Showing posts with label DUKUN. Show all posts

PAKAI SUSUK RELEVAN ATAU TAK ZAMAN SEKARANG?

PAKAI SUSUK RELEVAN ATAU TAK ZAMAN SEKARANG? Sesambil mengisi masa petang aku tengok Filem susuk kat Netflix. Bukan filem susuk yang Malaysia punya ni susuk filem dari Indonesia. Berkisahkan seorang perempuan yang pakai susuk kemudian berlaku kemalangan dia jatuh dari kondo. Sepatutnya menurut doktor dalam keadaan dia memang tak akan hidup dah tapi dia masih hidup. Semua tu sebab dia ada pakai susuk yang ada pendamping.Ada satu babak dia dah di sahkan meninggal.. Nurse semua dah cabut wayar tetiba dia hidup balik. Akibat kekangan kewangan adik dia terpaksa keluarkan dia dari hospital dan bawa balik kampung untuk merawat cara kampung. Mula mula cuba rawat secara Islam tapi tak berjaya lepas tu terpaksa cari dukun susuk untuk keluarkan susuk yang kakak dia pakai. Berjaya di keluarkan tapi tak berjaya untuk pisahkan jasad kakak dia dari pendamping susuk tu sebab dukun tu tak boleh buang susuk pertama yang kakak dia pakai sebab ilmu dia tak cukup kuat untuk berlawan dengan pendamping susuk tu.

Sebab dia cari dukun orang kampung mula rasa tidak senang dengan depa mula menunjukan reaksi tak suka. Sehingga seseorang memberitahu bahawa ibu mereka juga dulu memakai susuk tapi tidak berjaya untuk keluarkan susuk sehingga jasad membusuk walaupun tidak mati. Akhirnya ibunya di kebumikan juga walau tidak berjaya menanggalkan susuk yang di pakai. Kalau hangpa nak tau kesudahan kisah tu hangpa tengok je Filem susuk tu. Sekarang ni kita kembali ke topik asal.. Masih relevan atau tak zaman sekarang pakai susuk?

Yelah lambakan produk kecantikan, spa kecantikan, teknologi pembedahan plastik untuk kecantikan bagai. Tu tak cerita produk timbang kilo yang bersepah di jual kat Malaysia ni. Semua untuk memenuhi keperluan manusia yang nak cantik terutama perempuan. Jadi perlu ke nak pakai susuk yang kita dah tahu akan ada kesan buruk dari sudut spiritual kan selain di tegah oleh ajaran agama terutama Islam. Berbanding dulu faham la selain tak banyak produk kecantikan atau pusat kecantikan, orang dulu kurang pendedahan & pendidikan dalam agama jadi mungkin kejahilan mereka itulah yang menyebabkan mereka bersekutu dengan jin & syaitan untuk memenuhi tuntutan nafsu mereka. Tapi zaman sekarang selain lambakan produk kecantikan & pusat kecantikan, penyebaran ajaran agama pun semakin meluas. Bukan alasan jahil atau kurang kemudahan lagi melainkan hanya sebab inginkan cantik secara pintas & menipu pandangan mata manusia lain dengan menggunakan perantaraan jin & syaitan yang semua orang tahu penuh tipu daya.

Pakai susuk ni bukan saja menyusahkan diri sendiri akan menyusahkan orang lain juga. Contoh bila dah tenat tak mati mati dah waris nak kena cari orang yang arif dalam rawatan spiritual macam tu. Tak tahu kenapa masih ada orang berminat nak pakai susuk susuk ni lagi sedangkan teknologi dah maju. Nak cantik tak perlu guna pendamping jin & syaitan pun. Kenapa nak menyusahkan diri? Pakai susuk pun bukan murah sangat. Nak bayar untuk perkhidmatan bomoh lagi, peralatan yang di gunakan sebagai perantaraan pun memerlukan kos. sama je kalau kau pergi spa kecantikan ke, klinik kecantikan ke atau beli produk skincare atau beauty care. Tapi kenapa pilih cara syirik & khurafat tu? Adakah sebab kesan kecantikan tu lebih cepat atau macam mana? Sebenarnya pakai susuk ni dia umpama kau pakai filter. Hakikatnya muka kau sama je. Kalau buruk tu buruk juga tapi di kaburi dengan filter di mana bila orang tengok nampak cantik. Tapi filter susuk ni dia berunsurkan perkara perkara mistik la. Orang boleh nampak secara real yang hangpa tu cantik tapi sebenarnya tak pun. Cuma di kaburi dengan pandangan dari tipu daya jin & syaitan. Sebab tu bila langgar pantang larang atau tidak buat apa apa ritual mengikut perjanjian semasa nak pasang susuk tu akan menyebabkan kesan tu jadi lebih buruk. Mungkin tanda amaran & amarah pendamping bila kehendaknya tidak di turuti.

Selain ia di lihat amalan kuno yang bertentangan dengan ajaran agama yang bagi aku dah tak relevan untuk di pratikan di zaman sekarang dimana untuk cantik kena perlu ada perjanjian dengan iblis & syaitan. Dah kena ikat kontrak dengan makhluk makhluk ghaib. Kalau boleh slow talk ok la juga ni jenis kalau dia dah deal gitu.. Gitulah kau kena ikut. Dah la syarat pelik pelik. Tak boleh lalu bawah ampai la, tak boleh makan satey la.. Entah lah. Tak faham aku yang sanggup menyekutukan Allah untuk cantik ni. Kau makeup sudah la. Balik rumah cuci je takde pantang larang apa apapun. Pakai susuk ni umpama satu penipuan pada diri sendiri & orang lain sedangkan tidak mengubah hakikat sebenar pun.

Tapi trend sekarang aku nampak makin menjadi jadi orang suka buat ritual ritual khurafat ni tak hanya untuk cantik. Untuk lariskan perniagaan, untuk jatuhkan orang lain & macam macam sebab la. Seolah olah kemajuan macam tidak mampu mengatasi kepercayaan orang pada perkara perkara syirik & khurafat. Sebab tu sekarang terlalu banyak filem filem seram berunsurkan mistik ni di hasilkan. Mungkin salah satu faktor ada yang obses & taksub pada perkara perkara macam ni. Aku terkecuali aku suka tengok filem seram tapi tidak terdetik untuk mencuba sebarang ritual ritual khurafat & syirik ni. Seumur hidup aku, aku tak pernah guna khidmat bomoh. Hanya perawat dari pusat rawatan Islam yang di percayai sahaja. Contoh darussyifa.

Kesimpulannya.. Teknologi masih tak mampu melawan amalan amalan syirik & khurafat ni. Sebab nak kata golongan tidak terpelajar je percaya & mengamalkan perkara perkara macam ni tak juga. Semua golongan ada yang terjebak dalam aktiviti macam ni. Sebab tu pentingnya didikan agama & mempratikan acara agama. Kalau tak kau pandai la macam mana pun kau tetap akan jadi bodoh juga bila kau tak ada pegangan agama yang kuat. Tak tak.. aku bukan ustazah. sebenarnya aku tengah tarbiah diri sendiri juga ni. hikhikhik.


DI BANNED SELAMA 10 TAHUN, BOCOR DI INTERNET SEBELUM TAYANGAN TAPI BERJAYA MERAIH KUTIPAN 6 JUTA DALAM MASA 4 HARI

DI BANNED SELAMA 10 TAHUN, BOCOR DI INTERNET SEBELUM TAYANGAN TAPI BERJAYA MERAIH KUTIPAN 6 JUTA DALAM MASA 4 HARI. Memang ter kagum sekejab ok. Rasanya pengarah & penerbit dia pun tak expect benda ni kot termasuk la den yang dah tengok filem ni masa bocor kat internet haritu. Tapi orang kata.. Filem yang bagus & hangat tak mustahil apapun boleh berlaku. Even ramai dah tengok dengan cara download filem ni dari internet tapi masih lagi ramai penononton serbu panggung sampai pecah punggung katanya...


Alahai.. Takkan ada nak tanya lagi filem apa. Hangpa ni tak ikuti perkembangan semasa sungguh ok! Filem apa lagi yang tengah hangat, hangit & hangus sekarang kalau bukan filem DUKUN yang di adaptasi dari kes pembunuhan berprofile tinggi yang melibatkan seorang ahli politik. Kes pembunuhan tu pun pernah menjadi kes paling hangat.. apatah lagi di adaptasi dalam filem kan.

Setelah 10 tahun di peram dalam arkib kerana tidak lulus tayangannya.. 5 April 2018 akhirnya filem ni di luluskan untuk tayangan & di klasifikasi P13. Ada yang kata banyak babak kena potong & ada yang kata tak di potong tapi bila klasifikasi P13 macam krik krik jugak kan.. Bagi yang tak pi menonton kat pawagam tu tertanya tanya juga.. betul ke tak kena potong ni..???? Jangan tipu nanti dosa ok! kekekekeke

Apapun walau bocor di internet sebelum tayangan.. Syabas pengarah dia tak merajuk sampai tak mau jumpa press bagai. Steady jer dia.. Kutipan untuk filem ni pun not bad. Masa hari pertama tayangan katanya berjaya raih kutipan 1.5 juta. See.. rokyat melesia ni memang supportive ok. Filem yang bagus opkos la orang sapot ok! Filem filem level level rubbish sapa nak tengok.. ye dak.

Apapun Tahniah kepada Pengarah, Pelakon & semua yang terlibat dalam filem DUKUN. Maybe kutipan akan semakin bertambah lagi jutanya. Tak sia sia kena peram 10 tahun kan..

Harap yang menonton tu tak membayangkan watak Dukun Diana tu mengambarkan Allahyarhamah Mona Fandey. Apa yang di gambarkan dalam filem tu bukanlah watak Mona Fandey.. Janganlah mengaibkan mereka yang dah pulang kerahmatulllah. Mereka masih ada waris waris yang maybe terluka jika ahli keluarga mereka yang dah meninggalkan dunia di aibkan macam tu. Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarhamah.. Semoga Allah mengampuni dosa dosanya & di tempatkan bersama orang orang yang beriman.

Moral of the story.. sapa yang belum tengok tu.. Tak ada aral melintang pukang, membujur lalu, melintang patah bagai.. Boleh la pergi menonton. Pada pandangan mata I yang dah tengok haritu, filem ni tak rugi kalau korang nak melabur beli tiket. Not bad jalan cerita dia. Yang penting Dukun dia maintain lawa tapi tetap nampak menyeramkan & hidup watak yang di mainkan.

DUKUN.. YANG TAKKAN MATI ADALAH ILMU HITAMNYA

DUKUN.. YANG TAKKAN MATI ADALAH ILMU HITAMNYA. 10 tahun lalu filem ini telah di haramkan tayangannya selepas promo filem di buat & tarikh tayangan dia pun dah di war war kan. tak tahu la alasan filem di haramkan tayangannya.. ada kata sebab ia melibatkan seorang ahli politik & ada yang kata keluarga bagi pihak watak yang di gunakan dalam filem ni tidak membenarkan filem tentang ahli keluarga mereka di siarkan. Ia mengaibkan mereka.


Tapi selepas 10 tahun filem ni terlepas juga di alam maya.. Tak tau la mana depa dapat rakaman filem dukun. Den pun tak terkecuali tertonton juga la filem ni. Sebab memang dari dulu antara filem yang kami nak tengok sangat sebab pernah tengok sedutan filem ni.. Memang menerujakan untuk di tonton.

Walau dah lama download & ada dalam file.. Tapi baru baru ni je sempat tengok. Jangan sesapa minta den hantar pulak.. Den tak nak terlibat dalam aktiviti cetak rompak hahaha. Den tengok untuk diri sendiri. pepandai la hangpa cari sendiri yer hahahaha

Seperti yang kita sedia maklum filem ni di adaptasi dari kisah pembunuhan yang melibatkan seorang Bomoh wanita dengan seorang ahli politik era 90an dulu. Malas nak petik nama mereka bagi menghormati waris mereka yang masih hidup. Rasanya semua orang tahu siapa yang di maksudkan..

Biasa la filem adaptasi even dari kisah benar tapi tidak la 100% benar apa yang di paparkan dalam filem. Seperti nama & babak babak yang ada dalam filem tu. Filem ni mengisahkan seorang Dukun wanita bernama Diana yang di sabitkan dengan kesalahan membunuh seorang ahli politik Dato Jefri.

Kisahnya bila seorang ahli politik ni di cadangkan oleh pembantunya untuk meminta khidmat seorang dukun wanita ni untuk kuatkan kuasa politiknya bagi mendapatkan satu projek besar. Bila kali pertama mendapatkan khdimat dukun tersebut, dia berjaya mendapat projek besar tersebut so dia terus yakin untuk terus menerus menggunakan khidmat dukun tersebut. Biasa la.. Bila dah terjebak dengan benda khurafat & dapat hasil dia dah lupa Tuhan.. Gitulah jadinya kan.

Akibat langgar pantang Ahli politik tersebut mati selepas di tetak dengan parang semasa ritual tu di jalankan. Selepas ahli politik tu mati, Dukun wanita tersebut di tahan & di dakwa atas kesalahan membunuh & jika terbukti bersalah akan di jatuhi hukuman mati. Untuk pesalah yang di tuduh atas kesalahan membunuh dia di beri hak untuk di bela, so seorang peguam yang sedang menghadapi masalah keluarga menerima kes tersebut & menjadi peguam bela kepada dukun wanita tersebut.


Tanpa sedar.. kehilangan ahli keluarga dia ada kaitan dengan dukun tersebut. 10 tahun lalu peguam tersebut kehilangan isteri yang tiba tiba hilang tanpa jejak. selepas 10 tahun.. Anaknya yang memberontak, lari dari rumah. Dalam usaha mencari anak gadisnya yang lari dari rumah, dia mengambil kes dukun tersebut.

Dukun tersebut di dapati bersalah walaupun kejadian bunuh itu adalah tanpa niat. Dan ending cerita tersebut barulah peguam tu tahu, isteri dia yang hilang 10 tahun lalu di bunuh oleh dukun tersebut kerana cuba ingkar dengan perjanjian antara mereka. 10 tahun dulu isteri peguam tersebut pernah mendapatkan khidmat dukun tersebut untuk mendapatkan anak. Sebagai syarat.. jika dia berjaya mendapat anak, anak itu akan di jadikan pewaris ilmu hitam dukun tersebut.

Pada ending filem ni dukun tersebut berjaya mewariskan ilmu hitam yang di panggil ilmu batak kepada anak gadis peguam tersebut sebelum dia menerima hukuman gantung sampai mati. Apa berlaku pada anak gadis peguam tersebut selepas tu, tak tau la den. tak dapat nak teka sebab ending dia tergantung macam tu jer.. tapi point cerita ni adalah untuk memberitahu.. Dukun wanita tersebut tidak berniat membunuh cuma melakukan ritual untuk ilmu kebal kepada ahli politik. di sebabkan ahli politik tu tak ikut pantang betul2 dia terbunuh dalam ritual tersebut.

Ponit kedua.. Yang tak mati tu bukan dukun tu tapi ilmunya kerana dia berjaya mewariskan kepada orang lain. Dalam keturunan mereka, mereka tak boleh ada zuriat sendiri jadi perlu mencari pewaris dari zuriat orang lain.

Kesimpulannya cerita ni memang agak menarik di tonton cuma sebab dorang adaptasi dari kes yang pernah mengemparkan Malaysia yang melibatkan seorang ahli politik & seorang bomoh wanita.. Yup saya rasa benda tu boleh mengaibkan keluarga mangsa & keluarga yang di tuduh membunuh.

Dalam Filem ni lakonan Umie Aida memang tak boleh nak kondem apa2.. Watak dukun wanita yang cantik tapi menyeramkan memang menjadi. Dia tak perlu kelihatan hodoh, comot & menjijikkan untuk menghidupkan watak sebagai Dukun Diana.. dalam wajah yang cantik dia cukup buat orang rasa ngeri & seram dengan dia.

Dukun antara filem melayu terbaik juga bagi saya cuma ia menyentuh sensitiviti pihak yang masih hidup.. Memang ia tidak sesuai di tayangkan secara umum.

FILEM DUKUN YANG DI HARAMKAN TAYANGNYA PADA TAHUN 2007 AKHIRNYA BOCOR JUGA

FILEM DUKUN YANG DI HARAMKAN TAYANGNYA PADA TAHUN 2007 AKHIRNYA BOCOR JUGA. Sapa tahu pasal Filem Dukun yang di tarik balik kelulusan tayangannya selepas iklan promo di buat pada tahun 2007 dulu. Antara filem yang den sendiri nak sangat tengok. Yelah.. Sebagai peminat filem seram of course la salah satu filem yang saya rasa teruja nak tonton nak nak lagi pelakon utama filem ni Umi Aida yang siapapun tak boleh pertikaikan mutu lakonannya yang boleh bawa apa saja watak yang di beri.


Filem ni base on kisah benar. Kisah pembunuhan seorang ahli politik yang melibatkan seorang bekas penyanyi Mona Fandey. Jangan tak tahu Allahyarhamah Mona Fandey bekas seorang penyanyi dulu tapi kerjayanya sebagai seorang penyanyi kurang menyerlah sangat. Filem ni di katakan di haramkan tayangannya atas alasan melibatkan seorang ahli politik.. Ada juga yang kata ahli keluarga Mona Fandey tak izinkan.. Semua tu cuma spekulasi yang saya baca jer.. Sejauh mana kebenarannya saya sendiri tak pasti.

Filem yang selama ni tak bocor dari tahun 2007.. 2018 akhirnya terlepas juga secara online. Tak tahu la depa dapat mana.. Ingat dah lupus tanpa jejak rupanya masih ada dalam simpanan. Sapalah yang berjaya bocorkan filem ni gamaknya. Sebab selama 10 tahun ia di simpan rapi sapapun tak dapat bocorkan filem ni.. Tapi terlepas juga di alam maya ni. Memang dahsyat la.

Dari promo filem ni yang saya pernah tengok memang mengambarkan macam best je untuk di tonton. Nak tengok juga apa sebenarnya yang berlaku sehingga terbunuhnya ahli politik tersebut. Dengar dengar bukan satu pembunuhan terancang tapi terbunuh secara tidak sengaja. Kenapa & apa yang berlaku sebenarnya kalau ada rezeki saya tonton nanti saya review yer.


Saya belum tonton so tak boleh nak review apa apa lagi. Seram seperti yang di gembar gemburkan ke? Atau sebaliknya tunggu la sampai saya dah tonton nanti saya bagi komen. Lama jugak saya tak layan filem filem seram ni.. Koleksi filem seram saya pun dah lama tak update. Koleksi dvd yang lepas lepas je ada.. Sapa2 ada nak bagi saya dvd filem2 seram yang dia rasa dah tak nak simpan tu boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com. Kalau belum ada dalam koleksi saya boleh la tambah koleksi. Tak kira filem lama atau baru.. Filem luar atau filem tempatan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com