SEDIH ENDING SELAMAT PENGANTIN MADU TAPI RAMAI PEREMPUAN GEMBIRA
Semalam episod akhir drama Selamat Pengantin Madu yang setiap minggu berjaya buat ramai ahkak2 emo bila tengok watak Masmira lakonan pelakon EIna Azman.. Ops.. Datin Paduka Eina Azman hokay. Kesian tau ada yang panggil dia albino.. even aku rasa nak gelak sopan tapi tetap tak baik gelarkan orang camtu. hikhikhikhik
Sebab setiap minggu ramai jer yang emo.. maka ending dia buat ramai ahkak2 puas hati. Padan muka katanya di Masmira kena cerai. Ada jugak ingat ending dia.. Zul & Masmira akan rujuk & masmira akan jadi insaf & mereka hidup aman damai even bermadu tapi nampaknya ending dia lari dari tipikal drama melayu.. Asal ending jer mesti semua jadi baik, insaf bagai kan... So, kira ending yang luar dugaan. Bagus pengarah.
Tapi jauh di sudut imaginasi aku terfikir.. kesian kan. Entah macam mana perasaan di ceraikan oleh orang yang masih kita sayang. Even masmira dalam drama tu perangai camtu tapi dia jadi macam tu sebab dia sayangkan suami dia.. cemburu buat dia jadi seorang yang mementingkan diri sendiri tapi bila orang yang dia sayang tu ceraikan dia dah tentu sedih giler.. Lelaki senang jer kan. Masa suka kawen, bila tak tahan cerai & hidup bahagia dengan 1st wife. Yang 2nd wife tu dah kau bagi harapan kemudian hancurkan bukan semudah ayat.. saya doakan dia dapat kehidupan yang lebih baik selepas ni.. Benda tu takkan jadi baik secara automatik pun.
So,Moral of the story lelaki yang teringin sangat nak rasa ada lebih dari satu bini jangan fikir kau mampu dari soal kewangan jer.. Ingat senang nak handle lebih dari satu bini. Apa yang melibatkan perasaan ni bukan senang nak di asuh jadi kalau perasaan sendiri pun tak mampu nak control better la jangan berangan kawen banyak banyak. sekian makaseh.
P/S : dalam drama ni jelas laki depa ni kawen lebih dari satu sebab nafsu.. yelah perempuan cantik even perangai gedik pun tetap dia boleh buat bini.
Punya banyak la jenis kain cantik2 dalam dunia ni,kain yang layak buat langsir tingkap jugak dia nak buat baju. Gamaknya langsir lama mak dia kot dia recycle buat baju gi majlis.
ni aku tak tau retis malaysia ke indonesia @ philiphina.muka nampak melayu pun ada.macam orang malaysia tapi aku tak kenal pulak.yelah retis kat malaysia ni kan banyak tak terhafal aku.kadang2 ada retis yang aku tak kenal jadi aku tak dapat pastikan.
tapi baju dia pakai tu memang aduhai macam kain langsir tingkap yang jarang tu aku tak tau apa nama jenis kain camtu.cuma di tutup dengan bunga kat dia punya tet dada jer yang lain nampak macam pakai kain kelambu pun ada. macam ni pun gamak orang jadikan fesyen baju.
yelah2 aku orang kampung tapi kalau kat kampung kain camni serius cantik manapun yak orang buat kelambu,orang buat menyauk ikan2 kecik kat parit jer.kalau buat baju pun mesti ada lining.hahahaha
p/S : live up guna tab.tak best tak boleh setting gambar letak tengah entri.guna aplikasi blogger jer.ada sapa2 tau aplikasi yang best sikit nak guna update blog dengan tab?
Kat Malaysia ni bila GST di laksanakan bagi aku takde sapa terkecuali pun dari membayar GST sebab ada barang keperluan yang di kenakan GST. Dan kalau asyik dok cari celah mana lagi nak kenakan cukai bagi menampung ekonomi negara aku rasa tak mustahil nanti orang lepak kat bus stop pun kena cukai jugak. Cukai guna kemudahan awam.. Dan tak mustahil jugak kalau tandas awam pun di kenakan GST.. yelah mana ada tandas awam free. Supermarket pun banyak tandas berbayar dah. Dengan GST boleh menampung kos merawat & menadah air empangan yang kering. Nak buat pembenihan awan bagi hujan bukan murah ye dak... dengan GST jugak boleh menjimatkan penggunaan air sebab masing2 tahan berak kencing. Tunggu balik rumah dulu.. Sebab caj masuk tandas dah mahal. hahahaha. Tu contoh jer.. kang bendul dok percaya pulak.
Nak cakap pasal ekonomi aku tak pandai tapi aku bercakap dari segi apa yang aku rasa jer bila GST di laksanakan. Sudah semestinya satu beban.. Perlu ke aku tahu kenapa kerajaan nak sangat laksanakan GST sedangkan beban aku sebagai rakyat macam tak di pedulikan. Yang sokong sangat GST tu aku tak nak la cakap apa.. tu hak memasing. Katanya selagi spender koyak boleh tampal & jahit takde masalah la kan.. Masih mampu beli benang & jarum even tak mampu beli spender baru pun. Kira ok lagi bagi depa.. Tapi aku tetap ada rasa tak puas hati bila terlalu banyak cukai kena bayar.
Ada orang kata.. bayar cukai tu tanggungjawab. Yer.. tanggungjawab yang sengaja di bebankan pada rakyat yang tak berapa kaya ni. Yang tanggung rakyat.. yang jawab menteri so sapa yang rasa lebih berat. Setakat jawab kenapa tu.. kenapa ni.. memang la tak rasa beban. Laju je baca skrip ye dak??
Sapa nak kondem entri ni terpulang.. memang aku tak pandai nak cakap berlandaskan ekonomi tapi aku tahu nak bercakap dari apa yang aku sebagai rakyat rasa.
BUDAK 3 TAHUN TERBARING DILANTAI KAKI TANGAN DI IKAT PENGASUH
Pada yang ambil upah mengasuh @ menjaga anak orang.. Ingat itu amanah berat yang korang pikul. Jangan ingat nak sedap tiap2 bulan jer.. Jadi apa2 kat anak orang, ingat korang boleh lepas tangan. So, fikir dulu sebelum mengambil keputusan nak jadi baby sitter anak orang. Kalau aku memang tak sanggup. Anak sendiri pun hari2 aku istifar, tahan sabar. Budak lasak ni aku akui tak mudah nak jaga. Kena sentiasa perati apa dia buat.. So, setakat nak jaga anak orang dengan ikat kaki tangan tak bagi dia melasak baik kau jaga anak lembu. Untung pun banyak.
HEBAT, BLOGGER NI DAH ADA PRODUK SENDIRI
Sapa2 yang nak try produk blogger ni boleh la contact beliau untuk lebih info macam mana nak dapat. Den bukan pengedar tapi penyebar jer..
REMAJA 24 TAHUN BERCINTA DENGAN BUDAK 12 TAHUN
Kalau kat Malaysia ni budak sekolah rendah lagi.. Kalau zaman kita dulu 12 tahun dok melompat tak tentu hala lagi petang2 dengan kawan kawan tapi budak2 sekarang ni.. 12 tahun pun dia punya feel dari jauh ke depan.
Tapi tak pelik laki ni terjatuh cinta dengan budak perempuan 12 tahun ni... Comel kot. Ok la tu... kalau jodoh panjang lagi 12 tahun budak perempuan ni baru 24 tahun.. lelaki dah 36 tahun. Alah ramai je pasangan yang jarak usia macam tu. Tak berapa pelik sangat la bagi aku.. Melainkan budak lelaki 12 tahun mampu dapat awek 24 tahun tu memang power jugak. hahahahaha
KISAH SELUAR DALAM SAIFUL BUKHARI
P/S : Tak boleh bayangkan kalau kita punya spender di jaja camtu..
PUTIHKAN KULIT & HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN MUDAH & MURAH
Masker ni campuran telur putih & beras yang di goreng sedikit jangan sampai hangus kemudian di blend halus. Boleh buat beras blend ni banyak2. Nak pakai just ambil & campurkan dengan telur putih kemudian tempek tanpa was was. Bau beras ni boleh hilangkan bau hanyir telur. Kalau rasa nak wangi guna je beras wangi. Amalkan hari2 pun takpe.. Insya Allah dalam seminggu bukan je kulit jadi cerah kalau ada jerawat memang kecut & kalau ada parut jerawat memang nampak pudar. Kos hanya telur putih yang tak sampai sebiji pun sekali pakai. selalu aku guna sikit aku simpan dalam peti ais. esok tu aku pakai lagi.. sebiji tu boleh guna 3 4 hari jugak kalau telur tu aku tak goreng. hahahaha.
Sesuai untuk semua jenis kulit.. normal ke, berminyak ke,bermasalah ker boleh je. Bukan ada campuran bahan kimia pun. telur dengan beras je. Yang ada masalah kulit berminyak sampai boleh goreng ayam pun elok jugak amalkan masker ni. Tak cuba tak tahu.. jadi nak tau kesannya try amalkan seminggu.
p/s : masker telur putih dengan beras ni boleh jugak di jadikan scrub. masa nak cuci tu basahkan masker tu biar sampai kembang kemudian gosok perlahan lahan. Lebih effective cuci dengan air suam.
MISTERI AIR TANGAN SEORANG PEREMPUAN
Bila baca komen yang banyak ada yang cakap tanggungjawab memasak ni bukan tugas yang patut di pikul isteri. Yer betul. memang dalam islam tak kata tu tanggungjawab isteri tapi kenapa dalam budaya & adat masyarakat kita letak tanggungjawab tu pada isteri? Air tangan seorang wanita bergelar isteri & ibu ni sebenarnya penuh misteri. Sedap ke tak sedap ke.. Masakan mereka macam ada keajaiban. Mungkin tak sedap pada orang lain.. tapi sedap pada tekak suami & anak2 nya. Mungkin dia bukan chef hebat tapi tetap mampu mengenyangkan suami & anak anak dengan masakannya. Mungkin masakan dia cuma biasa2 jer tapi tetap mampu buat anak2 rindu dengan air tangannya bila berjauhan. kadang2 kita makan masakan mak orang lain tak sedap mana pun, kita rasa mak kita masak lagi sedap tapi mungkin orang lain rasa masakan mak kita tu tak sesedap masakan mak dia jugak. So, itulah misterinya air tangan seorang perempuan bergelar isteri & ibu yang kesedapannya tak semua orang dapat rasa & nikmati, mungkin hanya orang yang di sayangi sahaja yang rasa.
P/S : Macam kempen mari memasak pulak bila aku baca ending entri ni. Hahahaha
LAWAK PECAH DARA & PANCUT DALAM
P/S : cuak pulak aku fikir zaman remaja anak aku nanti entah macam mana punya open & urban nya depa.. Takut benda2 camni tak dianggap satu yang memalukan lagi maka dah takde beza Malaysia dengan Amerika
Sebelum ni dia acah2 dengan BE mandul.. bagi BE tapi tak subur.. Earning tak membiak kali ni dia bagi BE @ CPUV banyak, nak kata mandul sangat pun tak jugak tapi dah macam pra monopos. Bayangkan dah dekat sebulan BE @ CPUV running earning tak sampai RM5 pun. Iklan tu rasanya rancak jugak kat blog. Kita tunjuk rupa jugak la hari2.. Traffic nak kata drop sampai bawah 1K rasanya tak pernah lagi. Bulan ni rasa traffic agak meriah la tapi apsal earning tetap merangkak macam siput babi je ni.
Pada blogger baru yang blog masih suci takde tempek apa2 ads.. jauhilah nuffnang. Jangan hangpa di permainkan macam kami. Aku ni pun dah rasa tawar,kelat,pahit dah dengan nuffnang. Banner sampai 3 pacak atas bawah tepi bagai.. tapi earning sen sen jer. sedih kan?? Sampai bila Nuffnang nak mempermainkan perasaan blogger?? Sampai bila nuffnang kami nak terus di sogok dengan gambaran indah dengan income blogger emas Nuffnang yang mampu jana puluh ribu ringgit?? Sampai bila?!! dramatik sangat Uolls... hahahaha
P/S : Kalau tahun 2010 ok jugak la earning takde la teruk camni. 1 BE boleh jugak dapat 30-40 hengget. Kira banyak jugak la sebab aku time tu blog pun baru jer setahun jagung tapi makin berusia blog aku makin sikit pulak earning dia.
KISAH MISTERI GANGGUAN TINGKAT EMPAT
SCHA & AWAL BAGI AMARAN JANGAN AJAR MEREKA CARA BESARKAN ANAK
Sekadar pendapat.. hope scha & awal tak kecik hati yer... kekekeke
P/S : Mungkin depa trauma pasal kontroversi nama anak depa dulu kot sebab tu warning awai2 jangan nak sibuk2 pasai apa yang depa nak buat dengan anak depa. kekekekeke
USTAZ AZHAR IDRUS KENA SUNBURN DALAM VIDEO SEKS YANG TERSEBAR
Sekarang muncul pulak video seks UIA bersama seorang wanita.. Sejak video tu tersebar baru hari ni aku terserempak kat news feed FB aku. Sebelum ni cuma gambar jer yang aku dok tengok. Tengok gambar pun aku rasa macam editing. Mana taknya kepala gelap badan putih melepak. Yang aku tahu & pernah tengok UIA ni orangnya bukan cerah sangat. Aku pernah jumpa dia kat satu restoran so.. Kalau dalam video tu ketara sangat warna badan & kepala dia yang berbeza kalau ada tetap nak kata perlakukan tu bukan editing maybe dia anggap UIA kena sunburn kot dari leher sampai kepala sebabnya badan memang putih tak logik sangat bagi orang berkulit coklat macam UIA
Yelah.. kita bukan budak Multimedia bak kata Amran Fans.. Hanya budak multimedia je mampu trace samada edting atau real. Tapi kalau dah macam tu punya kontra warna kulit dia aku rasa tak payah belajar multimedia kot.. ikut hukum akal pun dah boleh agak samada editing atau real.
Video yang aku tengok tu bukan la aksi dari warm up sampai klimaks ok.. just beberapa second jer. Macam baru starting. Zaman fitnah mudah tersebar ni.. berhati hati la. Jangan ingat kita bukan somebody kita tak berisiko di fitnah macam tu. Kita tak tahu siapa suka @ benci kita jadi tak mustahil kita jugak berisiko jadi mangsa fitnah. Even fitnah tapi tetap mengaibkan. Moga Alllah melindungi kita dari kejahatan2 manusia macam tu. Moga yang di uji di beri jalan & kekuatan untuk hadapinya.
HUKUM MELIHAT AURAT SENDIRI
Hukum melihat aurat sendiri?? Aduhai... dah anggota badan kita sendiri takkan la ada hukum tak boleh tengok pulak. Kita nak jaga dia mesti la kita kena tengok. tak haram tengok aurat sendiri kalau ada tujuan tertentu tapi kalau sesaja nak bogel even kat tempat tertutup yang takde sapa2 selain diri kita sendiri hukumnya makruh.. boleh rujuk kat entri ni HUKUM MANDI BOGEL
Semoga kalau ada sapa2 google lagi hukum melihat aurat sendiri dapat la sedikit info. Den ni bukan level setazah.. semua pun dari pembacaan jer.
JOM BELAJAR PERKATAAN MENCARUT KAT SINI
Nampaknya budak2 sekarang tak janggal menyebut perkataan2 lucah yang telah di alienkan ejaannya.. tak kira lelaki perempuan.. yang seksi atau bertudung. Yang nampak gud2 mahupun yang nampak noty2. Sampai tanpa segan silu menjadikan perkataan2 mencarut tu sebagai seni kreatif untuk perniagaan.
Adik adik sekalian.. Mungkin ada adik2 yang masih tak tahu apa maksud perkataan Ale Uto, Lanjio & nokharom yang mungkin adik2 ter.. sebut masa sembang santai dengan kawan2. Sebagai akak yang ada blog dengan penuh prihatin maka akak dengan muka yang agak tebal tanpa berbedak ni akak akan jelaskan maksud perkataan2 yang memang popular di gunakan sekarang ni..
Ale Uto Maksudnya kemaluan lelaki iatu kepala B*T*H (Sensor jugak ejaan lucah sangat hahaha)
Lanjio Maksudnya Lanciau iatu dari perkataan bahasa cina yang bermaksud kemaluan lelaki jugak
Nokharom Maksudnya Anak haram
Tiga perkataan ni memang sangat popular sekarang. Sebab ada yang tanya akak.. maka akak buat la entri ni. Moga adik2 yang dah tahu jangan sebut2 lagi yer.. Yang anak dara jangan biasakan diri dok sebut2 kang ter..sebut depan bakal keluarga mertua terus tak jadi berlaki pulak. Selamat belajar yer adik adik.
FAKTA TENTANG ANGELINA JOLIE YANG TAK SEMUA ORANG TAHU
Ada beberapa fakta lain yang mungkin korang belum tahu tentang Angelina Jolie.. antara ialah
1. Dia berketurunan orang kaya. Keturunan dia berasal dari Iroquois, America juga mempunyai darah Perancis, Jerman, Slovakia, Belanda dan Kanada.
2. Pernah belajar untuk menjadi Pengurus mayat @ seseorang yang menguruskan upacara pengebumian.
3. Dia mempunyai 3 kewarganegaraan.. Di lahirkan di Amerika, mendapat warganegara kemboja untuk aktiviti kebajikan & pemulihan & juga warganegara Eropah untuk menegakkan kebenaran perang di bosnia.
4. Dia mempunyai lesen Pilot untuk menerbangkan pesawat Cirrus aircraft.
5. Mempunya 14 tatu di badan.. dimana terlukis tempat2 kelahiran anak anaknya bersama Brat pitt
6. Menjadi model sejak awal usia remaja. Selepas itu sambung belajar di New York Universiti
7. Tidak suka di peluk. Dan sekiranya di peluk walau ibunya sendiri dia akan menahan nafas.
8. Tidak ada tapak bintang Angelina Jolie Hollywood Walk Of Fame.
9. Tips penjagaan bibir seksi beliau salah satunya menggunakan lip bum Blistex.
10. Antara hobi beliau adalah mengumpul buku2 resepi & pisau.
Sumber asal Says tapi entri ni telah di translatekan ke bahasa melayu.
GADIS MELAYU BERTUDUNG JUAL T-SHIRT ALE UT*
Aduhai.. dengan loghat utaqa dia dia mempromosikan T-shirt yang hot katanya bertulisan Ale Ut*.. Mak Aiii.. Kau tanpa rasa segan silu jual T-shirt camtu yer budak. Mustahil ko jual ko tak selidik apa maksud perkataan tu.. So jangan buat alasan ko tak tahu maksud perkataan tu yer nanti bila dah semua orang mula mengutuk perbuatan ko.
Semua orang nak meniaga.. kalau boleh nak meniaga benda yang lain dari yang lain tapi tak perlu terlalu kelainan sangat sampai tak sensitif langsung dengan semua perkara. Walaupun Ale Ut* tu sebutan perkataan lucah secara pelat budak2.. tempat ramai yang tahu maksud perkataan tu.
Moga jadi peringatan & pengajaran pada kita jugak.. Kita pun manusia tak mustahil kalau nafsu mengatasi akal kita pun boleh termelakukan sesuatu yang mungkin memberi kesan buruk pada diri kita.
P/S : even dia bertudung tak bermakna semua yang bertudung pun tahap ke'tidak'maluan macam dia. Sekarang ni penampilan tak mengambarkan perwatakkan.
AWAS DENGAN 13 PERKARA NI KETIKA PERGI MELANCONG
Kat sini ada 13 jenis penjahat yang tak nampak seperti penjahat yang perlu korang hati hati..
1. Penjual gelang persahabatan yang kebiasaannya anda akan jumpa di Paris,Rom,Barcelona & kaherah
- Taktik dorang sangat simple, mereka akan datang pada anda kemudian memakaikan gelang tersebut ke tangan anda & kemudian minta anda bayar sambil mengambil kesempatan menyeluk saku anda. Hati hati.. dia cari income 2 dalam satu.
2. Penghibur Jalanan yang kebiasannya banyak terdapat di Paris, Perancis dan London, England.
- Taktik mereka adalah mereka akan membuat persembahan silap mata sambil ahli kumpulan mereka yang lain menyamar sebagai pelancong yang menonton untuk menarik perhatian anda untuk turut sama menyaksikan persembahan mereka. Bila anda asyik menonton persembahan mereka waktu tu mereka mula mengambil kesempatan menyeluk saku/beg anda.
3. Pemuzik Jalanan di New York City dan Los Angeles, Amerika Syarikat.
- Taktik mereka, Seorang lelaki yang peramah akan mendekati anda & meminta anda untuk mendengar muziknya sebelum memberi CD seolah olah ianya percuma kepada anda. Dia akan cuba memberi tahu betapa menarik muziknya bila anda menerima CD daripadanya dia akan memaksa anda membayar dan sekiranya anda enggan membayar mereka akan mengugut anda.
4. Menyamar sebagai Pengedar Pil Khayal @ Dadah, Koh Phangan, Thailand
- Kebanyakkannya di lakukan oleh Pemandu teksi atau tuk tuk menawarkan korang pil khayal atau dadah. Selalunya orang yang ke sana untuk tujuan berhibur menjadi target mereka. Apabila anda membeli dari mereka akan datang seseorang yang menyamar sebagai polis yang kononnya akan menangkap anda yang melakukan kesalahan meminta wang denda untuk mengelakkan di penjara.
5. Pemandu Teksi Pelancong yang biasanya terdapat di Las Vegas, Amerika Syarikat.
- Kebiasannya bila sampai di airport anda pemandu teksi yang akan menyambut anda & membawa beg2 anda masuk ke dalam bonet teksi. Apabila sampai di destinasi anda dia akan berpura2 terburu buru sambil mengeluarkan barang2 anda & cepat beredar tanpa anda sedari dia telah membawa lari salah satu beg yang paling kecil milik anda.
6. Penjual Peta yang biasanya di Eropah
- Taktik mereka simple. Datang kepada anda menawarkan peta sambil menunjukkan peta hampir dengan muka anda sambil menyeluk saku anda.
7. Wanita Penggoda di Athens, Greece.
- Target dia selalunya lelaki yang melancong seorang diri. Dia akan hampiri anda dengan cara bermain mata dan menawarkan anda ke ke pusat2 hiburan bersamanya.. dan sekiranya anda bersetuju pada selepas berhibur dengannya dia, anda terpaksa membayar bill yang sangat tinggi
8. Taktik Kamera Rosak yang boleh di jumpai di mana2 saja seluruh dunia
- Taktik mereka akan berpura pura minta anda tolong mengambil gambar kumpulan mereka dengan kamera mereka yang rosak. Bila anda menyerahkan kembali kamera tersebut mereka akan menuduh anda merosakkan kemudian menuntut ganti rugi daripada anda.
9. Panggilan Palsu Dari kaunter Depan Hotel ini jugak boleh berlaku di mana mana saja
- Mereka akan menghubungi bilik hotel anda & menyamar sebagai petugas di kaunter hadapan. Berpura2 seperti ada masalah & minta anda memberi butir2 kad kredit anda. Selalu panggilan yang di buat mereka adalah waktu tengah malam kerana kebiasaanya waktu itu pelanggan tidak akan turut kebawah untuk menyelesaikan sebarang masalah yang mereka cuba adakan.
10. Menu Takeaway Palsu kebiasannya berlaku di Amerika Syarikat
- Mereka akan menghantar menu2 dengan cara menyelit di bawah pintu bilik hotel anda untuk memudahkan anda memesan makanan sekiranya anda malas untuk keluar. Setelah anda memesan bukan sahaja makanan tidak sampai tapi selepas mereka memproses maklumat kad anda akan sampai penyata bank yang mengejutkan.
11. Menyamar sebagai pelajar yang ingin belajar Bahasa Englis kebiasannya di Shanghai dan Beijing, China.
- Lebih kurang wataknya sama macam perempuan penggoda cuma taktiknya berbeza sikit. Gadis2 ini akan datang pada anda meminta anda mengajar mereka bahasa Inggeris. Selepas tu akan mengajak anda makan bersama mereka di cafe sebagai tanda terima kasih & anda akan di kenakan caj yang tinggi selepas tu & gadis itu akan menghilangkan diri.
12. Money Changer penipu yang banyak terdapat di Bali Indonesia
- Mereka akan menawarkan padan pelancong dengan tawaran penukaran mata wang yang menarik.. bila anda meletakkan wang di atas meja kaunter dengan secepat mungkin mereka akan mencuri sedikit wang pertukaran anda tanpa anda sedari.
13. Pemandu teksi mengenakan caj berlebihan katanya kat Malaysia banyak camtu.
- Seperti kita sedia maklum kat memana jer pun pemandu teksi selalu mengambil kesempatan pada pelancong bukan je kat Malaysia. Mereka akan kenakan tambang yang tinggi atau mengambil laluan yang jauh untuk meningkatkan jumlah earning pada meter mereka.
So, pada anda yang merancang percutian keluar negara moga info ni dapat membantu anda supaya tak jadi mangsa penyeluk saku atau penipuan lain.
P/S : Sumber dari Says tapi artikel asal dalam english. Poning jugak den nak translatekan ke bahasa melayu. Rupanya tak senang jugak nak buat entri copypaste. Erkk copypaste ke ni?? Rasanya tak copy paste sangat la.. kena menaip jugak dari awal hingga titik yang terakhir.
CERITA DONGENG YANG MEMBAWA PADAH
So, Moral of the story dont play2 ok.. Kalau dah dapat peluang sambung belajar buat assignment bagi siap.. jangan nak buat cerita dongeng kau kena culik. Sekarang kau tanggung azab kat dunia.. Malu dapat.. yang lain2 azab bakal kau dapat.
P/S : memang aku sakit hati sangat dengan minah ni..
Kalau korang nak baca kisah siti balqis boleh baca kat sini
Kisah culik Siti Balqis part 1
Kisah culik siti Balqis part 2
Kisah culik siti Balqis part 3
Kisah culik Siti Balqis part 4
PELAJAR PEREMPUAN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KENA CULIK
WAJAR TAK WAJAR PERAGUT DI BOGELKAN?
Kat Page PenMerahDotCom aku ada nampak perbincangan pasal peragut di bogelkan.. Wajar ke tidak?? Biasa la.. ada yang sokong & ada yang menegah dengan hujah2 berkaitan hukum hakam. Aku memang tak berani nak bangkang hujah2 yang berlandaskan hukum hakam ni.. yelah betul la tu cuma aku suka memberi pendapat berdasarkan pandangan peribadi aku seorang manusia biasa jer...
Kalau aku.. bukan setakat bogel aku rasa nak buat lebih dari tu. Aku pun pernah jadi mangsa ragut even tak mendatangkan apa2 kecederaan kat aku cuma kerugian sebiji enpon yang masa tu aku baru je beli tak sampai sebulan. Takpe la.. time tu aku ada rezeki lebih. Tengahari kena ragut petang dah pergi beli handphone baru. Tapi aku memang tak boleh nak hadam bila aku tengok atau baca mangsa ragut cedera parah atau mati.. hanya kerana kadang2 handbag yang ada beberapa ringgit jer.Sebab tu aku benci sangat peragut.. Perompak kita tahu dia target orang2 yang berharta tapi peragut ni dia target semua orang tak kira tua atau muda tanpa tahu orang tu berduit atau tak.
Tahap hati kering peragut ni aku rasa lebih kejam dari pembunuh sebab takde budi bicara apa2 dah.. Kalau perompak dia bagi pilihan jugak. Kau bagi harta kau atau kau di cederakan? Peragut takde warning2 dah.. datang terus sambar. Dan kerana tu aku boleh rilex makan kacang kalau tengok video2 peragut kena belasah tahap separuh nyawa pun apatah lagi setakat kena bogel.. aku tak nak hipokrit memang aku takde rasa simpati pada peragut. Golongan mereka terlalu kejam bagi aku. Wajar tak wajar kalau ikut hukum hati & emosi aku memang aku kata.. lantak la. Bukan takat ko nak bogelkan.. ko nak sunatkan dia kat situ pun aku takde pertikaian.
Tapi kita tak boleh menolak hukum Allah yang mana hukuman tu sememangnya tak boleh tapi sebab kat Malaysia ni memang undang2 pun banyak tolak hukum Allah jadi.. krik krik krik.. sendiri mau ingat la. Pernah dengar ke mahkamah jatuhkan hukuman potong tangan kat peragut,perompak atau pencuri kat Malaysia ni even berkali kali keluar masuk pagar besi dengan kesalahan yang sama, tak kan? jadi fikir fikir kanlah..
P/S : Pandangan aku berdasarkan nafsu & emosi semata mata yer..
*aku mangsa ragut even tak cedera tapi serius trauma tu susah nak hilang sampai nampak mat2 motor pun dah cuak. Trauma tu adalah kecederaan emosi yang sangat dalam, ok jangan ingat tak nampak luka di tubuh tak serius*
AWAS LAVENDER MUMMY SEDANG CARI MANGSA BARU SELEPAS KANTOI DENGAN USTAZ KAZIM
Aduhai... ada lagi ke yang bakal tertipu ni? Ni pun ciri2 cerita dogeng Lavender Mummy jugak ni.. Sebelum orang lain tertipu atas rasa tanggungjawab meh la den ingatkan pada korang semua agar siapa yang baca sebarkan benda ni supaya tiada lagi mangsa lavender mummy ni. Biar pupus pendapatan haram dia kat laman sosial.
Entri berkaitan Lavender Mummy & identiti beliau boleh baca kat
Ustaz kazim bakal buat laporan polis terhadap Blogger Lavender Mummy
Awas Anda mungkin jadi mangsa blogger ni
PERBUATAN YANG TAK SENONOH TAPI KREATIF
Ni aku dapat dari Says. 10 perbuatan yang bagi aku kreatif tapi tak berapa senonoh sikit la. Meh kita tengok..
1. Ikat belon pada kura kura supaya senang nak jejak dia kalau lepas berkeliaran dalam rumah
2. Jadikan troli sebagai grill untuk memanggang. Hahahaha. serius yang ni tak senonoh tapi kreatif
3. Letak botol berisi batu depan pintu rumah bagi mengantikan fungsi loceng rumah. Orang datang goncang je botol tu. Ok jugak tu.
4. Yang ni totally memang tak senonoh langsung. Panggang sosej guna penyapu/penyakar sampah besi. Hak tuih punya idea. hahahaha
5. Nak senang bangun pagi bila jam loceng bunyi.. try letak paku payung dekat button untuk tutup bunyi loceng jam tu. Confirm takde 5 minit.. 5 minit dah. Bangun terus. Hahahaha
6. Ni aku tak tau idea bodoh sapa. Letak ubat gigi dalam makanan untuk memastikan nafas sentiasa segar.
7. Sebagai penganti Handfree.. Jimat tak payah beli ikat je tel ada dengan getah kat telinga. Idea lapuk dah ni.
8. Ni kalau time2 emergency tengah2 jalan lampu kereta rosak boleh jugak guna pakai. Boleh guna lampu suluh untuk temporary.
9. Ni tahap bakhil ni kalau buat. Beli pisau cukur tapi batang dia tak beli. Guna garpu plastik pengantik batang pisau cukur tu.
10. Kalau takde tempat nak parut keju buat camni pun boleh. Tak kisah la benda apa janji dia ada permukaan berlubang2 camni. hahahaha
Memang tak berapa senonoh perbuatannya tapi kadang2 time terdesak boleh jugak guna idea2 ni kan? tapi kalau sesaja nak buat tu..mungkin tidak. hahahaha
Sumber : Says
FILEM YANG TAK BERAPA SENONOH UNTUK DI TONTON
Filem apa tu? Filem tu la yang aku beli masa raya korban hari tu. Filem bertajuk Contracted. Masa lepas beli aku baru review sinopsis filem ni memang aku dah agak filem ni memang tak sesuai tengok secara umum. Bila aku tengok semalam.. malu jugak. Hahahahaha... aku kan pemalu orangnya. Filem ni bagi aku rasa separa lucah jugak la. Tapi bagi orang lain yang maybe lebih open minded dari aku tak tau la.. Maybe bagi dorang selagi tak tunjuk *tut* bertemu *tut* tak lucah lagi la kot tapi bagi aku separa lucah dah. even babak2 tu tak lama sangat sebab filem ni pun pendek dalam satu jam lebih kurang, so banyak di ringkaskan la jalan cerita dia.
Penyakit pelik Samantha (lesbian tu) buat dia mengalami pendarahan yang banyak kat kemaluan.. mata berdarah, gigi,kuku mereput & rambut mula gugur dalam masa yang singkat. Hanya dalam masa 3 hari jer muka & fizikal dia jadi sangat teruk & kemaluan dia berulat. Akibat dari penyakit misteri tu samantha membunuh 2 orang kawan lesbian dia bila mereka menolak untuk tolong dia.
Jadi filem ni aku rasa tak payah tengok pun takpe la bukan sebab bosan ke hapa.. moral dia tak elok sangat. Banyak lagi filem lain yang best. Hahahahaha
P/S : Makin tercemar la keywords aku dengan entri ni. Hahahaha
BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com