyakkan semua homemade & handmade. Dari gubahan hantaran sampai la deco pelamin. Semua gotong royong buat. Hantaran pun tak payah tempah.. Ada jer nanti orang kampung yang akan bawa 1 gubahan bagi. Tapi zaman sekarang budaya macam tu semakin dah pupus. Semua kena pengantin atau keluarga pengantin yang sediakan sendiri. Jadi peredaran zaman dah mengubah segalanya maka nak tak nak kita kena ikut jugak la.

Masa aku kahwin memang kedua belah pihak decide tak nak buat apa2 hantaran barang ni. Lagipun masa tak cukup nak prepare semua jadi majlis kami lebih meriah dengan jamuan makan untuk tetamu. Pengantin just biasa2 je la. Tapi masa adik aku kahwin memang dia nak buat semua. Hantaran, goodies bag, gift semua ada la. So dia memang buat semua. Hantaran banyak dia buat sendiri just beli barang barang nak deco jer. Zaman sekarang memang dah senang.. Tak payah nak susah sangat. Semua produk untuk buat gubahan hantaran, gift & cenderahati untuk tetamu masa kahwin banyak di jual. So, nak mengubah pun semakin senang sebab barang2 decoration tu pun dah sedia cantik & unik.

Antara yang biasa kita tengok ada dalam perkahwinan sekarang adalah.. gubahan hantaran, bunga telur, cenderahati untuk tetamu, goodies bag, Walaupun majlis kahwin aku dulu simple tapi tetap ada goodies bag & bunga telur untuk tetamu. Benda2 macam tu sekarang dah memang macam satu kemestian untuk sebuah majlis kahwin walau bukan wajib tapi yelah.. Lain orang lain pendapat dia. Bagi yang berkemampuan nak buat tak salah. Kalau semua nak tempah memang budget untuk semua tu agak banyak tapi kalau nak jimat korang boleh beli sendiri barang2 deco & buat sendiri memang lebih jimat. Macam kotak cincin, paper bag untuk buat goodies bang, barang2 untuk gubahan hantaran.. semua tu boleh di beli dengan harga yang berpatutan & boleh di gubah sendiri untuk jimat kos.

Cuma kena pandai pandai survey la kalau nak dapat yang lebih murah. Kebetulan aku terserempak dengan satu homepage yang jual produk untuk deco2 hantaran, gift, goodies bag bagai macam trend orang sekarang buat. Sebab barang2 macam tu di jual macam macam harga. Ada barang yang sama di jual dengan harga berbeza. Ada murah ada mahal. Sebagai manusia kita memang nak cari yang murah & cantik la kan..

Kebetulan barang2 wedding dia jual dengan harga yang not bad. Ada antaranya yang kat luar harga normally dalam RM5 - RM7 tapi kat homepage tu boleh dapat harga dalam kurang RM2 - RM4 macam tu jer. Agak murah la kalau kita berniat nak memborong dalam jumlah yang banyak untuk jadikan cenderahati untuk tetamu atau barang untuk deco hantaran perkahwinan
Antara barang yang comel tapi murah yang di jual kat homepage tu..

Pink Aluminum Gift Box with Marriage Theme harga dia RM2 je ok!



Bride & Groom Salt & Pepper Shaker Set ni RM3.50



Treasure Chest Box (Second Version) ni pulak harga dia cuma RM4.00


Sebenarnya banyak lagi barang2 deco hantaran atau cenderahati untuk tetamu mahupun barang2 untuk buat goodies bag kat homepage tu. Yang aku tunjuk antara 3 barang yang harga dia memang murah tapi barang dia cantik. Kalau korang rasa nak cuci2 mata atau cari barang untuk majlis kahwin korang boleh la tengok kat sana. Manalah tau kebetulan korang pun memang dok merancangan majlis kahwin kan.

Kita tak boleh cakap semua benda ni tak perlu sebab trend sekarang memang orang nak kahwin akan cari semua benda benda ni. Yang tak buat benda benda macam ni sekarang dah boleh kira dengan jari berbanding yang nak buat majlis ikut trend macam ni. So, bagi mereka yang perlukan semua barang2 ni mungkin perlukan info2 macam ni.

Jadi pada mereka yang tengah dok buat preparation nak adakan majlis kahwin tu tak ada masa nak keluar cari barang2 untuk deco hantaran atau nak buat cenderahati untuk tetamu boleh la layari website tersebut. Mungkin yang anda cari ada di situ.

Sekadar berkongsi dengan sesiapa yang memerlukan. Almaklum la zaman sekarang orang nak cari info apa2 semua google je kan so sebagai blogger rasanya benda benda macam ni perlu di sebarkan sebab kita sedia maklum setiap bulan setiap tahun ada je orang berkahwin. Bila nak buat persediaan perkahwinan benda benda macam ni memang orang cari, ye dak.

TAK BOLEH MAKAN KUIH SAMBIL PANGKU BALANG UNTUK RAYA 2016

TAK BOLEH MAKAN KUIH SAMBIL PANGKU BALANG UNTUK RAYA 2016. Hari ni dah hari ke 29 hari umat Islam berpuasa. Insya Allah.. tinggal lagi 1 hari untuk umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sepanjang 29 Hari berpuasa moga yang berkurang kilo kat badan & yang bertambah pahala & amalan. Kalau yang bertambah kilo tu maka ketahuilah mungkin anda antara yang menjadikan bulan puasa sebagai pesta makan. Kalau makan ala kadar, Insya Allah boleh buang kilo kilo yang berlebihan katanya.

Gambar sekadar hiasan

Hari ni pun dah ramai balik kampung. Aku Insya Allah esok baru nak memulakan perjalanan balik kedah. Allah.. Rasa tak sabar nak balik kampung katanya. Dok tengok ada kawan kawan dok cakap.. teringin nak rasa balik kampung bila raya. Almaklum la depa duduk tak jauh dari rumah keluarga & adik beradik. Ada yang perjalanan 5 - 10 je dah sampai rumah mak ayah. Tak macam aku.. kalau tak hadap jam maybe 4 - 5 jam baru sampai. Tapi pernah jugak aku balik dari kampung ambil masa dekat 12 jam atas jalan. Tu sebab kami melencong sana sini nak elak jam. hahahaa

10 Tahun jadi anak rantauan.. Perasaan excited nak balik kampung tu memang tak dapat nak gambarkan dengan kata kata. Nak2 sejak anak aku sekolah ni, balik kampung pun dah jarang sangat. Raya la semua dapat bercuti serentak maka boleh la balik kampung.

Dekat dekat nak raya seperti tahun2 lepas.. Banyak la dok share rules nak beraya kat rumah orang. Jangan pangku balang kuih la, jangan sibuk tanya kuih homemade ke tunjuk tunjuk, jangan habiskan kuih dalam balang.. Kalau datang beraya rumah aku kat kampung benda2 macam tu tak jadi rules cuma jangan complaint pasal kucing atau suruh kami kurang populasi kucing dalam rumah je. Kalau kau berani nak sentuh bab kucing untuk raya akan datang kau akan hilang layanan mesra dari adik beradik aku.

Kadang2 aku rasa tak berapa bagus sangat dok share rules nak beraya rumah orang bagai.. Kita yang share kang ada yang berniat nak datang raya terbaca macam rasa tak best terus tak jadi datang. Macam bab makan kuih pangku balang pun kau nak jadikan benda tu perkara besar sangat pada hari raya memang aku rasa tak patut sangat. Tetamu tu kan pembawa rezeki.. biarlah dia nak makan pangku balang. Bukan dia nak bawa balik balang pun.

Cukuplah kita ingatkan orang lain adab beraya rumah orang. Orang yang jaga adab Insya Allah dia tak buat benda tak senonoh semasa bertandang rumah orang. Tak payah nak ketatkan sangat undang2 nak pergi beraya tu. Kang semua yang datang beraya rumah kita duduk tegak macam tiang tak berani nak sentuh hatta balang kuih sekalipun. Alih2 kau hadap sendiri kuih raya kau yang melambak tu.

Sampai tanya kuih raya buat atau beli pun jadi salah ke? Alahai.. sentapnya korang. Kalau kat rumah aku.. Tak pernah aku dengar adik beradik aku merungut orang tanya kuih buat ke beli sebab bagi kami tak rasa jadi satu masalah pun. Perkara biasa kalau sedap orang akan tanya kuih ni buat atau beli. Kalau buat maybe dorang nak minta resepi kalau beli mungkin dorang nak tanya beli kat mana. Remeh sangat perkara tu sampai kau nak list sebagai rules hari raya.

Orang nak datang beraya pun sekarang susah kan.. Banyak sangat rules sedangkan kadang2 tetamu yang datang rumah kita tu setahun sekali je masa raya. Jangan la kita spoil kan mood orang nak datang beraya dengan rules yang tak perlu.

Sesungguhnya raya dulu & sekarang sangat berbeza. Boleh baca perbezaan raya dulu & sekarang kat sini >> 6 Perbezaan Paling Ketara Raya Dulu & sekarang, harap takde sapa datang beraya macam nombor 4 takut ada warga emas kena serangan jantung pulak << Raya dulu sebelum wujud media sosial tak ada rules2 sangat tapi sejak wujud media sosial banyak pulak rules dia.

Apapun berpada pada la kan nak buat rules untuk orang datang beraya. Hari yang sepatutnya kita bermaaf maafan & mengeratkan silaturrahim jangan sampai jadi hari bermasam muka pulak di sebabkan orang datang raya langgar rules beraya rumah korang. Lebih kurang tu pejam mata & senyum je la.


Walau macam mana pun di kesempatan ni tetap den nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin andai penulisan di blog ni menyakiti mana2 pihak. Sesungguhnya den hanya manusia yang kadang2 menulis ikut nafsu.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com