RESEPI AYAM MASAK KUNYIT SIMPLE TAPI MENYELERAKAN
RESEPI AYAM MASAK KUNYIT SIMPLE TAPI MENYELERAKAN. Tu dia.. dia mai dah dengan segmen dapur sekangkang kera lekatlekit katanya. Bukan apa.. Niat nak aktifkan blog ni dah mula suram muram tapi artikel artikel baru. nak nak lagi baru je renew domain kan? so jangan bazirkan dok bayar sewa domain tiap tiap tahun tahun tanpa di manafaatkan sebaik mungkin.Jadi resepi resepi yang terperam tak sempat nak up kat blog maka marilah kita mengabdikan dia dalam blog melekat lekit ni. Bukan apa bila hangpa google mudah nak dapat resepi. Boleh pilih resepi yang mana hangpa nak try.
so hari ni bagi yang tak tahu nak masak apa sampai naik tepu kepala otak fikir apa kata cuba menu simple tapi sedap ni. Tak reti nak masak takpa.. Kita bagi resepi yer.
Bahan Bahan
Ayam (Potong ikut suka la nak besar mana)
Bawang Besar
bawang putih
Serai
halia
Kunyit hidup (kalau tak ada boleh ganti kunyit serbuk)
carrot (optional)
Cili padi
Cili merah
daun kunyit (optional)
Minyak masak
garam
cara memasak
1. Blend bawang besar, bawang putih, halia & kunyit hidup.
2. panaskan minyak masak & kemudian gorengkan ayam sekejab
3. Masukan bahan blend tadi bersama sebatang serai yang di ketuk. Biar masak sekejab sehingga pecah minyak.
4. Masukan cili merah yang di potong, cili padi yang di ketuk, carrot yang dah di potong memanjang & daun kunyit (kalau ada). Gaul semua biar masak sekejab.
5. masukan garam secukup rasa.
6. Kalau ayam dah cukup masak boleh tutup api & hidangkan.
Dah siap Ayam masak kunyit. ayam masak kunyit ni dia berkuah sikit tapi pekat la berbanding ayam goreng kunyit dia kering. so sedap di makan bersama nasi panas, sambal belacan & ulam ulaman. Selamat mencuba semoga perkongsian ni membantu anda untuk memasak dengan mudah.