Showing posts with label kelab blogger ben ashaari. Show all posts

CABARAN MELEKIT : 3 UCAPAN UNTUK ORANG YANG TAK SUKA AKU

Hahahaha..  Macam tiru jer. Yer.. memang tiru segmen Cabaran 30 hari #kelabbloggerbenashaari pun. Tak salah kan? tiru idea bukan copy paste artikel pun. Macam best jer depa dok bagi kata2 @ ucapan kat ex.. ada yang positif ada yang negatif & ada yang kreatif. Den ni maybe otak tak kreatif fikir straight jer la.dah tajuk 3 perkara nak di katakan pada ex maka den pikir bekas pakwe/makwe lama jer la. Tak pandai kona baring bagai. Lurus bendul la katakan.. hahahaha

Ok takpe.. yang pasal entri kenapa aku tak join cabaran 30 hari anjuran blogger sue izza tu kita lupakan je. Tu lebih pada pandangan peribadi mewakili diri aku jer... Aku fikir camtu, aku tulis la camtu. Aku tulis apa yang aku faham, so mungkin tak sama macam hangpa faham betul tak?? Hahahahah... Ok ni cabaran aku untuk aku jer.. Nak ajak orang join cabaran aku ni.. Isk.. kang malu sendiri je kalau orang tak join. Blogger tepian longkang macam aku ni belum ada pengaruh sangat so aku cabar diri aku sendiri sudah.

Dalam hidup kita ni tipu la kalau kata semua orang suka kita takde secebis pun manusia yang tak suka kat kita. Sangat2 menipu la kan.. Nabi Muhammad pun ada orang benci inikan kita manusia yang serba tak sempurna ni.. Tapi macam biasa la orang yang tak suka kita ni kadang2 depa yang lebih prihatin dengan kita. Semua pasal kita depa nak amik tau kan.. Pantang jer tengok ada point nak jatuhkan kita laju jer dia datang tambah peluru. Tu la tujuan dia sentiasa amik tahu pasal kita.. hahahahaha.. Kadang2 ada jugak orang tak suka nak kita tau dia memang tak suka kat kita sebab nak kita sakit hati.. Ok, orang2 yang berniat camtu pada aku ni ada 3 benda aku nak cakap...

3 ucapan untuk orang tak suka aku

1. Kau tak suka aku, biasa la. Sama jugak kau, ada orang tak suka kau.So tak pelik kalau kau tak suka aku sebagai manusia normal masing2 ada orang kita suka & tak, kan?

2. Kau tak suka aku.. selama ni kau ada bagi kepentingan dalam hidup aku tak?? kalau takde maka, kalau kau tak suka pun aku tak rugi apa2.

3. Penting sangat ke aku tahu kenapa kau tak suka aku? Kalau tak penting, maka aku pun tak nak amik tahu kenapa kau tak suka aku. Simpan saja rasa tak suka tu untuk kau nikmati sorang2. hahaha

boleh camtu?? hahahahaha

Sapa nak sahut cabaran melekit ni silakan.. tak nak pun tak pe. Hahahaha... Tapi kalau nak join cabaran 30 hari #kelabbloggerbenashaari tu boleh la request kat kelab blogger yer.. Hari2 ada cabaran untuk korang sahut.

P/S : entri ni sesaja je aku buat sebab ilham datang dengan tiba2 katanya. Hope yang tak suka aku tak marah yer... hahahaha


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com