NUFFNANG CUAK DENGAN KENYATAAN BLOGGER TU KE

10/01/2014 08:25:00 PM suria lekatlekit 29 Comments

Tetiba pagi tadi terbaca satu entri blogger yang katanya tetiba BE (CPUV campaign) berderet masuk. Dalam hati aku cuma cakap Alhamdulillah rezeki dia la tu kan.. Aku pun tergerak hati nak check jugak la account Nuffnang aku tengok berapa yang melekat manatau sama jugak berderet. Memang kejutan.. banyak jugak BE yang masuk. Kira luar biasa la BE banyak tu masuk serentak dalam 1 masa. Yelah.. sejak setahun dua ni memang kemeriahan BE jarang di rasai lagi. Kalau ada masuk 1 @ 2 dalam satu masa tu pun kadang2 satu jer hidup.

Sumber google

Aku tak tau kenapa Nuffnang tetiba secara drastik mensedekahkan BE pada beberapa blogger dengan campaign yang luar biasa banyak dalam 1 masa. Adakah terkesan dengan kontroversi yang berlaku 2 3 hari lepas, Selepas seorang blogger terkenal bersuara tentang Nuffnang? Pasal apa aku tak nak tulis kat sini.. Taknak mengeruhkan lagi keadaan yang keruh. sapa yang tau apa berlaku, maka tahu la. Cuma aku nampak macam Nuffnang terkesan je sebab yang bersuara bukan calang2 blogger. Bagus jugak ada blogger berpengaruh bangkitkan isu tu. Kalau Terkesan bagus la.. Jangan bagi je CPUV Campaign tapi earning tak naik2 sebab iklan nak muncul kat banner blog pun susah. Normally camtu la. Bagi jer CPUV @ BE ni tapi iklan segan2 nak muncul. Tak tau la apa tujuan dia bagi.. sekadar nak sedapkan hati blogger jer supaya tak merajuk & buang banner dia ke hapa tak tau la kan. Kalau kata blog kita tak menepati kehendak advertiser buat apa bagi ye dak? Kalau dah bagi kerap2 la sikit muncul.Tak gitu? kekekeke

Kalau dulu2 ni biasa je tak kategori banyak sebab aku pernah BE running dalam satu masa sampai berbelas campaign. Tapi sekarang ni kalau ada 5 BE running tu bagi aku banyak jugak apatah lagi tetiba dalam satu hari dapat 3 BE sekaligus. Ni tak tau la subur ke tak earning dia. Kekadang BE jer berderet tapi mandul. hahahaha

Aku ni nak kata berharap dengan Nuffnang untuk cari duit poket tu takde la sangat. Nuffnang ni bagi aku macam rezeki terpijak jer. Rasa banyak sikit aku cashout tapi nak kata cashout sebulan sekali tu memang tak mungkin la dengan nuffnang. Setakat RM100 nak cashout tu buang masa nak tunggu check sampai 2 bulan.. sebab tau dah hasil nuffnang ni terlalu lambat. Baik aku rajin2 share iklan 8share... dah tau tiap2 bulan ada jugak masuk. Cuma tu la ruang untuk banner Nuffnang tu kalau ada terisi untuk iklan lain memang aku pun tak setia sangat la dengan Nuffnang sebab takde lagi pacak jer la dulu. nak apply yang besar, blog aku ni celahan gigi lagi katanya. kekekeke

Hope Nuffnang lebih prihatin lepas ni. Banner bukan satu.. 3 size banner dalam 1 blog. Tapi earning ciput ya amat. Selagi kami ni masih ada hati dengan Nuffnang lakukan perubahan agar keuntungan sama2 di rasa, ye dak??

P/S : aku perasan satu jer nuffnang ni kalau CPUV campaign banyak iklan dia aktif time orang tidur. Maknanya 12 tengah malam keatas. kenapa tak waktu puncak yer?? sungguh misteri trick mereka. kekekekee

29 comments:

  1. aku punya masuk sime darby tapi lepas tu hilang... hahahaha.... semua kredit tinggal satu je CPUV... lantak laaa... anyway tahniah dapat banyak CPUV kak suria... wakakkaka... nuff amik hati lettewww

    ReplyDelete
  2. Wah tahniah-tahniah. Sama la dengan Zaki punya Nuff pagi tadi, tiba-tiba rajin pulak check Nuff, tengok ada 2 campaign baru yang masuk.

    ReplyDelete
  3. sm r...mmg ad ongoing tp nak naik 1 sen tu punyalah susah..blogger suam kuku cm sy ni kne trm jelh.

    ReplyDelete
  4. kalau ada yang nak beriklan kat blog celahan gigi aien tu pown.. dah lama dah aien buang.. tapi apakan daya .. hurmmm..

    ReplyDelete
  5. Akak pun byk dpt gak tp earning x gak naik2 mcm tu je...huhu....biar la mls nk fikir...

    ReplyDelete
  6. Untungnya dapat hasil.dari Nuffnang. Saya sekali tak pernah merasa. Merasa tengok.orang punya je. Hehehe

    ReplyDelete
  7. betul2. CPUV up masa org tengah tidoq!

    ReplyDelete
  8. tau tak macam mana nak naikkan earning tu ? Earning tu naik ikut traffic blog harian sebenarnya. ramai yang hentam padahal yg hentam tu traffic rendah. so naikkan la traffic masing2 tu ye. setakat seribu dua UV dikira masih rendah pada nuffnang. tu yang aku tahu la setakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau iklan CPUV pun jarang2 nak muncul.. traffic tinggi pun earning tak naik jugak beb! aku dah pacak nuffnang dari 2010 lagi kot.. Kadang2 CPUV ni list jer panjang berjela tapi earning alahai hidup segan, mati tak mau. CPUV nak keluar pun time orang tidur.. Bukan nak hentam realitinya camtu.

      Delete
  9. wow..... alhamdulillah.. org bagi kita abik ye kan... banyak tu .. :)

    ReplyDelete
  10. Itu time kat afrika boleh ler BE nuffnang masuk mencanak...

    ReplyDelete
  11. bab BE ada tapi mandul tu sy setuju kak.bg banyak tp x naik pon buat apa.

    ReplyDelete
  12. terus terasa nak check nuffnang...lama dh x bukak ni hehe

    ReplyDelete
  13. Dapat 5be tapi saya tak endahkan sangat..

    ReplyDelete
  14. gitu ke cite dia.. huhu. excited je dah CPUV bebanyak. hahaha. tak apa lah.

    ReplyDelete
  15. Tahniah anda ada blog yg banyak info. Jemput jalan2 di www.yatiadam.com

    ReplyDelete
  16. iklan nuffnang memang biasa keluar waktu malam. iklan innity pun lebih kurang sama je.

    ReplyDelete
  17. mmg byk cpuv tapi ada yg jenis kurang aktif
    kengkadang hanya burung je mengisi kat ruangan kotak iklan
    byk cpuv dapat sejak akhir2 ni..alhamdulillah..rezeki

    ReplyDelete
  18. cpuv byk tapi earning ciput jer...hehe...strategi nuffnang nak bg sedap hati je tu...

    ReplyDelete
  19. first time dengar nuffnang.. ingat Saiful Nang punya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la..ingatkan Saiful Nang punya..silap plak..:D

      Delete
  20. Dah brp bulan kumpul..lom naik rm100..hehehe

    ReplyDelete
  21. Suka kenyataan "BE berderet tapi mandul"

    ReplyDelete
  22. selepas aku komen dekat status nuff ni tetiba gerak hati nak lihat ada tak cpuv sekali dia bagi 4 terus , tapi masalahnya ada yang bulan ogos dah start, tapi baru sekarang tunjuk on going hapeh betoi

    ReplyDelete
  23. sama la dgn KM ni ha... tetiba terkejut tgk CPUV @ BE masuk.. yg peliknya 26 sept 2014 tetiba ada pulok... padahal sebelum ni tak de.. klu ada masa tu dah lama KM share kat entry... apa pun harap earning berjalan la.. jgn tyg tengah malam.. mmg trafik slow time tu....

    ReplyDelete
  24. ramai juga yg komplen kan sejak2 akhir ni..tak tau pulak saya iklannye time tengah malam sebab jarang online sampai tengah malam..

    ReplyDelete
  25. hu2.. sib baik BLOGGER POPULAR tu komplen yea.. kalau tak, tak merasa la kita BEE banyak2 .. teman pun dah merasa sekarang.. banyak dan semuanya On Going.. kekekekek..

    ReplyDelete
  26. Saya punya akaun Nuffnang tak tahu la apa nak jadi. Saya tak boleh nak log in. Geramnya...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com