Showing posts with label intim. Show all posts

KEJADIAN SERAM DI SEBALIK PENGAMBARAN FILEM PILOT CAFE

Asal ada seram je tak kira la kisah pasal apapun tetap aku nak share dalam blog puaka lekat lekit ni. Semua orang tahu & sedang jadi kontroversi satu babak intim antara Izara Aisyah & Remy Ishak (boipren kepada blogger Cik Bambam ) celah batu dalam laut. Katanya ada berlaku satu kejadian yang agak menakutkan la semasa depa melakokan babak tu.


Menurut cerita hero filem tu Remy Ishak.. semasa babak tu di lakokan, keadaan ombak sangat menakutkan. Setiap ombak yang datang seolah olah nak telan semua yang terlibat dalam pengambaran masa tu. Seolah olah menunjukkan kemarahan pada perlakuan maksiat even berlakon sekalipun. Kata remy sampai sekarang tapak kaki dia masih ada kesan berlubang yang dia dapat masa melakokan babak tu. tepijak batu karang kot sebab katanya kat dasar laut banyak batu karang.

Tu la kan.. Alam pun tak bersetuju dengan perlakuan maksiat. Hope perkara ni jadi iktibar kepada penggiat2 seni tanahair. Kalau filem tu best tak payah jadikan adegan romen2 tu pelaris pun orang pergi tengok jugak. So,adegan intim macam tu belum tentu box office sesebuah filem. Tapi aku harap cerita ni bukan sekadar nak lariskan tiket wayang jer. Hope ada keikhlasan untuk di jadikan iktibar pada orang lain. Jangan sekadar untuk mensensasikan cerita untuk meraih publisiti.

Walau dia share pengalaman seram & menakutkan macam tu pun aku tetap tak terdetik nak tengok filem ni. Nak buat macam mana taste aku masih filem seram. Filem cinta romen2 kat laut ni tak berjaya menaikkan nafsu serakah aku untuk menonton.hahahaha

Moral of the story jangan beromen dalam laut.. Ombak pun jijik nak tengok. Peace!

Sumber : Beautifulnara


SEKS BOLEH HILANGKAN JERAWAT

SEKS BOLEH HILANGKAN JERAWAT. Tu dia satgi ada yang lurus bendul dok pi cari cream seks pulak nak hilangkan jerawat. Manalah tau dia ingat seks sejenis cream kecantikkan ke? Ini bukan sejenis cream kecantikkan yer adik adik.. ini adalah sejenis perbuatan antara lelaki & perempuan. Tapi jangan pulak ambil kesempatan buat benda2 tak senonoh sebelum nikah dengan alasan nak merawat jerawat. Kang tetiba kena tangkap basah.. dok bagitau kat tok Iman.. dok ehem hem dengan boipren sebab masalah jerawat kronik.


Ni khas untuk yang dah berkahwin je ok.. Aku terbaca info berkenaan seks untuk kecantikkan wanita. Salah satu boleh menghilangkan jerawat katanya.Ketika seks, tubuh mengeluarkan hormon yang menaikkan mood dipanggil beta-endorfin, yang mempunyai efek anti-keradangan. Paras kortisol hormon tekanan yang menggalakkan jerawat akan menurun bila kerap ‘bersama’. Lagi kerap, makin bersihlah kulit.

Selain boleh hilangkan jerawat, juga di katakan boleh hindarkan kesan penuaan. Tu dia lepas ni semua pakai suruh asben beli ubat kuat yang Zain saidin jadi duta... Katanya hari2.. malam jumaat. hahahahaha... Melampau tahap gaban dah!

Apapun setiap perkara yang Allah ciptakan tu takde satu pun yang sia sia.. Cuma bila di salah guna ia membawa kemudaratan termasuk bab hubungan intim suami isteri ni. Bila bersama suami ni kira dapat 2 in 1 la.. pahala & kelebihan pada kecantikkan.

BLOGGER MINTA DERMA UNTUK iPAD MINI

 Sapalah gamaknya blogger tak malu tu kan? Minta derma untuk iPad Mini 2.. Ada ke orang nak derma untuk dia? tak tau la nasib dia camna kan.. Manalah tau ada orang simpati kat dia kan, so try je la.. kekekekeke

Yang Nak minta derma kat korang ni aku la blogger tu. Hope sudi sudikan la menderma untuk aku yang tak berdaya tanpa bantuan korang. Tak luak pun duit dalam account bank korang kalau tolong derma untuk aku dapat iPad Mini ni katanya...

Sumber google

Bukan la aku nak minta derma sorang singgit... Aku just nak minta derma sorang satu clik jer. Aku ni jarang2 la nak join apa2 contest nak2 lagi kalau perlukan vote atau clik sebab aku sedar diri aku tak ada FAN atau pengaruh tapi sebab makin sedar diri aku ada kengkawan yang baik kat sini maka tanpa malu2 siput sedut aku nak minta la tolong semua clik.

Tak susah kan permintaan aku. Kalau tak dapat banyak, sorang satu clik pun dah cukup. Disamping tu korang boleh jugak dapat sample percuma pembersih & pencerah Miss V. Jadi pada yang sudi boleh la clik kat sini iPad Mini Contest.


Semoga dengan kemuliaan & ke'baik'kan hati korang Allah limpah kurniakan rezeki & kebahagian berpanjangan buat korang semua. Tolong la clik sebelum 25 febuari 2015 yer. Majulah contest untuk blogger kekekekeke


POSISI WANITA DI ATAS MASA SETUBUH BAHAYA UNTUK LELAKI

Dok kira2 nak tulis ke tak entri ni.. Agak panas jugak entri ni tapi sebab ia bersifat ilmu jugak bukan untuk merangsang perlakuan sumbang untuk sesiapa rasanya tak salah la kot aku share. Kang dok tulis isu semasa jer orang dok cebik.. Kata aku asyik cari salah orang. So, apakata hari ni kita buka kursus perkahwinan sikit yer... kekekeke

Ramai yang tak tahu posisi wanita di atas ketika bersama dengan pasangan adalah posisi yang sangat bahaya bagi lelaki.  Menurut penyelidikan terbaru itu, kedudukan itu nyata mengakibatkan risiko zakar patah lebih dari separuh (50 peratus) semasa bersetubuh. bagi posisi 'doggy style', dimana kedua-dua kaki dan tangan menyokong badan hanya menyebabkan risiko sebanyak 29 peratus. Untuk artikel penuh korang boleh baca kat Ladylista kalau nak tahu posisi macam mana adalah yang terbaik ketika bersama pasangan.


Zaman sekarang ni macam2 position.. kadang2 rasa macam pelik2 pun ada. Nafsu manusia kadang2 sampai macam tak normal pulak. Nak dapat kepuasan tu kadang2 perilaku dah macam bukan manusia. Sebab tu la berlaku kes2 seks luar tabi'i bagai... Sebab terpengaruh dengan ajaran2 barat yang sememangnya berkarat.

Moral of the story kalau nak baca banyak info tentang kecantikan,kesihatan,fesyen atau gaya hidup terkini.. Portal Ladylista adalah salah satu pilihan terbaik untuk korang. Banyak info yang mungkin membantu korang dalam kehidupan seharian.


TESTIMONI 18SX TERLAMPAU!! SEMPIT DAN KETAT KATA LAKI DIA

Memang ramai sangat pengedar2 & penjual2 jamu.. produk kesihatan.. produk kekuatan zahir batin secara online. Tak kisah la.. mereka berhak mempromosi & mengedar produk mereka dengan apa cara sekalipun. Tapi amatlah menyedihkan bila produk2 berasaskan Jamu/herba/produk kesihatan dalaman ni berkongsi testimoni dari pengguna mereka. Rasa agak memalukan..

Pengedar & pengjual ni dah tau.. Selagi ada point nak lariskan produk depa depa tak lepas nak menayang la sebagai testimoni. Yang kongsi testimoni dari pengalaman sendiri tu pun tak mau kalah. Selagi boleh cerita sampai ke dalm **tut** tu selagi tu nak cerita. Ya Allah kadang2 kita yang membaca tumpang malu untuk golongan macam ni.

Kalau cakap.. Bagus la produk ni. Baru 3 kali je ambil dah nampak kesan yang drastik & positif. Husband saya pun nampak bahagia setiap kali bersama dengan saya. Atau.. husband saya puji.. saya boleh layan dia macam malam pertama dulu. Cukup la.. tak perlu la kau cerita sampai camni.. (rujuk gambar di bawah)

Walaupun orang tak tau identiti yang share testimoni ni tapi ko tak rasa malu ke tulis macam tu untuk bagitau orang. Kalau aku la.. nak taip camtu pun aku malu apatah lagi nak share bagi orang baca

Betul.. banyak persaingan & kita nak produk kita lebih menonjol & menyerlah tapi jangan sampai hilang rasa malu & semua rahsia atas katil dengan suami di jadikan testimoni untuk semua orang baca & bayangkan keadaan kita semasa bersama suami. Berpada padalah.. Jangan nak jual produk yang setakat boleh beli baju selai dua... kita nampak macam tak bermaruah sangat.

daku pun pernah buat review untuk produk kesihatan dalaman ni.. Setakat perkataan ketat, rapat & tegang tu bagi den tak melampau sangat tapi sampai semua yang berlaku atas katil nak share buat testimoni ada lagi bagus kau snap gambar kemudian upload buat testimoni. Baru senang orang tengok takat mana punya sempit tu! Confirm meletup produk tu sampai tak cukup stok orang beli. Alang2 dah takde rasa malu kan...

So, nasihat pada peniaga2 produk kesihatan tak kira berasaskan jamu/herba atau cara moden sekalipun.. Jangan melampau sangat nak share testimoni. Kalau korang tak rasa malu.. hormatilah kami yang termalu bila terbaca ni. Kalau korang tak malu tak semestinya orang lain pun tak reti malu macam korang.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com