NAK MATI PUN SEMPAT BERSOLEK

3/04/2015 10:54:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

Tu dia yang ni lagi rare. Apalah sangat nak beranak sempat bersolek.. aku pun pernah buat. So, kontroversi che ta sempat bersolek masa nak beranak tu bagi aku tak patut pun jadi isu.. Penyanyi Nurul pun kata dia bersolek jugak nak beranak sebab sebagai artis penampilan kena jaga. Ramai yang tengok. Tapi aku bukan nak cerita retis bersolek nak masuk LR bagai.. yang aku nak cerita pasal orang nak mati pun bersolek.

Sumber Google

Sapa la gamaknya dah nazak pun sempat touch up muka lawa lawa lagi.. Rasanya time tu, orang dah tak ingat, bedak,foundation, eyeliner, eyeshadow bagai dah.. Dok ingat nak mengucap dua kalimah syahadah ja. Tapi ada jugak orang nak mati dalam bersolek rupanya.. Siapakah gerangan manusia itu...

Ramai.. tengok dalam drama. Sakit sampai lumpuh satu badan kena strok pun muka maintain ber touch up.. nak mati pun maintain bulu mata pelesu melentik. Drama tetap la drama kan.. Cuba drama buat real sikit macam dalam kehidupan kita ni. Nak mati muka pucat lesi.. sakit muka uzur gila.. Ni tak.. sakit teruk pun kening bercat jugak.. muka berkrim jugak.. bibir bak delima jugak.. Punya takut nampak hodoh even nak lakon babak memang sepatutnya nampak hodoh pun. Ni dah zaman 2015.. mentaliti penonton tengok drama @ filem bukan macam orang zaman 70an atau 90an dah.. Depa nak tengok yang nampak realistik even cerita fiksyen sekalipun. Muka tu biar realistik sikit la mengikut babak..

Moral of the story.. kaum perempuan ambik sebagai iktibar.. kena malu sikit dengan drama tv. Dah nazak pun tetap nak cantik inikan kita yang sihat wal'afiat... rerajin la cecantik sikit kat umah. Erkk... aku pun bercomot jugak kat rumah. Dok sapu krim siput babi jer hari2. hahahaha

6 comments:

  1. sy pon kat umah mcm tongkang pecah je muka.hahaha

    ReplyDelete
  2. huhuhuh nak beli dress pakai kat rumah.. ngn set make up la... bahahah...

    ReplyDelete
  3. mesti pakai lipstik wpun kat rumah

    ReplyDelete
  4. Tula.betul tau.at least berbedak jgk kt rumah.nk tyg kat suami.hiks

    ReplyDelete
  5. Hehehhe.. Pun hado..

    ReplyDelete
  6. Aduhai... macamanalah akak nak tinggalkan blog ni. Ingat nak baca 10 entri je pastu lari balik rumah! Alah, kalau dalam drama tu, nak sembahyang sambil doa pada Tuhan pun boleh nampak bulu mata pelesu, makeup sikit-sikit, lip balm pakai kat lip gitu...takda apa nak dihairankan. Dunia dah maju..... Orang dulu gaknya kalau mati sibuk nak minta ajar mengucap. Orang sekarang (kalau ikut dalam drama) depa sibuk minta tolong touch upkan kot *_*

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com