Showing posts with label pengedar. Show all posts

PELUANG BERIKLAN SERENDAH RM10 DI BLOG MRHANAFI

PELUANG BERIKLAN SERENDAH RM10 DI BLOG MRHANAFI. Mana nak dapat sekarang ni iklan dengan harga RM10.. Jarang2 blogger buat offer macam ni. Tapi di sebabkan keprihatinan blogger MrHanafi terhadap nasib seorang blogger yang kena saman RM3juta maka dia bukan peluang beriklan di blog beliau dengan nilai Slot Tajaan RM10 sahaja.

Terharu tau bila ada blogger membantu macam ni.. Yelah, mungkin nak menyumbang dalam bentuk kewangan bukan semua orang mampu. Nak2 lagi yang ada komitmen banyak. Tapi bila dari komuniti blogger ada juga yang berusaha mencari jalan supaya boleh membantu dari segi menambah dana bagi membayar kos guaman yang tinggi iatu sebanyak RM44K (Tidak termasuk kos lain). Kalau ikut kos tu memang cecah RM50K juga bila permohonan di bicarakan di mahkamah shah alam tidak di luluskan terpaksa di bicarakan diu mahkamah Tinggi Kota Bahru kelantan. So ada kos travel lagi perlu di bayar. Tapi at least ada kos untuk guaman dulu pun dah ok.

Sekarang saya semakin tak banyak masa.. Sekurang kurangnya saya perlu lebih kurang RM21K lagi untuk ke proses perbicaraan yang Insya Allah.. akan bermula awal tahun depan. Ni kira tawakal je la.. sambil terus cari sumbangan & dana melalui apa saja sumber yang boleh janji bukan sumber haram. Kalau setakat nak cari duit haram baik den jual dadah ke hapa kan.. Tapi nak cari rezeki halal ni memang bukan mudah. Tapi saya yakin sepenuhnya rezeki tu dari Allah.. Manusia cuma perantaraan sahaja. Allah akan bagi apa yang kita perlu.. Insya Allah.

Alhamdulillah salah satu cara usaha blogger MrHanafi nak membantu saya adalah dengan membuka slot iklan tajaan serendah RM10. Kalau ada beli slot iklan tajaan ni secara tak langsung anda dah turut sama menyumbang ke dalam tabung dana kos guaman saya.

Macam mana nak dapatkan Slot Tajaan Iklan di blog MrHanafi? anda boleh hubungi MrHanafi di

Facebook : MrHanafi
Blog : MrHanafi dot com

Contoh Iklan Tajaan yang di letakkan dalam artikel di blog MrHanafi boleh tengok di sini >> Peluang Blogger Buat Duit Extra Dari Blog <<


INI ADALAH SALAH SATU USAHA SAYA & USAHA BLOGGER MRHANAFI BAGI MEMBANTU SAYA MENGUMPUL DANA UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN DI MAHKAMAH BAGI MEMBELA DIRI YANG BELUM TERBUKTI BERSALAH. SELAIN ITU SAYA PERLUKAN DOA DARI SEMUA AGAR ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KES SAMAN KEATAS SAYA & MOGA ALLAH BERI KEMENANGAN DI DUNIA & AKHIRAT

TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT

TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT. Berhenti memberi pendedahan pada orang awam? Oh.. Mustahil. Sebagai penulis even aku ni bukan la baik sangat tapi tidak la sejahat syaiton nirrojim.. Aku rasa apa yang penting untuk aku sampaikan, aku kena sampaikan. Aku bukan tulis blog personal kan.. Blog aku kategori blog santai yang macam macam ada. Aku akan terus menulis selagi aku boleh menulis. Apa yang sedang berlaku kat aku sekarang aku anggap cara Allah menegur & mengajar aku bagaimana untuk lebih berhati hati bila menulis tak bermakna aku akan berhenti menulis yer..


Notifikasi KKM pada produk kosmetik.. Ni yang selalu di jadikan modal kebanyakkan pengasas produk kosmetik untuk mengelirukan pengguna. Mereka akan guna Notifikasi (NOT KKM) ni untuk menyakinkan pengguna produk mereka selamat kerana mendapat kelulusan KKM. Aku ada terbaca kat satu Group Masyarakat Kena Tahu.. Aku copy paste balik yer supaya info tidak bercanggah..

Di Malaysia mengikut undang-undang, Kosmetik perlu dinotifikasi kepada pihak KKM sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna. Notifikasi bermaksud, pihak syarikat dikehendaki untuk mengemukakan suatu bentuk pengisytiharan kepada pihak KKM di mana pihak syarikat perlu mengemukakan maklumat-maklumat berkenaan produk kosmetik yang mereka akan pasarkan.
Produk kosmetik tersebut perlu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan barulah ia dibenarkan untuk dinotifikasi dan dipasarkan di Malaysia.
Notifikasi TIDAK BERMAKSUD bahawa KKM mengeluarkan sebarang bentuk KELULUSAN bagi mana-mana produk kosmetik. Perkara yang sama seperti produk makanan...KKM tidak pernah memberikan sebarang kelulusan.

Korang kena faham.. NOT KKM pada produk kosmetik bukan jaminan produk tu selamat ok! Jadi tak pelik la kalau kebanyakkan produk kosmetik sebelum ni yang ada NOT KKM ni tetiba KKM keluarkan laporan yang mengatakan produk mereka mengandungi bahan seperti merkuri & sebagainya yang bahaya kepada kesihatan manusia. Sebab NOT KKM bukan bermakna produk tu mendapat apa apa kelulusan dari KKM. Ia sekadar sistem notifikasi dan PMS sebagai kawalan regulatori dalam negara. Dengan adanya sistem ini sekurang-kurangnya banyak kes kosmetik yang mengandungi bahan terlarang dapat dikesan. Tu dah terbukti bila semakin banyak local produk yang KKM keluarkan laporan mempunyai bahan terlarang & merbahaya. Tapi Itu yang kita selalu keliru sebab kita anggap NOT KKM ni bukti produk dah di analisa & terjamin selamat. Hope lepas ni kita tak 'Tipah Tertipu lagi yer' hehehe.

Apabila sesuatu produk dikesan mengandungi bahan terlarang, notifikasi produk tersebut akan dibatalkan. Pihak syarikat akan diarahkan untuk memberhentikan penjualan dengan serta merta, membuat panggilbalik produk tersebut daripada pasaran (dalam masa 72 jam) dan melupuskan produk kosmetik terlibat. (Yang ni kebanyakkan pengeluar produk tak buat. tetap jual macam biasa )
KKM juga akan mengeluarkan kenyataan akhbar kepada orang ramai agar mereka memberhentikan serta merta penggunaan produk kosmetik terlibat sekiranya masih ada dalam simpanan mereka. Maklumat tersebut juga akan dipaparkan di laman web NPRA iaitu npra.moh.gov.my

Tujuan Notifikasi KKM di berikan kepada sesuatu produk kosmetik ni adalah sekiranya berlaku produk tersebut memberi kesan buruk pada pengguna at least pihak KKM mempunyai informasi lengkap terhadap syarikat terlibat dan mudah untuk KKM ambil tindakan dan pihak yang menjadi mangsa boleh mengambil tindakan.

Korang boleh tengok video dari rancangan Selamat Pagi Malaysia yang membincangkan isu ni & boleh baca penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut. kat sini https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia/videos/1380794008677760/

Jadi sebelum menggunakan sesuatu produk jangan hanya menilai dari NOT KKM. Aku sendiri pun pernah buat kesilapan macam ni. Bila tengok ada Notifikasi KKM pada produk aku claim.. produk tu memang ada kelulusan KKM & terjamin selamat. Rupanya.. Aku pun di perbodohkan selama ni sebab kurang ilmu. Orang kata bodoh biar sekali.. Kalau berkali kali tu bukan bodoh lagi dah. Tahap bangang mungkin. hehehehe

Kalau Not KKM bukan jaminan sesuatu produk tu selamat di gunakan bermakna kita kena lebih bijak la lepas ni. Nak selamat guna produk yang dah lama di pasaran & tiada kontroversi kesan sampingan.

Jadi kalau korang terguna produk yang tidak selamat atau melihat produk yang masih di jual even KKM dah keluarkan laporan produk tu tidak selamat korang boleh buat pertanyaan & aduan kat sini >> http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms << kalau tak tau macam mana cara nak buat aduan.. next time aku buat tutorial kat hangpa noh.. hehehehe

Moral of the story.. Allah dia bagi rezeki pada sesiapa sahaja tak kira cara kita mencari rezeki tu cara baik ataupun salah. Orang jahat pun ramai hidup senang lenang dalam dunia ni. Allah tetap bagi rezeki kat dia. So, pada peniaga produk ni.. Kena ingat, rezeki yang melimpah ruah Allah bagi tak bermakna Allah redha dengan jalan kita mencari rezeki. Kita dapat kenikmatan & kemenangan dunia.. Tapi akhirat belum tentu. Peace Yo!

KISAH SEORANG GAY NAK BELI PRODUK BUANG BULU

KISAH SEORANG GAY NAK BELI PRODUK BUANG BULU. Entri ni bukan entri lucah yer.. Akak tak pandai tulis entri lucah, entri seram akak reti la mengarang katanya. Tapi cuma sebuah cerita yang di kongsikan oleh seorang kawan akak ni yang jadi pengedar satu produk untuk buang bulu. Tak kira la bulu roma, bulu ketiak, misai termasuk la bulu pada kemaluan. Ini bukan produk untuk sex yer.. Ini produk macam skincare jugak la. Even kat tut tu pun kena jaga tak boleh nak biar hutan dia merimbun sangat. Terlampau teduh kang banyak haiwan liar pulak berumahtangga.Jangan ingat  boleh jer biar memanjang tak perlu cantas dia luruh sendiri. Tidak ok!

Produk tu memang semua jantina boleh guna.. Tak kira la kau gay ke, pengkid ke,nyah ke hapa. Asal kau manusia yang ada bulu bulu kat tempat2 biasa berbulu tu boleh je nak guna. Produk ni pun bagus jugak sebab selain melincinkan kulit dia juga mampu melambatkan proses bulu baru tu tumbuh. Bulu2 yang baru tumbuh pun akan jadi lebih jarang & halus. Yang mana bulu kaki lebat nak2 lagi perempuan tu elok la try guna wax ni. Jangan risau tak menyakitkan.

Inilah produk yang memang berkesan menanggalkan bulu bulu kat segala sudut badan anda. Kalau rasa nak cuba boleh whatsapp 012 5254001

Biasa la pengedar produk memang akan di datangi macam macam jenis customer. tetiba kawan aku ni dapat sorang customer gay katanya nak beli produk buang bulu ni. Ingat nak buang bulu dada ke, bulu ketiak ke hapa.. Rupanya... nak buang bulu kat ***tet** dia tu. Katanya boyfriend dia tak suka. Dah tu ayat dia 'hot' & 'spicy' sangat. Sebut seketoi2 pulak tu tak berkias kias dah. Tak tau la dia tahu ke tidak yang jual tu perempuan. Aiyooo... Pengsan mak lima minit. Sebagai pengedar perempuan ni bila customer cakap macam tu Of course la dia jadi tak berapa selesa nak teruskan urusan jual beli. Serba salah dia nak reply. Mati akal nak cari ayat. Alih2 dia diam je la. hahahaha

Testimoni dari pengguna yang berpuas hati. Ok sapa ada masalah berbulu tu cepat dapatkan sebotol buat tebas semak semak kat tubuh anda

Yang si gay tu pun.. kau nak buang bulu kat mana pun kau punya pasal la. Yang kau cerita habis boipren kau tak suka bulu buluan kat tempat sulit kau bagai tu buat apa. Kalau kena kat aku pun aku tak tau samada nak teruskan urusan jual beli tu ke tidak. Kawan aku ni memang dah pernah berdepan dengan ragam customer yang macam2 bila tanya pasal wax dia jual ni. ada yang tunjuk terus gambar **tet** dia. mungkin dia terlampau lurus nak bagitau masalah yang dia hadapi supaya orang yang dia berurusan tu boleh faham dengan jelas masalah dia tu. Yang tu sama jantina pun macam tu tetap terkesima kejab la kawan aku tu. hahaha

Macam macam jenis ragam manusia ni.. Sebagai peniaga itulah yang anda perlu hadap sebab benda benda macam ni memang di luar kawalan & jangkaan anda. Jadi kena kuat dari segi mental jugak. Bukan senang nak jadi orang berjaya ni.. Pada peringkat awal macam macam benda perlu hadap. Jadi bertabah la semua. Mungkin hari ni anda cuma jual secara dropship, siapa tahu berkat usaha satu hari nanti korang bakal jual produk sendiri pulak, kan? Semua tu tak mustahil boleh berlaku asalkan ada usaha, doa & tawakal.

TAK BERKAT BELI BARANG LEBIH MURAH DARI HARGA YANG DI TETAPKAN

TAK BERKAT BELI BARANG LEBIH MURAH DARI HARGA YANG DI TETAPKAN. Mesti ramai panik baca tajuk entri ni kan? Aku pun mula2 jadi confuse jugak bila seorang pengedar Jus Caliph keluarkan kenyataan macam tu kat salah satu group yang aku share kebaikkan Jus Caliph ni. Sebab Harga Jus Caliph ni serius ada macam macam harga tapi Harga Jualan Yang pihak HQ Caliph tetapkan adalah RM75. Mula2 aku beli Jus Caliph ni memang la dengan harga RM75. Aku tak rasa rugi pun.. Rezeki pengedar dia. So, pengedar yang jual harga mengikut HQ tetapkan tak payah risau.. Rezeki tu dari Allah. Insya Allah ada rezeki untuk korang.


Tapi yelah.. nama pun pembeli kalau ada orang jual produk yang sama dengan harga yang berganda murah, confirm la dia pilih yang lagi murah. Tapi bila ada yang menjatuhkan hukum berkat tak berkat ni kita pun mula jadi cuak & was was la jugak. Supplement ni nak bagi kat anak.. Untuk memastikan dia berkembang dengan baik & sihat. Yelah.. tu la tujuan kita bagi supplement untuk anak anak kan? Takde orang bagi makanan tambahan untuk pastikan anak dia besar nanti jadi gangster paling ganas & terkenal, ye dak?? Atau nak bagi anak dia sakit & cepat mati. Kalau depa tak peduli.. jangankan supplement, makan pun maybe depa tak bagi.

Sebab statement tu sedikit buat aku rasa macam tak confident maka aku merujuk kepada seorang kawan aku yang sekarang ni bergelar seorang ustaz. Tapi bukan ustaz yang mengajar kat sekolah tu.. Dia banyak bagi ceramah2 agama atau buat program motivasi. Memang aktif sekitar kedah & luar kedah pun kadang2 ada jugak jemputan. Mujur la ada kawan dengan ustaz hensem kan.. Jadi senang la nak tanya apa2 berkaitan Hukum hakam ni.

Menurut beliau.. Urusan jual beli tu sah. Tak salah pun kita beli dengan harga yang murah. Kecuali la kita dah buat perjanjian urusan jual beli dengan satu pengedar ni, tapi tetiba kita nampak ada orang yang jual lebih murah kita terus pergi beli kat orang yang jual lagi murah tu. Yang tu salah la.. Sebab kita dah deal. Nak2 lagi dah siap buat tawar menawar. Tu secara ringkas la yang aku faham dari penjelasan kawan aku tu.

Pada pengedar caliph.. Yang berurusniaga dengan amanah & jujur tak payah rasa tergugat dengan pengedar2 yang main harga ni. Asalkan anda berniaga dengan jujur Insya Allah.. ada rezeki & rezeki yang anda dapat pun berkat. tapi jangan la sampai keluar hukum sendiri.. orang beli harga murah tak berkat. Berbaik sangka.. mungkin ada orang yang tak mampu memerlukan supplement tu.. At least ada harga yang lebih murah di pasaran mereka ada pilihan untuk beli.

Kalau ikutkan persaingan harga ni bukan je produk caliph malah macam2 produk pun ada persaingan harga macam ni. Even pakaian, gadget, perabot,peralatan elektrik pun ada yang barang sama tapi harga berbeza. Jadi tak ada istilah tak berkat bila pembeli memilih beli barang yang sama tapi dengan harga yang lebih murah.

Moral of the story.. Semoga Allah permudahkan & melimpah ruahkan rezeki buat kita semua. Amin...

MELAYU TAK RETI ENGLISH ATAU MELAYU TAK RETI MELAYU YANG BODOH

Rasanya ramai dah tengok & baca satu screenshoot seorang pengedar produk online pasal seorang pembeli dia yang salah faham tentang postage. Maybe sebab kefahaman dia dalam bahasa Inggeris tak berapa baik.. Dia ingat postage tu macam barang percuma hadiah dari pengedar untuk pembeli la kot. Bila takde apa2 yang percuma dalam bungkusan kiriman pos yang dia dapat.. dia pun tanya la kat penjual tu.. Akibat dari tu perbualan dia tu jadi viral sebab di sebarkan oleh peniaga online tu sendiri..

Sumber google

Ramai yang gelakkan dia.. Sebab dia tak tahu maksud postage. Aku tak rasa nak gelak sangat pun sebabnya bagi aku bukan sesuatu yang bodoh atau boleh di perbodohkan kalau seseorang tu tak reti bahasa Inggeris yang patut rasa malu bila seorang melayu berurusan dengan orang melayu yang lain tak reti nak guna bahasa melayu. Apa nak pelik.. dia bukan minah saleh tak reti English.. dia orang melayu. Membesar dengan bahasa Melayu. Yang patut rasa diri macam bodoh membesar dengan bahasa melayu tetiba pandai english, terus jadi macam tak reti cakap melayu atau "feel stupid when i speak malay katanya...." Sebab English dah jadi International language maka yang tak reti english terus jadi bodoh ke?

Biasa la aku pun ada jugak sesetengah perkataan English tak faham terpaksa rujuk kamus

Gelakkan diri sendiri dulu la kalau spesis yang suka mengangkat bahasa orang untuk nampak kononnya hebat seolah olah merendahkan bahasa Ibunda sendiri. Bukan la aku kata salah belajar & guna bahasa Inggeris.. Tak salah. Bagus.. salah satu cabang ilmu jugak cuma yang jadi salah bila kita melihat seseorang yang tak mampu kuasai bahasa asing sebagai seorang yang bodoh & boleh di perbodohkan. Contoh dengan apa yang jadi viral sekarang.. seolah2 benda tu satu jenaka pulak.. Gelak ramai ramai.. Tapi aku tak rasa tuan punya badan rasa benda tu jugak kelakar. Maybe dia rasa malu jugak.. Yelah, orang sekarang konon urban & bijak kalau pandai guna bahasa Inggeris kan. Bila yang lemah dalam english tu.. Maybe dia rasa rendah diri la jugak.

Belajar & kuasai la seberapa banyak bahasa sekalipun.. Memang bagus & mungkin jadi kelebihan pada kita tapi.. Tapi Jangan melihat orang lain seperti seorang dungu atau bodoh bila tak mampu kuasai bahasa asing. Dia tak faham postage bukan bodoh sangat pun.. Kalau kau buat karangan bahasa Melayu guna perkataan english tetap kena potong markah even cikgu faham apa yang kau tulis. Tak jadi betul even kau rasa diri hebat sekalipun. Tetap penggunaan bahasa Melayu kau yang salah.. Bukan salah orang melayu lain yang tak faham.


INILAH AKIBAT BILA PRODUK ANDA DI VIRAL KAN OLEH BLOGGER

Setiap perbuatan memang ada akibatnya tak kira baik atau buruk macam tu jugak bila anda bayar blogger untuk viralkan produk anda bagi tujuan promosi jugak ada akibatnya.. Nak tau apa akibat jika korang keluar modal yang banyak, bayar ramai blogger untuk viralkan produk anda supaya lebih di kenali.. baca sehingga noktah terakhir yer...

 ehem.. hem sapa2 yang minat nak takeover tempat banner nuffnang tu boleh la contact I yer... kekekeke.

Ramai dah peniaga atau syarikat besar yang mempercayai kemampuan blogger untuk memperkenalkan @ mempromosikan produk mereka kat laman sosial. Sebab dah banyak produk mampu di viralkan sehingga mempengaruhi pengguna untuk mencuba produk yang promosikan oleh ramai blogger termasuk aku.. hahahahaha

Walau aku pun blogger yang ada jugak dapat job review tapi aku pun manusia yang akan terpengaruh jugak la dengan produk yang menjadi viral kat laman sosial. Contoh cosmoderm.. Dok baca kelebihan produk tu aku pun terjebak nak beli.. Dah la aku jenis kalau start survey lebih dari satu aku beli. Semalam sempat rembat 3 produk cosmoderm.

Sekali aku terpengaruh.. ambil 3 sekali aku beli. Hygine wash (memang best aku pakai & murah) Pencuci muka vitamin E (pun rasa best jer) &Magic Exfoliating Gel (Pun aku rasa best guna). Cosmoderm bagi aku produk yang murah & senang nak beli sebab banyak farmasi ada jual

Tu aku.. yang ada blog boleh cerita macam mana berkesannya bila tengok ramai blogger lain mula memperkenalkan sesuatu produk & berkongsi testimoni lepas guna.. Orang lain yang senyap2 terpengaruh tu mungkin lebih ramai. Jadi nasihat aku pada pengedar produk ni.. Jangan kedekut keluar modal kalau nak untung. Jangan rasa sia2 bayar blogger setakat nak promot kat laman sosial & rasa benda tu anda boleh buat sendiri. Bila korang bayar blogger untuk promosi.. selain depa mem viral kan produk anda secara berjemaah sehingga penuh timelines FB cerita pasal produk tu, sampai orang yang tak kisah pun jadi ambil kisah.. depa jugak mencuba & berkongsi testimoni. Kalau bagus kebanyakkan blogger akan bagi review percuma kat blog selepas menggunakannya. Tak rugi pun.

Dan kena ingat.. apa sahaja yang di kongsikan di laman sosial adalah lebih mudah tersebar berbanding media cetak & TV. Berita kat TV pun tak mampu sepantas berita kat internet, jadi sekarang ni lebih berkesan mempromosi kan apa2 produk atau servis di laman sosial jadi blogger adalah salah satu penyampai yang berkesan. blog sekarang menjadi sumber rujukan.. Bila blogger tulis pasal produk korang jadi bila secara automatik dia akan tersenarai dalam carian google. Salah satu kebaikan untuk produk korang jugak. Bayangkan ramai blogger yang tulis pasal produk korang, mesti banyak sumber rujukan akan muncul di carian google & bila ramai orang review dah semestinya lebih menambahkan keyakinan orang untuk mencuba produk korang.

Moral of the story setiap perniagaan perlukan modal.. Jadi kalau nak untung pun kena keluar modal. Bomoh jampi2 & ludah2 dalam air pun caj mahal.. Inikan blogger yang kena gunakan kreativiti menulis pasal produk korang.. Jangan minta free atas dasar kawan la.. sedara la.. & jangan pulak tipu tak bayar macam aku pernah kena dengan salah sorang pengedar Youwhite tu. Bila minta orang buat kerja sila bayar & Tak rugi pun bayar blogger jadi jangan takut untuk gunakan blogger untuk promosikan produk korang.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com