Showing posts with label 15. Show all posts

WANITA MALAYSIA RASA HEBAT BILA PAKAI 15 BENDA NI

WANITA MALAYSIA RASA HEBAT BILA PAKAI 15 BENDA NI. Kita apa yang kita pakai. Sebab apa yang kita pakai tu menentukan samada kita nampak cantik, bergaya, hebat, berkeyakinan diri atau tidak. Teringat dulu aku tengok rancangan realiti nyanyi Malaysian Idol yang jacklyn Victor jadi juara. Masa final tu pesaing dia adalah Dina yang sekarang nampaknya kurang menyanyi setelah menjebakkan diri jadi DJ radio. Dina ni kita sedia maklum badan dia sedikit gempal, berkulit gelap. Mungkin sebab tu dia jenis tak confident nak pakai dress pendek, skirt bagai.. dia nampak selesa pakai seluar atau baju yang labuh. Malam final tak silap dia kena pakai skrit pendek atas sikit dari lutut & memang nampak persembahan dia malam tu macam tak selesa dengan apa dia pakai. Dia nampak janggal & malu sangat.. Kat situ agak merosakkan confident dia masa menyanyi. Memang dia sendiri pun mengaku dia tak selesa dengan pakaian macam tu.


Sebab tu penting untuk kita pakai apa yang kita rasa selesa bukan apa yang orang lain nampak cantik. Sebab cantik pada pandangan mata orang takkan mampu buat kita rasa yakin nak berjalan atau buat apa saja. Ada blogger aku malas nak sebut nama. Tapi dia ni kategori beauty blogger & seseorang yang memang obses dengan makeup tapi dressing dia memang biasa biasa je bagi pandangan mata aku. Kadang2 tengok gambar dia attent apa2 avent.. dengan T-shirt & skirt labuh atau seluar panjang.. Memang nampak biasa sangat tapi yang menarik adalah dia sangat confident dengan apa dia pakai. Kadang2 aku jadi kagum.. Sebab bila dia yakin menyerlahkan lagi kecantikkan dia dari pakaian dia yang biasa biasa tu. Blogger mana jangan tanya. Biarlah rahsia katanya.

Kat malaysia ni wanita akan rasa hebat dengan 15 benda ni kalau mereka pakai. Bukan kata semua tapi majoriti.. Bila dah benda2 ni menjadi lambang kecantikkan & kehebatan seorang wanita maka ramai yang rasa kalau pakai semua ni confirm dia nampak hebat & dia akan rasa hebat sangat. Nak tahu apa 15 benda yang buat wanita Malaysia rasa hebat meh tengok kat sini >> 15 Benda Yang Buat Wanita Malaysia Rasa Hebat Bila Memakainya << Adakah antara di antara wanita yang rasa hebat pakai benda2 ni? Sendiri jawab pada diri sendiri hahahaha

Moral of the story.. Kita adalah apa yang kita pakai.. Jadi kalau nak nampak baik pakailah yang baik baik Insya Allah orang pandang baik. Peace!

15 AKTIVITI UNTUK ORANG YANG RASA HIDUP DIA MEMBOSANKAN

15 AKTIVITI UNTUK ORANG YANG RASA HIDUP DIA MEMBOSANKAN. Ada orang celik mata jer.. Rasa hidup dia bosan sangat. Apa dia hadap, apa dia buat benda yang sama je hari hari. Akibat rasa bosan sampai jadi stress... Bila stress mungkin jadi masalah besar. Punca sebenarnya kecik jer.. Bagi mengelakkan golongan yang sentiasa bosan dengan hidup dia ni jadi gila.. marilah membaca sambil belajar kat sini mungkin hidup korang kembali cerita & bahagia. Kalau rasa gembira jangan lupa tepuk tangan... hehehhe

Kita kalau boleh nak hidup dalam keadaan tenang & senang serba serbi. Malas la nak struggle sangat orang kata... Tapi bukan semua orang suka hidup dia terlalu simple. Ada orang suka hidup dia lebih mencabar.. Sebab kehidupan dia maybe penuh dengan kemudahan yang tak perlu susah payah dia nak cari. Bila dia nak hidup lebih mencabar maka dia cari lah aktiviti yang mencabar...

Nak buat aktiviti mencabar tak semestinya kena panjat gunung.. Mencabar diri anda buat benda yang paling takut yang tak payah pergi mana2 pun salah satu aktiviti mencabar jugak. Contoh kalau dah bosan sangat hidup terlampau selesa.. celik je mata semua dah tersedia.. Apakata bermain dengan serangga yang paling anda takut & geli? Tu contoh aktiviti yang mencabar diri anda jugak.. selain tu boleh mengatasi fobia atau geli pada sesuatu perkara tu.

Contoh aktiviti yang kategori mencabar jugak. Kau berani?? kalau ni pun kau tak boleh buat jangan berangan nak masuk fear factor. rancangan lari pun belum tentu layak katanya hahahaha

Atau korang boleh cuba buat 15 aktiviti ni pun best jugak. Walau ada di antara 15 aktiviti macam kerja gila sikit. Maybe tak semua orang sanggup buat tapi ok jugak la untuk mencabar keberanian diri melakukan sesuatu yang tak semua orang boleh buat walau perbuatan tu nampak simple & tak memudaratkan tapi perlukan keyakinan diri untuk melakukannya. Pendek kata.. yang confident & berani je boleh buat.

Kalau korang nak tau apa 15 aktiviti mencabar walau simple je perbuatan dia meh tengok kat sini >> 15 AKTIVITI UNTUK KELUAR DARI ZON SELESA <<

Yelah.. mana tau kot2 korang memang jenis enjoy bila menyusahkan diri kan. Elok la cuba buat mana tau jadi viral boleh jadi terkenal seantero alam maya seterusnya di offer menjadi retis bawah naungan MiG.. hahahaha

Moral of the story.. Enjoy tak salah, yang slaah cara kita enjoy. Peace Yo!


15 MAKANAN MAHAL YANG BOLEH BUAT ANDA KENA SERANGAN JANTUNG

Ni standard Azwan Ali je kot kalau nak makan sebab katanya dia tak makan makanan murahan. Me'nate pun bukan standard dia lagi.. Jadi aku rasa makanan ni maybe standard AA la.. Orang semekin macam aku ni yang kena GST pun dah meroyan memang mampu tengok je la. Jangankan nak makan sampai kenyang.. nak rasa hujung lidah pun tak berani. Mahal sangat katanya.

15 jenis makanan ni kira bukan kategori makan untuk hidup dah.. Ni kira makanan mewah. Sampai mati pun orang2 macam aku ni belum tentu mampu makan kecuali la tetiba dapat sponsor kan. Sapa la tahu.. Rezeki ni dia nak datang dari pelbagai sudut & sumber. Tapi kalau nak saving semata mata nak makan benda benda ni.. Maybe tak kot. Ada antara harga makanan ni korang boleh beli sebijik rumah. Nak makan untuk sekali kenyang ke nak beli rumah untuk tinggal seumur hidup.. Mestilah orang semekin macam aku pilih beli rumah.

Nak tau berapa harga tembikai ni?? Korang mesti tak sanggup nak makan

Nak tau kenapa apa 15 makanan ni boleh buat korang kena serangan jantung, meh tengok kat sini. Confirm korang urut dada tengok harga2 dia.. even ada diantara makanan ni dari jenis makanan biasa yang tak mahal macam buah tembikai.. Tapi sebab sikit keistimewaan yang dia ada terus harga dia jadi ribu riban. Tak caya tengok sini >> 15 Luxury Foods That Are So Expensive It'll Give You A Heart Attack<<

Dah tengok kan 15 jenis makanan & harga dia.. So, sanggup ke korang makan??

CAWAN KEVLAR THOR NI PALING SESUAI GUNA SEMASA RAYA

hari raya semua nak guna yang cantik cantik bukan setakat baju langsir sarung kusyen bagai jer nak cantik malah set pinggan mangkuk cawan gelas jugak tak nak kalah. yelah nak hidang kat tetamu takkan nak guna pinggan mangkuk cawan gelas yang sumbing @ berkerak daki kan?? Jatuh la air muka katanya...

Gambar sekadar hiasan

Tapi tu la kan.. Bila ramai saudara mara, rakan taulan, sahabat handal datang berziarah mustahil yang datang semua berkepit laki bini jer.. Confirm la yang ada anak bawak anak anak.. Tu tak kira la lagi budak2 datang beraya. Almaklum la budak budak kan.. Mana tau pegang gelas cawan licin terlepas dari tangan jatuh berkecai... Nangis belakang peti ais tuan rumah. Nak marah tak boleh nak minta ganti rugi lagi la tak tergamak.

Masa tu la kita berharap dapat guna set cawan yang di perbuat daripada kevlar... kena campak kat dinding pun maintain lagi. Macam cawan thor ni... Maybe cawan ni di perbuat dari kevlar kot. Kena campak camtu pun rilex jer... Nak tengok macam mana rupa cawan thor tu meh tengok kat sini >> 15 benda yang kita guna hari hari mungkin di perbuat dari kevlar <<

Moral of the story.. raya2 ni tak payah berkira sangat la kan. Kalau rasa takut pecah bagi jer budak cawan plastik @ melamine.. Ada je yang design lawa lawa. dari ko setiap masa dok pesan jangan pecahkan.. nanti terasa pulak tetamu yang datang.

 Set melamine


15 TANDA YANG MUNGKIN ANDA TAK TAHU LAPTOP MULAI ROSAK

Kita ni kadang2 tau guna jer.. Bukan reti nak detect laptop tu ada problem ke atau mula tunjuk tanda tanda sakit. Selagi kita boleh belasah.. belasah sampai tak boleh on katanya baru kita tahu laptop kita tu memang dah betul2 rosak. Atau sampai kita bawak pergi repair & specialist cakap laptop kita dah tak dapat di selamatkan. Yelah.. yang banyak orang pandai guna jer mana pandai jaga. hahahaha


Jadi bagi mereka yang menggunakan laptop bukan macam aku yang masih old school katanya dok pakai pc jer lagi. Almaklum semekin.. pakai pc senang tak payah usung. So peratus nak bawak balik kampung tu memang takde langsung la. Kang boleh usung sampai kat kampung pun life aku asyik depan laptop je pulak even kat kampung pun adik beradik aku ada laptop & internet tapi tu la..lebih selesa guna hak milik sendiri. Jadi bagus jugak aku kekal guna pc jer hahahaha

Jadi pada anda yang memang tak tahu langsung pasal laptop ni selain guna jer.. sampai nak buat fragment files pun tak reti elok la baca 15 tanda yang mungkin hangpa tak perasan yang laptop hangpa tu dah nazak & tunggu masa jer nak pulang kerahmatullah.. Bukan apa bila dapat detect awal sementara dia masih nyawa2 ikan maybe boleh dah start menabung untuk beli laptop baru kan?

Nak tahu apa 15 tanda laptop anda dah bagi isyarat awal untuk berpisah dengan ada meh baca kat sini >> 15 Tanda awal Anda kena beli Laptop Baru <<

Moral of the story.. Bila kita guna gadget elektronik ni jangan tau guna jer.. Kita kena tau jugak basic pasal menda alah tu.. At Least problem kecik2 kita boleh buat sendiri. Paling2 pun belajar format & install sendiri. tak susah google jer dia bagi step by step tutorial siap bergambar lagi.


INILAH 15 BENDA KEBAL KITA GUNA HARI HARI

Bila baca artikel pasal 15 benda Kevlar ni aku rasa nak tergelak pun ada. Bukan apa benda ni kadang2 ada di sekeliling kita yang kita tak perasan selama ni. Kadang2 benda tu kita guna hari hari.. kita belasah hari hari.. kita campak hari hari.. Kita jadikan tempat lepas geram bagai.. Tapi tetap jugak berada dalam keadaan baik & sihat walafiat. Memang kebal sungguh.


Bagi yang tak tahu apa tu kevlar.. kevlar adalah satu jenis benda yang di gunakan untuk buat perisai melindungi sesuatu dari rosak atau tercedera. Macam baju kalis peluru tu.. Tu salah satu jenis benda yang menggunakan kevlar la. Tapi kalau korang nak tahu apa benda yang mungkin di perbuat dari kevlar yang kita guna hari hari meh tengok kat sini. Amaran! artikel ni maybe buat korang kata.. "yelah.. dia di perbuat dari kevlar sebab tahan lasak" >> 15 BENDA YANG KITA GUNA HARI HARI YANG MUNGKIN DI PERBUAT DARI KEYLAR <<

Paling penting contoh dia yang dia bagi handphone 3310 memang lagend. 3310 memang terkenal dengan handphone baling anjing yang kebal. Susah nak rosak. Kalau la smartphone sekarang boleh menandingi kekebalan yang di miliki 3310 kan best... hahahaha

Moral of the story.. Apa benda pun yang kebal tapi dapat kat orang yang tengah emosi tak stabil hancur jugak di kerjakannya. Tak caya try buat bini korang mengamuk... hahaha tapi bukan aku. Aku bini yang tak tantrum. hahahaha


AYAH YANG MACHO BUAT 15 PERKARA NI

Ayah adalah hero seorang anak jugak hero seorang Isteri. Kalau dia bersikap pondan.. Memang hilang la maruah seorang lelaki. Semua benda nak bini settle kan. Semua benda tak boleh buat dengan alasan sebab dia lelaki memang tak macho la.


Seorang lelaki Macho jugak menyatakan perasaan sayang dia melalui perbuatan bukan duduk lenggang perut dok karang kata2 puitis & romantis ja.. Padahal tiap2 bulan bini jugak kena topup barang dapur, kena jaga anak & bayar segala bil bagai. Tak kenyang la makan ayat. So jangan hanya pandai mengayat tapi tak reti suap anak bini makan.

Nak tau seorang lelaki bergelar Ayah macho ke tidak.. Dia akan buat 15 perkara ni bukan tau buat anak je tapi tak tau nak bela & jaga. Sesetengah lelaki nak gagah perkasa atas katil je tapi bab tanggungjawab lemah gemalai mengalahkan penari makyong. Kerja berat sikit tak boleh.. bawak barang banyak sikit tak boleh.. jalan jauh sikit dah letih.. Pendek kata kalau boleh 24 jam dia nak melingkar atas katil jer... Tapi lelaki yang macho & gagah perkasa confirm sanggup buat 15 perkara ni. Nak tau apa 15 perkara seorang lelaki bergelar Ayah selalu buat meh baca kat sini >> 15 perkara yang seorang Ayah selalu buat <<

Maaf tu artikel orang, tak manis copy paste cuma boleh bagi link jer. hikhikhik. So, lelaki korang ada buat ke 15 perkara ni? kalau takde belum cukup macho walau badan berketak macam roti bun sekalipun.

Moral of the story.. lelaki macho tak perlu sado cukup la dia mainkan peranan sebagai lelaki yang bertanggungjawab.


FRAME GAMBAR BOGEL MASA KECIL ADALAH GOLONGAN TIPIKAL

Sapa yang jenis suka frame & gantung gambar2 kenangan kat rumah? Mesti ramai kan.. Yelah, dalam hidup seorang manusia ni keinginan untuk menunjuk tu tetap ada tak kira la dengan niat baik atau sebaliknya.


Selalunya kita akan frame gambar yang ada kenangan istimewa atau gambar yang kita rasa cute, comel & cantik. Jarang la sangat orang nak letak gambar buruk dia kat dinding rumah sebagai hiasan. Kalau ada orang tu memang rare. Maybe keindahan & kecantikkan bagi dia tak sama macam orang lain. Maybe dia rasa buruk tu pun satu seni yang menarik hahahaha.

Ok hari ni aku nak share 15 gambar tipikal yang orang suka framekan di rumah. Salah satu gambar yang maybe mak bapak atau kita sendiri rasa comel di framekan adalah gambar masa kecil yang bogel tapi terselindung alat sulit tu. Sebab golongan macam ni berpendapat gambar tu sering mendapat perhatian tetamu yang datang kerumah.  Alah.. macam retis sekarang dok buat, dapat anak je buat photoshoot bogel. Bukan anak je separuh bogel sekali dengan bapak pun nak tumpang bogelkan separuh badan jugak. kekonon dia nampak anak dia bogel cute, dia rasa dia bogel pun cute jugak kot. hahahaha.

Kalau hangpa nak tau hangpa termasuk dalam golongan tipikal yang suka frame 15 jenis gambar ni atau tak.. Mai tengok hangpa frame dak gambar gambar macam ni kat rumah.. Gambar macam mana? Jom tengok kat bawah ni

15 Typical Photos You'll Find Framed Up In A Malaysian Home


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com