Showing posts with label CPUV campaign. Show all posts

TRAJEDI OKTOBER NUFFNANG

Penuh news feed, blog blogger dok update dapat Be @ CPUV campaign nuffnang yang bagi mereka agak luar biasa banyak termasuk la blog aku pun tak terkecuali dapat BE yang berderet jugak. Kiranya Nuffnang tak kecik hati la dengan aku yang dok kritik dia, Hope takde pulak orang lain yang nak terasa lebih2 pulak bila aku kritik nuffnang.

Fenomena BE @ CPUV Campaign yang sedang melanda kebanyakkan blogger yang pasang banner nuffnang kat blog ni ada yang rasa pelik.. ada yang rasa tak pelik sebab macam tahu je puncanya. tak payah cakap punca kenapa & mengapa anggap jer rezeki dari Allah sudah. Lagipun kenapa & mengapa nuffnang tetiba bagi banyak BE pada blogger bukan sesuatu yang tak baik, tapi sangat la bagus. Bukan setakat bagi BE jer.. iklan dia pun kali ni takde aktif waktu orang tidur dah. Waktu siang pun pun banyak menari nari. Yang lepas tu lepas la.. Anggap je Nuffnang sedang menghargai blogger yang pasang banner depa kat blog.


Yang penting kita kena sedar blogger perlu ada komuniti yang di pimpin oleh seorang blogger yang berpengaruh supaya kalau ada penindasan apa2 dari pihak advertiser besar2 ni kita ada wakil boleh menyuarakan permasalahan kita. Faham faham je kan.. kalau blogger level2 aku ni sorang dua je berani kondem @ mempertikaikan syarikat besar, depa heran sangat ke?

Tak kisah kominiti blogger tu siapa pemimpin @ pengasas dia yang penting kita tahu dia mampu ketengahkan masalah kita supaya pihak yang cuba menindas tu terkesan bukan setakat pung pang pung pang jadi hero kat FB & blog tapi tak menyumbang apa2 pun dalam membantu menaikkan @ membela nasib blogger. Kena ada blogger yang boleh bagi kepentingan pada kita bukan setakat nak tumpang populariti je.

Kita bukan nak menjatuhkan mana2 pihak tapi sekadar nak tuntut keadilan untuk kita. Jangan ingat kita blogger biasa2 ni sesenang orang nak pijak kepala sebab takde orang backup. Sebab tu la pentingnya kita join komuniti blogger yang ada. Pilihan di tangan anda.. komuniti mana korang nak join, pastikan yang mampu memberi manafaat & kebaikkan bukan setakat pung pang pung pang berapi kat laman sosial tapi habuk pun takdak. Yang penting carilah pemimpin @ ketua yang adil & membela nasib blogger bukan guna blogger untuk kepentingan peribadi.

Tak kira blogger berpengaruh atau tidak kita sebenarnya saling memerlukan.. Kelebihan & kekurangan yang kita ada ni melengkapi antara satu sama lain. Yang berpengaruh perlukan yang di bawah sebagai sokongan, yang di bawah perlukan yang berpengaruh untuk dapat kepercayaan. So, kat situ ada give & take.

Entri ni tak berniat nak mengondem atau menjatuhkan sesiapa, sekadar pandangan peribadi aku seorang blogger biasa yang tak punya kemahsyuran apa - apa.


P/S : Tak semestinya kita join komuniti blogger ni kita kena keluar lepak minum2.. join gathering, pergi event bagai... Sesuatu yang asasnya dari dunia online semestinya bukan syarat utama untuk sertai komuniti mereka kena aktif di luar dunia maya jugak. Ikut kemampuan kita la.. macam den terus terang hanya mampu support secara online je setakat ni


NUFFNANG CUAK DENGAN KENYATAAN BLOGGER TU KE

Tetiba pagi tadi terbaca satu entri blogger yang katanya tetiba BE (CPUV campaign) berderet masuk. Dalam hati aku cuma cakap Alhamdulillah rezeki dia la tu kan.. Aku pun tergerak hati nak check jugak la account Nuffnang aku tengok berapa yang melekat manatau sama jugak berderet. Memang kejutan.. banyak jugak BE yang masuk. Kira luar biasa la BE banyak tu masuk serentak dalam 1 masa. Yelah.. sejak setahun dua ni memang kemeriahan BE jarang di rasai lagi. Kalau ada masuk 1 @ 2 dalam satu masa tu pun kadang2 satu jer hidup.

Sumber google

Aku tak tau kenapa Nuffnang tetiba secara drastik mensedekahkan BE pada beberapa blogger dengan campaign yang luar biasa banyak dalam 1 masa. Adakah terkesan dengan kontroversi yang berlaku 2 3 hari lepas, Selepas seorang blogger terkenal bersuara tentang Nuffnang? Pasal apa aku tak nak tulis kat sini.. Taknak mengeruhkan lagi keadaan yang keruh. sapa yang tau apa berlaku, maka tahu la. Cuma aku nampak macam Nuffnang terkesan je sebab yang bersuara bukan calang2 blogger. Bagus jugak ada blogger berpengaruh bangkitkan isu tu. Kalau Terkesan bagus la.. Jangan bagi je CPUV Campaign tapi earning tak naik2 sebab iklan nak muncul kat banner blog pun susah. Normally camtu la. Bagi jer CPUV @ BE ni tapi iklan segan2 nak muncul. Tak tau la apa tujuan dia bagi.. sekadar nak sedapkan hati blogger jer supaya tak merajuk & buang banner dia ke hapa tak tau la kan. Kalau kata blog kita tak menepati kehendak advertiser buat apa bagi ye dak? Kalau dah bagi kerap2 la sikit muncul.Tak gitu? kekekeke

Kalau dulu2 ni biasa je tak kategori banyak sebab aku pernah BE running dalam satu masa sampai berbelas campaign. Tapi sekarang ni kalau ada 5 BE running tu bagi aku banyak jugak apatah lagi tetiba dalam satu hari dapat 3 BE sekaligus. Ni tak tau la subur ke tak earning dia. Kekadang BE jer berderet tapi mandul. hahahaha

Aku ni nak kata berharap dengan Nuffnang untuk cari duit poket tu takde la sangat. Nuffnang ni bagi aku macam rezeki terpijak jer. Rasa banyak sikit aku cashout tapi nak kata cashout sebulan sekali tu memang tak mungkin la dengan nuffnang. Setakat RM100 nak cashout tu buang masa nak tunggu check sampai 2 bulan.. sebab tau dah hasil nuffnang ni terlalu lambat. Baik aku rajin2 share iklan 8share... dah tau tiap2 bulan ada jugak masuk. Cuma tu la ruang untuk banner Nuffnang tu kalau ada terisi untuk iklan lain memang aku pun tak setia sangat la dengan Nuffnang sebab takde lagi pacak jer la dulu. nak apply yang besar, blog aku ni celahan gigi lagi katanya. kekekeke

Hope Nuffnang lebih prihatin lepas ni. Banner bukan satu.. 3 size banner dalam 1 blog. Tapi earning ciput ya amat. Selagi kami ni masih ada hati dengan Nuffnang lakukan perubahan agar keuntungan sama2 di rasa, ye dak??

P/S : aku perasan satu jer nuffnang ni kalau CPUV campaign banyak iklan dia aktif time orang tidur. Maknanya 12 tengah malam keatas. kenapa tak waktu puncak yer?? sungguh misteri trick mereka. kekekekee


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com