CERITA SEBENAR MIMALAND DITUTUP BUKAN SEPERTI APA YANG TERSEBAR
CERITA SEBENAR MIMALAND DITUTUP BUKAN SEPERTI APA YANG TERSEBAR. Walaupun aku kenal mimaland ni lepas dah berabad di tutup tapi entah kenapa aku tertarik dengan semua cerita tentang mimaland. Dari kisah zaman kegemilangan sehinggalah zaman selepas taman tema tu di tutup. Bila dah jadi hutan memang banyak la cerita mistik bekas tapak mimaland tu. Tu yang aku mula ikuti kisah mimaland ni. asal ada cerita seram disitu la aku membontot katanya...Dari page FB Mimaland ada membongkarkan kisah sebenar penutupan Mimaland. Apa yang tersebar selama ni katanya Mimaland mula di sahkan tidak selamat selepas seorang pengunjung katanya mati lemas. Aku pernah baca ada berlaku tanah runtuh kat kawasan mimaland jugak salah satu sebab Mimaland di tutup atas faktor keselamatan.
Tapi apa yang di dedahkan bekas staff Mimaland ni lain pulak ceritanya. Katanya Mimaland di tutup untuk memberi laluan kepada projek padang golf & kondominium tapi projek tu pun tak jadi membuatkan tapak mimaland terus terbengkalai macam tu je sampai sekarang. Hurmm.. Pelik kan? Kalau tapak untuk ada potensi yang baik untuk projek pembangunan yang menguntungkan kenapa terbiar & di biarkan sedangkan masa bangunkan Mimaland pun ramai pengunjung. Almaklum la Mimaland kan taman tema pertama di Malaysia. Kat Malaysia ni yang aku tahu tanah yang ada potensi nak2 dekat dengan bandar memang jarang terabai.
Nak buat spekulasi pun tak berani.. Almaklum la aku tak pernah jejak kaki ke Mimaland sampai la tapak tu jadi tempat berpuaka. Cuma pernah lalu la.. nampak la sikit kesan peninggalan Mimaland.. Nak pergi redah hutan tu memang tak la. Kang tak pepasal kena berkampung kat Darussyifa pulak. Almaklum la aku kan ada seorang anak yang tak berapa besar lagi.
Apapun.. Mimaland tetap masih ada penggemarnya. Tak kira la waktu zaman dia masih beroperasi sehingga la zaman tempat tu jadi misteri. hehehe