RESEPI AYAM MASAK KUNYIT SIMPLE TAPI MENYELERAKAN

6/28/2020 12:25:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

RESEPI AYAM MASAK KUNYIT SIMPLE TAPI MENYELERAKAN. Tu dia.. dia mai dah dengan segmen dapur sekangkang kera lekatlekit katanya. Bukan apa.. Niat nak aktifkan blog ni dah mula suram muram tapi artikel artikel baru. nak nak lagi baru je renew domain kan? so jangan bazirkan dok bayar sewa domain tiap tiap tahun tahun tanpa di manafaatkan sebaik mungkin.


Jadi resepi resepi yang terperam tak sempat nak up kat blog maka marilah kita mengabdikan dia dalam blog melekat lekit ni. Bukan apa bila hangpa google mudah nak dapat resepi. Boleh pilih resepi yang mana hangpa nak try.

so hari ni bagi yang tak tahu nak masak apa sampai naik tepu kepala otak fikir apa kata cuba menu simple tapi sedap ni. Tak reti nak masak takpa.. Kita bagi resepi yer.

Bahan Bahan

Ayam (Potong ikut suka la nak besar mana)

Bawang Besar

bawang putih

Serai

halia

Kunyit hidup (kalau tak ada boleh ganti kunyit serbuk)

carrot (optional)

Cili padi

Cili merah

daun kunyit (optional)

Minyak masak

garam

cara memasak

1. Blend bawang besar, bawang putih, halia & kunyit hidup.

2. panaskan minyak masak & kemudian gorengkan ayam sekejab

3. Masukan bahan blend tadi bersama sebatang serai yang di ketuk. Biar masak sekejab sehingga pecah minyak.

4. Masukan cili merah yang di potong, cili padi yang di ketuk, carrot yang dah di potong memanjang & daun kunyit (kalau ada). Gaul semua biar masak sekejab.

5. masukan garam secukup rasa.

6. Kalau ayam dah cukup masak boleh tutup api & hidangkan.


Dah siap Ayam masak kunyit. ayam masak kunyit ni dia berkuah sikit tapi pekat la berbanding ayam goreng kunyit dia kering. so sedap di makan bersama nasi panas, sambal belacan & ulam ulaman. Selamat mencuba semoga perkongsian ni membantu anda untuk memasak dengan mudah.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com