Showing posts with label jerebu teruk. Show all posts

AWAS! MALAYSIA KEMBALI BERASAP

AWAS! MALAYSIA KEMBALI BERASAP. Sekarang ni jangan tak tahu kat Malaysia dah tambah 1 musim. Kalau sebelum ni kita ada musim panas, musim hujan, musim kemarau, musim tengkujuh.. Sekarang dah ada musim berasap. Bukan kabus macam kat Camera highland tu yer.. Nampak sama tapi sangat berbeza.

Hari ni agak sibuk.. sampai dah menjelang tenghari baru sempat nak menjenguk ke luar tingkap. Amboi hangpa.. Asal jenguk luar tingkap je hangpa ingat aku nak skodeng warga asing kat tapak pembinaan & rumah kongsi tu kan? Sebelum tapak pembinaan ada kat situ pun aku memang hari2 jenguk keluar tingkap. Satu2 lubang yang menghubungkan aku dengan dunia luar kalau kat rumah ni. Tingkap je mengadap keluar kalau buka pintu mengadap pintu rumah orang jer. Almaklum la rumah atas kayangan ni kan.. hehehe

Bila jenguk je ke tingkap terus rasa silau & pedih mata. Terasa sungguh menusup terus ke otak tu.. Ya Allah Asap Jerebu tebalnya. Bau asap pun dah kuat sangat. Mata macam kabur je sebab terlampau berasap katanya. Setiap tahun sekarang ni memang itulah yang rakyat Malaysia perlu hadap atas sikap tidak bertanggungjawab negara jiran. Kerajaan depa ni dok lena kot sedap sangat sedup asap dari pembakaran hutan secara terbuka.  Sampai setiap tahun perkara yang sama berlaku tapi tak ada sebarang tindakkan membenteraskan di jalankan. Geram pulak aku.

Ni views dari rumah aku. Maaf la tetap nampak projek kat tapak pembinaan tu. Memang tingkap rumah aku bertentangan dengan tapak pembinaan tu.

Punca jerebu Berdasarkan laporan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura pada 26 Ogos 2016, bilangan titik panas (hotspot) yang dikesan di Sumatera, Indonesia adalah sebanyak 11, manakala sebanyak 3 titik panas (hotspot) dikesan di Kalimantan. Dalam negara pula, hanya 1 titik panas (hotspot) dikesan iaitu di 1 Bahagian Sibu, Sarawak. Lokasi titik panas (hotspot) dalam negara sedang disiasat dan diambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya. Peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan oleh pihak ASMC pada 26 Ogos 2016 menunjukkan terdapat lingkaran asap jerebu sederhana dari kawasan-kawasan kebakaran tanah dan hutan di kawasan tengah Sumatera menyelubungi bahagian selatan negeri Johor dan negara Singapura.

Kabur terus pandangan mataku

Jadi kita dah kena start kurangkan aktiviti outdoor sebab udara dah tak berapa bersih nak di sedut. Time ni kena kuarantin anak anak dalam rumah dulu. Bagi yang terpaksa keluar bekerja tu silalah pakai topeng untuk mengelakkan berlaku gangguan kesihatan. Pada Jiran sebelah (Negera seberang) tu bila la nak ambil tindakkan supaya tak menyusahkan jiran2 ni. Tak kesian kat rakyat kau ke?

Moral of the story.. time2 jerebu macam ni tak payah nak pergi holiday sangat la nak2 lagi tempat yang terkesan dengan jerebu.. nanti benda benda macam ni pun tak enjoy dah nak buat  >> Anak Malaysia Pasti Ada Kaitan dengan 27 Perkara ni Ketika Pergi Bercuti << So, kita manafaat kan musim jerebu ni dengan buat aktiviti dalam rumah je la. Mengeratkan hubungan kekeluargaan katanya hehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com