MESTI KENA JELING KALAU BAWA KELUAR KOTAK NI NAK PAKAI LIPSTIK. Semenjak memperlahankan aktiviti di blog aku terjebak dengan Shopee Affiliate. Almaklum la kita dah biasa duduk rumah ada side income walau income tu geli geli je tapi rasa seronok juga la kan tiap tiap bulan ada juga hasil dari tak ada apa langsung. Yelah sesambil menjadi surirumah, apa salahnya mencuba menjadi Affiliator kan? Sebenarnya ikutkan Affiliate ni bukan shopee je, tiktok,lazada pun ada ada Affiliate. Tapi kurang sikit menyerlah yang lain. Shopee je setakat ni memberi hasil setiap bulan. Almaklum la kita ni bukan Influencer kan? Nak bersaing dengan Influencer susah sikit tapi aku ok je. Selagi aku rasa enjoy aku teruskan je la.
Mana mana Affiliator pun sekarang berpeluang untuk dapat free sample product dari platform yang mereka daftar sebagai Affiliator la. Termasuk shopee. Banyak juga la aku dapat barang free sample dari shopee ni. Best juga la sebab dari barang free sample tu kita boleh review & buat konten video untuk di kongsikan dengan orang lain sesambil tu boleh dapat komisyen dari pembelian orang lain melalui link Affiliate kita. Kan aku ni suka review jadi aku manafaat perkara aku suka buat tu kepada perkara yang boleh juga mendatangkan hasil.
Antara produk yang aku dapat dari program shopee Affiliate ni salah satu colorful cigarette lipstick ni. Kotak dia pun boleh mengundang salah faham & persepsi negatif terhadap golongan wanita. Serius sekali imbas memang orang ingat rokok sampai suami aku pun terpedaya. Pernah aku keluarkan nak pakai kat tandas awam di Mall ada orang pandang pandang. Maybe dia ingat aku nak merokok ke apa dalam tandas Mall tu padahal aku nak topup balik lipstik.
Lipstik ni ada 4 code warna. Bean read, vibrant orange, pumpkin red & maple leaf red. Kalau yang red red ni semuanya jenis warna merahnya makngah tapi lawa lawa juga.
Cuma aku lebih suka orange sebab nampak natural gitu. Selain orange aku suka maple leaf red. Merah dia memang cantik tau. Testur lipstick ni dia tak matte sangat atau terlalu moist. Bila kita pakai tak berkilat tapi nampak lembab bibir. Lembut je bila kita sapu kat bibir. Bukan jenis transferproof la tapi sesuai la untuk yang muslim senang nak cuci bila nak solat. Lap je dia dah boleh tanggal. Tak payah guna remover.

Yang penting harga sangat mesra poket. Size dia pun mobile senang nak campak dalam handbag. Muat kalau sling bag size phone pun. Setakat ni aku guna tidak la ada apa apa kesan sampingan terhadap bibir aku berbanding ada satu lipmate dari brand yang di kenali juga aku pernah dapat free sample tapi lepas guna tu aku perasan bibir aku jadi lingkaran gelap sampai hari ni masih tak hilang cuma aku berhenti guna & jadikan blusher je. Pakai kat pipi tak pulak jadi bukan bukan. Mungkin tidak sesuai dengan bibir tapi boleh gunakan pada tempat lain. Almaklum la kulit kita ni setiap bahagian di tubuh kita bukan semua sama. Kulit pada tangan tak sama macam kulit pada muka. Begitu juga kulit pada kelopak mata tak sama macam bibir jadi mungkin ada tindakbalas berbeza la bila kita gunakan di bahagian tertentu.
Yang ni aku guna code orange
Apapun kalau hangpa berminat nak cuba Colourful Cigarette lipstick ni boleh dapatkan di sini Shopee
PERTAMA KALI GUNA MATTE FOUNDATION JENAMA MAYBELLINE. Dalam minggu lepas aku tersinggah ke guardian.. Memandangkan foundation yang aku order melalui website lazada tak sampai kerumah aku dengan alasan GDex tak dapat mengesan rumah aku.. Mungkin masa GDex nak mai hantar barang tu tetiba rumah aku ghaib ker camna tak tau la kan.. Rasanya bukan kali pertama apa2 penghantaran melalui GDex di buat kerumah aku tapi ni la kali pertama GDex tak dapat kesan rumah aku. So pihak lazada buat refund je..
Benda yang aku beli pun bukan tak ada jual kat luar.. Kat guardian, watson, supermarket melambak jual cuma harga kat lazada tetiba lebih murah tu yang gatai nak buat pembelian online. Alih2.. Guardian jugak yang kau pergi hadap. Hahahaha...
Yang aku beli Adalah Maybelline Dream Velvet Soft Matte hydrating Foundation (50 Creamy Natural). Sebelum ni foundation kebanyakkan aku pakai yang jenis mineral. Cair tu.. Kali ni entah kenapa sampai seru nak guna jenis matte & cream pulak kan. Dah lama rasanya tak pernah pakai foundation jenis cream ni. Maybe sebab aku yakin kulit aku dah tak berapa sensitif & berjerawat.. Boleh la guna. Rasa macam dah bosan pulak guna jenis mineral.. Kadang2 jadi berkilat muka pakai yang jenis cair tu.
 |
Maybelline Dream Velvet Soft Matte hydrating Foundation. 50 Creamy Natural |
Ada la dalam 3 - 4 kali aku guna selepas beli. So far aku selesa sebab dia jenis soft matte. Nak apply pun senang. Bila apply senang nak sekatakan seluruh muka. Takde la kepekatan dia tu buat kita terpaksa ambil masa untuk sekatakan sapuan seluruh muka. Ada jenis cream foundation yang macam tu.. Rasa nak siap sapu foundation 1 muka tu payah juga sebab pekat & melekat an.. Tapi untuk Dream Velvet Soft Matte Foundation ni, tak susah. guna oval brush lagi cantik hasilnya ok! Tak bercapuk & yang 50 creamy Natural ni serius tak nampak kontra sangat dengan kulit aku yang kulit melayu je kan.. So yang sawo matang atau cerah2 orang melayu ni memang recommend guna 50 Creamy Natural.
 |
Untuk hasil yang memuaskan hati sendiri selepas sapu Maybeline Dream Velvet Soft Matte Hydrating Foundation aku alas dengan bedak compact juga. Atau boleh juga alas dengan loose powder. Memang cantik bila selfie katanya hahaha. Sapa minta PM tuala aku sumpah muka dia jadi mak lampir hahaha. Nak bagitau jugak.. almaklum i kan retis so memang ada haters. Macam dulu pernah kena tuduh warnakan rambut.. Sebelum di tuduh cukur kening nak habaq kening tak cukur tu teknik makeup jer |
Bab cover cela tu.. Kalau parut lite2 tu Insya Allah di cover dengan elok jer. Tidak berminyak & tidak pecah minyak. Tahan lama jugak la aku pakai.. Aku tenyeh belakang tangan bila basuh tangan pun foundation tu tak luntur tapi kalau nak cuci gosok2 dia keluar la. Bermakna kalis air jugak. Setakat muka kena hujan jangan risau foundation ni tak meleleh macam cheese kena bakar ok!. Cantik juga warna dia bila di sapu kat muka. Kalau yang jenis malas nak berbedak pun boleh nak pakai foundation ni je sebab dia dah ada warna yang cantik.
 |
Ni contoh nak bagi nampak sikit warna foundation ni. Aku sapu belakang tangan. Ni kira tebal sapuan dia.. Soft Matte Foundation memang dia anti shinning |
Kesan pada kulit.. Setakat ni tak ada apa2 kesan buruk. Jerawat ke, ruam ke, gatal2 muka ke malah Dream Velvel Soft Matte Hydrating Foundation ni walaupun jenis cream tapi tak rasa tebal di muka. Rasa ringan je. Apply nipis pun dah cantik kalau kulit korang yang jenis tak ada apa2 masalah macam parut. Setakat nak tutup pori tu takde masalah foundation ni boleh cover.
Harga dia.. Masa order dari website lazada under seller L'Oreal Malaysia.. cuma RM29.93 tapi sebab GDex tak jumpa rumah terpaksa la beli kat guardian. Beli kat guardian masa ada sale harga dia RM31++... Kalau sebelum ni aku tengok harga dia RM39.90. Kandungan dia 30ml.
Jadi kalau rasa tengah cari foundation yang harga mampu milik & senang nak dapat stok.. Boleh la try Maybelline Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation ni. Dia ada macam2 warna.. Boleh pilih ikut kesesuaian warna kulit korang la. Macam kulit aku nampak memang matching dengan 50 Creamy Natural.
Sekiranya anda berminat untuk memperkenalkan/review produk kosmetik, skincare, atau apa saja melaui blog lekatlekit.com boleh email ke lekatlekitgurl@yahoo.com
Punya la banyak produk dok beli alih2 bedak agnesia jugak paling membantu di musim panas ni. Yelah.. masuk je bulan puasa, cuaca dari agak panas dari kebiasaan. Kebetulan aku pulak baru jer nak cuba pencuci muka baru yang tak pernah aku cuba sebelum ni. Maka tetiba kulit aku jadi masalah balik even masalah lama pun bukan settle lagi. Mood terus dari beauty rasa jadi beast. Hahahaha
Panas menyebabkan kulit aku jadi berminyak lepas pakai pencuci muka bio essence Tanaka white. Lepas tu aku tambah pulak dengan koleksi skin care baru Evesoft skinz youth recall hydrating toning lotion.. konon nak bagi pori mengecil. rekemen akak kerja kat guardian kat kulim. Dah la kulit jadi berminyak.. pakai pulak tonner eversoft tu.. masalah jadi double. Minyak tambah muka aku tepi2 hidung jadi macam ruam & naik jerawat pasir pulak. Faktor cuaca panas jugak. Gelabah punya pasal aku order ephyra skin bar dengan dkna abza.
Produk yang kena kuarantin dulu.. hahaha
Sementara tunggu sabun pencuci epyhra tu sampai.. aku stop dulu semua skincare yang aku guna.. aku pakai bio essence miracle bio water foamy cleaser yang ada fungsi oil control kemudian.. aku tempek je bedak agnesia. Pakai macam bedak sejuk tu. Alhamdulillah 3 kali jer pakai bedak agnesia.. minyak, ruam & jerawat pasir dah takde. Sebab bedak agnesia memang membantu menyembuhkan ruam pada kulit. Musim panas memang sesuai sapu kat anak anak bedak agnesia ni. Dia macam menyejukkan kulit jugak la. tapi sebelum ni mungkin ada antara korang yang tak tahu bedak agnesia boleh jugak di gunakan untuk masalah kulit wajah seperti jerawat, gatal,ruam,kulit berminyak bagai..Sebenarnya untuk kulit berjerawat pun boleh rawat dengan bedak agnesia sebab dia ada antiseptic yang membunuh kuman. Yang penting bedak ni murah jer berbanding skincare yang lain. Di percayai turun temurun & di gunakan kat kedai gunting rambut india sejak dulu kala hahahaha.
Semalam aku nak keluar pun aku skip pakai foundation. Aku cuma pakai bio essence sunscreen moisturizing cream yang ada spf 56, Maybeline pure concealer Mineral (aku pakai macam foundation. Tempek satu muka hahahaa) & bedak ronasutra. Alhamdulillah.. even cuaca panas muka tak jadi kuali goreng ikan sangat.
Skincare pulak aku pakai yang biasa aku pakai sebelum ni lepas minyak kat muka terkawal, ruam dah takde & jerawat pasir dah hilang .. Pakai balik la Bio essence bio gold water, Bio essence bird nest double whitening cream & cleanser aku pakai bio essence miracle bio water foamy cleaser. Yang aku reject buat sementara waktu.. Tanaka white cleanser & Eversoft tonner. Rasanya aku berani dah pakai kot hahaha..
Moral of the story.. petua yang aku boleh share bila korang cuba sesatu produk tu macam bagi effect tak baik kat kulit korang jangan terus pakai dulu. Stop & rawat. Macam aku stop semua termasuk skincare yang aku pakai sebelum ni.. aku rawat dulu dengan bedak agnesia... lepas dah ok baru pakai skincare yang aku pakai sebelum ni. Jangan ambil risiko.. nanti takut korang sendiri tak sudi tengok muka sendiri. hehehe
Aku antara pengemar eyeliner pensil sebab aku memang tak reti nak lukis guna eyeliner jenis cecair atau jenis pensil yang pulas2 tu. Aku guna yang jenis pensil kayu jenama maybeline. Yang kena asah dengan sharpener. Punya la tak up to date kan? Tapi yang tak up to date ni la paling selamat & paling jimat. Nak tahu sebab apa?
Ni la yang guna tapi ni gambar aku pinjam Google jer
Eyeliner jenis pensil kita kena selalu asah bila hujung dia dah tumpul. Bila kita asah, permukaan yang lama tu secara tak langsung kita buang. Dan sebab tu eyeliner jenis pensil ni lebih terselamat dari bakteria. Dengan syarat pengasah eyeliner korang kena bersih jugak la supaya bakteria tak transfer ke eyelines masa korang masa asah tu. Kedua.. Jangka hayat eyeliner jenis pensil adalah lebih panjang. Maksudnya kalau orang jenis jarang2 makeup atau surirumah macam aku pakai masa keluar jer jenis pensil lebih sesuai sebab jarang pakai & lambat nak habis. Kalau yang jenis cecair tu jangka hayat dia tak lama. boleh pakai 3 - 4 bulan lepas tu di nasihatkan tukar baru.
Sebab pakai dekat dengan mata, maka risiko dia jugak pada mata so kalau mata kena jangkitan kuman ke hapa maybe boleh ganggu penglihatan. Jadi eyeliner pensil even tak berapa up to date sebab ramai dah beralih ke jenis eyeliner cecair tapi masih relevan di gunakan atas faktor kesihatan. Meh ramai2 kita beli eyeliner pensil baru aku tak rasa ketinggalan zaman sangat. hahahaha
Baru - baru ni aku ada beli bedak Ronasutra sebab aku survey ramai yang kata bedak tu bagus, elok & cantik di samping bedak tu sangat baik untuk kulit sebab berasaskan mineral. Sesuai la bagi yang berkulit sensitif & bermasalah. Maka sebab survey aku lebih ramai recommend bedak Rona sutra maka aku tak teragak2 la nak bayar RM40 untuk sekotak bedak ni.
Sumber Google
Bedak Ronasutra bagi yang tak tahu bukan jenis compact.. yang biasa kita pakai beku seketul kemudian kita tenyeh2 dengan span sebelum sapu kat muka. Dia jenis serbuk (powder) macam tepung tu.. Almaklum la biasa pakai jenis compact kan... tenyeh & sapu je. sekali beli yang serbuk dia jadi bodoh sekejab la. Katanya boleh guna span.. tenyeh2 dengan span.. nampak hasil tak memuaskan. Sekali dua pakai.. macam tak best dah. Ingat nak tukar jer compact powder jenama farmasi pulak sebab ada orang kat selain ronasutra bedak compact farmasi pun bagus.
Tapi tu la.. baru je beli. Tak luak pun lagi. So, try la google cara pemakaian bedak Ronasutra ni. Jumpa la kat satu blog ni.. Dia bagi tutorial guna berus. Apa lagi berus memang dok ada.. try la tenyeh dengan berus pulak. Sememangnya bukan salah bedak Ronasutra yang tak cantik tapi salah orang yang pakai tak reti. Bedak jenis powder memang tak sesuai sangat guna span.. kena guna berus baru hasilnya malatop kebabom. Baru nampak sekata & cantik.
Antara berus yang ramai kata elok.tapi aku tak guna jenis ni la.Nanti baru nak pi cari
Bila dah tahu rahsia kecantikkan yang tersembunyi ni.. Niat nak campak dalam arkib bedak ronasutra tak jadi la pulak. Tapi tu la.. guna berus ni ambil masa sikit dari pakai bedak guna span tapi apa nak heran aku kalau bersiap memang ambil masa lama pun even guna bedak myami jer pun. aku punya bersiap konon2 hasilnya macam retis.. walhal macam hantu kak limah je pun. hahahaha. Aip.. nak dapat effect macam muka hantu kak limah pun bukan senang yer.. pendek kata nak nampak cantik pun tak mudah, nak nampak buruk pun bukan senang sangat. hahahaha
Apapun.. ini sekadar perkongsian sebab ada jugak yang tak reti guna bedak ronasutra terus buang. Jadi kalau yang tak tahu hope entri ni dapat membantu. Guna berus untuk menyapu bedak Ronasutra ke muka ada yer.. Insya Allah.. Tak jadi panda. bertompok2.
P/S : Pengedar bedak ronasutra pleas suggest pada pengguna yang baru cuba bedak ni supaya guna berus yer.. Kalau tak bagitau kami pun tak tau. Span sememangnya tak berapa effective sangat.
**Aku survey harga bedak ni kebanyakkan RM40++ tapi aku beli dengan sorang akak ni RM40 jer include postage. hari ni buat payment esok tu dah sampai tapi makesure buat payment hari bekerja la. Kalau sabtu ahad posmen cuti... Kalau nak order dengan dia pun boleh... Whatsapp jer 0193769190